Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

Usah Mementingkan Diri Sendiri

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah syukur dapat menulis sedikit pada hari ini.. Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, sesuatu yang saya kira kerap terjadi dan ianya peringatan buat diri saya sendiri dan mungkin juga buat anda.. Inshaa Allah...Sebelum itu, mari kita hayati hadis di bawah.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: 
Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)


Sebenarnya ada banyak waktu apabila saya atau suami atau ahli keluarga memandu kereta, saat tiba di persimpangan untuk melintas ke jalan besar, ada kenderaan lain yang saya kira dengan sengaja meletakkan kenderaan di bahu jalan, bersebelahan persimpangan keluar.. Kalau anda tidak memahami, lihat gambar yang saya lakarkan di bawah..


Lakaran saya ini sekadar contoh sahaja.. 


Saya sedar, mungkin tulisan saya ini sekadar membuang masa anda untuk membaca.. Tiada yang menarik bukan.. kerana bukanlah tulisan mengenai perkembangan selebriti masa kini, atau mungkin juga bukan kisah-kisah hiburan yang meletup ketika ini.. Tapi apa yang saya catatkan di sini, adalah sesuatu yang sering terjadi dan barangkali mengundang tragedi andai ada dikalangan kita yang tidak prihatin.. Mungkin hal ini kecil buat anda tapi besar bagi saya..

Berbalik kepada cerita sebenar, pernah satu waktu ketika suami saya memandu.. Pada waktu maghrib, dengan cuaca hujan.. Saat kami ingin melintasi jalan besar, hampir saja sebuah motorsikal merempuh kami.. Mujur sempat kami ke depan dan sempat dia memperlahankan motorsikal.. Diri saya, Allahu Rabbi, hanya Allah yang tahu.. Hal ini berikutan sebuah van yang diletakkan benar-benar di tepi persimpangan dan menghalang pandangan kami untuk melintas.. Ketika itu, saya terfikir, tidakkah hamba Allah yang meletakkan kenderaannya di situ berfikir, apakah kesan buruk.. Tidakkah dia berfikir akan kesukaran orang lain.. Allahuakbar.. Sedih dengan sikap manusia yang hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan diri sendiri..

Apa yang saya pelajari dari apa yang terjadi ketika itu, sentiasa bersikap prihatin.. Kerana keprihatinan itu, Inshaa Allah akan banyak memberi kemudahan dan manfaat kepada orang lain.. Dan ganjarannya dari Allah amatlah besar.. Tidakkah anda mahu ganjaran tersebut? Tidakkah anda mahu kehidupan yang terjamin di akhirat kelak? Jom kita tanya pada diri sendiri.. Assalamualaikum WBT...





Monday, 21 October 2013

Setahun Sebuah Perkahwinan

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Sabtu lalu, genap sudah setahun perkahwinan saya dan suami tercinta.. Pejam celik pejam celik, sekejap saja.. Tak sangka pun ada.. Masa tuh terimbas sendiri setiap kenangan ketika persiapan perkahwinan, lucu pulak bila ingatkan semua tuh..


Alhamdulillah saya sangat beruntung sebenarnya kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sanggup bersekang mata menjaga saya tatkala sakit saya datang menyerang.. Malah sangat sabar menghadapi kerenah saya yang kadangkadang saya sendiri tak faham dengan diri saya.. Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan buat saya... Anugerah yang sangat berharga..

Di awal perkahwinan, sejujurnya sangat banyak cabaran yang saya rasa bukan saya sahaja hadapi tapi mungkin juga buat mereka yang baru berkahwin juga.. Maklum sajalah, fasa baru dalam kehidupan. Namun Alhamdulillah segalanya berjaya di atasi dan saya sangat beruntung dikurniakan keluarga yang selalu memberi nasihat. Begitu juga dengan keluarga suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat.. 

Apa yang saya simpulkan dalam perkahwinan adalah, suami-isteri keduanya lahir dari keluarga yang mungkin berbeza adat dan cara kehidupan. Dengan perbezaan inilah sebenarnya yang mengajar kita untuk belajar menerima dan memberi.. Seperti juga cara ibu saya dan ibu mertua saya memasak, banyak perbezaan.. Namun, saya ingat pesanan adik ipar, masakan ibu kita dan sebati sejak kecil, jadi dah menjadi kebiasaan.. Dari situ, saya mula belajar bagaimana cara ibu mertua saya menyediakan masakan..  Kalau suami saya boleh menerima cara keluarga saya, kenapa tidak saya juga belajar menerima cara keluarga mertua saya.. Inilah dinamakan give and take.. Begitu juga soal kelemahan diri kita sebagai suami isteri.. Suami ada kelemahan, dan kita juga sebagai isteri punya kelemahan tersendiri.. Belajar menerima dan redha...

Saya percaya setiap apa yang Allah kurniakan pada diri saya, ada hikmah yang tersembunyi.. Biarlah Dia simpan dahulu dari pengetahuan saya kerna saya yakin Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya.. Apa kekurangan suami itu, saya cuba selubungkan dengan kekuatan yang saya ada supaya saya mampu dan terus berusaha memberi yang terbaek untuk suami dan rumahtangga saya... Dan buku-buku agama dan motivasi saya jadikan sumber untuk saya mendapatkan ilmu rumahtangga.. Bukankah semua para isteri ingin sekali menjadikan rumah suami itu ibarat syurga buatnya.. Jadi, di sinilah saya belajar dan terus belajar..

Dan yang paling utama itu adalah, jangan pernah sekali membiarkan syaitan cuba merasuk kita supaya meninggalkan rumahtangga.. Selalu yakin dan ingat pada Allah.. Redha suami itu sangat utama untuk menjamin kita, para isteri di akhirat kelak... Jadi, untuk itu, sebagai isteri kita harus lebih bersabar.. Andai sifat atau kekurangan suami itu tidak 'berkeupayaan', maka tutuplah ia dengan kelebihan yang kita ada.. Jom corakkan rumahtangga kita dengan lukisan yang indah mengikut sunnah Rasulullah yang mulia.... Wallahualam..


Buat sahabat, 
Doakanlah rumahtangga saya sentiasa bahagia, dirahmati dan diredhai oleh Allah sehingga ke akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin





Friday, 19 April 2013

Sebenarnya Saya Sangat Beruntung

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT...Hai semua...
Pernah tak bila korang mengadap blog atau facebook, baca status orang dan terlintas di hati, "oh betapa beruntungnya dia" atau "bestnya hidup dia".. Tipu kalau saya katakan tak pernah kan malah saya sendiri pernah juga macam tuh...Pernah juga timbul perasaan cemburu.. Kenapa sukarnya hidup ini? Kenapa harus saya yang lalui?... MashaAllah betapa dhoifnya saya saat berfikiran seperti itu.. Dan Alhamdulullah saat Allah membuka mata saya, melihat realiti dunia.. Alhamdulillah dia memberi kemudahan kepada saya melaluinya, mempertemukan saya dengan mereka-mereka yang sangat bagus akhlaknya... 

Alhamdulillah saya bersyukur walaupun saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi sentiasa cukup makan pakai.. Alhamdulillah walaupun ayah saya seorang yang panas baran tetapi kerana hal itulah saya menjadi seorang perempuan yang tetap hatinya di rumah... Alhamdulillah walaupun ibu saya tidak berpendidikan tinggi tapi dia berjaya mendidik hal-hal agama yang teguh kepada saya malah tidak permah ada satu pun soalan yang tertunda darinya..Dia mengajar saya untuk menjadi seorang perempuan yang tenang menghadapi ujianNya...Alhamdulillah walaupun adik-adik saya sering dengan hal mereka tersendiri tetapi merekalah yang tetap berdiri di sisi saya saat saya menghadapi tikaman dari belakang...Alhamdulillah walaupun suami saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi kehadirannya dalam hidup saya menjadikan sebahagian hidup saya sempurna.. Alhamdulillah walaupun saat perkahwinan menjengah 6 bulan dan saya masih belum diberi tanda-tanda kehamilan tetapi saya bersyukur kerana saya tahu Allah lebih tahu segalanya... Pasti ada hal tertunda yang harus saya selesaikan terlebih dahulu sebelum menghadapi fasa-fasa itu dalam kehidupan saya... 

Dan kerana hal-hal seperti itu, setiap hari saat terbuka jendela mata ini, hati ini sebaek mungkin ingin berusaha memberi hal-hal yang terbaek dalam setiap minit-minit yang akan berlalu.... Untuk apa dibimbangi hari esok sedangkan Allah telah menetapkan semuanya... Yang seharusnya kita lakukan, adalah bersyukur dan belajar menerima setiap hakikat yang tertulis dalam kehidupan.... Setiap segalanya yang berlaku penuh dengan muslihat dan hikmahnya.... Wallahualam...


Sekarang saya sedang gigih menghayati isi-isi buku ini.. Sangat bermanfaat...






Friday, 6 July 2012

Nasihat Jumaat


Bismillahirrohmanirrohim



Sekadar berkongsi sedikit pesanan yang saya perolehi
dari Facebook... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...




Semoga saya dapat mempraktikkannya..InshaAllah...







Wednesday, 27 June 2012

Positif Untuk Kehidupan


Bismillahirrohmanirrohim



Sekadar berkongsi sedikit kata-kata


jangan pernah anda fikir bahawa anda keseorangan



cubalah terbang dan keluar dari kepompong diri anda sendiri



InshaAllah anda pasti akan temui kebahagiaan yang telahpun
tersedia untuk anda..


Hidup ini sangat indah selagi kita tahu memanfaatkannya..
InshaAllah







Friday, 22 June 2012

Kerana Mulut Badan Binasa


Bismillahirrohmanirrohim...



Salam Jumaat untuk semua yang sudi membaca blog ini..
Thank you so much all of you....


Okay, apa yang saya maksudkan dengan 'kerana mulut badan binasa'
adalah soal bergurau.. Rata-rata ada antara kita hari ini terlalu banyak
bergurau sehingga tidak pernah peduli akan perasaan orang laen...
Apa yang paling saya risaukan, gurauan yang mungkin membinasakan
orang lain...Bukankah itu perbuatan yang melampau....

Apapun saya tak pandai untuk bersyarah atau memberi nasihat..
Saya sekadar ingin berkongsi hadis bagaimana Rasulullah SAW
bergurau... Semoga memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua..
InsyaAllah....


عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Hasan al-Basri RA meriwayatkan:

Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). 
 
Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” - Surah al-Waqi’ah 36-37.
 
 
 
 
So, mari kita semua renungkan bersama...
Semoga Allah memberi yang terbaek untuk kita semua...
Amin...
 
 
 
 
 

Friday, 16 March 2012

Petua Untuk Bersinar



Assalamualaikum WBT..
Hello dan salam Jumaat yang indah untuk semua..





Dari Anas bin Malik r.a. berkata, 
“Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku 
membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan 
mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya 
dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang 
membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada 
hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari 
semua penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, 
“Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiaphari?”
Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya 
pada setiap hari Jumaat.”






Friday, 27 January 2012

Perjalanan Bakal Bermula





......................................................

Semalam saya masih menghitung dan seringkali tertanya,
apa harus saya lakukan dan bagaimana saya ingin teruskan.


Saban waktu, setiap saat yang pergi....


Hanya berbisik pada Ilahi, bersenandung padaNya..
Mengalun ayat-ayat cinta, hadiah dariNya..


Kerna hati masih berharap sebuah harapan..




Dan kini, halaman baru semakin terhias indah..
Sebuah perjalanan yang bakal bermula..
Semoga keberkatan Allah mengiringi perjalanan saya..
Amin...
......................................................




Bacalah Surah Ini Pada Hari Jumaat





......................................................

Sepatutnya saya post entry tentang ini awal pagi tadi
tapi disebabkan sibuk, terlupa jadinya.. Okay, saya
amat berharap sahabat-sahabat semua amalkan membaca
surah ini pada hari Jumaat kerana sangat besar pahala
dan keistimewaannya..

Surah yang saya maksudkan adalah surah Al-Kahfi..
Antara keistimewaanya ialah;

 Daripada Umar r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda;
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga
ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya
antara dua Jumaat"
(HR Ibnu Katsir)



Jadi, sama-samalah kita mengamalkan surah ini dan semoga
kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman...InsyaAllah..

......................................................







Tuesday, 24 January 2012

Belajarlah Tentang Isi Kehidupanmu






........................................................................

Pernah beberapa kali saya menangisi ketentuan hidup saya.
Kenapa? Kenapa diri saya? Kenapa harus saya?

Kini saya tahu segalanya.. Kenapa cara ini Allah tentukan buat
saya.. Kerana diawal kepahitan itu, berakhir dengan kemanisan..

Nikmatilah kehidupan seadanya.. Warnailah dengan coretan 
kasih sayang.. Ceriakanlah dengan kuntuman rindu..Hayatilah 
bersama bait-bait cinta.. Setiap insan diberi ketentuan yang berbeza,
jangan sesekali murung andai hiba menghimpitmu tetapi 
bersyukurlah dengan pada setiap saat nafasmu terhembus..
Alhamdulillah... 

Ilahi, jadikan kecintaanku padaMu melebihi segalanya..Amin



Binalah diri anda dengan cara anda sendiri tetapi berpaksi pada
jalan Allah.. Ambil contoh dari mereka yang telah berjaya tetapi
jangan sesekali ditiru kerana kisah dan cara mereka bangun
mungkin saja berbeza dengan kisah kita..
Wallahualam..

........................................................................






Monday, 23 January 2012

Saya Bangkit Kembali

.........................................................................

"Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.
Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak dapat
mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati
yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan."

"Sebahagian orang seperti ikan buta. Dia mengira bahawa dia
berada di dalam gelas kecil, padahal dia berada dilautan luas.
Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun
acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,
ketakutan, permusuhan dan kesedihan."

Petikan kata-kata dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.



Beberapa hari yang lalu, saya mula bangkit. Bangkit dari kesedihan
demi kesedihan yang saya alami. Kesedihan dek pemergian 4 orang
yang saya sayangi.. Semoga mereka bersemadi dengan tenang dan
roh mereka dirahmati Allah.

Bukan itu saja, cacian demi cacian, tohmahan demi tohmahan saya
terima dek kerana salah faham. Malah ada yang berbaur fitnah.
Tak apalah, ini saat Allah menguji saya dengan hebat sekali. Belajarlah
kenali Allah sebetulnya dan anda akan tahu betapa hebatnya Allah.
Allah menguji hamba yang Dia sayangi, Allah lebih tahu segala
sebabnya. Dan saya amat yakin denganNya. Ambil setiap sesuatu
itu pada sudut positif bersama untaian zikrullah..

Ingat, kita ada Allah dan ingat juga, kita hidup di dunia ini hanyalah
sebagai musafir. Bila tiba saatnya, kita akan kembali ke kampung
halaman kita yang kekal iaitu akhirat. Bagaimana saat kita kembali?
Terpulang bagaimana kita mengumpul harta akhirat untuk membina
mahligai di sana kelak... Wallahualam..


.........................................................................





Sunday, 22 January 2012

Saya Ada Allah Yang Maha Adil





..............................................................

Assalamualaikum semua..
Salam Sejahtera..Oh ya sebelum terlupa..
Happy Chinese New Year untuk sahabat-sahabat yang menyambutnya..


Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala kurniaanNya..
Apapun musibah atau ujian yang datang, pasti bersebab dan hanya
Dia Yang Maha Berkuasa tahu.. Redha dan ikhlaskan hati menerimanya..
Basahilah lidahmu dengan ayat-ayatNya, moga ketenangan mengiringimu..
InsyaAllah...

Sejujurnya hati ini sedikit bengkak menerima satu comment yang
memang merobek kesabaran ini.. Tapi apalah yang mampu saya lakukan..
Hanya mampu berdiam dan menitiskan air mata kerana saya tidak pernah
berdaya melawan kata-kata kesat yang diberikan kepada saya...
Tak apalah, teruskanlah... Saya ada Allah Yang Maha Adil atas tiap-tiap
sesuatu yang terjadi.. Saya amat yakin padaNya Yang Maha Pengasih..


Berikut beberapa potong kata-kata ingin saya kongsikan.. Semoga hati
ini terpujuk dan ikhlas menerimanya...InsyaAllah..

Ketahuilah olehmu...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan 
waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon... Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan 
tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal 
dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....
 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
 

dipetik dari Halaqah.net
..............................................................




Sunday, 15 January 2012

Yakinlah pada Yang Maha Kuasa




.................................................................

Hari ini bersama kita mengajar diri dan hati kita untuk
bertawakkal, yakin pada Allah Yang Maha Kuasa


Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. 
Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: 
“Berserah diri, kemudian pasrah. 
Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, 
orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah 
dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. 
Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan 
dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, 
berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. 
Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan 
pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, 
berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”


:: Dipetik dari Halaqah.net, oleh Munaliza Ismail. 
Sumber asal, Ahmad Sabki Mohd Tahir , 
Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430


................................................................. 







Suka desserts?
Tapi takut badan cepat naik! 
Cuba ini dan anda pasti sukakannya..
Klik Sini dan Nikmatinya Sekarang!

Tuesday, 10 January 2012

Bersabarlah Wahai Hati! Yakinlah Pada Allah



........................................................................

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat..
Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah berikan..
Pertama-tama sekali, maafkan diri saya yang mungkin
terlalu lama meninggalkan sahabat-sahabat saya tanpa
sebarang perkhabaran. Malah yang sms pun tidak saya
jawab.. Terlalu banyak yang saya lalui, daripada satu
kehilangan sehingga kepada tiga kehilangan seterusnya..
Juga beberapa ujian lain yang sangat meranapkan hati
serta kesabaran saya..

Tak apalah, saya yakin pada Allah.. Allah sangat adil
atas segalanya.. Semoga Allah terus memberi kekuatan..
Bersabarlah wahai hati, hidup ini cuma persinggahan..
Satu masa, mungkin juga beberapa saat lagi, engkau
juga pasti akan kembali pada Yang Maha Pencipta..

Terima kaseh pada sentiasa memberi kekuatan dan
kata-kata semangat.. semoga Allah merahmati kalian
semua...Amin

........................................................................



Monday, 9 January 2012

Berharaplah hanya pada Allah



 .................................................................

jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

 .................................................................




Saturday, 7 January 2012

Jangan pernah menyesal



 ......................................

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

 ......................................



Sunday, 9 October 2011

Berbisiklah Pada Allah





 Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar 
diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya 
berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: 
Allah mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula 
permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat 
dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu 
tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, 
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik..

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah..
Percaya dan yakinlah pada Allah...








nota hati: saban waktu hati terus berbisik, menanti
kunjungnya membawaku pergi... Aku redha...




kalau suka, LIKE ya..
terima kaseh

Tuesday, 21 June 2011

Apabila Si Kecil Cuba Menganggu Anda Sedang Solat


Okay, bagi mereka yang punya anak kecil pasti selalu berdepan
dengan situasi ini kan..Okay, di rumah nadia, ramai anak-anak
kecil kerana mak nadia merupakan pengasuh..ala bukan orang
lain pun, semuanya anak-anak buah, adik sepupu nadia sendiri..
So, situasi di mana solat terganggu tu memang selalu ada...
kadang bila kita dah hampar sejadah, awal-awal lagi dia dah alert
tau..Then, bila dah berdiri, sedang elok dia datang berdiri betul-betul
di depan kita... Kadang-kadang marah juga sebab kalau tak bertegas
nanti mereka fikir, solat itu perkara main-main..


Okay, biasa juga mak nadia akan buat macam neh tau...Letak
sejadah  di sebelah atau di belakang...Sebaiknya dibelakang sebab
kadang-kadang fikiran kita akan tertumpu padanya ketika solat..
Biasalah syaitan akan cuba sedaya upaya mengeluarkan jarumnya
untuk mencucuk-cucuk kita supaya hilang khusyuk dalam solat...
Okay, biasa dah hampar sejadah, si kecik akan berdiri sama atas
sejadahnya... Kemudian dia akan ikut setiap pergerakan solat kita..
dan secara tidak langsung, dia tidak mengganggu solat kita...
dan sebagai pendedahan awal kepada si kecik tentang solat....


Dan di bawah, gambar sewaktu solat maghrib tadi... Ini anak buah
nadia, memang nakal dan petah sangat..Sepatah kita cakap, habislah
dia ajuk...memang usia dia sekarang mengajuk setiap percakapan
orang.... Lihat saja gambar di bawah, anak tudung mak pun jadi
kopiah dia...hihihi memang dia sangat suka pakai anak tudung...kalau
letak kopiah, harus dibuangnya...hai snow cap...snow cap....

ini masa mula-mula nak solat... elok saja awalnya

ini gayanya bila dah sujud kedua..
ni masa dia mula bertak teh......






kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...
Terima kaseh semua

Monday, 20 June 2011

Bersabar...Kalau Mengeluh Pun Apa Korang Dapat?



Yes, bersabar.... Itulah paling-paling utama saat ditimpa ujian
oleh Allah SWT... Mengeluh? Itulah yang sering sangat nadia
lakukan tanpa sedari... Kadang bila orang tanya, cepat-cepat
nadia jawab...Eh aku tak mengeluh.. Padahal kadang tanpa nadia
sedar, nadia mengeluh..Terutamanya bila ditimpa ujian yang 
bertalu...Allahuakbar...Sangat besar dugaan dan ujian ini... Berikan
hambaMu ini kekuatan dan bimbinglah aku supaya sentiasa
di jalanMu Ya Rabb.....


Kadang bila terlalu tertekan, pelbagai perasaan yang berkecamuk
dalam diri nadia ni..Beberapa ketika ketawa dan beberapa saat yang
lain, nadia boleh menangis pada perkara yang tak semena-mena...
Ya Allah, berikan aku hati yang kuat dan iman yang teguh....
Kawan-kawan semua, bersabarlah dengan kehidupan dan bersabarlah
saat ditimpa musibah... yakinlah pada Allah bahawa ujian itu menguatkan 
lagi jati diri dan semangat kita sebagai umat Islam.... Ingatlah bahawa
ujian itu juga penghapus segala dosa...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji 
oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya 
sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Dan ingatlah, Allah telah menyediakan balasan dan ganjaran
yang indah bagi orang-orang yang bersabar...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, 
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam 
Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali 
syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya 
(Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik 
dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni 
dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). 
" (Hadis riwayat Imam Bukhari). 






Silakan LIKE jika anda suka entry ini

Wednesday, 15 June 2011