Sunday, 15 January 2012

Yakinlah pada Yang Maha Kuasa




.................................................................

Hari ini bersama kita mengajar diri dan hati kita untuk
bertawakkal, yakin pada Allah Yang Maha Kuasa


Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. 
Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: 
“Berserah diri, kemudian pasrah. 
Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, 
orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah 
dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. 
Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan 
dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, 
berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. 
Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan 
pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, 
berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”


:: Dipetik dari Halaqah.net, oleh Munaliza Ismail. 
Sumber asal, Ahmad Sabki Mohd Tahir , 
Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430


................................................................. 







Suka desserts?
Tapi takut badan cepat naik! 
Cuba ini dan anda pasti sukakannya..
Klik Sini dan Nikmatinya Sekarang!

3 comments:

Ardini Humaira said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini, nadia :)

aliza said...

yuppp tawakal selepas puas berusaha dan berusaha,.. Qada' dan Qadar-Nya pula yg menentukan,.. insyaallah..

Bima Saputra said...

Nice Post ya , happy blogging