Showing posts with label Donate Sadaqah. Show all posts
Showing posts with label Donate Sadaqah. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Sedekah, Tidak Sesekali Mengurangi Rezekimu

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum 💕


Pernah kalian mendengar bahwa orang yang banyak bersedekah itu hidupnya semakin sempit? Jujur, bagi diri saya, belum pernah saya mendengarnya. Namun apa yang saya dengar, apa yang saya teladani, orang-orang yang banyaknya bersedekah ini, hatinya semakin tenang, ibadahnya semakin baik, rezekinya semakin berkah, urusannya semakin mudah. Alhamdulillah segalanya dengan izin Yang Maha Kuasa yakni Allah, pemilik segala khazanah langit dan bumi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya.”
(At-Talaq:2-3)

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/

Siapa kita? Siapa yang mengatur setiap saat, setiap langkah hidup kita? Allah, kerana Dia yang menciptakan kita dan kita ini adalah hambaNya.. Justeru, Dialah yang juga yang memberi rezeki, yang mengatur setiap apa yang ada pada kita ketika ini dan bisa saja diambil kembali olehNya bila-bila masa sahaja.. Jadi, sebagai hambaNya, apa yang perlu kita lakukan... Syukur!!! Iya, bersyukur atas segala apapun yang diberikanNya.. Dan sedekah itu adalah di antara rasa syukur kita kepada Allah, berbagi setiap rezeki yang diberikanNya kepada kita..
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’:39)

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/

Bercerita tentang sedekah ini juga mengingatkan saya tentang sebuah komuniti kebajikan yang giat menyalurkan sumbangan orang ramai dalam bentuk makanan/minuman ke masjid-masjid atau surau-surau di sekitar Kuantan, Pahang. Komuniti kebajikan yang saya maksudkan ini adalah Kongsi Rezeki Kuantan. Sahabat pembaca sekalian boleh membaca lebih lanjut tentang Kongsi Rezeki Kuantan di sini- Peti Sejuk Pahala. Setakat bulan Ogos ini, terdapat 20 buah masjid/surau dalam senarai Kongsi Rezeki Kuantan, yang mana sukarelawan-sukarelawan di bawah Kongsi Rezeki Kuantan akan membantu mengagihkan makanan/minuman atau keperluan asasi. 

https://www.hmetro.com.my/node/216337

Bagi yang ingin melihat sendiri aktiviti-aktiviti Kongsi Rezeki Kuantan, boleh layari laman sosial rasmi Kongsi Rezeki Kuantan, atau boleh 'join group whatsapp' agar tidak terlepas setiap 'update'. Bagi yang ingin menjadi sukarelawan, menyumbang tenaga di jalan Allah, boleh terus ke 'group whatsapp' dan anda akan diberi maklumat lanjut. Untuk sahabat pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, boleh hulurkan ke akaun bank rasmi Kongsi Rezeki Kuantan seperti tertera di bawah.

MAYBANK 556011083331 
KONGSI REZEKI KUANTAN ENTERPRISE

 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan."
[HR Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqot (3/227) Al-Hakim dalam Al-Mustadrok (no. 7739) Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir (7310), dan lainnya. Hadits ini dinilai hasan-sahih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam dalam Sahih At-Targhib (no. 948)]

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/


https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/





Wednesday, 21 December 2016

Sedekah | Jom Kumpul Bekalan Untuk Balik Kampung Akhirat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Seorang muslim itu, di dunia ini ibarat sebuah permusafiran dalam mengumpul bekalan, untuk dibawa pulang ke kampung akhirat. Dan saat kehidupan di dunia inilah, kita harus berusaha semaksimal yang mungkin untuk mengumpul bekalan bagi meraih syurga Ilahi.. Dan di antaranya adalah sedekah jariah..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim)



Dan ingin sekali saya berkongsi dengan kalian, sumber atau tempat di mana kalian boleh mengumpul bekalan akhirat ini dengan mudah..InshaaAllah.. Saya tidak mengenalinya secara dekat, hanyalah melalui instagram dan saya melihat kesungguhannya, keikhlasannya dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan selain dari menjadi pengantaraan dalam menyampaikan sumbangan dari mereka yang memberikan bantuan.. Saya kenalkan anda dengan preloved4charity, kalian boleh direct ke instagram mereka- PRELOVED4CHARITY untuk melihat sendiri bagaimana mereka mengumpul dana dan bagaimana mereka mengagihkan setiap sumbangan yang dihulurkan..




Preloved4charity ni juga ada membahagi-bahagikan setiap sumbangan itu kepada beberapa projek-projek charity dan diantaranya adalah Back To School Project, The Muffin Project, Projek Nasi Lemak, Banana Free Friday, Gerobok Rezeki Project dan banyak lagi.. Anda boleh terjah instagram mereka untuk lihat lebih banyak lagi projek yang mereka jalankan.. Setiap projek tu ada mereka terangkan lebih detail untuk memudahkan kita memilih mengikut kemampuan.. Dan saya nak terangkan sedikit tentang Gerobok Rezeki Project kerana setiap sumbangan yang diberikan akan diletakkan di beberapa masjid, dalam bentuk makanan asasi. Jadi mereka yang memerlukan boleh terus ambil di gerobok masjid yang mereka telah senaraikan di instagram tanpa mengisi borang.. Ya Allah, semoga Allah merahmati setiap usaha mereka dan menyediakan sebaik-baik ganjaran buat mereka..




Bagaimana untuk memberi sumbangan? Anda bolehlah view instagram mereka - https://instagram.com/preloved4charity untuk mendapatkan nombor akaun yang telah disediakan untuk menyalurkan bantuan. Maafkan saya kerana tidak dapat saya paparkan di sini atas sebab-sebab keselamatan. InshaaAllah, sekiranya mendapat kebenaran dari mereka untuk update nombor akaun di sini, akan saya masukkan kemudian ya.. Doa saya, semoga Allah sentiasa memberkati hidup mereka, memberi ganjaran yang mulia untuk mereka di akhirat kelak. Bukan mudah ya untuk handle perkara-perkara seperti ini, lebih-lebih lagi ianya melibatkan sebuah amanah.. Alhamdulillah.. Semoga kelak, akan tumbuh lebih ramai lagi insan seperti mereka.. InshaaAllah...

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya“. (HR. At-Thabrani)

Rasulullah (S.A.W.) bersabda "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya." (HR. Ahmad)




Tuesday, 6 December 2016

BR1M 2017 | Permohonan Baru Dan Kemaskini Maklumat Peribadi

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua 


Mengikut apa yang dibentangkan dalam budget 2017 baru-baru ini. BRIM atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia dah pun dinaikkan kepada RM1200 bagi mereka yang layak. Dan mereka yang berkelayakan boleh mula mengisi borang permohonan atau mengemaskini maklumat peribadi masing-masing bermula 5 Disember 2016 yakni semalam sehingga 31 Disember 2016. Anda yang berkelayakan bolehlah melayari https://ebr1m.hasil.gov.my untuk mengisi borang permohonan  baru atau mengemaskini maklumat peribadi.
Jadi cepat-cepatlah ya sebelum tarikh permohonan tutup.

Klik pada ruangan PETAK HITAM untuk permohonan baru atau mengemaskini permohonan anda


Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan BR1M ni adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4000 sebulan.
- Untuk bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2000 sebulan.
- Mereka yang menerima BB1M yakni Baucar Buku 1 Malaysia TIDAK layak menerima BR1M.


Berikut pula adalah kadar bayaran BR1M yang telah ditetapkan:
- Kategori isirumah bawah RM1000 (e-kasih) : RM1200
- Kategori isirumah bawah RM3000 : RM1200
- Kategori isirumah bermula RM3001 - RM4000 : RM900
- Kategori BR1M untuk individu bujang : RM450


Ini pula jadual pembayaran BR1M bagi sepanjang tahun 2017:

Kategori pendapatan isirumah bawah RM1000 (e-kasih) dan bawah RM3000:
- Ansuran pertama : RM400 pada Januari 2017
- Ansuran kedua : RM400 pada Mei 2017
- Ansuran ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori pendapatan isirumah RM3001 hingga RM4000:
- Ansuran pertama : RM300 pada Januari 2017
- Ansuran kedua : RM300 pada Mei 2017
- Ansuran ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori bagi individu bujang:
- RM450 pada Januari 2017


Jadi, bagi mereka yang berkelayakan, cepat-cepat isi borang permohonan atau mengemaskini maklumat peribadi sebelum tarikh akhir 31 Disember 2016 ni.. Semoga perkongsian maklumat ini dapat mempermudahkan urusan anda dan memperolehi manfaat bersama.. InshaaAllah..




Thursday, 10 July 2014

Islam Itu Indah | Ayuh Tambah Bekalan Akhirat.

Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah punya sedikit kelapangan untuk berkongsi sesuatu di dalam blog ini. Rasanya sudah terlalu lama saya tinggalkan. Sejujurnya saya pernah terfikir untuk menutup saja blog ini tapi setelah berfikir dua kali, rasanya biarlah saja sebegini.. Mungkin ada beberapa cerita atau perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca di luar sana. Mana tahu kan..

Oh ya, kebetulan tadi mata saya terpaku pada perkongsian yang menarik di Instagram beberapa selebriti. Jadi terpanggil untuk dikongsikan di sini. Sama-sama kita hulurkan bantuan untuk saudara kita di Palestine sana. Moga Allah memberi kekuatan kepada mereka.






Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan".
 HR At-Tirmidzi




Tuesday, 23 July 2013

Jom Kumpul Harta, Bekalan Akhirat Kelak

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah dah masuk fasa kedua Ramadhan ini, jom kita tingkatkan amalan untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda.. Begitu juga dengan bersedekah.. Hari tuh ada dengar tentang sesuatu mengenai harta akhirat, tapi dah lupa kat mana.. Yang pasti apa yang saya dengar, setiap duit gaji yang kita perolehi hari ini bukanlah harta kita.. Kerana dengan gaji itulah, kita gunakan untuk bayar itu, bayar ini, untuk keperluan hal dunia.. Tetapi dengan gaji kita itu, seandainya kita gunakan sedikit sahaja.. Tak mampu banyak tapi sedikit pun memadai, gunakanlah untuk bersedekah kerana apa yang kita sedekahkan itulah, harta kita di akhirat kelak...Berikut saya kongsikan hadis dan cerita sahabat Rasulullah berkenaan sedekah.... Moga diri saya juga korang semua, akan memperolehi manfaat, keberkatan dan kelembutan hati daripada Allah supaya bisa bersedekah walaupun sekadar sepotong roti.. InshaAllah..




...........................................................................................................................................................
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245)
Suatu ketika Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepada para sahabat. Tiba-tiba Abu Dahdah r.a. berdiri. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, benarkah Allah meminta pinjaman kepada kita?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.” Abu Dahdah kembali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Dia akan mengembalikannya kepadaku dengan pengembalian yang berlipatganda?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.”
“Wahai Rasulullah, hulurkanlah kedua tangan Anda,” pinta Abu Dahdah r.a. tiba-tiba. Rasulullah saw. balik bertanya, “Untuk apa?” Lalu Abu Dahdah menjelaskan, “Aku memiliki kebun, dan tidak ada seorang pun yang memiliki kebun yang menyamai kebunku. Kebun itu akan aku pinjamkan kepada Allah.” “Engkau pasti akan mendapatkan tujuh ratus lipat kebun yang serupa, wahai Abu Dahdah,” kata Rasulullah saw.
Abu Dahdah mengucapkan takbir, “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Lantas ia segera pergi ke kebunnya. Ia mendapati isteri dan anaknya sedang berada di dalam kebun itu. Saat itu anaknya sedang memegang sebutir kurma yang sedang dimakannya.
“Wahai Ummu Dahdah, wahai Ummu Dahdah! Keluarlah dari kebun itu. Cepat. Karena kita telah meminjamkan kebun itu kepada Allah!” teriak Abu Dahdah.
Isterinya mengerti betul maksud perkataan suaminya. Maklum, ia seorang muslimah yang dididik langsung oleh Rasulullah saw. Segera ia beranjak dari posisinya. Ia keluarkan kurma yang ada di dalam mulut anaknya. “Muntahkan, muntahkan. Karena kebun ini sudah menjadi milik Allah swt. Ladang ini sudah menjadi milik Allah swt.,” ujarnya kepada sang anak.
............................................................................................................................................................

Lihat saja cara sahabat Rasulullah, setiap sesuatu yang beroleh ganjaran dari Allah sama direbut, apatah lagi bilamana ianya berlipatganda.. Oleh itu, di sini saya kongsikan cara mudah untuk kita bersedekah, semudah di hujung jari.. Yelah sekarang semuanya nak pakai online, nak klik-klik dengan mudah saja kan.. So tak ada alasan lagi bagi kita untuk bersedekah..
First sekali, klik ISLAMIC RELIEF MALAYSIA, actually Islamic Relief Malaysia neh, sebuah badan yang sangat aktif dalam menyampaikan derma kepada mereka yang memerlukan.. Berikut adalah antara program yang dibentuk bagi menyampaikan derma;
  1. MySedekah
  2. Zakat
  3. Fidyah
  4. General Fund
  5. Pusat Kaunseling Trauma Keluarga & Kanak-Kanak Gaza
  6. Rebuild Gaza
  7. Myanmar Humanitarian Crisis
  8. Syria [Middle East & North Africa Appeal]
  9. Syria [Winter Emergency Appeal]
  10. Afghanistan [Winter Appeal Appeal]
  11. Somalia [East Africa Crisis Emergency Appeal]
  12. Local Emergency Relief Fund
  13. International Emergency Relief Fund
  14. Al-Yateem
  15. Ramadhan Relief 2013
  16. E-Khairat Qurbani
  17. Sadaqa Jariah

Melalui program-program di atas, korang bersedekah secara online dengan klik saja di sini: MAKE A DONATION, dan seterusnya klik button DONATE ONLINE yang disediakan..Follow sahaja arahan yang diberikan.. Pilih bank yang korang gunakan.. Senang saja sebenarnya, korang juga boleh tonton video tutorial ini untuk memudahkan lagi korang memahami bagaimana untuk mengisi borang derma secara online... 



So macammana? After tonton korang pasti senang sekali sebab dapat bersedekah dengan lebih mudah.. Again saya highlightkan di sini, korang boleh klik ke website ISLAMIC RELIEF MALAYSIA untuk bersedekah. Korang juga boleh view setiap aktiviti mereka dan update dari mereka melalui facebook Islamic Relief Malaysia..



Okay, berakhirlah sudah entry yang saya kira paling panjang yang saya pernah update, untuk tatapan, sebagai bahan bacaan untuk korang.. Juga sebagai satu cara mudah untuk korang beramal..InshaAllah.. Oraite, kita jumpa lagi di entry yang akan datang.. Doakan Allah merahmati saya dan keluarga.. Sekian terima kaseh...









Wednesday, 3 April 2013

The Telekung Project | Semoga Allah Merahmati Kalian

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT..
Pernah tak korang semua singgah di mana-mana surau dan waktu tuh korang tertinggal telekung untuk solat. Dan dalam keadaan itu, korang menggunakan telekung yang diwakafkan di surau itu dan keadaan telekung itu sangat dhoif.. Pernah kan? Saya? Bohong kalau saya cakap tak pernah dan yang paling menyedihkan bila keadaan telekung solat tersebut penuh dengan calitan make up.. Redha sajalah..

Baru-baru ini, saya pergi ke surau stesen minyak untuk solat dan keadaannya sangat berbeza sekali.. Telekungnya sering ditukar malah berbau wangi..Tak adalah perasaan resah saat menunaikan solat.. Dan saya terbaca 2 keping nota bersaiz A4 yang diletakkan di dalam surau.. Nota tersebut datangnya dari team The Telekung Project yang menyediakan perkhidmatan mencuci, merawat telekung solat.. Melalui nota tersebut juga, kita boleh mewakafkan telekung yang kita tidak lagi gunakan untuk kegunaan team The Telekung Project bagi menggantikan telekung-telekung yang dibasuh.. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat... Semoga Allah merahmati kalian semua.. Dan bagi kita pula sebagai pengguna, gunakanlah kemudahan yang mereka sediakan sebaek mungkin.. Korang juga boleh tahu lebih lanjut tentang The Telekung Project di facebook mereka..




Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Rasulullah SAW mengikut apa yang di riwayat daripada Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah telah menulis segala perkara kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang bercita-cita (berazam) untuk melakukan kebaikan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia bercita-cita dan melakukan perkara kebaikan tersebut, Allah Azza wa Jalla akan menulis di sisinya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan berganda-ganda lagi. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan keburukan sedangkan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan kejahatan serta melakukan perkara kejahatan tersebut, Allah akan menulis di sisinya satu keburukan sahaja.”[Muttafaqun ‘alayh]