Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, 23 January 2012

Siapapun Kamu, Allah Lebih Tahu






...........................................................

Siapapun pengirimnya, biar Allah saja yang tahu..
Apa yang mampu saya katakan,
gunakanlah nikmat yang Allah berikan sebaik mungkin..


Rasulullah SAW ada menyebut,
"Dalam diri manusia ada seketul daging, 
kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, 
kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, 
ketahuilah kamu itulah hati"


 ...........................................................





Sunday, 9 October 2011

Berbisiklah Pada Allah





 Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar 
diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya 
berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: 
Allah mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula 
permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat 
dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu 
tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, 
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik..

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah..
Percaya dan yakinlah pada Allah...








nota hati: saban waktu hati terus berbisik, menanti
kunjungnya membawaku pergi... Aku redha...




kalau suka, LIKE ya..
terima kaseh

Monday, 23 May 2011

Sepintas Lalu, Renungan Bersama

Pagi tadi tengah siap-siap pergi kerja, telinga saya
yang belum berapa nak sehat lagi neh terdengar kuliah
dari Ustaz Badli Shah melalui rancangan Mukaddimah TV9..
Oh kami suka pasang TV kuat-kuat pada waktu pagi sebab
banyak kuliah-kuliah pagi kalau di TV9..Sebab tu dah terlekat
dihatiku...hihihi..



Okay apa yang ingin saya kongsikan di sini
adalah, kata Ustaz Badli Shah... Nasihat beliau tentang tugas-
tugas isteri dan menjaga kerukunan rumahtangga...
Yang paling menarik perhatian saya apabila beliau sebutkan,
Apabila suami pulang dari kerja dengan muka yang stress,
kepenatan.. Isteri jangan pula duk sibuk tanya itu, tanya ini..
Ayat yang paling biasa, "Abang dah balik?" Yelah dah balik..
Tak perlulah ditanya kan...

Kemudian, kalau isteri balik kerja dengan muka bermasalah..
Suami jangan diam, tanya isteri? Lepas tuh saya dah masuk
kereta, start engin terus pergi kerja... Dalam kereta saya duk
fikir kenapa suami tension isteri kena diam. Isteri tension
suami kena tanya... Then, saya fikir kalau duk jadi pada diri
saya sendiri kan, balik kerja dengan rungsing, penat... Memang
saya perlukan seseorang untuk bercakap...Mungkin sebab itulah
kot, memang dah lumrah perempuan...

Dan yang saya tahu soal lelaki pula, biarkan mereka bertenang
dulu... betul atau tidak, saya pun tak pasti sebab belum 
berpengalaman dalam soal tuh...Apapun yang berpengalaman,
sila lah kongsikan pandangan ya...





Nota: air mata pasti bergenang bila baca kisah kejadian tanah runtuh tu..
Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi... 

Wednesday, 23 March 2011

Repost: Inilah Bertolak Ansur Sebenarnya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Okay, dalam nadia sibuk menggodam kembali entry-entry lalu..
Terjumpa dengan entry yang paling-paling nadia suka ni..
So nadia nak repost and share semula dengan anda semua..
Yelah, nadia sendiri pun tak baca sangat entry-entry lama
inikan pulak pengunjung-pengunjung kan...
Of course inginkan entry yang segar bugar kan...
Time ni nadia lebih senang membahasakan saya lagi..
Apapun, nadia just copy and paste saja.....
Mudah, cepat dan selamat (sebab takkan ada ayat yang missing)
So, meh kita baca, hayati dan praktikkannya..
Semoga ia memberi panduan kepada kita bersama..
InsyaAllah....

pinjam dari corbis.com

Kisah ini menceritakan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50. Menurut kenalan-kenalan terdekat, pasangan ini begitu terkenal dengan kemurahan hati dan keharmonian mereka di dalam berumahtangga. Tidak pernah terdengar sekalipun mereka bertengkar apatah lagi untuk bersengketa. Begitulah kehidupan mereka.
Pada hari ulang tahun tersebut, ramai saudara mara dan kenalan-kenalan terdekat datang menziarahi pasangan ini untuk turut sama meraikan mereka. Pasangan ini menyambut kedatangan tetamu dengan hati yang terbuka. Tiba waktu untuk menjamu selera, makanan yang dihidangkan adalah makanan kegemaran pasangan ini.Ketika menjamu selera, si suami mengambil seekor ikan dari masakan kegemarannya, lalu dengan gembira, diberinya bahagian kepala kepada si isteri. Saat itu wajah si isteri berubah. Di dalam hatinya, tidaklah dia gembira kerana selama dia mengahwini suaminya, tidaklah pernah lagi dia merasai bahagian isi ikan yang menjadi kegemarannya. Ini kerana setiap kali itu juga suaminya akan memberinya bahagian kepala yang paling tidak disukainya. Lalu pada hari itu, dia nekad untuk menyuarakannya kepada si suami.
Saat dia menyuarakan apa yang terbuku dihatinya itu, si suami berubah wajah. Dia begitu sedih mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. lalu berkatalah ia,"Wahai Isteriku, Tahukah kamu bahawa aku sungguh berdukacita mendengarnya dan tahukah kamu bahawa bahagian yang menjadi kegemaranmu itu adalah bahagian yang paling tidak aku sukai"."Setiap kali itu juga aku memberi bahagian kegemaranku kepadamu kerana aku hanya ingin memberi yang terbaik untukmu. Agar kamu tahu bahawa sejak aku mengahwinimu, aku sentiasa inginkan yang terbaik untukmu"."Kerana itu aku sentiasa memberikanmu bahagian kegemaranku kerana itu adalah bahagian kesukaanku, bukan yang tidak menjadi kesukaanku",sambungnya lagi.
Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh suaminya, si isteri terus memohon ampun dari suaminya kerana dia telah membuat suaminya berdukacita akan dirinya.
Perkara tersebut didengar dan dilihat oleh tetamu yang hadir, dan tahulah mereka, apa yang menjadikan rumahtangga pasangan suami isteri ini sentiasa harmoni. Ada di antara tetamu begitu terharu akan kejadian tersebut dan mereka menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa akan datang.


So, apa pendapat anda...
Maafkan nadia sekiranya ada kekurangan nadia
dalam mengarang kembali cerita ini...
Sekian terima kaseh...



Wednesday, 26 January 2011

Could You Be Like This?


credit: corbis.com

Laugh with me, a single true laugh,
to enlighten another's distress
Cry with me, a single true tear,
to understand true happiness

more


Friday, 31 December 2010

Tips Bermanfaat Dari Mereka Yang Hebat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Hai semua, semoga hari terakhir 2010 ini memberi manfaat kepada kita...And semoga esok 2011 menjadikan kita manusia yang lebih baek dari semalam...InsyaAllah..

Okay, kali ini nadia ingin kongsikan sesuatu yang bermanfaat yang nadia kutip dari antara mereka yang hebat, sebenarnya ramai yang hebat dalam berblogging cuma kali ni nadia petik nasihat dari mereka.. Nadia tahu pasti dah ramai antara kalian yang sudah pun tahu tentang semua ini tapi biarlah, ingin nadia kongsikan juga hari ini sebagai panduan untuk nadia sendiri dan mungkin juga bagi mereka yang belum mengetahui.... Setiap hari nadia cuba untuk memperbaiki setiap kekurangan yang ada... Hopefully akan menemukan kejayaan pada hari akan datang... InsyaAllah...

Sebagai bekalan untuk itu, nadia ambil nasihat dari mereka ini.. Yes, nadia kagum dengan semangat mereka malah mereka juga tidak pernah berhenti memberi nasihat dengan erti kata lain... Tidak kedekut nasihat....hihihi... Jom kita baca apa tulisan mereka tentang tips dalam berblogging ni.. Ye lah, bukan senang tau untuk berblogging... lebih-lebih lagi untuk melahirkan entry atau artikel yang hebat... Semoga tips mereka ini memberi panduan buat kita semua....InsyaAllah..

..............................................................................


Si gadis comel ini pernah juga sesekali datang menjengah ke blog nadia.. Kira baguslah sebab walaupun dah ada follower yang dah melebihi 10k....WOWWW, dia tidak lokek memberi kunjungan buat 'peminat-peminat' dia.... for me, she's so sweet... Lihat apa nasihatnya tentang berblogging.... Nadia cuma ambil beberapa point saja ya...



Bina hubungan yang baik dengan blogger-blogger yang lain.

- Dis is da most important thing! Kalau boleh, selalu-selalulah berbalas2 comment kat blog ke..kat pesbook ke..kat twitter ke...kat nsett ke..(wahh gitcchuuu kann melampau2), tp kalo nak tau, tuh la dulu caranya aku ngn Si Dia  masing2 tengah dok usha perasaan masing2. Berbalas2 comment dan chat2 saje...dah timbul perasaan! haha. Haaa..kan dah lari topic! huahuahua.

Jangan mempunyai perasaan hasad dengki syaitonnnnirrrajimm dengan blogger lain.

- Owwkeyyy..yang nih memang dah jadi suatu trend dalam kalangan kita semua. Bukan blogger je, tp yang bukan blogger pon sama. Aku x tau pe motif diorang..but plzz, ingat satu je, hidup nih KARMA! Karma ok..bukan Karam Sigh Walia. KARMA tuh wujud!  Karma tuh, perbuatan baik pasti balasannya baik, sementara perbuatan tak baik, balasannya pun tetap tak baik dan buruk. Takde faedahnya kalo korang nak dengki dengan sesetengah blogger yg lebih ke hadapan sedikit dengan korang. Dapat dosa je ada lah kan. Elakkan la daripada memberi comment nak menyakitkan hati, menghina, mencaci, mengutuk, memfitnah para blogger lain. DOSA tau tak! Nak kene hangus dekat akhirat nnt?

Selanjutnya boleh klik di sini.. Nasihat Irine Nadia Marcello

..............................................................................


Bro eyriqazz ni nadia kenal blog dia masa awal-awal nadia berblogging dalam tahun 2008.. Dari dulu hingga hari ni beliau selalu juga menjenguk ke belog nadia... sekiranya ada masa lapang... Yelah tengok saja blog bro eyriqazz, sentiasa update dan busy dengan pengunjung...Lagi satu, bro eyriqazz ni sangat murah hati sebab selalu menganjurkan contest/giveaway.. Berkongsi rezeki...Alhamdulillah semoga tahun 2011 ni, akan bertambah murah rezeki bro eyriqazz and isteri yang comel serta si kecil alisya yang sangat-sangat cute....suka bila alisya senyum... Jom kita lihat nasihat beliau yang paling nadia suka...










Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink
Antara point yang nadia ambil:

Sebagai tanda perhargaan
- Terutamanya untuk pembaca dan pengomen setia agar mereka terasa dihargai.Lebih-lebih lagi cam saya yang sibuk dengan keluarga dan semakin kurang masa untuk mengomen kembali pengomen setia.  Alah, siapa yang tak suka backlink n blog kita disebut dalam blog mereka kan?.Even bloggers popular pun sukakan backlink. Buktinya? Edisi terjah eyriqazz ble katakan more than 90% yang diterjah mengomen/membalas kembali.

Betulkan Niat
-Jangan pula marah bila anda buat entry or mention blog lain tapi tidak mendapat balasan. Orang itu mungkin hargai penulisan kita tapi mungkin tidak sempat untuk membalasnya. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Sebab itu saya wujudkan ”Entry Pilihan Hari Ini” sebagai tanda menghargai bloggers di luar sana. Berbalas atau tidak, saya tidak kisah.Yang penting diri sendiri gembira dan puas hati.

Selanjutnya boleh klik di sini: Nasihat Bro Eyriqazz 

..............................................................................

Tuesday, 9 November 2010

Alangkah Bahagianya


Subhanallah badan rasa penat sangat. Pulang saja dari kerja terus pergi ke Pusat Poslaju untuk pos barang-barang customer. Biasa van poslaju akan datang collect di tempat kerja nadia tapi hari ni ada sedikit kesulitan yang menyebabkan nadia terpaksa hantar sendiri ke sana. Alhamdulillah semua dah settle. Tinggal untuk inform customer yang barang-barang mereka nadia telahpun pos.

Okay, berbalik pada tajuk utama entry, dalam kereta tadi nadia dengar IKIM.fm. sejujurnya nadia sangat suka dengar channel ni. Tajuk kepada perbincangan adalah Perkahwinan Fasa Ke-7 iaitu perkahwinan di usia emas. Alangkah bahagianya sekiranya perkahwinan itu tetap teguh bertahan di usia emas. Yang menyentuh perasaan apabila ada seorang pemanggil dari Ampang menangis kerana suaminya baru meninggal sebulan. Honestly nadia tak sedar menitiskan air mata. Allahuakbar. takziah nadia ucapkan. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat Puan Hasmah (kalau tak silap nadia).

Dan yang paling nadia suka apabila perbincangan tentang apa yang harus dilakukan apabila suami tersayang terlebih dahulu meninggalkan kita. Antaranya ANAK-ANAK HARUS SENTIASA DEKAT MEMBERI SEMANGAT KEPADA SI IBU SUPAYA DIA TIDAK MERASA SUNYI. Selain itu, penceramah ada juga menasihati supaya cintakan Allah itu lebih dari segalanya. Kerana apabila orang yang kita sayangi 'pergi' dulu sebelum kita, maka hati kita akan lebih redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT.

Itu saja yang mampu nadia kongsikan setakat ni. InsyaAllah ada kesempatan, ada kelapangan dan yang paling penting ada IDEA, InsyaAllah nadia akan mengetuk lagi keyboard laptop ni. InsyaAllah.

note: nadia highlight beberapa perkataan sebagai peringatan untuk kita bersama.

Saturday, 6 November 2010

Kiamat Itu Pasti Terjadi



Gambar sekadar hiasan.



Mungkin ada sesetengah antara anda yang dah baca artikel ini di facebook. Alhamdulillah. Di sini ingin sekali nadia kongsikan bersama semua artikel yang nadia peroleh dari teman-teman di facebook. Sesuatu yang baik dan bermanfaat adalah sesuatu yang wajib untuk kita kongsikan. Semoga dengan adanya artikel ini membuka hati kita untuk terus beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Hidup ini sangat pendek, hargailah masa yang ada. Kumpullah bekalan yang cukup untuk akhirat kelak.

Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Friday, 5 November 2010

Tazkirah: Doa Untuk Kita Amalkan.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَاعِدْ بَÙŠْÙ†ِÙ‰ ÙˆَبَÙŠْÙ†َ Ø®َØ·َايَاىَ ÙƒَÙ…َا بَاعَدْتَ بَÙŠْÙ†َ الْÙ…َØ´ْرِÙ‚ِ ÙˆَالْÙ…َغْرِبِ ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù†َÙ‚ِّÙ†ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ الْØ®َØ·َايَا ÙƒَÙ…َا ÙŠُÙ†َÙ‚َّÙ‰ الثَّÙˆْبُ الأَبْÙŠَضُ Ù…ِÙ†َ الدَّÙ†َسِ ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ اغْسِÙ„ْ Ø®َØ·َايَاىَ بِالْÙ…َاءِ ÙˆَالثَّÙ„ْجِ Ùˆَالْبَرَدِ

Maksudnya:

"Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk."
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ameen Ya Rabb A'lamin.

Sumber dari sini:

Thursday, 4 November 2010

Jangan Rosakkan Minda


Huh pagi-pagi dah terjumpa menda yang merosakkan minda ni. Astaghfirullahal Adzim.. 
Nadia pun tak pasti apa isinya sebab nadia memang selalu ignore setiap event kat facebook ni. 
KECUALI yang menganjurkan itu rakan yang dikenali.
Apapun, nadia berharap kawan-kawan menjauhi sesuatu seperti ini. 
Lambat laun ianya akan merosakkan jiwa dan jati diri kita sebagai manusia.
Semoga Allah menjauhi kita semua dari fitnah, keburukan dan kemungkaran.
Amin.



Wednesday, 23 June 2010

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1.    bertaubat

2.    menyesali dosa yang dilakukan

3.    tidak tergila-gilakan dunia

4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5.    tinggalkan sifat berbangga

6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu

7.    meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


note: semoga memberi panduan buat kita. petikan dari Kisah Teladan

Tuesday, 22 June 2010

Neraka Jahannam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Note: Pengisian blog hari ini berunsurkan motivasi untuk memberi panduan buat kita bersama

Bacalah Bismillah Selalu


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja." 


note: sekadar berkongsi.... source from Kisah Teladan

Friday, 11 June 2010

Kelebihan Hari Jumaat: Penghulu Hari


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

Thursday, 10 June 2010

Kenapa Tak Rogol

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol
tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

note: Artikel ini nadia dapat dari Incik Halim.... Pada pandangan nadia, artikel ni sangat bagus, jadi nadia nak kongsikan dengan semua.... Hope semua akan mendapat manfaat dari cerita ini.. Wallahualam

Friday, 4 June 2010

Perantau dan Penjahat

Pada suatu hari, khalifah Sulaiman bin Abdul Malik datang ke Madinah. Beliau ingin berjumpa dengan Abu Hazim, satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup. Kepada Abu Hazim, khalifah menanyakan tentang bagaimana keadaan seseorang yang akan meninggal dunia. Abu Hazim menjawab:

"Keadaan orang yang akan meninggal dunia itu ada dua macam. Pertama, seperti perantau yang dipanggil balik ke kampung halamannya untuk menengok beberapa perkara daripada hasil jerih payahnya. Dia telah diberitahu semua yang dihantarkan ke kampung daripada perantauan itu adalah daripada hasil kerjanya selama merantau. Kita dapat bayangkan perantau yang berjaya tentu akan mempercepatkan kepulangannya.

Lebih-lebih lagi jika dia mengetahui bahawa dia akan disambut oleh masyarakatnya dengan riang gembira kerana dia berjaya. kedua, dia seperti penjahat yang lari daripada penjara kemudian dia akan ditangkap kembali. Dia akan diheret ke mahkamah, diseksa dan dilemparkan dengan kejam ke tempatnya semula. Dapat dibayangkan betapa takutnya orang itu."

Demi mendengar penjelasan Abu Hazim itu, khalifah menangis tersedu-sedu sambil berdoa, "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku diwaktu kembali kepadaMu seperti penjahat yang melarikan diri kemudian tertangkap kembali. "

Bagi Salam Tak Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan oleh hati manusia."

Lalu bertanya para sahabat, "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah SAW, "Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat, "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"

Sabda Rasulullah SAW, "Akan kuterangkan kepada kamu semua:
1. Barangsiapa yang bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
2. Barangsiapa memberi makan ahli keluarga/anak isterinya sehingga kenyang, maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal (selain satu Syawal haram berpuasa), bererti dia telah sentiasa berpuasa.
4. Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjamaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas RA berkata,"Sesungguhnya iblis yang terkutuk itu menangis sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan ia mengeluh, aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

Wednesday, 2 June 2010

Ada Apa Dengan Ulat Ini?


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu hari tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud AS berkata kepada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja selesai Nabi Daud AS berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itupun mula berkata kepada Nabi Daud AS,"Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallah walhamdulillahi walailaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali, dan pada malamnya Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma shalli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa shahbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000kali."

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud AS, "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT, maka Nabi Daud AS pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah sikap para Nabi AS apabila menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Monday, 31 May 2010

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

Tazkirah Hari Ini

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan.
3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Menperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkannya.

Hayatilah hadis ini sebaiknya..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)

Thursday, 27 May 2010

Anjing-Anjing Neraka

Tazkirah Hari Ini

Gambar sekadar hiasan


Sabda Rasulullah SAW kepada Muadz, "Wahai Muadz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:

-Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
-Bacalah al-Quran, tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

-Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

-Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
-Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

-Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

-Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

-Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

-Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari suatu buruj ke buruj yang lain."

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Muadz, tahukah kamu apa itu?"
Bertanya Muadz, "Apakah itu ya Rasulullah?"

Sabda Rasulullah SAW, "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya."

kata Muadz, "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan dengan keadaan seperti itu, dan siapa yang akan dapat terselamat daripadanya."

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah SWT."