Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT...
Sahabat semua, ayuh kita tanya pada diri kita, berapa kalikah kita menghamparkan sujud kepada Allah?
Adakah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan sebenar-benarnya? Astaghfirullah Al Adzim, betapa saya sendiri selalu lalai dengan segala nikmat yang Allah berikan.. Jom sahabat sekalian, kita jadikan sujud syukur itu, satu kebiasaan pada diri kita.. Segala yang ada dan yang berlaku pada diri kita itu, adalah nikmat yang Allah berikan..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Dari Abu Bakrah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( HR: Abu Daud dan Tirmizi)
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Begitu mudah sebenarnya untuk melaksanakan, tinggal usaha sahaja.. Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam. Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."
Doa saya buat diri saya sendiri, juga buat semua sahabat, moga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan.
Inshaa Allah moga ada kelapangan lagi buat diri saya untuk mencoret pada hari yang mendatang.. Assalamualaikum WBT....
No comments:
Post a Comment