Showing posts with label Hari Yang Indah. Show all posts
Showing posts with label Hari Yang Indah. Show all posts

Sunday, 28 August 2011

I'm Not Alone

Yes, i know that i'm not alone on my birthday..
Allah selalu ada bersama saya...Alhamdulillah..


But today sangat-sangat lost..entah, i didn't found
the answer.. Apa yang buat saya sedih..


Tengah drive, tears keeps falling..
And lips keep said...It's ok nadia..
Kenapa saya seperti itu?
Jawapannya saya tidak tahu....

Then, thats what i am doing on my birthday..
Park kereta and jalan kaki sepanjang pantai...
Then tenung lama-lama ke laut...
Angin bawa pergi rasa gundah yang ada ini..
jangan ia bawa duka di hari yang sangat indah ini..





Okay tak nak layan sangat perasaan neh..
Special thanks to Ayung untuk present yang
sunggoh-sunggoh cute ini...
Terus teringat my monte carlo yang sangat addict
dengan froggie and green.........
Thank you so much ayung...You're so sweet.....






If suka entry ini, jom LIKE
Thank you

Friday, 15 April 2011

Senyumlah Di Jumaat Yang Indah

abaikan saya yang tersenyum paksa ini

Senyumlah pada hari yang indah ini
Senyumlah dan tunjukkan pada seluruh
alam betapa bersyukurnya anda terhadap
nikmat yang Allah berikan..
Senyumlah supaya hati-hati yang gundah
itu bisa berakhir dengan kebahagiaan..


Saturday, 29 January 2011

ME Terbanyak Setakat Ini.. Alhamdulillah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum


Hah, nadia cuma nak update seringkasnya..
Mood update kurang sekurangnya.
Apapun, nak kongsi tentang metered earning
Hari ni, BE nadia dah tinggal satu saja..
Yang satu lagi dah jadi ME..
And Alhamdulillah itulah ME
yang terbanyak setakat ini..
Alhamdulillah syukur..
Terima kaseh nuffnang..
Terima kaseh untuk semua..


Tuesday, 25 January 2011

Aku Dah Sejuk

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi yang indah, segar dan ceria.. Alhamdulillah juga hari ni kesihatan nadia semakin membaek.. Malam semalam penat bertarung dengan demam panas tiba-tiba.... Mujur cepat juga kebah... Alhamdulillah..

credit: corbis.com
Okay, bercerita tentang hati nadia yang sangat geram semalam, Alhamdulillah sekarang sudah sejuk.. Barang customer telahpun selamat sampai ke tangan beliau.. Alhamdulillah dan ini satu pengajaran buat nadia supaya lebih berhati-hati untuk memilih perkhidmatan pos selepas ini... Last day, setelah berkali-kali nadia call pusat pos di mana barang diterima, akhirnya mereka angkat juga... Walaupun alasan mereka sedikit TIDAK LOGIK dek akal tapi cukuplah nadia telahpun mengingatkan mereka supaya menghantar barang dengan segera... Jangan delay lagi...Ikhlaskan diri anda bekerja supaya anda mampu bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab...InsyaAllah

Okay, minggu ni nak settlekan semua request-request dari sahabat blog..InsyaAllah... Nadia sedang usahakan yang terbaek.. Maafkan kelewatan nadia, minggu lalu nadia busy dengan majlis-majlis perkahwinan mereka yang terdekat, minggu ni pula kesihatan yang sangat merundum... Apapun, semua tu ujian Allah buat diri nadia... Berapa sangat untuk nadia ukur kesakitan yang Allah berikan berbanding dengan nikmat sihat yang terlalu luas Allah berikan sebelum ini... Jadi usahlah dipertikaikan...bersyukurlah...

Tuesday, 28 December 2010

Ter'excited' Orang Lain Kahwin

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Tadi balik kerja, mak bagitau ada masalah dengan baju pengapit... Hah! sangat terkejut dan sangat sedih masa tu.. Serius memang nak nanges, mak cakap tukang gunting, gunting ala kadar.. Memang pun, waktu ukur hari tu pun nadia tengok macam ala kadar saja sedang kalau mak yang ukur memang teliti tapi nadia rasa, mungkin itu cara mereka.. Takpelah just abaikan...

Then, disebabkan masa suntuk, so mak just jahitkan saja... Balek tadi mak cakap memang tak puas hati.. Nadia lagi lah kan kan.... So bila try, mak aih memang sangat-sangat tidak berpuas hati.. Lengan panjang gila, baju jadi besar banget... Mak cakap macam pakai punjabi pulak... Waaaa nak nanges... Then mak cakap biar mak repair semula...janji nadia tetas semula benang jahitan... So malam ini tugasnya tetaskan semula jahitan baju...

Nak pakai 1 Januari ni tapi siap pun belum.. Batu-batuan pun belum beli.. Apapun, harap sangat baju tu akan jadi seperti yang nadia and fyzah rancangkan... Sangat sedih bila hampakan sahabat tercinta.. Ecehhh padahal nak jugak la kelihatan menarik sikit di majlis fyzah nanti..hihihi.. Maklum lah nadia ni sempoi sangat orangnya... Tak pandai nak bergaya...huhuhuhu....


hot pink purple gituw

Apapun sebenarnya sangat excited tau bila fyzah mau kahwin... Nadia? Bila lagi? Hahahaha jangan kau tanya... Apapun tak sabar tengok fyzah vogue and gojes di hari kahwin dia nanti....Love her so so so and so much....hihihih and very happy for her...


Nota: ada 2 perkahwinan yg perlu attend 1 Januari....

Wednesday, 22 December 2010

Terima Kaseh Lagi Buat Nuffnang.......So Sweet Laaa

Bismilahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT




Ohhhh sangat terharu..Terima kaseh Nuffnang kerana dengan murah hati memberi nadia BE lagi: Jipaban... Nadia ada jugak perasan, hari ni boleh dikatakan kerap jugalah iklan Jipaban menari-nari di blog nadia... Rupa-rupanya Nuffnang hadiahkan sesuatu.... Sebelum ni terjah blog sahabat, ohhh sangat manyak mereka punya BE... Me? Ohhh sangat sedikit...tapi nadia tak kisah malah nadia bersyukur dengan semuanya... Tentang sahabat lain, Alhamdulillah rezeki mereka dan segalanya berbaloi dengan usaha mereka...




Lagipun dua tiga hari ni nadia tak dapat nak menziarah atau membalas kunjungan dengan kerap.. Malah entry pun cuma simple-simple saja.. Kesihatan kurang memberangsangkan..Apapun Alhamdulillah hari ni semakin sehat... Asalnya pagi tadi tadi kepala masih ting tong... macam ada lalat-lalat menari atas kepala......euuuuwwww.... sangat bengang kepala ini.. Sampai bila berdiri rasa macam kabur saja penglihatan ni... Tapi dah masuk tengahari..Alhamdulillah syukur, semakin kurang... And now pun dah ok...Alhamdulillah...

Apapun, nadia nak cuba cari ramai-ramai lagi kawan-kawan blog....ingin mengerat silaturrahim, malah nadia sangat senang bila dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.. Sangat release lebih-lebih lagi kalau waktu tersebut tengah berserabut, ada orang yang sudi mendengar.. Terima kaseh manyak-manyak.... Love them a lot...

Friday, 17 December 2010

Pembakar Semangat Saya Semakin Membakar

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Pertama-tamanya nadia ingin mengucapkan terima kaseh untuk semua pembakar semangat nadia iaitu follower.. Alhamdulillah follower nadia sudah mencecah 500 orang.. Alhamdulillah syukur dan follower yang ke 500 adalah CN.. Thanks dear become my follower... Apapun, nadia tak pasti samada mereka mengikuti atau tidak perkembangan blog nadia, namun nadia sangat menghargainya...


Now, nak tunggu siapa pula follower yang ke 1000...hahaha perasan kan.. Macamlah ada mereka yang nak mengikuti blog nadia ni.. Bukan best pun.. Apapun, nadia cuba untuk perbaiki mutu dan isi penulisan kerana bagi nadia yang paling penting adalah isi blog tersebut.. Dan apa yang boleh seseorang pembaca itu mengambil manfaat darinya.. Nadia sedang berusaha untuk menulis sebaik mungkin.. Lihat saja penulisan blog Cik Epal, Irine Nadia, Fatin Liyana, Nurul Badiah dan beberapa blog hebat lain, penulisan mereka sangat bersahaja namun setiap post yang mereka tulis menarik perhatian dan mengandungi tips bermanfaat yang menjadi perhatian dan panduan kepada pembaca.. Bagi nadia mereka bukan bersandarkan rupa semata namun cara mereka menyampaikan mesej itu yang berkesan..

Ohh bila agaknya mampu menulis sebaik itu dan menjadi seperti mereka.. Entahlah yang pasti nadia cuba untuk memberi yang terbaik dan yang penting menjaga silaturrahim antara bloggers..walaupun tak pernah bertemu berjumpa namun keakraban itu tetap utuh.. Tak best bila ada antara bloggers yang bergaduh sesama sendiri.. Sebagai satu komuniti, harus bersatu...Wahhh semangat satu Malaysia gitu.. Apapun, tak rugi kita menjalin silaturrahim.. Nadia ada seorang sahabat bloggers, kategori kacik giler...hahahha... Nowra, and now kami masih rapat dan masih menjadi sahabat ketika susah juga senang.. Pernah juga berjumpa..Cuma sekarang masa membataskan perjumpaan.. yelah, masing-masing berkerjaya..Apapun, jangan jadikan ia satu alasan.. Telefon malah blog masih lagi menjadi penghubung kami.. Sangat bertuah mengenalinya kerana sentiasa ada saat sukar, sulit dan saat tawa, gembira..Thanks dear.. sayang kamoo a lot..

Nadia harap akan berjumpa lebih ramai bloggers untuk menambah lagi cerita/kisah mereka di dalam kamus hidup nadia.. Supaya ianya berwarna warni.. Sebarkanlah buah silaturrahim itu supaya kita menjadi insan yang kuat dan sebarkanlah kasih sayang itu supaya hati kita menjadi lebih bahagia..Insyaallah..Sekian celoteh nadia.. Terima kaseh bagi mereka yang sudi membaca...Jangan segan untuk meninggalkan komen/pendapat anda ya..

Tuesday, 7 December 2010

Interview, Tugas-Tugas Pembantu Tadbir, Penampilan: All The Best My Bestfriend Mimie Arena Zuriati



Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Esok bestfriend nadia, mimie akan menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir P/O di Kolej Kejururawatan kat Kuantan ni.. Nadia doakan dia berjaya dan semoga dia dapat menjawab setiap soalan dengan tenang..Hari ini sepatutnya nadia berjumpa dengan mimie tapi nadia rasa better let her alone.. Sebab dia nak tenang and study apa yang patut untuk interview... Nadia doakan yang terbaik untuk dia and harap sangat dia berjaya.. Janji dia tak lupakan nadia...hihihi




Nadia pun sebenarnya tidaklah tahu sangat apa yang patut study untuk menghadapi interview tapi apa yang diberitahu oleh orang-orang yang dah berjaya dalam government interview ni, kata mereka perlulah ambil tahu tentang tugas-tugas jawatan yang diminta..seperti contoh tugas Pembantu Tadbir..

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop tugas juga merangkumi:
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personal.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Selain itu, menurut mereka yang dah berpengalaman and acap kali pergi interview ni, soal pemakaian dan penampilan juga sangat dititikberatkan. Yang penting harus kemas dan sopan..Dari segi pertuturan dan sesi soal jawab juga, jangan terlalu nervous.. Bertendang....eh eh eh salah bertenang... Tarik nafas pelan-pelan, maniskan muka dengan senyuman.. Jangan pula dek kerana terlalu nervous muka pula jadi macam nak menahan sesuatu..hihihi tak nak lah macam tu...  Haisshhh macam nadia pulakkan nak pergi interview.. Apapun, nadia dah lama tak dapat panggilan interview government.. Mereka tak minat kot nak ambil nadia berkhidmat dengan kerajaan...hihihih saja je...Alah semua tu rezeki, soal rezeki Allah yang lebih mengetahui.. Nadia tak kisah and terima seadanya.. Biarlah orang cakap nadia tak usaha, haishhh orang tak nampak bagaimana kita usaha untuk mencari rezeki atau untuk mendapatkan satu-satu jawatan tu...Biarkan biarkan dan biarkan.. Allah Maha Tahu..

Okaylah, itu saja bebelan nadia soal interview.. Nadia harap mimie akan bertenang and dapat jawab dengan sebaeknya.. All the best for you my dear and wish all your dream come true... Sekian terima kaseh..



Nuffnang: Inilah Sedikit Hasil Berblogwalking And Update Dan Kesan Pada Giveaway.

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat blog and all readers yang sudi singgah membaca tulisan-tulisan blog nadia.. Oh Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Esa memberi nafas, kemudahan, rezeki dan segala nikmat yang tidak terhingga sehingga hari ini.. Walaupun ujian yang diberiNya bertimpa namun lebih indah kenikmatan yang telah dihadiahkan olehNya.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Penyayang..

Alhamdulillah pagi ini badan nadia rasa segar yang amat.. Semalam tidur awal dan ambil rehat secukupnya.. Soal bisnes, kerja, nadia tinggalkan sebentar.. Alhamdulillah.. Okay, bercerita pasal nuffnang, sejak 2 minggu ni nadia rasa amat rajin untuk update post dan yang penting melawat bloggers lain.. Walau bagaimanapun, nadia masih lagi belum sempat untuk melawat lebih ramai, sekadar membalas kunjungan mereka yang singgah ke blog nadia ni.. Jadi UV blog nadia tak adalah hebat mana tapi nadia bersyukur sebab sekurang-kurangnya ia meningkat dan masih ada yang sudi membaca tulisan/bebelan/celoteh nadia di blog ini..Ini nadia tunjukkan sedikit hasil, segan juga nak tempek kat sini tapi terimalah kenyataan kan..Blog nadia walaupun dah lama bertapak tapi masih kurang pengunjung..apapun tak apalah, yang penting, masih ada yang sudi membaca, mengomel di sini..Jumlah pengunjung tak penting, yang penting apa yang mereka perolehi dari sini.. And yang penting, nadia dapat meluah apa yang terbuku di hati.. Maklum sajalah seharian busy dengan segala macam hal, jadi apabila dapat menulis di sini, macam satu keseronokan, meninggalkan satu kenangan di sini.. Alhamdulillah..
Traffic Minggu Ini


Lihatkan.. Tak adalah ramai sangat seperti blogger2 lain yang mencapai 300 above, malah ada yang 1000++... Alhamdulillah rezeki mereka.. Apapun, inilah hasil nadia membalas kunjungan dan update post.. Sebelum ni nadia macam buat tak kisah sangat tapi bila nadia post cerita baru dan ada yang sudi tinggalkan komen, nadia rasa lega sebab seperti ada yang mendengar luahan kita walaupun kadang-kadang nadia rasa ianya tak patut diluahkan..huhuhu.. Selain itu, giveaway yang nadia anjurkan, ianya sedikit sebanyak memberi peluang kepada nadia untuk mengenali bloggers lain dengan lebih dekat.. Contoh Syuhada, Ayung, Naniey.. Maaf kalau ada nama yang nadia tak sebut..Mereka bukan saja datang blog semata untuk join giveaway tapi ingin terus mengeratkan silaturrahim.. Referral giveaway selain dari mereka juga banyak datang dari blog Remizati, Zaiikulim dan Tomato Kering.. Terima kaseh pada mereka semua..

giveaway yang nadia anjurkan


banner iklan
Selain dari giveaway, referral blog nadia juga kebanyakkannya datang dari blog yang tertera link blog nadia atau nadia tempah ruang iklan di blog mereka.. Contoh seperti Kancilbiru, Redbloodsnow, Noorafzan, KakChik's Wardrobe, Khayrany Fadzlyny dan Eyriqazz.com.. Mereka semua ni bagi nadia kategori blog/penulis hebat malah mereka tidak janggal untuk menjenguk malah sering juga mengomel, memberi komen/nasihat membina di blog nadia.. Bagus kan...Nadia sangat menghargai... Agak-agak bilalah nadia akan menjadi seperti mereka, terutama menjadi tempat rujukan, menimba ilmu.. Ameen, hopefully satu hari nanti.. InsyaAllah... Selagi ada usaha, pasti boleh kan... Yang pasti selagi ada idea, insyaAllah nadia akan cuba menulis.. Dan yang paling penting, manfaat yang diperolehi oleh mereka yang membaca... 
Sekian terima kaseh..



Sunday, 5 December 2010

Diet: Sedikit Membuahkan Hasil

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Alhamdulillah, hari ni hari ke-5 diet... Wah tak sangka mampu bertahan dan mampu menahan keinginan terhadap makanan yang sodap-sodap....huhuhuhu...Pssttttt nak bagitau ni berat dah turun 1kg... hihihi Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi ini satu permulaan yang baik... InsyaAllah and hopefully soon akan turun lagi... InsyaAllah... Okay, menu pagi tadi nadia buat telur dadar + sayur kubis ungu + carrot + mayonis.... nyummyhhh sangat best....teringin? silakan untuk mencuba di rumah.... Sekian terima kaseh

sedap kan kan kan: credit


Tuesday, 30 November 2010

Hujan Bikin Mengantuk

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

Cuaca hari ni mendung-mendung saja...pagi tadi hujan tapi sekarang dah tak hujan...hihihi...
Oh sunggoh mengantoks.... Rasa rindu pada bantal di rumah...hohohoh...
sangat pemalas kamu nadia, asal hujan mau tido.... apa daaaa...
Btw, thanks pada mereka yang sudi join and support contest yang nadia anjurkan...
Insyaallah semua yang join nadia bagi saguhati...
tapi biasa-biasa je....tunggu 12-12-2010...

Oraite, itu saja coretan merepek dari nadia..Maaf nadia kurang idea untuk update...
InsyaAllah malam ni nak update sedikit artikel motivasi..
Sebagai perkongsian, panduan untuk kita bersama ya...InsyaAllah..
Sekian, terima kaseh..

Thursday, 25 November 2010

Makanan Yang Kena Tambah


Haishhh tambah-tambah makanan ni boleh buat lemak-lemak di badan ini bertambah..
Apapun, nadia nak cerita tentang makanan tambahan yang nadia kena tambah dalam senarai ubat harian nadia.
Ini dia minyak ikan Omega 3 jenama Pristin. Sekarang nadia dah mula mengambil semula minyak ikan ni..
nak tahu kenapa? Sebab kepala ni asyik duk saket jer. Sebelum ni nadia pernah cerita kan kena makan buah kan kan kan... Pastu pernah cerita lagi nadia kena pakai cermin mata kan kan kan...
Ni nadia tambah lagi dengan makan minyak ikan ni. Supaya lesihatan ini semakin baek..InsyaAllah.. Sekadar berusaha yang terbaek.


Sebelum ni adik nadia pernah cadangkan tapi semacam ragu bin ragu tentang keberkesanannya.
Tapi sejak amalkan, Alhamdulillah saket kepale tu dah kurang semakin kurang dan harap-harap terus berkurangan. InsyaAllah..
First time tengok kapsul gel minyak ikan ni, besar woo, terfikir time tu..Mampukah aku menelannya.. Mula-mula tersekat kat tekak. Aduhhh berapa banyak air kena teguk nak bagi jatuh ke perut. hahahah.. Apapun sekarang sebelum makan sedia air banyak-banyak..


Bagi yang nak tahu kelebihan, boleh view kat website PRISTIN.. Ada huraian dan jawapan bagi segala pertanyaan yang mungkin menari-nari dalam kepala anda...hihihi.. Apapun, selamat mencuba produk ni bagi mereka yang ada migrain... Usaha sebaik mungkin untuk dapatkan kesihatan yang baik. Bagai dikata, kesihatan yang baik memberi impak kepada kehidupan yang bermutu. InsyaAllah....



nota: nak siapkan watermark untuk mereka yang request. InsyaAllah nak buat tutorial watermark nanti..

Monday, 22 November 2010

Irine Datang Blog Saya, Betul Ke Nih????


Psstttt korang tau tak, budak comel Irine Nadia Marcello tu datang jenguk blog nadia.. Eh betul-betul irine ke yang meninggalkan komen di chatbox tuh... Oh kalau benar dikata, hamba tersangatlah gembira melihatkannya.

budak ni memang comel.. irine geram akak nak cubit pipi tu..:p


see...see....hah kat bawah ni nadia print screen.... wah teruja nadia tau.... btw, nadia selalu jugak bertandang ke blog beliau...



Itu saja yang nak update. Hihihi......muka teruja tak hilang lagi nih...:p