Showing posts with label Story of Dhea Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Story of Dhea Ahmad. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

Cari Hikmah Disebalik Kejadian


Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum semua..


Lama benar tidak menaip, agak janggal sebenarnya.. Lebih-lebih lagi saat ingin menyusun baris-baris ayat agar mudah difahami dan agak mereka yang membaca, benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan..

Bulan yang lalu, sekitar September 2016, rumah sewa yang saya dan suami duduki sekarang ni dimasuki pencuri.. Waktu tu suami outstation ke Kuala Lumpur dan saya pula di rumah mak.. Pagi tu, seperti biasa saya akan singgah ke rumah dulu untuk ambil barang keperluan dan check apa yang patut sebelum pergi kerja. Dan hati ni rasa sangat bercelaru, orang kata tak tenang.. Buka saja pintu rumah, keadaan ruang tamu seakan tidak terusik tetapi pintu stor sedikit terbuka.. Begitu juga, pintu bilik saya yang tertutup sedangkan sewaktu saya tinggalkan sengaja saya buka seluasnya..
Perkara pertama yang saya lakukan adalah buka pintu utama bagi memudahkan saya keluar sekiranya masih ada orang di dalam rumah dan telefon mak saya yang cuma tinggal selang beberapa rumah..

Bukan syiling Malaysia (^-^)

Setelah habis check, barang yang dicuri adalah duit tabungan suami dalam RM200 lebih, beberapa helai T-shirt dan seluar jeans suami, radio Al-Quran milik saya sendiri dan ada beberapa lagi barang-barang kecil.. Allah Maha Tahu, dalam hal ini perkara pertama yang perlu saya buat adalah bermuhasabah diri.. Barangkali Allah sedang membersihkan harta kami.. Barangkali ada yang tidak berkat dari rezeki kami.. Allah Maha Mengetahui... Paling penting bagi kami saat itu adalah bermuhasabah diri kerana setiap apa yang berlaku itu, tidak akan berlaku tanpa IZIN Allah.. Alhamdulillah kami redha..





Thursday, 27 August 2015

Bebelan Birthday Lady


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua..


Hi, actually I like to write a new post but I couldn't think any idea to write about.. hhhuhhh..  But today's my 31st birthday, so I hope I can write something here.. Sekadar tatapan di hari tua kelak..InshaaAllah..



Alhamdulillah, I'm 31st now.. Alhamdulillah syukur pada Allah untuk setiap inci nikmat yang diberikanNya.. Sungguh, tidak ada satu pun nikmat Allah yang saya dustakan.. Alhamdulillah.. 
Di usia yang semakin meningkat nih, rasanya yang paling saya inginkan adalah iman dan akhlak yang semakin baek dari hari ke hari.. Begitu juga soal anak, mohon sahabat yang membaca, doakanlah untuk saya dan suami.. Semoga saya diberi kesempatan, peluang oleh Allah melahirkan, menjaga, membesarkan dan mendidik zuriat saya sendiri..
Sungguh, soal zuriat saya dan suami berlapang dada.. Bukan tidak berusaha tapi kami yakin akan apa yang Allah tentukan untuk kami.. Saban waktu, kalau tidak saya, suami sendiri akan bermuhasabah diri, memujuk hati untuk tidak sedikitpun goyah atau hilang keyakinan pada kuasa Allah Taala..

Takkan tak ada orang sekeliling yang pandang sinis? Bohong kalau saya katakan tidak ada.. Kalau tidak depan depan, di belakang mereka berbicara soal saya dan suami.. Kadang saya tahu suami sembunyikan sesuatu untuk menjaga hati saya tapi bukan sehari saya mengenalinya, bukan semalam saya hidup dengannya.. Apa yang saya selalu bisikkan di hati " Orang hebat, Allah uji dengan hebat. Barangkali aku orang yang hebat". Itulah ayat yang saya sering gunakan untuk memujuk hati.. Ini bahagian saya yang telah ditentukan oleh Allah, bahagian mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Sungguh, saya redha akan apa yang Allah tentukan buat saya.. Barangkali Allah ingin saya lebih mengenalNya, lebih dekat denganNya, lebih kerap mengadu padaNya kerana masa lalu saya, sering lupa pada Allah Yang Maha Agung..

Wahai sahabat, saya mohon doakanlah yang terbaek untuk diri saya dan suami.. Semoga diberkati usia saya ini, diberkati rezeki saya, diberkati pekerjaan dan juga kehidupan saya.. Rasanya setakat ini yang mampu saya luahkan.. Selainnya biarlah saya mengadu pada Pemilik segala khazanah langit dan bumi, iaitu Allah Yang Maha Esa.. Wallahualam



Thursday, 11 June 2015

Art And Design | Tambah Duit Poket


Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua...
Allahu Rabbi, lama jugak tak menaip di blog. Hari tu cakap nak menaip selalu tapi diri saya sendiri dah agak, memang hangat-hangat tahi ayam ibaratnya... Apapun, lately agak busy dengan kerja-kerja sambilan untuk tambah duet poket yang selalu bocor nih... Alhamdulillah syukur Allah mudahkan dan memberi ilham untuk setiap kerja-kerja design yang saya buat.. Segalanya datang dari Allah, kalau Allah tak benarkan, maka memang sampai sudahlah, saya mengadap komputer tanpa sebarang progress...

Alhamdulillah, lately jugak banyak terima tempahan kad kahwin.. Walaupun satu saja setiap bulan tapi bagi saya itu dah okay sangat dari tak ada langsung.. Alhamdulillah jugak, Allah datangkan kepada saya, customer-customer yang tak cerewet, yang sangat memudahkan urusan saya.. Terima kaseh untuk sahabat-sahabat yang sudi tempah kad kahwin dengan saya tempoh hari.. Untuk waktu sekarang dan di masa akan datang, inshaaAllah ada tiga tempahan kad yang menunggu.. Satu dah siap design progress and now just proceed to printing.. SubhanAllah, Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Seronok dengan feedback customer. Dan part paling saya terharu, bilamana melihat wajah mereka bila pertama kali tengok and pegang sendiri kad kahwin mereka.. Mostly akan cakap, macam tak percaya dah nak kahwin saya ni.. Dan itulah perasaan saya ketika pertama kali pegang kad kahwin saya sendiri hampir 3 tahun yang lalu...




Alhamdulillah, dengan tempahan-tempahan yang tak henti ni jugak membuatkan skill saya semakin baek.. Sejujurnya, saya agak bimbang apa yang saya belajar dulu, hilang begitu saja.. Sayang, 3 tahun di kolej tapi apa yang saya habiskan di sana tidak membawa apa-apa kebaikan untuk diri saya sekarang.. Alhamdulillah syukur pada Allah.... Terima kaseh sekali lagi untuk sahabat-sahabat yang sudi dan percaya dengan hasil kerja saya.. Terima kaseh kerana kalian memberi semangat, memudahkan urusan kerja saya.. Moga Allah memudahkan segala urusan kalian dan melimpahkan rahmatNya buat kalian semua... Amin Ya Rabbal Alamin...




Saturday, 9 May 2015

Cerita Sebuah Ukhuwah


Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah untuk nafas hari ini, untuk setiap rezeki, kegembiraan dan ketenangan hari ini. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Allahu Rabbi, tidak ada satu pun nikmat Allah yang saya dustakan.. Dia Maha Pemilik Khazanah langit dan bumi, lagi Maha Penyayang.. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

18 tahun lalu, ketika saya di usia 13 tahun, saya ditemukan oleh Allah dengan seorang sahabat. Masa tu, saya bersekolah di sekolah menengah harian, sekolah biasa yang dekat saja dengan rumah. Kebetulan saya ditakdirkanNya sekelas dengan sahabat ini. Saya kenalkan Ida namanya.. Orangnya putih cerah, berisi dan sangat peramah. Kebetulan saya ni agak pendiam dan penakut dengan orang yang belum kenal dan tempat baru. Maklum sajalah, baru naek tingkatan satu dan semuanya asing sekali. Sekolah baru, kelas baru, guru baru dan kawan baru.. Dengan Ida, saya selesa dan rapat dengannya.. Hari berlalu seperti biasa dan sampai ke minggu ke 3 bersekolah, saya diberitahu mak ayah yang saya akan ditukarkan ke sekolah berasrama di Dungun, Terengganu. Katanya, makcik saya dah uruskan semuanya dan InshaAllah pelajaran saya lebih terjamin di sana.. Sebagai anak sulung, saya ikutkan sahaja.. Cuma hati ni sedih untuk tinggalkan kawan-kawan baru di sekolah sedia ada..

Selepas bertukar sekolah, saya tetap berhubung dengan Ida. Selalu berkirim surat. Maklum sajalah masa tuh mana nak ada handphone macam sekarang. Boleh katakan sebulan tuh pasti ada surat sampai. Tapi setiap kali saya bercuti, tak pernah pulak saya menjengah ke rumahnya. Sampai tingkatan empat, kami dah mula slow mengutus surat dan seingat saya surat paling akhir yang dikirimnya adalah gambar dia bersama rakan-rakannya di sekolah teknik. Selepas pada tuh, terus masing-masing berdiam diri..



Tahun berlalu dan kehidupan saya diwarnai dengan pelbagai suka dan duka.. Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui dan Dia telah sediakan hal terbaek untuk saya. Malah banyak sekali pengajaran yang saya dapat.. Awal Januari 2015, saat saya belek-belek news feed di facebook, mata saya terpana pada satu nick name. Lihat pada profile, saya rasa ini sahabat saya yang hilang dulu. Lepas add as a friend, saya diamkan diri, perap dalam facebook. Pada hari lahir Ida, saya terdetik untuk mesej dia secara personal, sejujurnya saya bimbang tersalah orang. Maklum sajalah, 18 tahun lamanya tak berjumpa. Sekarang masing-masing dah 31 tahun. Lepas bersoal siasat, akhirnya Alhamdulillah saya tak salah orang. Dialah orangnya..

Alhamdulillah kebetulan Pahang banyak public holiday baru-baru nih, jadi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa dengan Ida.. Sungguh.. Rasa nak menangis pun ada.. Gembira tak terkata.. Dan dia, sama macam yang saya kenal dulu.. Duduk bercerita dengannya sampai tak tersedar masa.. Allahu Rabbi, benar-benar saya sayangkan dia.. Alhamdulillah Allah temukan, jodohkan saya bersahabat dengannya kembali... Doa saya, moga saya dapat terus bersahabat dengannya sehingga ke syurga kelak.... Amin.. 
Terima kaseh buat yang sudi membaca bebelan saya ini.. Sekadar meluah, berkongsi rasa hati.. Assalamualaikum...





Friday, 23 January 2015

Lahirnya Khalifah Kecil Penyejuk Hati


Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum..



Alhamdulillah syukur 11 Januari 2015, lahirnya khalifah kecil, ahli keluarga baru kami.. Alhamdulillah Azeem Rafi'uddin nama yang telah diberi. Anak kedua adik saya, Marlia dan suaminya Muhammad.. Alhamdulillah kelahiran yang kami sekeluarga tunggu-tunggukan..Doa saya, moga anak ini sentiasa dilimpahi rahmat Allah, diberi kesihatan yang baek. Moga dia membesar menjadi khalifah yang menyejuk hati kedua orang tuanya, juga orang-orang disekelilingnya.. Doakan kebaikan buat anak ini, sahabat sahabat sekalian...



"Anakandaku, setiap hari saat mata ini menatap wajah kecilmu itu, saat itu juga bonda bisikkan sekalung doa moga kamu menjadi anakanda yang soleh, khalifah yang berjaya di dunia akhirat. Kamu sangat istimewa buat bonda.."





Monday, 20 October 2014

Dua Tahun Suka Duka Sebuah Perkahwinan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Semalam 19 Oktober 2014, Alhamdulillah genap dua tahun usia perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah.. Sebut saja dua tahun, MashaaAllah pantas betul masa tu berlalu. Macam tak percaya. Banyak benar suka duka tawa sendu tangis riang sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini. Alhamdulillah syukur.



Sepanjang dua tahun ini, bohong kalau semuanya perfect, bohong kalau katakan semua indah dimata. Namun semua itu pelajaran, nasihat dan pengalaman buat kami suami isteri untuk lebih mengenali hati budi, sikap, kelemahan, kekurangan dan kelebihan masing-masing. Alhamdulillah syukur pada Allah. 

"Wahai Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman 
dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."
 HR Muslim

Bercerita soal dua tahun perkahwinan ini juga, Alhamdulillah kami suami isteri lebih berlapang dada soal zuriat. Kami redha. Allah sedang menguji kami dan kami yakin, Allah sedang mempersiapkan kami sesuatu yang lebih baek, lebih indah. InshaaAllah. Alhamdulillah saya bersyukur, Allah kurniakan saya keluarga yang sangat memahami, begitu juga keluarga mertua yang tidak jemu memberi semangat. Alhamdulillah. Nikmat Allah mana lagi yang saya ingin dustakan. Allahu Rabbi, merenung sejenak, malu untuk terus meminta padaNya kerana terlalu banyak yang telah diberi olehNya.. Malu kerana saya, hambaNya yang selalu lupa untuk bersyukur, selalu lupa untuk berterima kaseh padaNya.

Apapun, untuk ulangtahun kedua ini, moga Allah kurniakan kami suami isteri dengan iman yang lebih teguh. Moga Allah himpunkan kami kelak, di akhirat sebagai suami isteri, berada di kalangan hambaNya yang khusyuk dan istiqomah. Moga Allah jadikan kami di hari mendatang sebagai hambaNya yang lebih baek dari segi iman dan akhlaknya. Amin... Buat sahabat yang membaca, doakan kebahagiaan kami dunia hingga akhirat..




Wednesday, 3 September 2014

Segalanya Milik Dia

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum semua..



My house have been robbed last two nights. They took our tv, laptop and my external hard drive which is very important to me. I lost all of my work on it. It so sad but one thing that I always keep with me, Allah ‘the one with all the kindness’ is always there. He knows everything and I believe that He just prepared something good for me and husband. InshaaAllah. Trust Him and you will never disappointed.




 Benar, segalanya milik Allah. فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِMaka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Apa yang berlaku ini ada hikmahnya untuk kami. InshaaAllah akan Dia gantikan sesuatu yang lebih baek untuk kami suami isteri. Ini juga peringatan untuk kami suami isteri, supaya kami lebih selalu bermuhasabah diri dan berbahagi rezeki yang diberikan olehNya.. InshaaAllah... Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang mengambil itu.. Amin...



Wednesday, 20 August 2014

Qada' dan Qadar | Yakin Pada Allah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Everything happens for a reason, even though the reason may be imperceptible to us, yet Allah alone knows the wisdom behind it.


Ujian yang menimpa diri, benar kekadang berat untuk diterima. Dan sukar benar untuk memujuk hati untuk tabah dan sabar akan dugaan yang menimpa. Namun bilamana hati, fikiran tidak pernah putus mengingati Allah dan benar-benar hati ini meletakkan pergantungan hanya padaNya. Dari situ , rasa tenang mula mengharum dalam diri.. Alhamdulillah..

Beberapa waktu lalu, saya mendapat perkhabaran bahawa rumah sewa yang telahpun saya dan suami letakkan deposit telah diberikan kepada orang lain dengan alasan-alasan yang saya kira tidak boleh diterima akal. Lihat saja air muka suami ketika itu, hanya Allah yang tahu. Betapa kecewanya dia. Saya kenal benar akan suami, bukan mudah untuk dia menunjukkan air muka seperti itu.. Lalu kami pujuk hati ini kerana yakin Allah telahpun sediakan sesuatu yang terbaek buat kami selepas ini. Barangkali pasti ada sesuatu yang kurang menyenangkan lalu Allah jauhkan kami terlebih dahulu dari perkara tersebut. Iya, kami redha.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan memberikan yang terbaek dari sisiNya buat kami..
Amin Ya Rabbal Alamin.





Tuesday, 15 April 2014

Gardening | Flower Therapy



Assalamualaikum WBT




Things I really enjoy doing now.

...



Enjoy picture. May Allah bless all of us.. Amin





Tuesday, 18 March 2014

Gardening | Segala Puji Bagi Allah

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum sahabat semua..
Terima kaseh kerana masih ada yang sudi membaca blog ini.. Moga ada manfaat untuk anda dan moga ianya memberi kebaikan, rujukan malah mungkin inspirasi buat sahabat semua..

Sejujurnya banyak benar kekangan masa yang membuatkan saya gagal untuk sentiasa update sesuatu di blog ini.. Alhamdulillah kali ini saya punya sedikit waktu untuk bercerita sesuatu di sini..Sebenarnya sekarang saya sudah mula menjinakkan diri dengan tanaman.. Allahu Rabbi seronok sangat ditambah pula dengan suami yang turut sama berkongsi minat.. Indahnya berbudi pada tanah.. Alhamdulillah kebetulan pula saya menyewa rumah kampung, jadi tidaklah timbul masalah dari segi ruang untuk menanam.. Walaupun hanya sekangkang kera ibaratnya tapi Alhamdulillah masih diberi kesempatan..

Instagram : nadia arrumaisha

"Sesungguhnya Allah adalah dzat yang maha indah dan mencintai keindahan". 
(HR.  Thabrani dan Al Hakim)


Setakat ini baru saya penuhi dengan bunga-bungaan, dan beberapa jenis sayuran seperti lada, daun bawang, daun sup.. Sebenarnya suami saya sangat menyukai masakan tom yam, kalau seminggu dua tiga kali masakkan tom yam pun tak ada masalah baginya.. Jadi saya adalah semai pokok limau purut, dan inshaaAllah dalam proses menanam serai.. Moga Allah mudahkan buat saya...inshaaAllah

Apapun jua hobi atau sesuatu yang kita enjoy untuk lakukan, biar ia beri manfaat dan paling penting kita tak lalai dan tidak mengenepikan hal yang wajib.. Niat segalanya kerana Allah...InshaaAllah bahagia dan menjadi lah seperti mana yang kita inginkan.. Wallahualam.. 


Moga redha Allah sentiasa bersamaku..
Assalamualaikum.








Thursday, 2 January 2014

Pertama Kali Shopping Di Lazada.com.my

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah entry pertama di bulan Januari 2014.. Selamat tahun baru sahabat semua.. Semoga diberikan kebaekan dan dimudahkan oleh Allah sepanjang tahun ini... Amin Ya Rabbal Alamin..

Okay, bercerita tentang shopping online nih kan.. Sebelum ini saya selalu shopping baju, tudung sajalah kalau online nih.. Belum terfikir untuk shopping barang rumah secara online.. Tapi baru-baru nih duk berkenan sangat dengan Magic Pan di Lazada nih.. So fikir sedalam-dalamnya, saya pun cubalah order..
Hurm tak nak cerita panjang-panjanglah sebab saya memang tak arif untuk review apa-apa.. Begini, saya daftar dan buat tempahan Takada Double Grill Pan pada 25 Disember 2013.. Cuti sempena hari Natal kan, so masa mengadap laptop itu mungkin lebih banyak berbanding hari bekerja.. Alhamdulillah...



Okay, harga untuk Takada Double Grill Pan nih RM166, then ditolak diskaun sebanyak 36% jadinya RM106.. Tapi bila mula daftar dengan Lazada, kita akan diberi voucher RM10. So total saya perlu bayar adalah RM96.. After dah buat pembayaran semua tuh.. Lazada pun dah hantar email untuk confirmation order.. Then 26hb, Lazada ada hantar email untuk inform bahawa barang telah pun dipos menggunakan perkhimatan Gdex Express..

Sejujurnya, hal itu sedikit merunsingkan saya.. Bukan kerana servis dari Lazada. TIDAK!! Setakat ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lazada.com.my.. Cepat saja maklumbalas dari pihak mereka.. Cuma yang membimbangkan saya adalah pihak GDex Express kerana bukan sekali dua saya berurusan dengan mereka.. Alamat penghantaran yang saya berikan adalah alamat rumah mak di kawasan kampung, bukan alamat pejabat.. Itu yang merunsingkan kerana banyak kali mereka gagal melakukan penghantaran di kawasan kampung, di alamat yang mungkin sukar bagi mereka untuk mencari.. Malah mereka juga tidak akan menelefon pihak kita bahawa barang perlu di ambil di tempat mereka andai penghantaran tidak dapat dibuat.. Dan itulah yang berlaku.. Saya tidak salahkan mereka kerana saya tidak tahu apa yang berlaku dipihak mereka.. Cuma itulah yang sering berlaku ke atas diri saya..

Alhamdulillah setelah berurusan dengan pihak Gdex, barang saya ambil pada hari Isnin di pejabat mereka.. Alhamdulillah disebabkan pengalaman lalu, jadi saya dah bersiap sedia lebih awal.. Mereka juga memohon maaf atas kelewatan dan masalah tersebut.. Tak apalah, mungkin ada kesukaran atau kesulitan dari pihak mereka... Alhamdulillah, magic pan dah ada ditangan saya dengan selamat.. Dengan keadaan yang baik, tidak ada yang kurang atau ter'cedera'.. Alhamdulillah.. So sekarang masanya untuk saya fikirkan apa yang saya nak masak menggunakan magic pan ini.. Apapun, banyak memudahkan kerja memasak saya sebenarnya... Anyway, terima kaseh Lazada kerana memberikan perkhidmatan yang cepat dan baek ini...Alhamdulillah..


Sekadar ini sajalah coretan, pengalaman saya membeli dengan Lazada.com.my.. Inshaa Allah, jumpa lagi di entry akan datang.... Assalamualaikum..






Friday, 13 December 2013

Bilamana Allah Menguji HambaNya

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum WBT... Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa sehat.. Doa saya semoga sahabat semua, sentiasa di dalam rahmat Allah SWT... Amin...

Allahu Rabbi, sebut saja tentang ujian dari Allah.. Gundah hati ini.. Tapi bila pujuk hati dan yakinkan jiwa bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya, hati terus rasa tenang.. Bilamana kita redha dengan Allah, maka Allah akan redha dengan kita..Inshaa Allah.. Bercerita tentang ujian ini sebenarnya, baru-baru ini keluarga saya diuji dengan bencana banjir yang menimpa.. Rasanya ramai juga yang diuji sebenarnya.. Banyak tempat-tempat di Kuantan yang dilanda banjir dan banyak jugak rumah yang hampir tenggelam dek banjir.. Malah di kawasan tempat saya juga, ada beberapa rumah yang hanya menampakkan bumbung ketika kejadian..

Pada 3 Disember, hari Selasa ketika di pejabat.. Air mula masuk ke kawasan bengkel dan pejabat.. Alhamdulillah dalam pejabat, sempat jugak buat benteng supaya air tak masuk terlalu banyak.. Cuma di kawasan bengkel saja yang rata-rata dipenuhi air.. Jadi, kami semua pulang memandangkan nak sambung kerja pun dah tak boleh.. Di rumah, lebih kurang jam 6.30 petang eletrik di kawasan rumah sewa saya dan suami di Beserah, di'mati'kan berikutan banyak sangat rumah yang dah mula ditenggelami air.. Kemudian, saya dan suami mula gerak ke rumah mak di Balok kerana menurut adik, rumah dimasuki air.. Saat itu, talian telefon pun dan terputus-putus.. Keluar saja dari kawasan rumah, Masha Allah.. Jalan jem disebabkan air dari sungai melimpah ke atas jambatan dan suku bahagian jambatan mula terhakis berdekatan jalan menuju ke pasar ikan Beserah.. Mujurlah orang kampung sangat ringan tulang membantu melancarkan lalu lintas.. Mereka begitu peka dalam memerhati air sungai yang semakin naik dan laju melintasi jalan..

Melalui jalan utama ke rumah mak, air laut pasang bergelora dan kawasan-kawasan perumahan gelap.. Seriously gelap dan suram.. Ibu-ibu saudara yang tinggal berjiran dengan mak terpaksa menumpang di rumah anak-anak dan ada yang berada di pusat pemindahan banjir.. Keluarga saya masih di rumah, cuma datuk saja yang terpaksa kami pindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana bimbang air naik dan menyukarkannya.. Keadaan datuk memerlukan ruang yang selesa dan penjagaan yang rapi..


Gambar di bawah keadaan banjir sebelum air semakin naek pada sebelah malam...




Rumah saya ada 5 peringkat tinggi..Air mula naik di kawasan parkir.. Kemudian memasuki dapur.. Bila hujan semakin lebat, mula masuk ke kawasan ruang tamu.. Waktu saya sampai, air di kawasan ruang tamu.. Dan jam 9.30 malam, air memasuki kawasan ruang rehat dan mengaji..Peringkat yang tinggal hanyalah bilik mak dan ayah, bilik pakaian dan bilik adik lelaki.. Dan keesokkannya, air paip tiada.. Benar-benar dugaan buat kami.. Elektrik tiada, air paip tiada dan talian pula asyik terputus... Ini peringatan dari Allah sebenarnya..

Walau bagaimanapun, yang indah apabila ianya menggamit kenangan ketika kecil dulu, bilamana pakai pelita minyak, mandi air perigi dan ahli keluarga berkumpul beramai-ramai.. Bergurau senda, melegakan kesejukan... Dan paling mencuit hati apabila adik lelaki buatkan satu obor diletakkan ditepi perigi untuk memudahkan kaum-kaum adam mandi.. Serius, masa tuh rasa rindu sangat kenangan masa kecil dulu... Rindu arwah nenek yang selalu bising-bising menasihati kami adik beradik, sepupu sepapat.. Allahu Rabbi..


Apapun, kata emak belajar untuk redha akan segalanya.. Dan saat itu saya panjatkan rasa syukur.. Apa yang keluarga alami itu, sikit berbanding mereka yang rumahnya terus tenggelam dek banjir besar ini.. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.. Justeru itu, rasanya bagi kita yang mampu ini, hulurkanlah sedikit bantuan buat mereka.. Kita yang memandang ini pun dah rasakan betapa berat, inikah pula mereka yang mengalaminya sendiri...

Apa yang saya belajar dari musibah yang berlaku ini, tidak kira kita ini rumah besar, rumah kecil, berharta atau tidak tapi di saat Allah menurunkan ujian bencana seperti ini, mana pangkat kita, mana kemegahan kita selama ini.. Justeru itu, bagi saya sendiri, saya semaikan dalam hati supaya menjauhi perasaan riak atau angkuh kerana segala khazanah yang ada di langit dan bumi itu adalah milik Allah, begitu juga dengan diri kita ini.. Kita ini milik Allah.. Maka bersyukur dan ambil pengajaran pada apa yang berlaku.. Saya ulang sekali lagi satu ayat yang saya sering ingatkan pada diri, redhalah dengan Allah, nescaya itu Allah akan redha dengan kita.. Allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya...Inshaa Allah... Rasanya ini sajalah perkongsian saya kali ini..Inshaa Allah, punya cerita bermanfaat, akan saya kongsikan bersama anda, sahabat yang dirahmati Allah... Semoga Allah meletakkan insan-insan yang terbaek di sisi hidup saya, begitu juga anda sekalian...
Assalamualaikum WBT....




Wednesday, 27 November 2013

Kembalilah Kepada Sang Pencipta Dengan Tenang

Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum WBT... Hai semua... Sehat? Andai sehat, Alhamdulillah.. Banyakkan bersyukur pada Allah.. Sehat itu nikmat buat kita, hadiah dari Allah.. Andai sebaleknya, banyakkan bersabar dan selalu ingatkan diri, bisikkan dalam hati bahawa kesakitan itu penghapus dosa.. Dan Allah sedang melatih diri kita untuk menjadi orang yang sabar.. Allahuakbar.. Besar sungguh kasih sayang Allah pada kita.. Sedang kita? Agaknya berapa kali saja sehari memuji nama Allah Yang Maha Agung.. Mari kita sama-sama bermuhasabah...


Alhamdulillah hari ini hari ketiga selepas pengebumian sepupu saya, yang telah kembali kepada Allah pada petang Ahad.. Pengebumian dilakukan pada pagi Isnin dan selesai sebelum solat Zuhur.. Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan buat kami, semua ahli keluarga.. Mohon sahabat yang membaca post saya ini, untuk sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Azri..

Al-Fatihah


Okay, untuk pengetahuan anda, saudara saya ini terlibat dengan kemalangan jalanraya di mana beliau bermotosikal dan ketika itu, dalam perjalanan ke tempat kerja.. Petang Ahad yang tenang itu, saat istirehat, kami seluruh ahli keluarga dikejutkan dengan berita ini.. Kaget dan bermacam perasaan yang menyelubungi kami ketika itu. Dan ternyata berita yang kami terima sangat menyayat hati.. Allah lebih menyayanginya.. Selama 19 tahun Dia pinjamkannya kepada kami dan ini saatnya Dia mengambil kembali...

Alhamdulillah jenazah sampai ke rumah dalam jam 2.30 pagi setelah selesai urusan di hospital dan pejabat polis, dan bermulalah apabila seluruh ahli keluarga bergilir menjaga.. Tenang hati, alunan ayat-ayat suci Allah tidak henti berkumandang di dalam rumah.. Alhamdulillah segalanya selesai dalam keadaan yang segera dan dipermudahkan oleh Allah.. Allah juga beri ketenangan buat keluarga MakLong saya.. Buat saya cukup kagum, mereka begitu kuat menghadapi ujian dari Allah ini...

Oh ya, sebelum saya terlupa.. Ingin sekali saya selitkan sedikit nasihat atau pesanan untuk sesiapa saja, bahkan mungkin untuk diri saya sendiri.. Kadang-kadang lebih baek untuk kita berdiam sahaja dari berkata-kata kerana terkadang, kata-kata itu mungkin saja akan berkembang menjadi satu kepalsuan.. Mereka yang tidak tahu kebenaran tentang kejadian sebenar, boleh saja menabur kata-kata palsu.. Kerana anda tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang berlaku saat itu.. Hanya mereka yang ada disekitar itu sahaja yang tahu.. Usah dibuat pelbagai andaian.. Kasihanilah kami, antara keluarga yang mendengar dan membaca.. Sebaiknya anda sedekahkan Al-Fatihah..


Tenanglah saudaraku.. Moga dipertemukan kembali di akhirat sana.. Amin...



 sumber gambar: google.com


Anas bin Malik menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda;
 ‘Ada 7 hal yang pahalanya terus mengalir kepada seorang hamba setelah kematiannya dan ia berada di kuburnya, yaitu: orang yang mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali/membuat sumur, menanam pohon kurma, membangun masjid, mewariskan mushaf al-Quran, dan meninggalkan anak yang memohonkan ampunan baginya setelah kematiannya’ 
(Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu’aim)







Sunday, 24 November 2013

Manfaatkan Masa Berkualiti

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi kekuatan dan kemudahan dalam menempuh sukarnya kehidupan ini.. Alhamdulillah... Oh ya sahabat semua, hari ini saya sekadar menulis kosong sahaja, doa saya moga ada manfaat tersembunyi yang mungkin memberi kebaekan kepada anda, sahabat saya semua... Inshaa Allah... Moga keberkatan Allah bersama anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sebenarnya hampir sebulan sudah, saya dan suami mula memperbaiki cara pemakanan kami, atau lebih saya rumuskan sebagai 'eat clean'. Bagi diri saya, saya semakin mengurangkan pengambilan nasi. Seminggu sekali macam tu la.. Dan pengambilan dalam kuantiti yang minimum.. Bagi suami pula, dia masih lagi mengambil nasi lebih kurang sekali setiap hari.. Payah mungkin baginya untuk tidak mengambil nasi.. Namun begitu saya jugak tidak berapa menggalakkannya untuk tidak mengambil nasi kerana kerjanya sebagai mekanik membutuhkan dia untuk mendapatkan tenaga yang banyak.. Cuma saya banyakkan lebihkan sayur dalam menu untuknya..Hasilnya sekarang, semakin kurus tuh belum saya nampak, cuma kalau dari segi kesihatan.. Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan.. Tak apalah, biar result slow janji ianya berterusan.. Sebenarnya agak mencabar untuk melalui semua nih.. Perlu kuatkan semangat.. Dan sebagai penguat semangat saya, saya join group di Facebook yang memberi nasihat untuk menguruskan badan. Dan melihat bagaimana mereka berusaha untuk kurus, saya ikut teruja...Membakar semangat saya..


Okay, berbalik kepada tajuk post saya, sebenarnya saya perlu sediakan satu hari untuk saya keluar berjogging. Jadi, hari Sabtu saya rasa paling sesuai memandangkan sebelah petang, memang tiada sebarang aktiviti.. Jadi pujuk punya pujuk, akhirnya suami saya bersetuju untuk bawa saya ke pantai berjogging.. Alhamdulillah, walaupun tak adalah sepenuhnya jogging, banyak berjalan dan bermain sebenarnya.. Tapi peluh masih lagi berjinak-jinak melembapkan baju.. Kira ada jugalah walaupun tak banyak kan...And kalau berjogging di pantai, saya lebih suka berkaki ayam.. Rasa ehh-nakk sekali berlari anak di tepian pantai, sambil kaki dibasahi air pantai.. Sangat menyamankan..


Lihat suami orang tuh.. Katanya sedang bina telaga mahsuri..Lagaknya seperti anak kecil pula..hihihi


Saya sangat suka berada di pantai sebenarnya, sangat memberi ketenangan kepada saya.. Subhanallah melihat ciptaan Allah Yang Maha Besar..Alhamdulillah mujur rumah sewa kami betul-betul berdekatan dengan pantai dan sangat memberi kemudahan kepada kami..

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."  (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah." (Riwayat Abu Daud)




Okay, rasanya setakat ini dulu coretan kosong saya.. Ambil yang baek, hindarkan yang jelek.. Semoga Allah merahmati anda semua... Assalamualaikum WBT....





Tuesday, 20 August 2013

Bagaimana Untuk Perbaiki Cara Hidup!

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan.. Lamanya saya tak update. Nak update tapi saya malas. Impian nak jadi blogger berjaya tapi sebab sifat malas ada, jadi saya kuburkan saja impian itu. Tak semua impian boleh jadi kenyataan. Tak nak kejar sesuatu yang mustahil sebab saya dah cermin diri saya sendiri. Orang cakap ukur baju di badan sendiri, bukan badan orang lain. Begitulah ceritanya.


Ok nak iklan sekejap.

Follow Instagram saya 
.................................................


Ini saya sekarang, dalam hati bertanya, apakah saya akan tetap 
seperti ini pada masa akan datang.. Wallahualam




................................

Actually, sejak akhir-akhir ini, saya dah mula kawal pemakanan saya, saya mula ambil buah secara maximum. Saya kurangkan pengambilan nasi, banyakkan buah. Kalau lapar sangat, ambil buah-buahan. Hajat hati nak buat diet karbo tapi rasanya saya tak segigih mereka yang berjaya diet karbo atau orang selalu sebut diet atkin. So saya tetap ambil nasik sekali sehari atau kadangnya dua hari sekali, lihat pada kemampuan tubuh badan saya. Cuma jumlah pengambilan, dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Cerita tentang diet ini, bermula apabila saya berdiri hadapan cermin, masa tuh saya lihat diri saya sendiri 10 tahun lepas iaitu ketika berumur 19tahun, dan saya lihat diri saya sendiri 10 tahun akan datang. Apa akan berlaku dan macammana dengan tahap kesihatan saya. Yes memang semua dah ditentukan oleh Allah tapi saya harus berusaha untuk kebaikan diri saya sendiri. Kebetulan pula, waktu balik kampung suami, saya lihat macammana kegigihan kakak ipar saya menurunkan berat badan dan Alhamdulillah dia berjaya menurunkan berat 10kg dalam masa dua bulan. Memang dia ada ambil supplement untuk turunkan berat badan, tapi semua tuh tak akan berjaya kalau tak konsisten. Dan saya nampak kesungguhan dia. So masa tuh saya terbakar dengan semangat kakak ipar saya...hihihi kalau kakak boleh, takkan saya tak boleh.. Itu yang hati saya kuat meronta..

Now saya masih lagi berusaha, secara perlahan. Adik saya ada bagi suggestion kepada saya untuk snap segala gambar makanan yang saya ambil setiap hari. Tujuan? Okay tujuannya adalah untuk saya belajar kawal kuantiti pengambilan makanan yang saya ambil. Misalnya hari ini, pagi roti saya ambil 2keping, sayur dan scramble eggs.. So esok mungkin saya boleh kawal apa yang terlebih dari menu semalam.. Secara jujurnya, idea yang sangat bagus dalam menguruskan pengambilan makanan secara konsisten dan untuk disiplinkan diri. Dan saya? belum sepenuhnya mampu saya snapkan..hihihi InshaAllah soon i will try..

Gigihkan saya buat Frozen Yogurt sendiri. Follow Instagram saya ---> nadia_arrumaisha


Okay, ini kisah saya dan suami pula, sejurus saya ambil keputusan mencatu makanan yang akan ambil, suami siap nak tapekan tong beras rumah kami. Katanya sama-sama berdiet.. hihihih macam-macam.. Tapi hangat-hangat tahi ayam saja. Tak ada maknanya untuk dia tapekan tong beras saya sebab dah mulut melayu, nasi itu tetap jadi keutamaan jugak. Apa yang menggelikan hati saya, pernah satu waktu, hanya dia saja yang menjamu makanan, sedang saya sekadar mengambil buah-buahan, bukan main risau dia bila saya tak makan nasi walhal sebelum ini bukan main dia bagi support. Siap menggoda saya dengan makanan. Tapi itulah, alah bisa tegal biasa.. Alhamdulillah walaupun bukan sepenuhnya saya berjaya kawal pemakanan tapi sebahagiannya saya dah berjaya kurangkan..  Saya tahu setakat mana kemampuan tubuh badan saya dan saya tak akan seksa diri saya sendiri hanya untuk dapatkan berat ideal dalam tempoh yang singkat.

Dan untuk merealisasikan semua tu, saya pun ada ambil beberapa supplement untuk membantu memecahkan lemak dalam badan, sekaligus memberi impak rasa kenyang kepada saya iaitu Shaklee Lecithin dan Omega Guard. Untuk proses detox pula, saya ambil Shaklee Alfafa Complex, sekaligus membantu mengurangkan masalah resdung saya. InshaAllah akan datang, saya akan tambah Shaklee Soy Energy Protein (ESP) untuk lebih membantu saya mengawal rasa lapar saya pada waktu-waktu tertentu.. InshaAllah.. Bagi saya, apa-apa produk pengurusan berat badan semuanya berkesan. Asalkan kita konsisten dan tahu setakat mana kehendak tubuh badan kita. Ini tidak, mentang-mentang ambil produk slimming, makan tak kawal. Ambil segala macam makanan tanpa disiplin. Ingat ya, kita adalah apa yang kita makan, apa yang kita ambil. Cuba research apa sebenarnya yang terbaek untuk tubuh badan kita.

Apapun, saya pun tak berani untuk mengulas lebih sebab saya sendiri pun belum tentu akan berjaya dalam cabaran saya sendiri. Mungkin setakat dipersinggahan dan terus saya lupa bahawa saya sedang berdiet. Cuma bagi saya, yang mana kita boleh tegur, tegurlah. Yang mana kita boleh ingatkan, kita ingatkan. Yang mana kita tahu dan boleh berkongsi, kita kongsi. Tak salah, malah beroleh kebaikan dan ganjaran lagi. Hidup ini kalau tak berkongsi, kita takkan pernah maju ke depan dan kita takkan belajar sesuatu yang baru. Betul tak?? Apapun, semoga berjaya untuk diri saya sendiri dan juga untuk kawan-kawan yang mungkin tengah berusaha, atau mungkin yang baru ingin bermula.. Semoga berjaya.. Untuk yang dah berjaya, tahniah dan jangan lupa berkongsi dan bantu mereka yang mungkin memerlukan semangat dari anda. Sekian bebelan saya, Assalamualaikum...






Saturday, 13 July 2013

Sekilas Menu Berbuka

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah syukur hari ini Allah beri kemudahan kepada saya menjalani ibadah puasa dengan begitu tenang sekali.. Awal puasa sehingga hari ketiga, saya alami sakit kepala yang berlarutan, dari pagi hingga malam. Malah tidur pun sukar dan tak lena dek sakit kepala itu.. Itulah ujian Allah berikan untuk lihat sabar atau tidak saya.. Sejujurnya kesian juga pada suami, jadi tukang picit kepala dan dek kerana tidak tertahankan, habis masakan berbuka pada hari kedua (hari pertama di rumah keluarga) tidak menjadi. Hangitlah, masin lah dan yang paling tak best, kurang masak.. Kesian suami.. Apapun syukur Allah kurniakan saya suami yang sangat memahami.. Anda pun begitu jugak kan...Bak kata suami, siapa tak sayang bini oiii...


Semua gambar dicedok dari google.com

Okay, memandangkan hari neh kerja cuma separuh hari, jadi saya bercadang untuk masak sepenuhnya, dari makanan utama sehinggalah kepada pencuci mulut.. Mood rajin hari ini..InshaAllah.. Apapun semua yang biasa-biasa sahaja dan haraplah ada kemudahan untuk saya lakukan semua itu... Sebenarnya sejak tinggal berasingan dengan keluarga, bina hidup sendiri bersama suami, kadang-kadang pening saya fikirkan lauk harian.. Pernah saya tanyakan suami, jawabnya ala sayang, ikan goreng dengan budu pun dah cukup.. Masalah utama, saya memang tak makan budu.. Bukan tak teringin mencuba, tapi tekak saya tak boleh terima dan saya juga ada resdung.. Bimbang gatal mata.. Pernah juga saya katakan pada suami, nak buat list lauk pauk untuk seminggu bagi memudahkan saya standby awal-awal bahan-bahan basah.. Dan kata suami, makin gemuklah saya sayang... Tergelak saya, suami saya memang dah berisi..hihihihi..

Apapun, saya percaya masakan atau air tangan isteri itulah lebih membahagiakan suami.. Biarpun kadang-kadang ada kekurangannya tapi bila kita masak dengan kasih sayang, dengan keikhlasan, secara tak langsung menjadikan masakan itu enak dimakan.. Apapun, ini sajalah perkongsian saya juga luahan saya hari ini.. terima kaseh pada sesiapa saja yang sudi membaca atau meninggalkan comment.. Segala nasihat, semoga Allah membalas budi kalian dengan penuh rahmatnya..Amin... Jumpa lagi di tulisan yang akan datang..InshaAllah



Saturday, 20 April 2013

Kita Punya Tanggungjawab Tersendiri

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... hai semua......
Setiap hari kan penuh dengan tugasan tersendiri, iyalah surirumah bekerja. Bangun awal pagi, usai solat subuh siapkan sarapan ringkas dan laukpauk untuk tengahari.. Kalau tak disiapkan sebelah pagi, tak sempat saya pada waktu lunch nanti, dalam waktu satu jam rehat, sebaek mungkin saya akan simpankan sedikit waktu untuk saya rehatkan fikiran.. Memang kebiasaan saya dan suami akan pulang berehat di rumah pada waktu lunch..Selesa sikit untuk solat dan makan.. Alhamdulillah mujur jaraknya lebih kurang 5-10minit bergantung pada kesesakan lalu lintas.. Kadang-kadang sesak di perkarangan sekolah rendah memandangkan rumah kami melalui pintu utama sekolah rendah...

Sebelah petang pulak, kalau kebetulan saya banyak kerja dan perlu kerja lebih masa..Alhamdulillah suami melepak di rumah sewa lama dia dahulu, kawan-kawan sepejabat kami jugak..Habis kerja terus ambil suami dan pulang... Memandangkan sekarang suami nekad untuk ajak berdiet, tak adalah diet sangat kot, sekadar mengurangkan pengambilan nasik, lebihkan sayur.. Jadi sebelah malam, saya hanya sediakan makanan yang simple-simple sahaja..Usai solat maghrib, ambil sedikit waktu untuk mengalun dan menghayati ayat-ayat Allah hinggalah masuk waktu solat Isyak... Sesudah itu, saya luangkan dengan membaca.. Akhir-akhir ini saya kurangkan menonton TV kerana ada beberapa hal saya cuba disiplinkan diri saya...Bukan langsung saya tinggalkan cuma taklah sekerap dulu... Bila Allah memberi kita titik kesedaran, ambillah peluang untuk mencari, meneroka kebenaran.. Begitu juga sesuatu perubahan, berubah itu perlu untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih indah dari hari yang lalu tetapi jangan terlalu drastik, memaksa jiwa.... Itu yang saya cuba lakukan.. Kalau saya tak bimbing hati saya, siapa lagi... Orang laen sekadar memberi nasihat, menjadi inspirasi kepada kita....

Sejujurnya, pada awal perkahwinan saya sedikit tertekan dengan perubahan keadaan dan juga pembahagian masa dan tugas saya sebagai isteri.. Pernah beberapa kali saya mengamuk, MashaAllah buruknya perbuatan saya masa tuh... Alhamdulillah berkat kesabaran suami, nasihat ibu, keluarga dan rujukan dari buku-buku dan blog-blog, Alhamdulillah perlahan-perlahan saya berjaya melalui fasa pengenalan dalam rumahtangga... Alhamdulillah syukur pada Allah memberi kemudahan dan jalan bagi saya.... Dulu sebelum kahwin, saya fikir susah sangat ke nak bahagikan masa antara keluarga dan kerja, tapi bila saya rasai sendiri, baru saya faham dalam erti kata sebenarnya...Alhamdulillah saya bahagia dengan apa yang saya lalui.. Kita semua, makhluk Allah punya tanggungjawab tersendiri, tidak kira betapa penatnya tanggungjawab tersebut tapi hati akan merasa bahagia apabila kita ikhlas...Hidup ini sekejap saja, masa yang beralih sekarang pun betul-betul sekelip mata.. Jadi usahakanlah diri kta untuk menjadi seorang hamba yang bertanggungjawab sebab kelak kita pasti akan ditanya akan hal-hal tersebut..Wallahualam....



Rasulullah s.a.w bersabda 
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)






Friday, 25 January 2013

Adakah Perempuan Itu Sekadar Boneka?

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT.. Salam Jumaat semua.. Semoga diberi kebahagian dan kekuatan menempuh setiap apapun ujian di bumi sementara ini..Hidup ini sebentar cuma, jadi berusahalah membuat kebaikan kerana kebaikan itu bukanlah sesuatu yang harus ditangguh..


Terdetik hati saya nak berkongsi sesuatu perihal seorang sahabat.. Saya doakan Allah berikan kekuatan kepadanya.. Sejujurnya saya belum pernah melihat keadaannya sesedih itu tapi dalam sedih itu, saya tahu dia kuat menghadapi godaan dunia ini..Hujung Disember lalu, saya dikhabarkan bahawa dia akan menikah, hati saya hanya Allah Yang Tahu, biarpun awalnya saya sedikit menentang kerana umurnya yang masih muda.. Tapi andai itu jodohnya, saya bersyukur..

Dan beberapa hari lalu, saya dikejutkan dengan berita sedih darinya..Perancangan nikah itu dibatalkan.. Hebat kan takdir Allah tapi sebenarnya lagi hebat kebaekan yang diberikanNya.. Memang kita rasa kecewa tapi dalam kecewa itu ada hikmahnya tersendiri.. Remuk hati apabila insan yang kita taruhkan harapan, yang kita harapkan menjadi pemimpin hidup kita kelak rupanya si buaya tembaga yang amat licik membaham mangsanya.. Dan runtun hati apabila didepan mata sendiri, orang yang kita titipkan kesetiaan bersama perempuan laen, malah kita ibarat patung tanpa sedikitpun dipedulikan.. Kalau saya di situ, rasanya mahu saja saya bertepuk tangan.. SYABAS!!! ANDALAH PEMENANG ANUGERAH PELAKON KEHIDUPAN TERBAEK DI DUNIA.. tapi awas dengan mahkamah keadilan di sana nanti.. Kita tidak hidup selamanya.. Kita tidak bertongkat di langit dunia.. Kita semua bakalan mengadap Allah Yang Adil kelak...



Dan si buaya tembaga dengan lagaknya seperti raja angkuh, tidak langsung menegur si sahabat yang hanya menangis di hati, terpaku.. Si gadis bersamanya rupanya bakal isterinya.. Jadi bagaimana dengan si sahabat? Alhamdulillah Allah telah mengurniakan dia hati yang cekal, biarpun perwatakannya sangat lembut.. Katanya saya terima apa yang dia buat terhadap saya, selebihnya biar Allah tentukan sendiri bagaimana dia mendapat balasan. Hati saya tak inginkan dia.
Alhamdulillah semalam saat dia bertandang ke rumah, wajahnya tenang..sentiasa senyum... Biarpun saya tahu hati dia masih lagi menangis... Namun apakan daya untuk melawan takdir.. Allah telahpun sediakan seseorang yang terbaek untuknya..


Namun hari ini ketenangan itu dirobek kembali apabila pasangannya pula muncul mereka cerita.. Malah menuduh sahabat sesuatu yang saya kira adalah fitnah.. Cukuplah menganggu dia.. Teruskan hidupmu dengan dia yang telah engkau pilih.. Uruskan kehidupanmu sendiri kerana kelak kita tidak akan tahu apa yang engkau bakalan hadapi.. Tinggalkan sahabatku.. Jangan kau sakiti dia kerana dia bukan boneka seperti yang anda berdua fikirkan....



Untuk sahabatku, sabar dan tabahlah dengan kehidupan.. hari ini kita menangis, esok lusa kita pasti bakalan tersenyum dengan rentetan masa lalu kerana masa lalu itu adalah pelajaran buat kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baek....Esok pasti akan ada cahaya untukmu.. Jangan menangis lagi..
Yakinlah Allah selalu bersamamu....


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya.





Thursday, 27 December 2012

Susulan Kuantan Dilanda Banjir Kilat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua..

How's the day? How's the life and How's everything? Alhamdulillah hari ini even still hujan tapi tidaklah selebat seperti selalu.. Okay, last Monday (24/12/2012), sehari sebelum cuti umum sempena Hari Natal, Kuantan dilanda banjir Kilat.. Seperti tahun lalu, ketika kejadian seperti ini, kereta saya hampir tenggelam namun Alhamdulillah sempat saya alih sebelum ianya tenggelam dek air banjir. Dan tahun ini, keadaannya lebih buruk dan terlalu banyak tempat sekitar Kuantan ditenggelami air dan banyak juga harta benda awam mau pun peribadi rosak.. Malah ketika saya dalam perjalanan balek ke rumah pun, banyak sangat pokok yang tumbang dan beberapa kawasan ada tanah yang runtuh...Inilah kuasa Allah Yang Maha Hebat..Apapun segalanya ada hikmahnya.. Tinggal bagaimana kita mensyukuri segala nekmat yang diberikanNya....

saya copy dari google.com

Okay, last Monday jugak, office saya hanya beroperasi separuh hari sahaja kerana office dan workshop ditenggelami air.. Sangat kelam kabut masa tuh...Air pun cepat sangat masuk dalam office and store room.. Mujurlah sempat jugak mechanic buat benteng supaya air tak masuk lebih banyak dalam office..Apapun lebih kurang pukul 2 petang, air semakin surut dan yang tak best, lantai workshop semuanya dilapisi dengan selut..

Tempat mechanic buat kije depa

view dari atas

store room.. Kesian barang yang kat bawah, tak larat nak angkat

bila air dengan jayanya berjaya masuk dalam office even dah buat benteng

my workplace.. habis dengan kotak...

Oh my husband... after tolong buat benteng halang air dari masuk ke office

Those are my office members... Eh my husband show his tummy.. Ohhh muncit..

And last day (26/12/2012), dari pagi sehinggalah ke petang, mechanic sibuk dengan mencuci lantai yang berselut.. And orang-orang HQ jugak datang untuk check mana-mana barang dari store yang ditenggelemi air. Apapun, inilah kehidupan..Kadang-kadang apa yang berlaku adalah sesuatu yang kita tak pernah duga..Sesuatu yang kita tak pernah jangka, malah kadang kita fikir, eh macam tak logik kan.. Tapi itulah kuasa Allah SWT... Bukankah Tuhan itu apabila menghendaki maka segala sesuatunya akan terwujud? Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)..
Wallahualam..





Thursday, 23 August 2012

Dugaan Ketika Bertunang

Bismillahirrohmanirrohim


Malam Syawal yang ke-6... Sekejap sangat~ pejam celik dah hampir ke bulan September.. MashaAllah, banyak lagi belum saya persiapkan..Diri saya sendiri.. Rasanya masih lagi ditakuk lama, tidak ada peningkatan.. Astaghfirullah...



Kurang 2 bulan saja lagi, saya bakal bergelar isteri.. Kadang-kadang saya bertanya diri saya sendiri..Adakah saya bersedia? Dan semakin hampir kepada alam perkahwinan ini, bermacam dugaan datang menghimpit sehingga membawa hati ini jauh.. dan tawar.........Astaghfirullah Al-'Adzhim...

Apapun, mak selalu pesan, syaiton itu akan cuba sedaya upaya menggoda anak adam terutamanya yang semakin hampir kepada perkahwinan... Jadi banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah supaya diberi petunjuk dan dijauhi dari godaan syaitonirrojim..

Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana 
tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam 
supaya terjebak dengan maksiat. Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, 
apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada 
agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa
Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan. Lihat selebihnya.

InshaAllah selepas Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini, incik tunang akan start process borang perkahwinan bagi pihak dia dahulu, seterusnya giliran saya.. Sejujurnya, saya gementar dan takut... Itulah yang selalu terbisik di hati kecil saya... Apapun saya serah kehidupan saya pada Allah Taala kerana saya amat yakin padaNya.. Yang saya perlu lakukan, terus berdoa dan redha.... Seperti kata banyak orang, hari ini kita mungkin menidakkannya malah kita mungkin menanges semahunya tapi percayalah, esok kita bakalan tertawa bila mengenangkan hari semalam........


InshaAllah selepas ini juga, saya mungkin semakin sibuk dengan urusan persiapan perkahwinan.. Dengan erti kata persiapan yang sebenar.. Kalau sebelum ini, untuk siapkan satu persatu paperbag,
saya selang seli dengan sifat malas dan tunggu esok tapi selepas ini, tidak ada lagi perkataan-perkataan tersebut.. Masa itu sangat pantas.. Nak kejar pun tak sempat..... Apapun, doakan yang terbaek untuk saya ya... Ohhh terlupa, saya janji akan update paperbag yang telah siapkan.. Alhamdulillah sebahagian telahpun siap dan inilah hasilnya..



Tak surprise kan sebab orang dah tahu.. Saya tak kisah pun, lihat saya nanti pun kira surprise jugak kan??? Boleh tak macam tuh? Apapun walaupun sesetengah orang mungkin fikir sangat simple
tapi bagi saya ada nilai tau..... and sangat jimat kos....Cuma tenaga, masa and kesabaran perlulah extra...Apapun saya sangat enjoy buat semua neh....And hopefully dengan cara saya neh memberi inspirasi **chewahh** kepada mereka-mereka yang juga bakal berkahwin tak lama lagi....inshaAllah...Okay.. thats all... thank you kawan-kawan...