Thursday, 2 January 2014

Pertama Kali Shopping Di Lazada.com.my

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah entry pertama di bulan Januari 2014.. Selamat tahun baru sahabat semua.. Semoga diberikan kebaekan dan dimudahkan oleh Allah sepanjang tahun ini... Amin Ya Rabbal Alamin..

Okay, bercerita tentang shopping online nih kan.. Sebelum ini saya selalu shopping baju, tudung sajalah kalau online nih.. Belum terfikir untuk shopping barang rumah secara online.. Tapi baru-baru nih duk berkenan sangat dengan Magic Pan di Lazada nih.. So fikir sedalam-dalamnya, saya pun cubalah order..
Hurm tak nak cerita panjang-panjanglah sebab saya memang tak arif untuk review apa-apa.. Begini, saya daftar dan buat tempahan Takada Double Grill Pan pada 25 Disember 2013.. Cuti sempena hari Natal kan, so masa mengadap laptop itu mungkin lebih banyak berbanding hari bekerja.. Alhamdulillah...



Okay, harga untuk Takada Double Grill Pan nih RM166, then ditolak diskaun sebanyak 36% jadinya RM106.. Tapi bila mula daftar dengan Lazada, kita akan diberi voucher RM10. So total saya perlu bayar adalah RM96.. After dah buat pembayaran semua tuh.. Lazada pun dah hantar email untuk confirmation order.. Then 26hb, Lazada ada hantar email untuk inform bahawa barang telah pun dipos menggunakan perkhimatan Gdex Express..

Sejujurnya, hal itu sedikit merunsingkan saya.. Bukan kerana servis dari Lazada. TIDAK!! Setakat ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lazada.com.my.. Cepat saja maklumbalas dari pihak mereka.. Cuma yang membimbangkan saya adalah pihak GDex Express kerana bukan sekali dua saya berurusan dengan mereka.. Alamat penghantaran yang saya berikan adalah alamat rumah mak di kawasan kampung, bukan alamat pejabat.. Itu yang merunsingkan kerana banyak kali mereka gagal melakukan penghantaran di kawasan kampung, di alamat yang mungkin sukar bagi mereka untuk mencari.. Malah mereka juga tidak akan menelefon pihak kita bahawa barang perlu di ambil di tempat mereka andai penghantaran tidak dapat dibuat.. Dan itulah yang berlaku.. Saya tidak salahkan mereka kerana saya tidak tahu apa yang berlaku dipihak mereka.. Cuma itulah yang sering berlaku ke atas diri saya..

Alhamdulillah setelah berurusan dengan pihak Gdex, barang saya ambil pada hari Isnin di pejabat mereka.. Alhamdulillah disebabkan pengalaman lalu, jadi saya dah bersiap sedia lebih awal.. Mereka juga memohon maaf atas kelewatan dan masalah tersebut.. Tak apalah, mungkin ada kesukaran atau kesulitan dari pihak mereka... Alhamdulillah, magic pan dah ada ditangan saya dengan selamat.. Dengan keadaan yang baik, tidak ada yang kurang atau ter'cedera'.. Alhamdulillah.. So sekarang masanya untuk saya fikirkan apa yang saya nak masak menggunakan magic pan ini.. Apapun, banyak memudahkan kerja memasak saya sebenarnya... Anyway, terima kaseh Lazada kerana memberikan perkhidmatan yang cepat dan baek ini...Alhamdulillah..


Sekadar ini sajalah coretan, pengalaman saya membeli dengan Lazada.com.my.. Inshaa Allah, jumpa lagi di entry akan datang.... Assalamualaikum..






3 comments:

NinaAz said...

Waahhh kak. Mesti rajin masak niii. Hehee. Guna tu pun boleh buat mcm2 kuih kan kak. Untung. Bakar ikan ayam pun boleh. Buat kuihmuih punn boleh. Hehe

WMA said...

Terbaik..

Jom baca entry terbaru saya :
http://www.afdzal.net/2014/01/tingkatkan-like-facebook-page-percuma.html

Fendi BL036 said...

memang nk cari benda ni...sebab suka masak grill..tapi tak tau kat mana nak beli...so kene cari kat lazada la ek? heehhe...
tq..anyway salam ukhuwah...