Showing posts with label Art And Design. Show all posts
Showing posts with label Art And Design. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Art And Design | Tambah Duit Poket


Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua...
Allahu Rabbi, lama jugak tak menaip di blog. Hari tu cakap nak menaip selalu tapi diri saya sendiri dah agak, memang hangat-hangat tahi ayam ibaratnya... Apapun, lately agak busy dengan kerja-kerja sambilan untuk tambah duet poket yang selalu bocor nih... Alhamdulillah syukur Allah mudahkan dan memberi ilham untuk setiap kerja-kerja design yang saya buat.. Segalanya datang dari Allah, kalau Allah tak benarkan, maka memang sampai sudahlah, saya mengadap komputer tanpa sebarang progress...

Alhamdulillah, lately jugak banyak terima tempahan kad kahwin.. Walaupun satu saja setiap bulan tapi bagi saya itu dah okay sangat dari tak ada langsung.. Alhamdulillah jugak, Allah datangkan kepada saya, customer-customer yang tak cerewet, yang sangat memudahkan urusan saya.. Terima kaseh untuk sahabat-sahabat yang sudi tempah kad kahwin dengan saya tempoh hari.. Untuk waktu sekarang dan di masa akan datang, inshaaAllah ada tiga tempahan kad yang menunggu.. Satu dah siap design progress and now just proceed to printing.. SubhanAllah, Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Seronok dengan feedback customer. Dan part paling saya terharu, bilamana melihat wajah mereka bila pertama kali tengok and pegang sendiri kad kahwin mereka.. Mostly akan cakap, macam tak percaya dah nak kahwin saya ni.. Dan itulah perasaan saya ketika pertama kali pegang kad kahwin saya sendiri hampir 3 tahun yang lalu...




Alhamdulillah, dengan tempahan-tempahan yang tak henti ni jugak membuatkan skill saya semakin baek.. Sejujurnya, saya agak bimbang apa yang saya belajar dulu, hilang begitu saja.. Sayang, 3 tahun di kolej tapi apa yang saya habiskan di sana tidak membawa apa-apa kebaikan untuk diri saya sekarang.. Alhamdulillah syukur pada Allah.... Terima kaseh sekali lagi untuk sahabat-sahabat yang sudi dan percaya dengan hasil kerja saya.. Terima kaseh kerana kalian memberi semangat, memudahkan urusan kerja saya.. Moga Allah memudahkan segala urusan kalian dan melimpahkan rahmatNya buat kalian semua... Amin Ya Rabbal Alamin...




Monday, 15 July 2013

Kisah Blogger | Header Blog Seorang Novelis

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum semua...
Haaaa...amacam tajuk? Ganas tak? hahahah.. Saja bikin panas kenn... By the way, Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan satu lagi header and touch up sikit blog seorang novelis... Terima kaseh A'je Fazlina kerana memberi kepercayaan kepada akak untuk men'touch up'kan blog A'je.... Hopefully A'je suka dan berpuas hati..Jom tengok and terjah blog beliau...




Actually, A'je minta untuk saya gunakan warna biru dan simple.. Ye lah kan, seorang novelis kebiasaannya sukakan sesuatu yang menenangkan.. So idea pun mudah nak masuk bertalu-talu... Tak gitu... So korang-korang, silalah kan melawat, menjengah, menerjah, mengintai blog A'je... Korang boleh baca novel-novel yang ditulis oleh A'je secara online dan boleh jugak tempah untuk dijadikan koleksi....Apapun, saya dah cuba sebaek mungkin... Semoga sesiapa saja yang pernah menempah design dengan saya berpuas hati...InshaAllah.... Jumpa lagi di entry yang akan datang, selamat berbuka puasa....




Sunday, 7 July 2013

Featured And All Design Collection

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... hello hello hello...
Sunday talking yawww... Okay happy Sunday all you guys.. Have a good rest, so no more Monday blues tomorrow.. InshaAllah.. Okay, last night I was so so busy with my blog arrangement.. Nak bagi senang sikit mata ini memandang and you can see above, saya dah add some page button untuk memudahkan saya sendiri mencari apa yang perlu.. Tak nak cakap pembaca yang carik sebab memang tak ada maknanya orang singgah blog neh, belek habis-habisan.. Ini bukan blog Irine Nadia Marcello yang dah jadik mummy Fiska Medina sekarang.. Or Yuyu Zulaikha yang genit and comel nak kawen dah tak lama tuh...Bukan jugak blog Cik Epal yang semakin cantek sekarang you olsss... Apatah lagi blog Fatin Liyana yang memang natural and relax giler bila mengadap blog dia... Atau jauh sekali blog Ben Ashaari yang memang santai dengan anak bujangnya yang comel montok gitu...Bukan juga blog yang selalu terlalu and mengecurkan kotak selera macam Kak Ina KL... And sah-sah jauh panggang dari api seperti blog Shea yang sangat up to date... Lain kan you olsss.... Apapun mereka sangat memberi inspirasi kepada saya....Terima kaseh..

motif gambar : build what you love

Okay, apa yang saya ketengahkan dalam arrangement blog saya kali ini adalah menyatukan segala hasil kerja saya, design-design watermark, header yang saya buat sebelum neh.. Tujuannya adalah tak nak depa semua bersepah, tak tau nak carik semula sebab entry dah banyak... And of course untuk memudahkan sesiapa yang nak hire saya untuk buatkan watermark/header/button/menu tab/ banner atau yang sewaktu dengannya untuk blog atau kerja-kerja mereka... Banyak sungguh atau tuh.......... Apapun, selamatlah membelek segala macam design yang saya buatkan.... Terima kaseh and hopefully terus support and beri semangat kepada saya... InshaAllah.....




Saturday, 6 July 2013

Another Design | Kerja Biar Sampai Puas Hati

Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum.. hai hai hai....
Okay, hari neh mata macam ikan buntal, sangat sembap.. Semalam tidur lewat touch up blog beberapa blogger.. Because saya dah janji untuk showkan hari ini, so sedaya mungkin saya akan cuba siapkan.. Kalau anda adalah designer, anda pasti rasa macammana stress kejar due date.. Pastu terus saya terbayang masa lampau, mengejar due date...hahaha sampai pernah tidur pukul 6pagi pastu bangun pukul 8pagi pergi kerja.. Tough sungguh saya ketika itu tapi kalau sekarang saya buat macam tuh, jawabnya pagi esok demam tak boleh bangun... Yes saya sedar, saya semakin tua.. Daya ketahanan badan dah merundum... Boleh gitu....


Okay, dalam entry lalu saya ada ceritakan tentang saya yang sedang gigih nak siapkan design blog Anis kan.. And after that, Anis minta buat sedikit perubahan.. So saya apa lagi, terus carik bahan.. Dan bertukarlah kembali dari design atas tuh kepada design baru yang bawah neh... Kira touch up sikitlah... So apa kata anda? Cuba komen sikit....


Untuk kali ini, Anis minta saya tambah cartoon gadis bertudung untuk header dan tukar blog color kepada pink purple.. Selain itu, saya ada buat hide shoutbox untuk memudahkan sesiapa untuk tinggalkan pesanan pada Anis..Itu saja kot yang berubah selain saya cuma tambahkan page untuk memudahkan Anis update setiap cerita travel dia dalam satu kolum. Simple saja...

Then, seterusnya adalah blog baru bagi seorang blogger, Elly Fazira.. Awalnya saya ingatkan dia nak buat adjustment pada blog dia yang sedia ada tapi setelah di confirmkan, dia nak buat blog baru.. So saya ikutkan saja...  And inilah hasilnya setelah di apply dalam blog... Alhamdulillah Elly suka dengan design, color and layout yang simple itu... Cuma blognya belum berupdate... Apapun, please please leave a comment untuk saya upgrade lagi kekurangan design saya... Terima kaseh....



Sedikit kata-kata untuk diri sendiri: Ilmu itu bila dikongsi akan semakin berkembang dan semakin mantap..InshaAllah





Tuesday, 15 January 2013

Kisah Blogger | Cabaran Blog Profesional

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT.... hai semua...............

Okay, dalam salah satu entry sebelum neh, saya ada inform yang saya sedang menyiapkan satu blog sekolah kan kan...And memandangkan Isnin lalu saya MC, jadi dalam kebosanan itu, saya pun ambil kesempatan untuk siapkan blog tersebut... Alhamdulillah header and sidebar button dah siap..Banyak lagi yang saya nak adjust, untuk nampak lebih profesional, penuh maklumat and paling penting, mesra pelajar, guru and staff.. Sekurang-kurangnya blog ini satu cabang untuk mereka mencari maklumat atau mengetahui sebarang pengumuman penting malah aktiviti sekolah mereka...


Secara peribadi, sebenarnya buat blog sekolah neh, tak adalah complicated sangat sebab tak maen coding yang pelik-pelik tapi untuk buat design dia, complicated sikit sebab ianya haruslah profesional. Mainan warna pun haruslah bertepatan.. Kebiasaannya untuk siapkan satu-satu design header, saya ambil masa setengah jam saja tapi untuk blog ini, separuh hari saya ambil masa dengan kumpul bahan, dan merekabentuk.... Apapun, seronok sangat sebab orang percaya pada kita untuk buat sesuatu yang saya kira penting lah kan....




So macammana? okay tak? any comment? Buat masa neh, saya tak letak lagi link blog berkenaan sebab dalam progress tapi kalau korang search pun, akan jumpa jugak.. Sekarang saya tengah work out untuk siapkan item-item dalam menu bar laen.....Niat saya untuk jadikan dia blog yang berinformasi and memberi rujukan kepada orang laen...InshaAllah.......
Akhir kata, terima kaseh sudi membaca...





Monday, 7 January 2013

Kisah Blogger | Shopping Blog

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum..hai hai semua.... Sehat? Monday Blues? hahahah mostly macam tuh kan... Saya sendiri ponnnn kadang-kadang macam tuh jugak... Hurmm tapi kan cuba kita set dalam minda kita dengan ayat HAPPY MONDAY... so mesti dalam mind pun akan selalu happy.. Cuba positifkan fikiran untuk dapatkan life yang penuh ceria... Tak gitu...


Okay, pagi neh nak cerita pasal blog shopping.. Bukan blog shopping saya eh tapi blog shopping seorang sahabat blogger and facebook saya... Last day, saya berhempas pulas,**chewah.. ayat tak tahan**..actually last day menyiapkan blog shopping untuk Fyza.. So kerana kepercayaan yang diberi, saya rasa tak salah untuk saya bantu Fyza.. And inilah resultnya... Hopefully Fyza suka and hopefully business Fyza akan lebih maju dan dikenali selepas ini...

Klik Gambar Untuk Blog Shopping


Oh sorry ya kalau korang klik ke blog shopping Fyza neh, masih belum banyak item atau produk.. Saya cuma bantu Fyza siapkan blog dan header sahaja.. Content semuanya akan dimuat sendiri oleh Fyza... So lepas neh, hopefully korang semua rajin-rajinlah terjah blog shopping Fyza sebagai tanda menyokong sahabat kita dalam berbisnes.. Tak salah kan.....And terima kaseh sebab sudi membelek blog saya ini jugak..

Terima kaseh...





Tuesday, 14 August 2012

My Wedding Story | Wedding Card


Bismillahirrohmanirrohim

Hai semua, masih ingat saya lagi? Apapun terima kaseh bagi yang masih sudi menjengah ke blog saya neh.. Rasanya dah lama saya tak update sebarang cerita.. Masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan saya namun ada waktu saya tetap menjenguk blog kawan-kawan yang laen. Seronok menatap pelbagai cerita dari anda semua, terutama cerita tentang Ramadhan yang mulia ini.. Begitu juga dengan juadah serta kueh-kueh raya yang di sediakan.. Thanks untuk kawan-kawan yang menyediakan resepi kueh raya kerana sangat membantu saya untuk menyediakan sendiri kueh raya untuk Aidilfitri ini.. InshaAllah

simple kan? **blushing**


Okay, saya baru saja hantar design kad kawen saya untuk dicetak.. Sepatutnya saya hantar pada awal bulan lalu tapi kesibukan buatkan saya terlupa akan hal tersebut.. Apapun selepas siap dicetak kad ini, masih ada beberapa perincian yang ingin saya lakukan pada kad ini.. Sebenarnya segan nak show kat blog sebab kad yang saya design tersangat simple.. Sengaja saya simple kan supaya senang saya letak perincian seterusnya... Apapun kawan-kawan yang nak hadir ke teratak usang saya, bagi meraikan majlis pernikahan saya nanti, bolehlah emailkan alamat pada saya untuk saya hantarkan kad...

Email: mynadiadania@gmail.com
Subject: Majlis Meraikan Perkahwinan

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, majlis saya sangat sederhana, kenduri kampung saja... Apapun Alhamdulillah rasa sangat bersyukur pada Allah...Doakan segalanya berjalan dengan lancar ya.. Terima kaseh





Sunday, 7 August 2011

Tutorial: How To Make A Simple Header

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang diberikanNya.. Okay, kali neh seperti yang nadia janjikan...Alhamdulillah nadia berkesempatan siapkan tutorial yang simple untuk mereka yang bertanya tentang bagaimana nak buat header yang simple seperti header nadia tuh.... Sebelum tuh, maafkan nadia sekiranya ada yang kurang jelas atau kurang faham...nadia cuba buat yang terbaek, if ada kekeliruan, jangan segan untuk bertanya ya...Oh ya, emailkan pada nadia sekiranya kurang jelas tentang tutorial neh ya.... Nadia gune Adobe Photoshop and Photoscape memandangkan keduanya friendly user, so bagi yang belum biasa..Mungkin tak jadi masalah sangat... kalau Adobe illustrator tuh, berat sikit... Boleh nak ajar tapi kena face to face kot....huhuhuhuh 


Okay, kita start our tutorial ya... Sila ikut step yang nadia telah buatkan neh ya...
(Click on image untuk lebih jelas)



1- Open Adobe Photoshop



2- File/Open image yang kita google kan atau image sendiri..Terpulang.. Jangan di ambil kepunyaan orang lain sudah...



3- Step 3 neh untuk buang background putih tuh..If korang nak background putih, no hal but if nak color laen... So need to follow step neh...If yang dah tau guna Photoshop, rasanya tak jadi masalah.. Klik pada image.. then tekan pada keyboard CTRL A, then CTRL C.. After that please ADD NEW LAYER.. Then CTRL V pada NEW LAYER..



After ADD NEW LAYER and CTRL V, klik pada layer BACKGROUND.. Then DELETE LAYER BACKGROUND...



Then, dah delete layer background.. Choose MAGIC WAND TOOL untuk buang background putih tuh....after choose, CLICK ON WHITE BACKGROUND ON IMAGE..



Then, after dah select semua yang putih tuh... DELETE saja.. Yang itu tak mo pakai....:)



Then SAVE image tadi as PNG...



Now we start to create header... select FILE/NEW..Okay, masukkan size header blog korang... Then background content tuh korang pilihlah ikut color yang korang nak...So nadia memang sengaja pilih white color....i like.....Then click OK...



Then, dah dapat new wall, choose MOVE TOOL, then DRAG image couple tadi ke new image yang korang create tuh....



Then, kalau image tuh besar gedabak atau kecik sangat..Boleh resize ikut suka kamu..caranya click CTRL T... Then untuk dapatkan image yang sekata and tak penyet...Silalah tekan SHIFT sewaktu korang resize tuh ya.....



Then Select TYPE TOOL untuk tulis apa yang korang nak conteng pada header baru korang.......ikut suka hati kamu mau tulis apa...



Oh ya, if korang tak suka kedudukan image and text tuh, boleh klik pada MOVE TOOL then pilih LAYER IMAGE if korang nak change kedudukan image, if sebaliknya begitu jugak caranya....



Ok dah siap...SAVE header baru tuh as JPEG...



Now OPEN PHOTOSCAPE pulak.... Then CHOOSE EDITOR..



Then CHOOSE HEADER yang korang save as JPEG tadi....



Then korang pilihlah FRAME mane yang korang nak... Macam header blog nadia, nadia gunakan notebook ring...So terpulang ikut suka hati..



Then SAVE header baru korang tuh....



DONE....Oh ya, jangan lupa RESIZE kembali ikut size header blog sebab bila kita letak frame, size dia akan berubah sikit.....




Okay, dah siap header baru.....CONTOH saja ya... tidak ada kena mengena dengan nadia design baru tuh.......So if ada tak faham..Please email nadia di mynadiadania@gmail.com.... InsyaAllah mana
nadia boleh terangkan detail, nadia cuba.....Apapun, selamat mencuba and all the best untuk semua.... Sayang selalu......



If suka dengan entry kali ini, meh kita LIKE ramai-ramai..
If ada cadangan, bolehlah comment...
Thank you so much.....


Friday, 17 June 2011

Bagaimana Apply Watermark Pada Gambar

Bismillahirrohmanirrohim..

Okay, mostly ramai juga sahabat-sahabat blog yang bertanya macammana nak apply watermark pada gambar after dah dapat dari nadia.. actually ada 2 cara yang biasa nadia gunakan untuk apply photo watermark neh..

1. Guna adobe photoshop, tapi photoshop neh walaupun user friendly software, tetap juga sukar bagi mereka yang belum biasa menggunakan software tersebut.. So bagi yang tahu photoshop, bolehlah guna photoshop ya....

2. Guna photoscape, yang ini memang sangat simple...Then sangat ringkas dan cepat untuk apply pada gambar..So, kalau nak tahu bagaimana cara nak apply, boleh view tutorial ini ya...


Nadia harap tutorial itu akan membantu mereka yang sebelum neh tercari-cari bagaimana nak apply watermark pada gambar.. Selamat Mencuba ya




Thursday, 6 January 2011

Hadiah Tahun Baru Bahagian Tiga: Last Episode

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hohoho tak boleh tahan bila sebut last episode.. macam drama series plak kan..hahaha apapun dah settle watermark peserta GA punya part, ada lagi yang tak email.. nadia just tunggu email dari mereka.. Okay, jom kita tengok watermark mereka... btw, watermark mereka ni dah lama siap cuma nadia touch up untuk sesuaikan dengan kemahuan and layout blog mereka... Hopefully mereka suka...
.     .     .
 
.     .     .
.     .     .

.     .     .
.     .     .






Nota: betul-betul rasa kurang sehat, kepala ni duk sakit dari tadi..




Wednesday, 5 January 2011

Hadiah Tahun Baru Buat Mereka Bahagian Dua

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Okay, dah sampai ke bahagian dua pun.... Itupun terpaksa lagi nadia bahagikan ke bahagian tiga, esok pagi.... Okay, yang ini dah siap touch up,shooooooo tuan-tuan watermark ni tak tau dah siap...Nadia belum inform mereka...hopefully mereka terjah sini, so dapatlah cuci-cuci mata dulu....hihihi... Oh ada 4 sahabat blogger yang nadia belum sempat touch up, masih dalam file REDO.... InsyaAllah malam ni nadia nak siapkan touch up, tunggu tau Lisa, Tiefazatie, Ibu Ayra and Tomato Kering....So meh kita tengok-tengok hasil yang tak seberapa dari nadia ni...

.     .     .     .     .

.     .     .     .     .

.     .     .     .     .
.     .     .     .     .






Last, bagi yang berminat dengan watermark, boleh email ke mynadiadania@gmail.com ya...Tapi nadia tak janji untuk siapkan dengan cepat.. Yang nadia boleh kasi tau, nadia akan cuba yang terbaek..itu saja....




Tuesday, 28 December 2010

Cuci Mata Sekejap..Pilih-Pilih-Pilih

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Haa pilih-pilih-pilih tapi tak moleh ambil sebab yang orang lain punye daaa....hihihi okay, Alhamdulillah nadia dah siapkan separuh watermark untuk peserta-peserta GA Murah Hati yang telahpun tamat pertengahan Disember lalu.. Alhamdulillah ada yang dah bagi hint-hint pada nadia apa yang mereka nak.. Apapun nadia dah cuba semampu mungkin, andai ada terkurang nadia minta maaf sangat.. Nadia belum emailkan pada pemilik-pemilik watermark ini sebab ada lagi 19 watermark yang belum siap.. So kena tunggu yang tu siap..hihihi sorry ya.....Lagipun nadia nak buat touch up sikit yang mana dah siap ni sebab ada yang kurang jelas bila sesuaikan dengan gambar... Apapun, hopefully the best will come out...InsyaAllah....Below pixar-pixar watermark yang dah siap...