Showing posts with label Be Healthy. Show all posts
Showing posts with label Be Healthy. Show all posts

Thursday, 15 December 2016

Tips Untuk Kurus Dan Sihat | Jus Delima Dengan Chia Seed

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Kalau cerita pasal nak kurus ni kan, rasanya dalam blog saya ni dah berapa post saya cerita mengenai azam saya nak kurus, nak kurus, nak kurus tapi kurusnya tidak.. hahaha Agaknya kena cukup 40 post tentang kurus, barulah saya kurus agaknya kan. Hurm, tak kisah lah samada saya kurus atau tidak, bagi saya yang penting adalah kesihatan. Yes, kesihatan tu yang memainkan peranan yang penting sebab bila badan tak sihat, banyak hal yang tergendala terutama sekali soal ibadah kepada Allah.
So untuk memulakan misi hidup sihat ni, chewah siap ada misi lagi tu.. Okay, saya mulakan dengan menukar menu, cara pemakanan saya terlebih dahulu. Kalau sebelum ni, breakfast saya amatlah tidak menyihatkan, dengan nasi lemaknya, nasi minyaknya, nasi kerabunya yang memang favourite sepanjang masa, sekarang saya cuba tukar dengan roti wholemeal dua keping dengan telur. Dan saya juga merajinkan diri dengan menyiapkan jus buah-buahan yang dicampur dengan chia seed.



Bercerita tentang chia seed ni, saya sebenarnya terpedaya dengan minah dan mat saleh yang selalu mengamalkan chia seed ni sebagai nutrisi harian mereka selain untuk mengekalkan berat badan. Macam-macam mereka buat, sampai boleh jadi puding mereka buat.. haa memang bersemangat mempelbagaikan menu.. Chia seed ni sebenarnya dalam kategori benih tetapi benih yang boleh dimakan dan ianya merupakan tumbuhan padang pasir yang bernama Salvia Hispanica. Chia seed ni ada banyak khasiatnya untuk tubuh dan mengandungi Fiber, Omega, Kalsium, Protein.. Haa lepas ni, kita start google sama-sama tentang khasiat chia seed ya..



So, apa yang orang perkatakan bahawa chia seed ni boleh menurunkan berat badan, boleh menguruskan badan, bagi saya Ya.. Sebab utama bukanlah kerana saya dah berjaya, TIDAK sama sekali tapi apa yang saya sendiri rasa dengan mengamalkan chia seed ni selama lebih kurang seminggu, ia mengenyangkan saya. Iyalah, bukan senang ya nak mengubah tabiat pemakanan yang sebelum ni, saya rasa agak berat kepada dua keping roti dan sebiji telur. Dan Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya, beri saya rasa kenyang tu sehingga jam 1.00 petang yakni waktu lunch.. Alhamdulillah, waktu lunch tu kadang-kadang pun masih belum rasa lapar. Jadi, bagi mereka yang baru nak bermula seperti saya, inilah yang saya sarankan. Please don't skip your breakfast. Penting tau breakfast ni, start your day with something good. Jangan seksa tubuh badan kita.



Dan hari ini, Alhamdulillah kebetulan balik kampung baru-baru ni, pergi pasar dan jumpa buah delima yang besar, merah mengiurkan dan manis ni, jadi bolehlah saya blend buah delima ni buat jus dan add on chia seed. Cara saya, saya akan rendam dulu sesudu besar chia seed dalam air kosong semalaman di dalam peti sejuk. Pada sebelah pagi, chia seed itu akan mengembang seperti biji selasih. Biji selasih dengan chia seed ni berbeza tau, dari segi rasa, tekstur dia pun bagi saya berbeza. Nak cerita beza dia tu, saya bukan pakar, kena rasa sendiri baru anda tahu.. Jadi lepas chia seed ni mengembang, saya akan campurkan ke dalam juice delima yang telahpun saya blend. Cubalah cara ini, inshaaAllah kalau green juice, biasanya kita agak sukar nak telah tapi dengan kita campurkan chia seed yang dah kembang ni, kita jadi asyik nak gigit chia seed ni, so buat kita tak sedar dan sampai penghujung gelas..

Apapun, saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat atau inspirasi kepada orang lain.. Untuk mereka yang azamnya seperti saya, nak turunkan berat badan, boleh cuba cara ni.. Buat perlahan-lahan tak apa, asalkan konsisten. Yang penting sihat dan memudahkan kita untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.. Dan ingat, segalanya tak akan jadi melainkan dengan izin Allah.. Wallahualam..





Monday, 28 November 2016

Resepi Soba Noodles Salad

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua 💕


Akhir-akhir ini, sejak usia semakin bertambah, saya agak cerewet dan menjaga soal pemakanan saya. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang agak kurang baik dua, tiga bulan ini dan berat badan saya yang bertambah. Jadi, saya cuba menukar menu sarapan saya yang biasa seperti nasi lemak, nasi minyak kepada makanan yang lebih sihat. Dalam notes handphone saya sendiri, pelbagai jenis nama menu sihat yang saya simpan, dengan harapan memudahkan saya merealisasikan impian saya untuk menukar corak pemakanan saya kepada yang lebih menyihatkan. Dan minggu lalu, saya mendapat idea untuk mencuba Soba Noodles Salad and add on dalam nota menu sihat saya. Alhamdulillah, resepinya sangat mudah dan menjimatkan masa. Untuk bahan-bahan pula ada yang saya olah sedikit dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Soba Noodles Salad
Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan.



1 bungkus mee soba - 1 bungkus ada 3 ikat
(Sesuai untuk 4 orang makan)
Rebuskan mee soba selama 4 minit
Boleh baca arahan cara rebus di paket mee soba

Cara penyediaan sos soba noodles salad
3 sudu besar cuka - saya gunakan cuka putih biasa
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak sayuran - saya gunakan olive oil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap soya cair - saya gunakan kicap kipas udang lemak manis
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam

Masukkan kesemua bahan sos ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Bagi yang ingin rasa yang lebih manis, tambahkan gula. Begitu juga dengan cuka, sekiranya ingin rasa masam yang kurang, kurangkan cuka. Tapi bagi sukatan yang saya beri ni, InshaaAllah rasanya sekata bila kita gaulkan bersama mee soba dan salad.

Untuk Salad
Kobis ungu
Lada benggala
Lobak

Untuk salad, boleh tambahkan salad lain seperti salad roman dan beberapa salad lain.
Hiriskan semua bahan salad secara nipis.



Last, gaulkan salad, mee soba dan sos dalam mangkuk yang besar dengan rata. Untuk mudah, ambil plastik bersih, dan balut tangan untuk gaulkan semua bahan tadi dengan sebati. Kemudian taburkan bijan.

Optional
Untuk mereka yang nak rasa yang sedikit pedas, boleh taburkan chili flakes mengikut tahap kepedasan yang anda sukakan.

Jadi, macammana pandangan anda tentang resepi ni. Mudah kan.. Okay, hopefully dengan resepi ini dapat mempelbagaikan lagi menu-menu kalian. Kalau ada yang dah mencuba kelak, jangan segan untuk berkongsi pendapat di ruangan komen. Semoga ada manfaat dan kebaikan untuk kita bersama..❤




Tuesday, 11 November 2014

Tips Kecantikan | Cara Saya Amalkan Vitamin

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..



Alhamdulillah syukur atas nikmat-nikmat yang Allah berikan setiap hari..

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Okay, sekadar ingin berkongsi apa saya amalkan untuk kulit dan kesihatan dalaman saya. Semoga memberi manfaat kepada anda semua..InshaaAllah.. 
Sejujurnya saya adalah antara wanita yang mengalami masalah jerawat terutamanya ketika sampai atau hampir waktu haid. Biasanya akan timbul jerawat-jerawat halus malah ada lah juga sebutir dua jerawat yang besar. Memang sangat mengganggu, lebih-lebih lagi saya nih punya tabiat buruk, jari jemari selalu di muka. 

Alhamdulillah lepas amalkan Vitamin C 500mg Shaklee, masalah tu selesai. Dan bonus apabila kulit tidak lagi kusam dan simptom simptom resdung seperti gatal mata semakin berkurang.. Maaf artikel ini, saya tulis bukan untuk promosi, ini perkongsian dari saya untuk anda.. Sebagai rujukan anda ya.. Mana tahu, ianya bermanfaat kemudian hari..

Namun begitu, untuk amalkan vitamin nih, perkara paling utama yang perlu di ambil kira adalah cara pemakanan kita. Terus terang saya katakan, saya memang jauhi minuman berkafein terutamanya kopi. Alhamdulillah saya nih bukan peminat kopi yang tegar. Pengambilan kafein nih sebenarnya mengganggu penyerapan vitamin yang kita ambil.. Jadi untuk dapat feedback akan mengambil masa yang lambat berbanding mereka yang menjauhi minuman berkafein. Pada permulaan, saya ambil sebulan telah menunjukkan perubahan pada kulit.. Dan dalam tempoh pengambilan vitamin C tuh, pernah satu bulan saya cuba ambil kopi, ahli keluarga saya peminat Kopiko LA Cofee, jadi saya turut terpengaruh. Benar sekali, di mana pada bulan itu, pengambilan vitamin C nih seolah-olah sia-sia kerana jerawat mulai timbul dengan jayanya, walaupun bukan dalam waktu datang bulan. Jadi, dari situ saya belajar sesuatu.. Kira macam test untuk lihat perbezaan ambil kopi dengan jauhi kopi..

Selain itu juga, pengambilan air putih atau orang kita selalu sebut air kosong/air masak sangat perlu dititikberatkan. Saya ambil pendekatan begini, setiap 1 liter air bersamaan 25kg berat. Bermakna kalau berat 50kg, jumlah air putih yang perlu di ambil adalah 2 liter sehari. Dan kebiasaannya saya akan lebih dalam 0.5 liter. Pengambilan air putih ini penting bagi menyingkirkan toksin dalam badan selain dari melancarkan penyerapan nutrien dalam badan kita.. InshaaAllah..



Jadi, lepas ini bagi mereka-mereka yang ambil supplement, nasihat saya amalkan cara ini untuk dapatkan kesan yang terbaek untuk kulit anda. Oh ya selain dari itu, saya juga ada amalkan Qaseh Gold-Adinda untuk kesihatan dalaman..InshaaAllah andai punya kesempatan, kelapangan, kemudahan oleh Allah, saya kongsikan feedback dari pengambilan Qaseh Gold ini.. Banyak sebenarnya manfaatnya. Maklum sajalah, herba-herbanya adalah dari makanan sunnah.. Apapun, harapan saya moga tulisan saya ini memberi manfaat, inspirasi serta panduan untuk anda.. Jumpa lagi di post yang akan datang, selamat membaca. Assalamualaikum..






Thursday, 30 October 2014

Bento Box | Usaha Gigih Di Pagi Hari


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah sangat tidak sangka apabila saya diberi kesempatan juga idea untuk update blog ini dari masa ke semasa. Rindu benar zaman saya aktif berblogging dahulu. Ramai betul kenalan ketika itu, saling bertukar pandangan juga idea. Dan bila mood untuk berblogging itu kembali, maka bermulalah episod saya menjelajah ke blog blog lain.. Berkongsi pandangan dan mengambil manfaat iktibar dari blog blog lain.. Dan akhir akhir ini juga saya cukup teruja dengan Bento Ke Kantor yang sering di update oleh blogger Inaachik.. Sungguh tak mampu menahan bila lihat bekalan yang kreatif, cantik dan menyelerakan dari kak Ina.. Dah lah, facebook dan instagram pun dia update (Memang stalker kak Ina selalu (^_____^)



Justeru itu, saya dengan ini berazam untuk berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan bento ke pejabat. Jimat duet, tak payah beli beli dah. Then clean and healthy (walaupun tidaklah healthy mana) kerana masakan sendiri.. Jadi kita tahu apa yang kita masukkan, berapa banyak kuantiti gula, garam segalanya.. Dan inilah hasilnya untuk hari ini.. Sandwich bertingket-tingket untuk breakfast dan nasi goreng ala kampung bersama zuchini untuk lunch. Apapun, semoga apa yang saya tunjuk dan tulis di sini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda.. InshaaAllah... Saya akhirkan dulu untuk hari ini, tak mampu mengikis idea untuk update banyak banyak dalam sehari.. Assalamualaikum..





Saturday, 17 May 2014

Tips Kurus | Detox Secara Semulajadi



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.

Okay, saya mula 'berkenalan' dengan 'detox water' nih secara dekat melalui Instagram. Saya mula ikuti perkembangan mereka-mereka yang mengaplikasikan cara hidup sehat di dalam setiap inci kehidupan mereka. Dari situ, perlahan-lahan saya belajar untuk buat sendiri dan minum 'detox water' ini. Percubaan pertama, saya buat lemon strawberry detox water.. Awalnya memang tekak kurang boleh terima tapi iyalah,
bila dah terbiasa.. Alhamdulillah mudah saja nak telan.. Dan hasilnya, Alhamdulillah saya tak perlu untuk ambil herba-herba untuk memudahkan proses ke tandas sebab dengan 'detox water' saja, dah dipermudahkan buat saya.. Ini percubaan saya seterusnya, lemon + pomegranate detox water..



Ini sedikit kelebihan 'detox water' yang saya petik dari blog kesihatan. Semoga membantu anda dan apa kata kita mulakan sekarang, berubah kepada cara yang lebih menyihatkan dan semulajadi..

1. Menyegarkan pernafasan.
2. Memastikan tahap pH seimbang di dalam badan
3. Memperbaiki fungsi pencernaan
4. memperkukuhkan sistem imun badan.
5. memperbaiki dan menyihatkan kulit.
6. Membersihkan saluran kencing
7. Menggalakkan penyembuhan lebih cepat dan pertumbuhan semula
8. Baik kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan

Segala yang baik inshaaAllah saya cuba kongsikan bersama, yang mana jelek, maaf saya hulurkan.
Sekian, Assalamualaikum.






Sunday, 24 November 2013

Manfaatkan Masa Berkualiti

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi kekuatan dan kemudahan dalam menempuh sukarnya kehidupan ini.. Alhamdulillah... Oh ya sahabat semua, hari ini saya sekadar menulis kosong sahaja, doa saya moga ada manfaat tersembunyi yang mungkin memberi kebaekan kepada anda, sahabat saya semua... Inshaa Allah... Moga keberkatan Allah bersama anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sebenarnya hampir sebulan sudah, saya dan suami mula memperbaiki cara pemakanan kami, atau lebih saya rumuskan sebagai 'eat clean'. Bagi diri saya, saya semakin mengurangkan pengambilan nasi. Seminggu sekali macam tu la.. Dan pengambilan dalam kuantiti yang minimum.. Bagi suami pula, dia masih lagi mengambil nasi lebih kurang sekali setiap hari.. Payah mungkin baginya untuk tidak mengambil nasi.. Namun begitu saya jugak tidak berapa menggalakkannya untuk tidak mengambil nasi kerana kerjanya sebagai mekanik membutuhkan dia untuk mendapatkan tenaga yang banyak.. Cuma saya banyakkan lebihkan sayur dalam menu untuknya..Hasilnya sekarang, semakin kurus tuh belum saya nampak, cuma kalau dari segi kesihatan.. Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan.. Tak apalah, biar result slow janji ianya berterusan.. Sebenarnya agak mencabar untuk melalui semua nih.. Perlu kuatkan semangat.. Dan sebagai penguat semangat saya, saya join group di Facebook yang memberi nasihat untuk menguruskan badan. Dan melihat bagaimana mereka berusaha untuk kurus, saya ikut teruja...Membakar semangat saya..


Okay, berbalik kepada tajuk post saya, sebenarnya saya perlu sediakan satu hari untuk saya keluar berjogging. Jadi, hari Sabtu saya rasa paling sesuai memandangkan sebelah petang, memang tiada sebarang aktiviti.. Jadi pujuk punya pujuk, akhirnya suami saya bersetuju untuk bawa saya ke pantai berjogging.. Alhamdulillah, walaupun tak adalah sepenuhnya jogging, banyak berjalan dan bermain sebenarnya.. Tapi peluh masih lagi berjinak-jinak melembapkan baju.. Kira ada jugalah walaupun tak banyak kan...And kalau berjogging di pantai, saya lebih suka berkaki ayam.. Rasa ehh-nakk sekali berlari anak di tepian pantai, sambil kaki dibasahi air pantai.. Sangat menyamankan..


Lihat suami orang tuh.. Katanya sedang bina telaga mahsuri..Lagaknya seperti anak kecil pula..hihihi


Saya sangat suka berada di pantai sebenarnya, sangat memberi ketenangan kepada saya.. Subhanallah melihat ciptaan Allah Yang Maha Besar..Alhamdulillah mujur rumah sewa kami betul-betul berdekatan dengan pantai dan sangat memberi kemudahan kepada kami..

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."  (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah." (Riwayat Abu Daud)




Okay, rasanya setakat ini dulu coretan kosong saya.. Ambil yang baek, hindarkan yang jelek.. Semoga Allah merahmati anda semua... Assalamualaikum WBT....





Tuesday, 20 August 2013

Bagaimana Untuk Perbaiki Cara Hidup!

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan.. Lamanya saya tak update. Nak update tapi saya malas. Impian nak jadi blogger berjaya tapi sebab sifat malas ada, jadi saya kuburkan saja impian itu. Tak semua impian boleh jadi kenyataan. Tak nak kejar sesuatu yang mustahil sebab saya dah cermin diri saya sendiri. Orang cakap ukur baju di badan sendiri, bukan badan orang lain. Begitulah ceritanya.


Ok nak iklan sekejap.

Follow Instagram saya 
.................................................


Ini saya sekarang, dalam hati bertanya, apakah saya akan tetap 
seperti ini pada masa akan datang.. Wallahualam




................................

Actually, sejak akhir-akhir ini, saya dah mula kawal pemakanan saya, saya mula ambil buah secara maximum. Saya kurangkan pengambilan nasi, banyakkan buah. Kalau lapar sangat, ambil buah-buahan. Hajat hati nak buat diet karbo tapi rasanya saya tak segigih mereka yang berjaya diet karbo atau orang selalu sebut diet atkin. So saya tetap ambil nasik sekali sehari atau kadangnya dua hari sekali, lihat pada kemampuan tubuh badan saya. Cuma jumlah pengambilan, dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Cerita tentang diet ini, bermula apabila saya berdiri hadapan cermin, masa tuh saya lihat diri saya sendiri 10 tahun lepas iaitu ketika berumur 19tahun, dan saya lihat diri saya sendiri 10 tahun akan datang. Apa akan berlaku dan macammana dengan tahap kesihatan saya. Yes memang semua dah ditentukan oleh Allah tapi saya harus berusaha untuk kebaikan diri saya sendiri. Kebetulan pula, waktu balik kampung suami, saya lihat macammana kegigihan kakak ipar saya menurunkan berat badan dan Alhamdulillah dia berjaya menurunkan berat 10kg dalam masa dua bulan. Memang dia ada ambil supplement untuk turunkan berat badan, tapi semua tuh tak akan berjaya kalau tak konsisten. Dan saya nampak kesungguhan dia. So masa tuh saya terbakar dengan semangat kakak ipar saya...hihihi kalau kakak boleh, takkan saya tak boleh.. Itu yang hati saya kuat meronta..

Now saya masih lagi berusaha, secara perlahan. Adik saya ada bagi suggestion kepada saya untuk snap segala gambar makanan yang saya ambil setiap hari. Tujuan? Okay tujuannya adalah untuk saya belajar kawal kuantiti pengambilan makanan yang saya ambil. Misalnya hari ini, pagi roti saya ambil 2keping, sayur dan scramble eggs.. So esok mungkin saya boleh kawal apa yang terlebih dari menu semalam.. Secara jujurnya, idea yang sangat bagus dalam menguruskan pengambilan makanan secara konsisten dan untuk disiplinkan diri. Dan saya? belum sepenuhnya mampu saya snapkan..hihihi InshaAllah soon i will try..

Gigihkan saya buat Frozen Yogurt sendiri. Follow Instagram saya ---> nadia_arrumaisha


Okay, ini kisah saya dan suami pula, sejurus saya ambil keputusan mencatu makanan yang akan ambil, suami siap nak tapekan tong beras rumah kami. Katanya sama-sama berdiet.. hihihih macam-macam.. Tapi hangat-hangat tahi ayam saja. Tak ada maknanya untuk dia tapekan tong beras saya sebab dah mulut melayu, nasi itu tetap jadi keutamaan jugak. Apa yang menggelikan hati saya, pernah satu waktu, hanya dia saja yang menjamu makanan, sedang saya sekadar mengambil buah-buahan, bukan main risau dia bila saya tak makan nasi walhal sebelum ini bukan main dia bagi support. Siap menggoda saya dengan makanan. Tapi itulah, alah bisa tegal biasa.. Alhamdulillah walaupun bukan sepenuhnya saya berjaya kawal pemakanan tapi sebahagiannya saya dah berjaya kurangkan..  Saya tahu setakat mana kemampuan tubuh badan saya dan saya tak akan seksa diri saya sendiri hanya untuk dapatkan berat ideal dalam tempoh yang singkat.

Dan untuk merealisasikan semua tu, saya pun ada ambil beberapa supplement untuk membantu memecahkan lemak dalam badan, sekaligus memberi impak rasa kenyang kepada saya iaitu Shaklee Lecithin dan Omega Guard. Untuk proses detox pula, saya ambil Shaklee Alfafa Complex, sekaligus membantu mengurangkan masalah resdung saya. InshaAllah akan datang, saya akan tambah Shaklee Soy Energy Protein (ESP) untuk lebih membantu saya mengawal rasa lapar saya pada waktu-waktu tertentu.. InshaAllah.. Bagi saya, apa-apa produk pengurusan berat badan semuanya berkesan. Asalkan kita konsisten dan tahu setakat mana kehendak tubuh badan kita. Ini tidak, mentang-mentang ambil produk slimming, makan tak kawal. Ambil segala macam makanan tanpa disiplin. Ingat ya, kita adalah apa yang kita makan, apa yang kita ambil. Cuba research apa sebenarnya yang terbaek untuk tubuh badan kita.

Apapun, saya pun tak berani untuk mengulas lebih sebab saya sendiri pun belum tentu akan berjaya dalam cabaran saya sendiri. Mungkin setakat dipersinggahan dan terus saya lupa bahawa saya sedang berdiet. Cuma bagi saya, yang mana kita boleh tegur, tegurlah. Yang mana kita boleh ingatkan, kita ingatkan. Yang mana kita tahu dan boleh berkongsi, kita kongsi. Tak salah, malah beroleh kebaikan dan ganjaran lagi. Hidup ini kalau tak berkongsi, kita takkan pernah maju ke depan dan kita takkan belajar sesuatu yang baru. Betul tak?? Apapun, semoga berjaya untuk diri saya sendiri dan juga untuk kawan-kawan yang mungkin tengah berusaha, atau mungkin yang baru ingin bermula.. Semoga berjaya.. Untuk yang dah berjaya, tahniah dan jangan lupa berkongsi dan bantu mereka yang mungkin memerlukan semangat dari anda. Sekian bebelan saya, Assalamualaikum...






Thursday, 18 July 2013

Tips Sihat | Alfafa Bagus Untuk Resdung

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua...
Sebelum nih kita pernah cerita kan yang kita makan Alfafa Complex dari Shaklee untuk mengurangkan bersin and gatal mata yang kita alami sejak dari zaman sekolah lagi... Kalau nak baca apa yang kita tulis tuh kan, awak-awak semua boleh klik sini: Alhamdulillah Allah Permudahkan Dengan Alfafa... Dah baca belum? Confirm tak baca kan.. Tak apalah hak masing-masing kan...

Tempoh hari kan, saya (tukar semula dari perkataan kita-macam pelik) dihubungi oleh seorang customer saya, yang pernah beli alfafa dari saya... So korang baca sendiri kat bawah nih... Malaslah nak taip semula...



Alhamdulillah seronok sebenarnya apabila kita tau kebaikan sesuatu produk and kita kongsikan bersama orang lain, tak kira keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja... Alhamdulillah setakat ini saya gunakan produk shaklee, memang sangat bagus dan kalau orang cakap harganya mahal.. Cuba lihat kuantiti bagi satu botol pulak kan.. Untuk Alfafa full pack saja boleh tahan sehingga 3 bulan, bergantung pada sebab pengambilan.. Kalau nak kurus, of course kena makan lebih sebab Alfafa neh sangat-sangat membantu untuk melancarkan pembuangan air besar... Lagipun, takkan kita nak berkira untuk kesihatan sendiri kan... Tak salah berkorban sikit untuk dapatkan kesihatan yang baek, cara hidup yang lebih berkualiti... InshaAllah.... Apapun yang berminat, boleh hubungi saya seperti di bawah....

SMS / WhatsApp / WeChat: 0133750448
Email: dheaahmad84@gmail.com







Sunday, 16 June 2013

Tips Sihat | Kebaikan Alfafa Complex

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum WBT...
Okay, hari ini dah 2 minggu saya consume Alfafa complex.. Alhamdulillah memang thumbs up...
Tahu kenapa? Macam saya pernah cerita dalam entry sebelum neh tentang Penangan Alfafa Shaklee.. So memang tak perlulah kot saya cerita lebih kan... Alhamdulillah suami pun selalu tegur sebab dah tak nampak saya dengan tabiat menggosok mata.. Hey korang tahu  tak, saya pernah merajuk dengan suami sebab dia pegang tangan saya sekuatnya sampai rasa sakit sebab tak nak bagi saya gosok mata.. Tapi apa nak buat, memang tak tertahankan... Apapun Alhamdulillah syukur pada Allah memberi kemudahan pada saya..




Meh saya ceritakan apa sebenarnya Alfafa yang saya duk sebutkan sangat neh...Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya Bapa Segala Tumbuhan.

Alfalfa juga merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besiBerikut saya senaraikan antara kelebihan dan khasiat yang ada dalam Alfafa, yang penting untuk tubuh badan kita..InshaAllah.

- Mencuci usus bagi membuang toksin.
- Melegakan sembelit.
- Membuang angin dalam badan.
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
- Merawat keputihan.
- Merawat resdung, athma, elergik dan ekzema.
- Meningkatkan stamina bagi suami.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Melgakan sakit sendi, lesu badan.
- Menurunkan kolesterol dalam badan.
- Membantu pengedaran darah.
- Bertindak dalam memperbanyakkan susu kepada ibu yang menyusu.
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.



Tengok!!! Banyakkan kelebihan dia... Jadi kenapa perlu pilih Alfafa Complex Shaklee? Ini kerana Alfafa yang digunakan hanyalah yang terbaik dan tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Ia juga ditanam secara organik dan menggunakan baja bebas kimia.. 
Dan kita tengok apa kata mereka tentang Alfafa dan perubahan yang mereka sedang alami... Alhamdulillah....





Untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan produk ini, boleh hubungi saya ya:

PM/SMS/WhatsApp: 013-3750448
Shaklee Independent Distributor ID: 918435
Email: dheaahmad84@gmail.com







Saturday, 8 June 2013

Tips Sihat | Penangan Alfafa Shaklee, Memang Terbaik!!!

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT...Hai kawan-kawan semua...
Alhamdulillah syukur pada Allah masih diberi peluang menghirup wangian kehidupan dunia... Alhamdulillah hari ni jugak ada kesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini... Dah lama kot saya tinggalkan... Busy dengan kerja-kerja di pejabat, urusan rumahtangga dan urusan luar....

Okay, sebenarnya saya nak kongsi tentang salah satu supplement shaklee yang saya gunakan.. Actually baru sangat saya mencuba...Hujung bulan lalu saya dan suami decided untuk mencari supplement untuk kesuburan.. Tapi untuk saya, pertama saya perlu dapatkan supplement untuk mengurangkan resdung yang ada pada saya.. So lepas fikir banyak-banyak, tolak tambah kewangan, akhirnya saya cuba beli beberapa supplement dan untuk resdung, saya ambil Alfafa Shaklee versi percubaan dahulu.. Kira untuk sebulan penggunaan.. Okay lah kan, cuba dulu.. Kalau positif kesannya, inshaAllah boleh saya teruskan lagi dengan full pack... Actually full pack pun tak mahal sebenarnya, tak sampai RM50 pun dan tahan 3-4 bulan macam tuh....Bawah neh gambar full pack Alfafa Shaklee...


Al-kisahnya, baru 5 hari jer saya ambil alfafa shaklee neh tau...(masa saya tulis blog neh) Dan Alhamdulillah nampak kesan positif ke atas resdung saya.. Perkara pertama yang saya perasan adalah bersin... Nak tahu, saya neh tak kira panas ke, sejuk lagilah..asyik bersin jer...Kalau subuh, memang 15 minit lepas ambil wudhu', saya kena rilex sekejap.. Baru boleh solat.. Rilex untuk bersin sehabis mungkin.. Macam tuh jugak dengan solat zuhur, dalam cuaca panas tuh, boleh pulak bersin dengan berianya... Kadang cuba jugak saya tahankan,(tahanlah sangat kan) lepas tuh datanglah sakit kepala yang amat.... Alhamdulillah 2-3 hari neh, saya perasan dah tak bersin lagi....Memang tak bersin langsung... Alhamdulillah suka sangat tau... Then, saya perasan sangat, mata saya dah tak gatal-gatal.. Kalau tak sebelum neh, sampaikan selaput putih macam nak larik dah (betul ke ayat eh)... Hah lebih kurang macam tuh lah.. Semua tuh akibat kekerapan saya menggosok mata tanpa mengenal penat dan lelah, asal rasa gatal kurang.... Dan suami kat tepi, mulut pot pet pot pet, berleter sebab kuat sangat gosok mata... Itulah al kisah resdung saya sebelum ini... Memang kategori kritikal kot terutamanya tang gosok mata tuh.......Apapun Alhamdulillah syukur sangat-sangat atas perubahan positif yang saya dapat neh.. Bawah neh, saya senaraikan lagi beberapa kelebihan yang ada dalam Alfafa Shaklee neh.. Untuk perkongsian kita bersama....


- RAJA SEGALA TUMBUHAN
- Mengetatkan apa yang longgar ibarat kacip fatimah
- Milk booster
- Mencuci dan merawat dalamn wanita
- Detox mencuci usus untuk weight management
- Pelawas bagi yang sembelit
- Merawat allergy, resdung dan ekzema
- Merawat sendi (arthritis)
- Antikulat
- Mengurangkan keputihan untuk wanita
- Bagus untuk pesakit diabetes - mengawal kandungan gula dalam darah
-Sesuai untuk pesakit gout
- Membuang angin dalam badan
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
- Menegangkan payudara wanita
- mengurangkan simptom PMS semasa haid


Jadi, bagi kawan-kawan yang nak tahu info lebih lanjut tentang Alfafa Shaklee neh, bolehlah hubungi saya.. Jangan segan untuk bertanya apapun yang berkaitan, yang mana kita boleh kongsi dan yang mana saya boleh bantu...InshaAllah akan saya usahakan sebaek mungkin....

Shaklee Independent Distributor ID: 918435
Email: mynadiadania@gmail.com





Friday, 31 December 2010

Resepi Jus Durian Belanda Yang Berkrim

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT..


Selamat Pagi Dunia!!!
Semoga semuanya ceria dan bahagia selalu....


Pagi ni nadia nak kongsikan resepi minuman jus durian belanda kesukaan nadia.. Mak selalu buat tau sebab tepi rumah ada pokok durian belanda.. Alhamdulillah kerap juga berbuah... Syukur Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah berikan... Jom kita lihat...Ohh sebelum tu, maaf ya gambar tak berapa nak cantek....hihihi bukan photographer professional....

1. Kupas dan buang dulu kulit dan biji durian belanda... Ambil isi saja ya...


2. Then, masukkan susu manis yang dah dibancuh dengan air suam, isi durian belanda dalam blender.. agak dalam 3 cawan air suam.. susu pulak, kalau nak manis letak banyak, kalau kurang manis letak sikit... Ikut suka... Nadia buat kurang manis.....


3. Blend semuanya sekali.. Jangan terlalu hancur sebab lagi sedap minum...Kalau rasa nak letak ais, blend sekali... tapi nadia suka minum suam-suam sebab sekarang kan hujan....


4. Sedia diminum..... Nadia memang suka sangat minum jus durian belanda ni... Alhamdulillah syukur senang dapat... Apapun, selamat mencuba....





Tuesday, 23 November 2010

Kalau Sakit Kepala Sebab Tak Makan


Kalau anda mau tau, nadia ni selalu menghadapi masalah saket kepala terutamanya bila laporrr....huhuhu kan nak diet kan kan...so kadang degil tak mau sentuh makanan.. so kesannya sakit kepala...hohoho.. mak cakap angin sebab tu saket kepala..

So, ini ada sedikit petua yang nadia baru jumpa..bukan petua sangat pun cuma sedikit cara untuk mengatasi atau senang cerita mengurangkan sakit kepala bila angin dah masuk perut terus naik ke kepala. Hah ambik panjang ayatku..

Caranya adalah ambil buah-buahan yang banyak air. Contohnya buah lai, buah tembikai.. nadia makan buah lai sebab sangat sangat faveret dengan buah tersebut. Alhamdulillah lepas makan, sakit kepala kurang and of course sendawa yang amat... Malu i.... Apapun nadia ni kalau dah sakit kepala, jangan disuruh makan nasik atau segala makanan berat. Pasti akan muntah kembali.

sedia untuk dimakan...nyummy..sila terliur ya....hahahah:p

So, sesiapa yang pernah mengalami, boleh lah cuba.. Mungkin ianya berkesan untuk anda. Tapi kan lain orang mungkin lain kesannya. Jangan pulak nanti cakap, nadia punya petua la ni. Tak menjadi pun. Opsss jangan macam tu ye.. Nama lagi berkongsi panduan, kalau ok teruskan. kalau tak, better hentikan.

Okay, itu saja. Sangat penat hari ni drive memanjang. Sampai kaki naik lenguh duk tekan clutch (betul ke ejaan), tekan minyak, tekan brek. Kuantan pun dah selalu sesak sekarang... Apapun, syukur Allah berikan kemudahan ini.. Alhamdulillah...



Wednesday, 6 January 2010

Tips Kawal Berat Badan



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum


Okay...disebabkan tahun ni saya berazam nak dapatkan berat badan ideal.... Jadi banyaklah yang saya search and survey untuk menguatkan lagi semangat dan mendapatkan tips-tips dari mereka yang telah berjaya.. Haa ini adalah antara tips untuk mengawal berat badan bagi mereka yang dahpun berjaya mendapatkan berat badan ideal..



1. Makan hanya bila duduk atau berada di meja makan
2. Makan secara perlahan serta tertib.. Jangan perlahap
3. Untuk mengelakkan makan snek, cuba lakukan aktiviti yang membuatkan kita lupa keinginan untuk makan snek tadi.. Contoh bersiar-siar.
4. Makan 3 hidangan utama, snek rendah lemak and yang berkhasiat setiap hari...
5. Elakkan diet yang boleh turunkan berat badan mendadak (nanti cepat plak gemuk)
6. Minum air kosong 6-8 gelas setiap hari..
7. Elakkan makan waktu sedang menonton televisyen atau membaca surat khabar.
8. Elakkan beli maknan kalori tinggi seperti donut, karipap atau kuih yg dibuat dari santan.
9. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari, paling kurang 20minit..
10. Buat sekali senaman yang boleh menguatkan otot.

so...pasni bagi sahabat yang berazam nak turunkan berat badan...jom kita cube tips ni sama-sama. Selamat berjaya untuk anda dan saya sendiri.