Showing posts with label Famili Tercinta. Show all posts
Showing posts with label Famili Tercinta. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

Engagement Day Plus Office Family Dinner

Assalamualaikum WBT...
Salam sayang untuk sahabatsahabat yang sudi membaca dan memberi
nasihat di blog ini..Thank you so much...



Ohhh this week sangat exhauted dengan pelbagai hal.. Apapun sangat
gembira walaupun memenatkan... Alhamdulillah syukur pada Allah.....
5 April 2012- my little sister officially engaged.. Alhamdulillah semuanya
baekbaek belaka walaupun perancangan last minute... 4 hari sebelum tuh
family sebelah lelaki buat perancangan, memang sangat mengejutkan
tapi sangat menggembirakan...
Congratulation my dear little sister.. Love you so much... Very happy
for you my dear....
my other half.. love them so much

my little sister with incik tunang


7 April 2012- Our office had family dinner at Marina Thomyam Seafood,
Tanjung Lumpur... Happy sangat jumpa dengan all our office famili's member
even tak sempat nak berborak berbual panjang.....Alhamdulillah....









Hurmmm after this, banyak sangat persiapan nak di buat untuk majlismajlis
yang akan berlangsung sebulan dari sekarang.. Doakan saya ya....
Terima kaseh....








Sunday, 18 September 2011

Biarlah Lelah Itu Datang Sekarang

Assalamualaikum and salam sayang untuk semua sahabat blog
yang mungkin still lagi sudi membaca blog neh..... Rasanya
hampir 2 minggu blog saya neh tidak ber'tulis'.... Kesibukan
sangat melanda diri saya.... Pasti ada yang tertanya kan, asyik
alasan sibuk yang saya berikan sedangkan itulah kenyataannya..
Hinggakan saya memang tiada masa untuk diri saya sendiri..
Terpaksa saya lupakan sejenak keseronokan untuk diri saya
dan kepenatan badan saya neh.....Terpaksa saya telan semua
untuk sementara waktu....


Btw, start pertengahan September lalu, saya buat dua kerja
dalam satu masa... Siang kerja office seperti biasa dan sebelah
malam pula kerja 'part-time' as promoter... Di mana? Rasanya
biarlah sahabat-sahabat terdekat saja yang tahu.... 


Mulanya berat sangat nak terima kerja dua masa neh tapi
bila fikir-fikir and terus fikir...Rasanya inilah jalannya...Biarlah
penat sekarang, asal kemudian hari berbaloi....... Lagipun
saya perlu lakukan sesuatu untuk melupakan 'seseorang'..
Dan kesibukan sudah tentu buatkan saya tak sempat untuk
memikirkan hal-hal yang tidak penting....Yang pasti saya 
berdoa semoga tahun hadapan beri 'sinar' yang lebih indah..
InsyaAllah......And thanks to my monte carlo iaitu sahabat
baek saya, Mimie kerana selalu memberi sokongan...
Begitu juga adik-adik saya.....Sayang korang semua sangat-sangat..




Last, untuk yang bertanya tentang watermark... Rasanya boleh
cuba melalui TUTORIAL yang telah saya sediakan ya... Untuk
masa sekarang, nak open email pun tak ada masa... So harap
ada yang memahami.... Apapun all the best untuk semua....
Ceria-ceria and moga berbahagia selalu....Amin...




Silakan untuk LIKE entry ini..
Terima kaseh..

Sunday, 10 July 2011

Kerana Itu Allah Ciptakan Silaturrahim

Alhamdulillah, sudah hari Ahad... Selamat berhujung minggu
kepada semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah Taala dengan
limpahan rahmat, kesihatan yang diberikannya... Alhamdulillah..
Telinga nadia yang bernanah semakin membaik, kaki nadia yang
bengkak pun sudah sembuh sepenuhnya beberapa hari lalu...
Syukur Alhamdulillah, tidak terhingga nikmat yang Allah berikan..



Alhamdulillah juga rasa yang terbeban di hati nadia ni pun 
semakin kurang.. Sebelum ni nadia pendamkan seorang diri...
Bagi nadia lebih baik simpan seorang diri rasa gundah di hati
kerana mungkin itu lebih baek tapi ternyata tekaan nadia itu sama
sekali adalah salah..... After berkongsi dan bercerita pada adik
ketiga nadia iaitu Mira, baru nadia rasa sangat lega..... Walaupun
masalah itu belumpun settle tapi beban itu rasa semakin ringan...
Kerana itu Allah ciptakan silaturrahim untuk kita bergaul dan
mempermudahkan urusan kita..... Yakinlah pada Allah kerana
Dia Amat Mengetahui Segalanya....


Seriously, nadia dah lama tak menangis kerana masalah... Apa yang
nadia cuba lakukan bagi menghadapi masalah adalah dengan
bekerja dan menyibukkan diri tapi rasanya berbuat demikian
semakin membuatkan diri kita terbeban dengan rasa penat yang extra..
But bila berkongsi, totaly air mata nih tak tertahan... Rasa macam
kanak-kanak kecil pulak masa tuh.... Apapun sekarang sudah 
semakin lega.... Haaaaahhhh now, i'm really nothing.....Lebih
banyak yang merugikan dari menguntungkan.... Astagfirullah....


Apapun, nadia doakan kawan-kawan semua tabah dalam menghadapi
hidup ini... If ada masalah, jangan segan untuk dikongsikan... Walaupun
sekadar mendengar, tapi ia dapat juga meleraikan sedikit tekanan
perasaan yang anda hadapi DAN YANG PALING PENTING, 
berdoalah pada Allah selalu.... Dia Maha Mendengar.......





Kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...
Thank you

Tuesday, 21 June 2011

Apabila Si Kecil Cuba Menganggu Anda Sedang Solat


Okay, bagi mereka yang punya anak kecil pasti selalu berdepan
dengan situasi ini kan..Okay, di rumah nadia, ramai anak-anak
kecil kerana mak nadia merupakan pengasuh..ala bukan orang
lain pun, semuanya anak-anak buah, adik sepupu nadia sendiri..
So, situasi di mana solat terganggu tu memang selalu ada...
kadang bila kita dah hampar sejadah, awal-awal lagi dia dah alert
tau..Then, bila dah berdiri, sedang elok dia datang berdiri betul-betul
di depan kita... Kadang-kadang marah juga sebab kalau tak bertegas
nanti mereka fikir, solat itu perkara main-main..


Okay, biasa juga mak nadia akan buat macam neh tau...Letak
sejadah  di sebelah atau di belakang...Sebaiknya dibelakang sebab
kadang-kadang fikiran kita akan tertumpu padanya ketika solat..
Biasalah syaitan akan cuba sedaya upaya mengeluarkan jarumnya
untuk mencucuk-cucuk kita supaya hilang khusyuk dalam solat...
Okay, biasa dah hampar sejadah, si kecik akan berdiri sama atas
sejadahnya... Kemudian dia akan ikut setiap pergerakan solat kita..
dan secara tidak langsung, dia tidak mengganggu solat kita...
dan sebagai pendedahan awal kepada si kecik tentang solat....


Dan di bawah, gambar sewaktu solat maghrib tadi... Ini anak buah
nadia, memang nakal dan petah sangat..Sepatah kita cakap, habislah
dia ajuk...memang usia dia sekarang mengajuk setiap percakapan
orang.... Lihat saja gambar di bawah, anak tudung mak pun jadi
kopiah dia...hihihi memang dia sangat suka pakai anak tudung...kalau
letak kopiah, harus dibuangnya...hai snow cap...snow cap....

ini masa mula-mula nak solat... elok saja awalnya

ini gayanya bila dah sujud kedua..
ni masa dia mula bertak teh......






kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...
Terima kaseh semua

Wednesday, 15 June 2011

Saya Diserang Binatang Yang Menggerunkan


Sedang asyik bersembang, tiba-tiba nadia rasakan
sesuatu duk merayap-rayap dekat peha.... Masa tu
rasa berdebar usah katalah..Memang dah agak
binatang yang paling nadia geruni..... Pastu rasa kaki
sebelah lagi juga lain macam... Memang menjerit gilak...
Tiba-tiba dengar suara mak memanggil, "Diya, bangun,
orang tak tidur maghrib!" hah naseb baek lah mimpi saja..
Itulah siapa suruh tidur petang, berlanjutan sampai maghrib..
memang tak elok dan kawan-kawan jangan sesekali tau
tidur waktu senja.... Semalam nadia memang tak sedar bila
terlelap....memang tak boleh jumpa bantal tau, letak sikit
saja kepala, terus bantal tuh ulit..Tidurlah...Tidurlah...


Okay, cerita tentang mimpi neh, mungkin sebab baru-baru neh
waktu ke Sungai Lembing, ada pacat singgah di khemah kami..
So, nadia memang sangat gerun dengan pacat, boleh nangis
menggeletar badan neh...silap hari pengsan kalau banyak...
Itu yang sampai terbawa ke mimpi... Serius nadia memang
sangat takut dengan pacat and lintah.... Memang sangat-
sangat anti.... kalau balik kampung belah ayah memang nadia
jarang turun ke kebun durian sebab takut pacat..... Biarlah korang
nak cakap hape pun...memang nadia anti sangat sangat sangat...



Pernah tau nadia terlibat orientasi waktu kolej dulu, di taman
pertanian Indera Mahkota... Masa masuk hutan, boleh pulak
pacat tuh singgah dekat pusat nadia.....memang menangis,
habis terketar-ketar aku dibuatnya.... Sampaikan kawan nadia
bagi satu tin sembur anti pacat, and sembur di badan nadia...
serius pacat kat situ mak aih bapak besarnya..... Memang gerun..
Haishhhhh tak kisahlah, korang pun mesti ada kan sesuatu yang
korang gerun, geli takut and sampai boleh nangis sedu sedan
ketakutan kan....



Macam adik nadia, sangat takut lipas... Hari tuh mase pacat naek
khemah, selamba dia guna tangan, buang...tapi cuba bagi lipas,
memang dia akan menjerit gila-gila... kalau lipas bawah meja, boleh
terangkat meja tuh dibuatnya.... Tapi nadia ok lagi kot dengan lipas...
And seorang sahabat nadia, sangat takut katak... Letak gambar
katak saja pun, dia dah lari pecut.... Pelik kan tapi itulah benarnya...


Thursday, 9 June 2011

Berjaya Juga Menurunkan Berat Badan




Haaaaa, misti ada yang ingat nadia yang berjaya menurunkan
berat badan kan...Wah wah wah kalau benar dikata, Amin...
Alhamdulillah syukur sangat kalau benar....Apapun nadia 
masih dan dalam proses berusaha untuk menguruskan badan..
Yang penting untuk kesihatan, maklumlah orang asthma macam
nadia ni mudah sangat semput kan....


Okay bercerita tentang siapa sebenarnya yang berjaya untuk
menurunkan berat badan...Orangnya adalah adik nadia sendiri
iaitu Malia, adik nadia yang ke-2... Sebelum ni berat badannya
kalau tak silap nadia 65kg kot... kalau tak silap nadia lah....
Then now, hanya sebulan lebih sudah turun kepada 57kg...
Wahhh banyak gilak kau turun..kau tak makan kah budak...
Baru-baru ni waktu nadia keluar makan bersama malia ni,
dia pun apa lagi, bla bla bla bercerita dengan bangganya sebab
berjaya menurunkan berat badan... Haruslah kan bangga, usaha
sendiri, dah lah kena kuatkan semangat melawan nafsu makan..
Dia kuat makan weiii..... but now, dia dah berjaya juga untuk
control nafsu makan dia tuh....


Nak tahu macammana dia turunkan berat badan.. Haaa meh sini
nadia cerita... No need product mahal-mahal bagai untuk semua
tuh... katanya, dia banyak makan bihun dan kuetiaw... tak kisahlah,
bihun sup ke, kuetiaw tom yam ke.. janji bukan nasi.... nasi tu
kalau sentuh pun memang jarang sangat... Sehari kadang
sampai 3 kali dia makan kuetiaw atau bihun....katanya...Then
dia jugak semakin merajinkan diri bersukan dengan caranya
bermain badminton...katanya jugak....So untuk siapa yang ingin
menurunkan berat badan, menguruskan badan, mengurangkan
lemak dalam badan juga sewaktu dengannya, cubalah cara ini..
Dan semestinya nadia juga akan mencuba.... Moga-moga menjadilah
pada diri nadia ni kan kan kan....hopefully...Doa-doakanlah ya...


ini gambar budak malia yang bangga tuh...hihihihi










Tuesday, 31 May 2011

Kami Seperti Kembarkah?


Tengok gambar saya and adik ke-2 saya, Malia...
Adakah kami seperti kembar? Lain kan kan kan...
Actually, last day saya ke pasar malam kawasan Beserah, Kuantan..
And kalau nak tahu saya sangat suka beli air di satu gerai akak neh..
Nama apa ntah gerai dia, yang pasti banner dia warna kuning...
Air buah-buahan dia memang best, pure tak macam sesetengah
campur dengan perasa tambahan... Siapa yang duk kuantan,
cube lah try beli... Kalau hari Isnin dekat Beserah, hari Sabtu di
Jalan Gambut, dekat dengan Shahzan Inn.. Hari Ahad pula
dekat Taman Gelora... hah, saya siap bagi jadual kat mana akak
neh berniaga...Nak nyer saya suruh korang rasa..

Actually, saya and adik memang peminat setia air buahan akak neh..
Sampai akak neh and suami dah kenal tapi kan kan kan... Akak
neh sebenarnya ingat saya neh adalah malia sebab malia lagi setia
membeli di gerai akak neh... Taman gelora, Jalan Gambut, semua dia
pergi semata mencari gerai akak neh...

So last day, waktu beli juadah untuk berbuka, singgahlah saya ke
gerai akak air neh... Sembang punya sembang, saya dah agak dia
ingat saya malia... Apapun biarkan sajalah....lagipun saya nak cepat..
Sebenarnya bukan sekali terjadi macam ini... Sebelum neh, pakcik
teksi and bas area rumah kitaorang pun tertukar...

Part paling kelakar bila ada seorang pakcik teksi yang selalu ambil
kitaorang dulu, masa tu saya belum boleh drive sendiri, dalam tahun
2008 masa tuh.. malia pergi kerja pagi, dalam jam 7 lebih dengan
pakcik teksi tuh.. Kemudian dalam jam 8.30 pula, dia pusing kawasan
rumah kami tengok saya pula tercegat... Dalam teksi, pakcik tu tanya
bukan ke pagi tadi pakcik dah ambik awak, pakai baju kerja... Ni pakai
baju kurung pulak... hahahah tergelak aku wehhhh...Lepas terangkan
segala, baru pakcik tu faham...

Balik cerita pada adik, dia pun banyak kali kena macam tuh, orang selalu
salah faham ingat dia adalah saya.... Bila lihat dalam cermin, lain gila kot
muka kami... Memang sama-sama chubby tapi adik saya tak cukup tinggi..
Saya 162cm, dia dalam 158cm saja.... mata dia sepet weh, mata saya mulat
sikit... sikit saja laaa... bibir dia nipis, bibir saya alaa ning baizura...
tapi iyalah, adik beradik... acuan sama, iras tuh memang la ada tapi kalau
sampai tertukar, memang sangat pelik....betul tak?
So, korang tengok macammana.... tak sama kan kan kan......
cuba tengok sekali lagi....

the kakak

the adik


Sunday, 22 May 2011

Sabtu Oh Sabtu

Sebenarnya kan tak tahu nak letak tajuk apa untuk
hari sabtu sebab semalam nak kata busy tak adalah
sangat...nak kata full schedule, tidaklah juga...Entah...
So saya totalkan segala hal yang terjadi pada saya pada
hari Sabtu semalam.... Entry semalam saya ada bagitau
tentang masalah kesihatan saya kan, tentang sakit telinga
tuh...haiii bala kot untuk diri saya, tak dengar cakap mak..
Mungkin....Apapun semua tuh ujian dari Allah Taala...


So, Sabtu pagi saya ke klinik kerana telinga saya yang
mula bernanah beberapa hari lalu... Seminggu lalu, gatal
sangat telinga neh... pastu berdarah then keluar nanah pula..
And mula-mula sebelah kanan saja, but now dah berjangkit
ke telinga belah kiri... Biasa kalau orang kat tempat saya cakap
bunting telinga, yakni seperti naik bisul tapi dalam telinga..
So bila dah bernanah neh, faham-fahamlah, saya dengan
pandainya telah menggunakan putik kapas yang dibasahkan
untuk mengorek telinga neh....
Then, last day pergi klinik, doktor cakap telah terkena jangkitan
sebab saya telah mengorek telinga ini...pandaikan saya....huhuhu..
Selain itu, saya pergi ambil ubat untuk kaki saya yang dah
hampir 2 bulan neh naek bengkak pada tapak kaki...
Nak tahu kenapa... Sebab kucing rumah saya dengan jayanya
telah makan ikan dan menyepahkan tulang-tulang ikan tersebut
di atas karpet tanpa saya sedari telah memijak tulang tersebut..
Mula-mula tak ada apa-apa, tapi selepas itu mula naik macam
ketuat gitu.... pastu start bengkak serta sakit... Dan sekali lagi
saya dengan jayanya telah membedah sendiri kaki saya.....
lalu doktor bilang juga terkena jangkitan.....
So last day banyaklah ubat yang dapat, sampaikan ubat demam
selsema pun dapat...Dahsyat walhal saya tak selsema, demam
mungkin sebab bila dah sakit telinga, kepala jadi sakit lalu demam
datang......Ok, itu cerita bosan saya tentang diri saya yang begitu
clumsy dan tidak pandai untuk jaga kesihatan diri sendiri...
ini obat paling penting, ear drop, obat luka and antibiotik


Okay, sebelah malam pula, saya ada sesi suai kenal dengan blogger
tapi tak formal pun...Then cuma saya berdua saja bloggernya...
Jue dan Jat tak dapat datang sebab mereka ada hal yang tak dapat
dielakkan... lagipun semua neh last minute plan.... Tak apa, janji saya
dapat juga bersemuka secara empat mata, dua hidung dengan blogger
yang cantik neh iaitu Lin Azlina... Alahai she's so sweet and sangat
lembut orangnya.... Saya sangat selesa kenal Lin... tapi jumpa pun
setakat sembang-sembang hal blog, dunia kecantikan (nama lagi perempuan)
then sembang tentang hal kerja...Ahhh banyak jugalah ceritanya..
nak minum pun tak sempat sebab kami jumpa dalam 3o minute saja kot..
Tak apa, janji jumpa dan kenal...InsyaAllah lain kali plan lebih awal
dan kita padatkan dengan aktiviti.....Apapun nice to meet u dear Lin..
ready to go

see i told u that she's so pretty


Hurmmm nama lagi malam minggu kan, so jalan ke Teluk Cempedak
sangatlah padat dan sesak.....Memang dah selalu macam neh kalau
malam minggu...Oh ya saya ke sana sebab nak drive thru MCD,
dah janji dengan adik saya yang tolong temankan neh, nak belikan
krabby patty MCD.... So kena tempuhlah jalan yang sesak tuh.....
adik saya yang malu minta krabby patty

padat kan..see the light, pack with car...


Apapun, saya sangat puas hati semalam... Dapat juga pergi klinik sebab
saya neh liat pergi klinik, dapat jumpa blogger yang dah lama duk
plan nak jumpa tapi selalu tak jadi...... Alhamdulillah syukur pada Allah..
Semoga silaturrahim terjalin akan selalu diberkati Allah dan doakan
saya cepat sembuh ya.... Sekian terima kaseh....





Nota: happy untuk sahabat terbaik saya yang baru pregnant...love u...

Wednesday, 18 May 2011

Saya Sudah Jatuh Cinta

Serius, dah berhari-hari saya duk angau tau... Memang
hati neh asyik teringat-teringat dan terus teringat....
Tapi dalam masa yang sama, saya dalam dilema samada
untuk teruskan hasrat saya atau sekadar angan dipinggiran..
huhuhuhu sedihnya.. Saya harap ianya menjadi kenyataan..
Dah tak larat dengan angau neh.... Memang seksa tau..
Tapi saya betul-betul dilema dengan apa yang saya sudah
ada sekarang neh... Kawan-kawan sekalian alam, sila lah
berikan pendapat anda... Amat saya butuhkan pada saat ini..
Cehh hal kecil seperti ini pun nak tanya pendapat orang kan,
tak pandai nak berdikari langsung ko neh nadia...huhuhuhu



Sesungguhnya, baru-baru ini adek lelaki saya, budak korean
style tuh telahpun membeli Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro..
Lalu dengan penuh keterujaan, beliau telah dengan sengajanya
menunjuk-nunjuk depan saya selaku kakak sulong beliau..
Dengan muka bangganya beliau membuatkan hati saya neh
meronta-ronta seperti ikan yang terkena mata kail minta
dilepaskan... Umpama begitulah saya hendaknya... Sangat-sangat
cemburu... Lebih-lebih lagi apabila beliau dengan tidak kasihannya
telah menunjukkan kehebatan camera hanphone beliau,
betapa jelasnya gambar yang di captured sedangkan jika dibanding
sama saja dengan Nokia E5 saya iaitu 5.0 Mega Pixel tetapi kenapa?
Why? gambar dari handphone saya tidaklah jelas seperti dari
handphone beliau... Sangat saya cemburu.......


Dengan penuh 'kejahatan', beliau telah berkali-kali membuat
saya cemburu, dengan ditambah pula dengan ayat-ayat power
dari beliau, suruh saya tukar kembali kepada Sony Ericsson kerana
sebelum ini saya adalah pengguna Sony Ericsson.... Jadi sekarang
saya berbelah bagi, ikutkan hati memang saya nak tukar kepada
Xperia X10 tuh, dan ikutkan keperluan juga memang saya patut
tukar kepada Xperia X10 kerana saya memerlukan hanphone yang
mempunyai camera yang dapat menjana gambar berkualiti berikutan
sikap saya yang tidak suka membeli digital camera... Susah benor
nak bawak handphone lagi, camera lagi... So better 4 in 1 terus...
Dapat call & sms, dapat dengar lagu best, dapat saya update
perkembangan melalui internet dan last dapat saya bergambar
dengan penuh riang......So sekarang rasanya saya ingin let go
Nokia E5 kesayangan saya neh.....


Gambar kat atas neh adalah gambar yang sempat saya captured
dari Xperia X10, semalam saya pinjam dari adik korea saya untuk
ambil gambar produk-produk kamiherba..... Sedihnya E5 saya tak
mampu untuk buat sedemikian... Sharp dan cantek seperti itu.......
Why? huhuhuhuuh Why E5? Why..... Apapun saya memang tak
suka pakai 2 number, sebab tak terkejar saya sampai 2 number....
huhuhuhu saya memang dan hanya akan pakai 1 number saya...
Personal dan business hanyalah pada satu number phone saja... dan
itu tidak sedikitpun membebankan saya atau menganggu personal
life saya...... So dah panjang berceloteh tentang saya yang sedang
jatuh cinta neh.... Sekian terima kaseh.....

Monday, 9 May 2011

Day 4: 10 Things You Want To Say

Okay, it's now day 4, which mean, i have 6 day to go..
About today challenge, it was 10 things you want to say
to one person and like Sherah told me before, its a bit
difficult.. Yes, i agreed that.. So, lets read what i have wrote.. 
Oh oh oh, almost forgot, the person that i want to say...
my beloved mother, Puan Junidah... Actually its not only
10, maybe more and more.. But here the most thing i guess..

kat rumah tok ki, aidilfitri 2010
............................................................................................................
1. Mak, i love you so so so much.. Tak ada perkataan rasanya
untuk gambarkan betapa sayangnya pada mak... saya tahu anda
semua juga begitu...

2. I'm sorry for everythings that i did wrong... Doesn't matter
how wrong i am, u always with me, giving your love..

3. Mak, terima kaseh kerana selalu, sentiasa memberi sokongan
walaupun selalu sangat cakap mak dibantah... I'm sorry and
i love u so much...

4. Thanks mom for teaching me everythings to see me become
a good person for Allah, Rasul, family and all people.... i love u..

5. Mak, terima kaseh kerana menjaga, merawat, memeluk saat
diri ini terlantar sakit, terluka serta tertimpa musibah.. Terima 
kaseh kerana selalu menghadiahkan kaseh sayang sebagai
penguat diri ini.....

6. Mak, terima kaseh kerana selalu masakkan yang terbaek
untuk anakmu ini...

7. Mak, terima kaseh kerana selalu menjadi teman untuk mendengar
setiap inci masalah yang dihadapi oleh anakmu ini..

8. Mak, terima kaseh kerana selalu mendoakan kesejahteraan
buat anakmu ini... 

9. Mom, i dont want u to be sad, especially when you know
that i'm in trouble.. I just try harder to not make u worry...
I want to be someone the best for you, di dunia serta akhirat
kelak... Menjadi anak yang solehah..... I hope when i become
 a mother one day, i become just like u... Full of patient, strength
and know everythings when i asked.....

10. Mak, Selamat Hari Ibu.... Sayang mak sangat-sangat...
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan, kesabaran
serta keberkatan buat mak...Amin...

............................................................................................................

Okay, done for 10 things to say... Bergenang rasa air mata ni..
Well, saya ada satu permintaan, waktu ibu anda sedang tidur,
please anda renungkanlah wajahnya dan anda akan dapat
rasai pengorbanan yang telah dia lakukan untuk anda...percayalah..
Sekian, terima kaseh...


Thursday, 14 April 2011

Salah Siapa Sebenarnya


gambar sekadar hiasan

Sangat liat adik bongsu saya untuk bangun
pergi ke sekolah pagi ni..
Kata mak, puas berleter puas pujuk...
Akhirnya pergi juga..


Dan terkejut saya bila mak cerita,
adik saya tak nak ke sekolah kerana
asyik kena lempang..
Macammana tu?
Kata mak lagi, adik cerita dia dilempang
oleh tukang kebun sekolah..
Bila adik ugut untuk mengadu pada mak,
terus dia minta maaf dan sejak hari itu
baik dengan adik..


Tak berakhir di situ sebab kata adik,
dia dilempang oleh seorang cikgu...
Alasannya sebab ada seorang murid perempuan
mengadu duitnya dicuri oleh adik..
Subhanallah.. terkejut..
Bila adik jelaskan, memang cikgu tersebut
tidak percaya...
Dan dipanggil murid perempuan yang 
kehilangan duit tu..
Kata murid perempuan tu, bukan adik saya
yang mencuri tetapi seorang lagi murid lelaki
yang mukanya seiras adik saya dan murid
tersebut baru saja bertukar sekolah..
macammana tu?


Persoalannya kenapa tidak disiasat dahulu..
Saya faham mak saya pernah pesan pada
cikgu kelas adik, kalau dia nakal cikgu rotan..
Tapi itu tidak bermaksud, untuk terus menghukum
tanpa sebarang soal siasat...
Saya faham kami bukan dari keluarga mereka yang
kaya dan berpengaruh..
Tapi bukan sewenangnya memperlakukan sedemikian..
Dan saya juga faham dengan perangai adik bongsu
saya.. Memang dia sedikit nakal tapi saya tahu
dia tidak akan berperangai sedemikian...


Entahlah, saya cuma berharap adik saya kuat..
dan segalanya kami serahkan pada Allah
kerana setiap inci perbuatan kita di dunia
tidak akan terlepas di mahkamah akhirat kelak..



Saturday, 19 March 2011

Penangan Seafood

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Apa khabar semua?
Hopefully Sabtu ni membawa makna kepada kita semua..
InsyaAllah..

Okay, today nadia kerja half day and ada kenduri kawen
yang patut dihadiri petang ini..
Namun nadia tak dapat pergi memandangkan kereta nadia
iaitu si jaguh sedang buat perangai..
Problem pada gear, semacam spring atau apa entah tercabut.
Semalam terjadi, jadi untuk masuk gear 3 dan 4 sedikit bermasalah
dan kena drive perlahan..
Apapun, segalanya pasti ada hikmah..
nadia harap nadia kuat hadapi semua ni..
InsyaAllah minggu depan perlu dihantar servis..
Bermanjalah puas-puas ya si jaguh di pusat servis..


Okay, malam semalam nadia pergi merambu bersama adik-adik nadia
Katanya mahu belanja makan steamboat
di East Coast Steamboat, Jalan Beserah Kuantan..
So, around 8pm kami sampai di sana..
Oh ya nadia tak sempat nak snap gambar
Excited nak makan, ditambah pula memikirkan soal kereta..
So, segala gambar nadia pinjam dari mereka
yang pernah makan di sana..

gambar pinjam dari SINI

gambar pinjam dari SINI

Okay, dijadikan cerita, nadia and adik-adik ambil seafood
yang banyak.. Cehhh tamakkan...
Oh ya, harga dia untuk seorang RM20,
sekiranya tak habis, akan ditimbang dan dikenakan caj RM6
kalau tak silap nadia lah.. sebab kami makan habis...ngeh ngeh ngeh..


Nak dijadikan cerita..
Mula pertengahan makan, adik lelaki nadia mula gatal-gatal tekak..
Dia memang alergik dengan udang sebenarnya..
tapi gatal nak makan jugak..
Then, bila dah habis makan..
giliran nadia pula... bibir nadia bengkak sikit
dan jari-jari naik gatal...
nadia gigit-gigit jari bagi kurang rasa gatal..


Untuk mengurangkan bengkak semua tu
singgah di Teluk Cempedak, pekena aiskrim McD..
Nadia pilih McFlurry Mango Peach, masam manis best..
Okay la sikit bibir, semakin kurang bengkak..
Oh ya, bulan terang dan cantik malam semalam..
Then ada persembahan lagu ala-ala country gitu..
Jadi kami semua, makan aiskrim, dibawah bulan
ditepi pantai diiringi lagu country.... Chewaaahhh gitu pulak..
hahahah..


Apapun, seronok sebab dah lama tak keluar bersama adik-adik..
Maklumlah adik nadia yang kedua tinggal berasingan dan jarang jumpa..
So, bila dah jumpa, banyak hal nak cerita..


Okay semua, maaf ya cerita nadia ni membosankan..
Semoga nadia dapat bercerita yang lebih baek selepas ini..
InsyaAllah...
Oh ya, nadia ada dengar petua mengurangkan alergik
tapi entah boleh pakai atau tidak..
Sebenarnya kalau kita alergik pada sesuatu makanan
maka harus kita makan selalu makanan yang kita alergik itu
kerana mungkin pada awalnya darah kita kurang sesuai
tapi bila kita ajar diri untuk melawan alergik makanan tersebut
InsyaAllah darah akan serasi...
Wallahualam tapi nadia rasa memang menjadi..
Cubalah tapi kalau yang alergik kuat
baik minta nasihat doktor...


Apapun segala yang datang
pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu...
Wallahualam...



Wednesday, 9 February 2011

Penatnya Seorang Ibu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT









Last day, cuma kerja half day
then balek rumah terus siap-siap untuk memasak
just a simple menu..
kari terung dan ikan goreng saja


then, berkejar mengemas rumah
basuh pakaian..
Suap anak-anak asuhan mak makan
Everything settle dalam jam 3petang


sangat penat
beginilah agaknya keadaan mak tiap-tiap hari
mungkin lebih memenatkan
Astaghfirullah
rasa nadia ni anak yang sangat teruk


hari ni awal-awal sudah bangun
siapkan sarapan
just buat nasi goreng kampung
Alhamdulillah
sempat untuk adik-adik makan
sebelum pergi sekolah


Semoga Allah memberi diri ini
hati yang kuat dan sabar..
Amin ***..


Segalanya pelajaran kehidupan untuk nadia
semoga nadia ambil panduan
untuk melangkah pada hari esok..
InsyaAllah



correction: atas teguran mama ogy ttg penggunaan word 'ameen'
nadia dah tukar.. thanks mama ogy

Tuesday, 8 February 2011

Adakah Saya Mampu Hadapinya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Sorry a lot, today i'm not in a good mood
Something bad happen in my family
Allahuakbar, Subhanallah..
Adakah nadia akan kuat menghadapinya
I need to.. i have to..
be strong person


Semoga Allah memberikan ketenangan pada hati ini
Semoga memberi jiwa yang kental pada diri ini
Ameen


Thanks to someone
bersekang mata sepanjang malam
mendengar keluhan nadia
sangat menghargai kamu dalam hidup ini



Thursday, 30 December 2010

Aduhhhhh Kebasahan Lagi

Assalamualaikum WBT semua...


Hari ni nadia cuti cos hari ni mau settle urusan-urusan penting yang tertunggak dek kerana kebusyan bekerja...Okay, hari ni seawal pukul 4 pagi mak nadia kejutkan.. Huh ingat dah pukul6 masa tuh.... Hajat nak sambung tidur tapi mak cakap minta tolong angkat barang... Angkat barang apa pagi-pagi nih mak...... Rupa-rupanya air banjir telahpun menyelinap masuk ke dalam rumah, bahagian dapur.....hohohoho sudah banjir wooo.... yelah, last day hujan tak mau berhenti... hari ni nampak gayanya sama jugak macam semalam....huhuhuhu



Bahagian depan rumah, usah dikata memang penuh dengan air.... mau turun memang yakkkkkksss sebab takut cik lintah yang suka melekat-lekat di kaki tuh.... btw, area rumah nadia ada paya yang penuh dengan segala bagai.... Lintah, ular, pacat....Eh tapi pacat tak duk dalam paya, cuma menginap di atas dedaun tepi paya saja.... Biasalah kawasan kampung tapi best tau pagi-pagi...... Kalau cuaca cerah, sinaran mentari celah-celah dedaun and kicauan burung tu, Subhanallah memang menenangkan jiwa raga........Pagi-pagi nadia duk belakang rumah, ambil udara segar... Irama yang datang dari burung-burung and back drop matahari pagi tuh memang mengagumkan...Subhanallah ciptaan Allah Yang Maha Agung...

Okay, back to the story of banjir... Now terbatas sikitlah pergerakan..Bukan apa nak keluar dari rumah... eiiiiwww risau cik lintah datang menyerang....hihihi dah lama sebenarnya kawasan rumah nadia ni tak banjir... So bila dah banjir, paham-paham saja laa.... 

Oraite, sekian saja berita terkini dari nadia ar-rumaisha...Lintas lansung tentang keadaan banjir yang melanda di rumah beliau....hihihihi sekian terima kaseh sudi baca.... lepas baca memang kena comment....hihihih terima kaseh lagi......

Saturday, 25 December 2010

Tunggu Kami Terengganu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Hohoho Selamat Hari Natal untuk bloggers atau readers yang menyambutnya.. Okay, last night wahhhh jalan sangat-sangatlah busy terutamanya jalan ke Teluk Cempedak.. Woo memang pack, padat.... Then, ternampak sorang amoi pakai baju Santa... Adik cakap comel jer...hihihih

Okay, today, mau pergi jalan-jalan ke Kerteh, Terengganu.. Tujuan utama mau pergi rumah pak saudara nadia di Rantau Petronas.. Then after that mau singgah itu Mesra Mall... Saja mau lihat-lihat apa yang ada di sana...hihihi sesekali beralih angin...

Apapun, sorry untuk Azaha & isteri, nadia tak dapat pergi ke majlis resepsi mereka di Hotel Seri Malaysia sebab urusan keluarga ini.. Didoakan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka and semoga dikurniakan anak-anak yang soleh, solehah and comel...Ameen...

Okay, sekian saja berita dari nadia arrumaisha untuk pagi sabtu ini.. Kita ketemu lagi pada malam nanti untuk berita seterusnya.. Sekian, salam hormat....:p


Wednesday, 22 December 2010

Inilah Akibat Terlalu Dimanjakan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Ini kisah kucing peliharaan keluarga nadia.. Kucing yang terlalu dimanjakan.. Ada 2 ekor, satu namanya Sudin, satu lagi namanyer Kecek... Dua-dua ni sebenarnya kucing yang dibuang, adik terjumpa duduk bawah rumah masa dua-dua ekor ni kecik lagi.... First ambil si Sudin, masa tu sangat liar sampai pernah cakar jari adik sampai berdarah.. Si kecek tu pula dalam 2 bulan lepas ambil Sudin.. Sudin warna oren, Kecek warna kelabu.. Dua-dua bukan adik beradik tapi sangat ler rapat......

Ok, al kisahnya pernah sekali si Sudin ni kena gomol dek kucing jantan laen sampai saket...Oh lupa, dua-dua kucing rumah nadia ni jantan ya... Ok, lepas kena gomol dengan teruknya, adik nadia pergi carik kucing yang buat onar tu... tangkap and pergi buang jauh-jauh dari kawasan kampung kiteorang... Aman sekejaplaa dua-dua ekor kucing ni... Selang sebulan lepas tu, ada pulak kucing laen duk merayau and gomol dua-dua ekor kucing ni... Sekali lagi kau kena tangkap and dibuang daerah kampung sejauhnya....hahahaha

Rasanya dah 4 ekor kucing kena buang termasuk kucing saudara kiteorang sendiri kau....hahaha sape suruh biar jer kucing kau merayau jauh-jauh.. Dah lah buat jahat masuk rumah, kencing merata....Sampai sekarang pun dia tak pernah tanya pun pasal kucing dia... hambik kau kucing, tuan kau pun tak cara... Okay, akibat-akibat dari perkara yang telah nadia ceritakan.. si Sudin dan si Kecek ni jadi sangat manja dengan kiteorang and yang paling pasti..sangat PENAKUT.... Kadang, kalau si Sudin tu berbunyi kena gomol.. Si adiknya, Kecek memang tak keluar rumah dah.. Bila abang dia masuk rumah lembik, cepat-cepat dia pergi dekat abang dia nak bermanja... And tau apa dia buat.... tengok gambar di bawah.... Kejadian ni difotokan oleh adik nadia semalam... Lawak kau... dia jenguk kucing jahat tu ada lagi tak kawasan rumah kiteorang.....


Hah, sekarang memang dua-dua ekor penakut tapi yang selalu kena si Sudin laa... Apapun, yang kiteorang suka sebab bila ada kucing ni, tikus tak berani masuk rumah.. Maklumlah belakang rumah nadia Jurrasic Park... segala macam benda ada dalamnya....Pernah ditangkap anak ular tedung weehhhh...Takut tau... terus ayah buang jauh-jauh ular tu..... Hah itulah cerita tentang dua ekor kucing yang telah diberi nama Sudin and Kecek.....  Sekian terima kaseh...


Monday, 20 December 2010

Duhai Ibuku Sayang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Sabtu lalu, nadia balek kerja half day..Then lihat mak tengah menjahit..Seperti selalu..
Then, bila tengok wajahnya, okay saja..
Bila lihat kali kedua, laen macam..
Then, bila lihat kali ketiga.. Nadia rasa ada sesuatu yang tidak kena..
Sangat serba salah dan sedih hati..

Bila tanya, mak marah kita?
Digelengkan..
Mak marah adik-adik?
Digeleng juga..
Sebolehnya dia cuba mengelak pertanyaan..
Kerana satu, tidak mahu membebankan anak dengan kesedihannya..
sedangkan nadia sebagai anak telah membebaninya dengan pelbagai hal..

Saat yang menitiskan air mata nadia bila lihat wajahnya saat tidur..
tenang namun sarat dengan pelbagai kisah kehidupan..
Mampukah segalanya dilalui tanpa mak..
Kerana dia sumber kekuatan hidup ini..
Allahuakbar..
Ya Allah Engkau berikanlah kekuatan kepada ibuku. Engkau berkatilah kehidupannya.


Sayang mak selamanya..

Jangan Sesekali Anda Memandu Seperti Saya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Jangan Sesekali Memandu Seperti Nadia!!! Okay, itu adalah arahan..Muktamad.. Larangan ini berdasarkan pengalaman nadia memandu, membahayakan nyawa nadia juga si kecik kesayangan nadia..Lihat gambar si kecik Aiman di bawah.. Comelkan anak buah nadia ni..hahaha sangat nakal tau.. Hobi menyepahkan rumah dan makan buah-buahan...


Okay, berbalik kepada larangan di atas, Sabtu lalu after office hour, nadia balek rumah ambil detox patch..Bos nadia order dan minta hantar semula ke office.. Then, nadia bawak sekali si kecik Aiman ni.. Si kecik ni kalau naek kereta memang tak duduk diam, tapi dapat bantal hiasan dia akan diam.. Cium-cium bantal tu.. Tapi baru-baru ni dia tak nak duduk diam tau.. Serius nadia drive sangat perlahan, 60 saja tau.. Sebab takut aiman terjatuh..Nak pakaikan seatbelt, memang tak boleh.. Dia memang mengamuk..Lagipun jarak rumah ke office cuma 5 minit saja..

Then, on the way nak balek rumah.. Si kecik kesayangan nadia ni terjatuh terperosok di celah seat depan.. Terhantuk pada dashboard.. Subhanallah..masa tu nak nanges sangat..Terus berhenti tepi jalan.. Memang meraung si kecik aiman ni.. Angkat and pangku atas riba.. Nak letak sebelah pun dah tak nak.. So, terpaksa nadia drive dalam keadaan memangku si kecik ni.. Memang scary sangat-sangat memandangkan kereta manual, nak masuk gear sangat payah...huhuhu.. Tapi satu jer si aiman ni, bila dia nanges, pujuk sambil sebut Lailahaillah, dia akan diam... Alhamdulillah sampai rumah, terus nak mak nadia dukung... Nadia pulak rasa sangat serba salah.. sangat sedih..

Moral, laen kali nak ke mana, nadia akan bawak teman untuk pangku si kecik ni.. Risau perkara sama berulang.. Subhanallah pengajaran buat nadia..Alhamdulillah tak jadi apa-apa...Nadia harap anda jangan sesekali buat macam tu..Please jangan jadi seperti nadia.. Sangat cuai.... Okay, thats all..Thanks for reading..and kalau sudi, suakan lah pendapat anda.. Sekian terima kaseh..

Saturday, 4 December 2010

Musibah: Denggi Berdarah

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


aku kan terus menjadi pembunuhmu wahai nyamuk...percayalah: credit

Semalam lepas solat Maghrib, makcik telefon mak nadia.. Adik sepupu masuk wad.. Katanya kena denggi berdarah dan keadaan semakin memburuk.. Subhanallah.. Mak cakap gigi adik sepupu dah berdarah, muka pun dah pucat lesi..  Suara makcik dalam talian penuh sebak, dia minta ayah saudara nadia pergi carikkan ketam nipah sebab ada orang cakap elok untuk orang kena denggi berdarah.. 

Then, malam semalam.. adik lelaki nadia, sepupu and ayah saudara keluar pergi mencari kat pantai.. Tapi air pasang,  jadi tak dapat nak cari... Nadia pun tak pasti apa lagi yang mereka usahakan untuk dapatkan ketam nipah tu cuma berharap pada Allah untuk memberi kesembuhan pada adik sepupu.. 

InsyaAllah hari ni, after balik kerja nadia nak singgah ke hospital jenguk dia.. Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, juga kepada makcik nadia untuk kuatkan hatinya menerima ujian Allah Yang Maha Kaya..Ameen.. Pesanan nadia pada semua, jaga kesihatan.. Sekarang musim hujan, nyamuk banyak sangat.. Jangan biarkan nyamuk-nyamuk ni dengan senang bermaharajalela di dalam rumah/kawasan kita...
KATAKAN TIDAK PADA DENGGI, KATAKAN YA PADA BUNUH JENTIK-JENTIK/NYAMUK