Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

Usah Mementingkan Diri Sendiri

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah syukur dapat menulis sedikit pada hari ini.. Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, sesuatu yang saya kira kerap terjadi dan ianya peringatan buat diri saya sendiri dan mungkin juga buat anda.. Inshaa Allah...Sebelum itu, mari kita hayati hadis di bawah.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: 
Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)


Sebenarnya ada banyak waktu apabila saya atau suami atau ahli keluarga memandu kereta, saat tiba di persimpangan untuk melintas ke jalan besar, ada kenderaan lain yang saya kira dengan sengaja meletakkan kenderaan di bahu jalan, bersebelahan persimpangan keluar.. Kalau anda tidak memahami, lihat gambar yang saya lakarkan di bawah..


Lakaran saya ini sekadar contoh sahaja.. 


Saya sedar, mungkin tulisan saya ini sekadar membuang masa anda untuk membaca.. Tiada yang menarik bukan.. kerana bukanlah tulisan mengenai perkembangan selebriti masa kini, atau mungkin juga bukan kisah-kisah hiburan yang meletup ketika ini.. Tapi apa yang saya catatkan di sini, adalah sesuatu yang sering terjadi dan barangkali mengundang tragedi andai ada dikalangan kita yang tidak prihatin.. Mungkin hal ini kecil buat anda tapi besar bagi saya..

Berbalik kepada cerita sebenar, pernah satu waktu ketika suami saya memandu.. Pada waktu maghrib, dengan cuaca hujan.. Saat kami ingin melintasi jalan besar, hampir saja sebuah motorsikal merempuh kami.. Mujur sempat kami ke depan dan sempat dia memperlahankan motorsikal.. Diri saya, Allahu Rabbi, hanya Allah yang tahu.. Hal ini berikutan sebuah van yang diletakkan benar-benar di tepi persimpangan dan menghalang pandangan kami untuk melintas.. Ketika itu, saya terfikir, tidakkah hamba Allah yang meletakkan kenderaannya di situ berfikir, apakah kesan buruk.. Tidakkah dia berfikir akan kesukaran orang lain.. Allahuakbar.. Sedih dengan sikap manusia yang hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan diri sendiri..

Apa yang saya pelajari dari apa yang terjadi ketika itu, sentiasa bersikap prihatin.. Kerana keprihatinan itu, Inshaa Allah akan banyak memberi kemudahan dan manfaat kepada orang lain.. Dan ganjarannya dari Allah amatlah besar.. Tidakkah anda mahu ganjaran tersebut? Tidakkah anda mahu kehidupan yang terjamin di akhirat kelak? Jom kita tanya pada diri sendiri.. Assalamualaikum WBT...





Monday, 21 October 2013

Setahun Sebuah Perkahwinan

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Sabtu lalu, genap sudah setahun perkahwinan saya dan suami tercinta.. Pejam celik pejam celik, sekejap saja.. Tak sangka pun ada.. Masa tuh terimbas sendiri setiap kenangan ketika persiapan perkahwinan, lucu pulak bila ingatkan semua tuh..


Alhamdulillah saya sangat beruntung sebenarnya kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sanggup bersekang mata menjaga saya tatkala sakit saya datang menyerang.. Malah sangat sabar menghadapi kerenah saya yang kadangkadang saya sendiri tak faham dengan diri saya.. Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan buat saya... Anugerah yang sangat berharga..

Di awal perkahwinan, sejujurnya sangat banyak cabaran yang saya rasa bukan saya sahaja hadapi tapi mungkin juga buat mereka yang baru berkahwin juga.. Maklum sajalah, fasa baru dalam kehidupan. Namun Alhamdulillah segalanya berjaya di atasi dan saya sangat beruntung dikurniakan keluarga yang selalu memberi nasihat. Begitu juga dengan keluarga suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat.. 

Apa yang saya simpulkan dalam perkahwinan adalah, suami-isteri keduanya lahir dari keluarga yang mungkin berbeza adat dan cara kehidupan. Dengan perbezaan inilah sebenarnya yang mengajar kita untuk belajar menerima dan memberi.. Seperti juga cara ibu saya dan ibu mertua saya memasak, banyak perbezaan.. Namun, saya ingat pesanan adik ipar, masakan ibu kita dan sebati sejak kecil, jadi dah menjadi kebiasaan.. Dari situ, saya mula belajar bagaimana cara ibu mertua saya menyediakan masakan..  Kalau suami saya boleh menerima cara keluarga saya, kenapa tidak saya juga belajar menerima cara keluarga mertua saya.. Inilah dinamakan give and take.. Begitu juga soal kelemahan diri kita sebagai suami isteri.. Suami ada kelemahan, dan kita juga sebagai isteri punya kelemahan tersendiri.. Belajar menerima dan redha...

Saya percaya setiap apa yang Allah kurniakan pada diri saya, ada hikmah yang tersembunyi.. Biarlah Dia simpan dahulu dari pengetahuan saya kerna saya yakin Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya.. Apa kekurangan suami itu, saya cuba selubungkan dengan kekuatan yang saya ada supaya saya mampu dan terus berusaha memberi yang terbaek untuk suami dan rumahtangga saya... Dan buku-buku agama dan motivasi saya jadikan sumber untuk saya mendapatkan ilmu rumahtangga.. Bukankah semua para isteri ingin sekali menjadikan rumah suami itu ibarat syurga buatnya.. Jadi, di sinilah saya belajar dan terus belajar..

Dan yang paling utama itu adalah, jangan pernah sekali membiarkan syaitan cuba merasuk kita supaya meninggalkan rumahtangga.. Selalu yakin dan ingat pada Allah.. Redha suami itu sangat utama untuk menjamin kita, para isteri di akhirat kelak... Jadi, untuk itu, sebagai isteri kita harus lebih bersabar.. Andai sifat atau kekurangan suami itu tidak 'berkeupayaan', maka tutuplah ia dengan kelebihan yang kita ada.. Jom corakkan rumahtangga kita dengan lukisan yang indah mengikut sunnah Rasulullah yang mulia.... Wallahualam..


Buat sahabat, 
Doakanlah rumahtangga saya sentiasa bahagia, dirahmati dan diredhai oleh Allah sehingga ke akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin





Friday, 22 June 2012

Kerana Mulut Badan Binasa


Bismillahirrohmanirrohim...



Salam Jumaat untuk semua yang sudi membaca blog ini..
Thank you so much all of you....


Okay, apa yang saya maksudkan dengan 'kerana mulut badan binasa'
adalah soal bergurau.. Rata-rata ada antara kita hari ini terlalu banyak
bergurau sehingga tidak pernah peduli akan perasaan orang laen...
Apa yang paling saya risaukan, gurauan yang mungkin membinasakan
orang lain...Bukankah itu perbuatan yang melampau....

Apapun saya tak pandai untuk bersyarah atau memberi nasihat..
Saya sekadar ingin berkongsi hadis bagaimana Rasulullah SAW
bergurau... Semoga memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua..
InsyaAllah....


عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Hasan al-Basri RA meriwayatkan:

Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). 
 
Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” - Surah al-Waqi’ah 36-37.
 
 
 
 
So, mari kita semua renungkan bersama...
Semoga Allah memberi yang terbaek untuk kita semua...
Amin...
 
 
 
 
 

Monday, 2 April 2012

Sukarnya Menempuh Kehidupan

Assalamualaikum WBT..
Hello untuk semua reader and kawankawan blog yang masih sudi
membaca malah meninggalkan pesanan di blog ini...
Thank you so much...

ihsan corbisimage.com


Minggu lalu, pada sebelah malam sesudah habis kerja, saya terus
ke bank untuk settlekan beberapa urusan.. Dan saya ditegur oleh
seorang gadis berbaju kurung, lembut dan sopan sekali...
Tujuannya untuk mengutip derma.. Mungkin anda semua juga
telah terbiasa dengan situasi yang saya alami ini tapi yang membuatkan
saya sedikit risau adalah keselamatan gadis tersebut..
Seingat saya waktu itu, telahpun hampir dengan 10.00malam dan
keadaan di kawasan bank tersebut sangatlah sunyi.. Walaupun hampir
dengan masjid, tapi loronglorong berhampiran sangat sunyi dan boleh
saja mengundang sebarang kemungkinan yang berbahaya..


Entahlah, saat itu saya terfikir.. Bagaimana keadaannya kalau saya
ditempat gadis tersebut.. Memandangkan saya adalah seorang yang
sedikit gementar bila berseorangan tanpa berteman seperti itu..
Dan waktu itu juga, saya terfikir, apa agaknya yang dirasa atau
dialami gadis tersebut... Saat itu, apa yang mampu saya katakan
hati-hati, kawasan ini berbahaya.. Dan wajahnya sayu memandang..



Alhamdulillah saya sangat bersyukur apa yang diberikanNya pada
saya sekarang..Walaupun tidak seindah seperti yang laen tapi saya
yakin apa yang Allah berikan ini adalah yang terbaek untuk saya...






Thursday, 15 March 2012

Rupa Tak Seindah Khabar



Pernah dengar kan pepatah "indah khabar dari rupa"
begitu juga "don't judge a book by its cover"...........

Dalam kan maksudnya..
Wajah yang garang tidak semestinya sifatnya juga garang..
Begitu juga, wajah yang lembut mungkin sifatnya sebaliknya..
Rupa atau luaran yang jelek, tidak semestinya perangainya
jelek..Mungkin saja, rupa yang bagus itu punya sesuatu
yang sebaliknya...
Sebiji epal yang merah yang bagus kulitnya, belum
tentunya baek isinya... fikirkanlah....



Apa yang ingin saya sampaikan, kenal dulu sebenar-benarnya..
Dan anda pasti akan lebih berbahagia..
Usah tenggelam dalam khabar yang belum anda tahu kebenarannya..


Petikan dari nasihat Syeikh Abdul Kadir Al Jailani
Jika engkau bertemu dengan seseorang, 
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah 
jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".






Wednesday, 14 March 2012

Its Not Wordless Wednesday!!!





Assalamualaikum and hello untuk semua teman-teman blog..
Actually today just a quick post.. Nak buat wordless wednesday
but i didn't found a best picture to show my feeling now...
Semua ada.. smile, happy but nak nanges..Boleh macam tuh...
So i just decided to repost a picture below... Semoga ada manfaatnya..




///Semoga Allah memberkati pemilik gambar ini..




Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan 
dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, 
maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
( Hadis Bukhari)


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, 
sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang 
tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”
(Riwayat At-Tabrani)









Friday, 27 January 2012

Bacalah Surah Ini Pada Hari Jumaat





......................................................

Sepatutnya saya post entry tentang ini awal pagi tadi
tapi disebabkan sibuk, terlupa jadinya.. Okay, saya
amat berharap sahabat-sahabat semua amalkan membaca
surah ini pada hari Jumaat kerana sangat besar pahala
dan keistimewaannya..

Surah yang saya maksudkan adalah surah Al-Kahfi..
Antara keistimewaanya ialah;

 Daripada Umar r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda;
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga
ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya
antara dua Jumaat"
(HR Ibnu Katsir)



Jadi, sama-samalah kita mengamalkan surah ini dan semoga
kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman...InsyaAllah..

......................................................







Thursday, 26 January 2012

Jangan Membazirlah!!!




................................................................................

Assalamualaikum WBT..
Salam hormat dan salam sayang untuk semua
sahabat blog and readers yang sudi bertamu
di blog yang serba kekurangan neh...


Okay, last day bercuti.. Banyak sekali ingin dimanfaatkan
tetapi sangat merindui kertas-kertas kerja yang berlambak
di meja office.. Juga rindukan gelagat pemuda-pemuda
di office yang sentiasa buat saya tergelak.. Yelah, saya
seorang saja perempuan, jadi ada sajalah lawak yang
dibuat yang menggeletek jiwa saya..


Oh seawal pagi dah bangun, teman mak pergi pasar then
hari ini saya merajinkan diri tengok TV.. Sebenarnya saya neh
kurang suka tengok TV..Mungkin masa kurang mengizinkan..
Barangkali...

Then, rancangan pilihan saya adalah OPRAH.... Yes sangat
best dan hari ini mengenai pembaziran yang akan
mempengaruhi sumber alam.. Juga mengenai cabaran beberapa
keluarga dalam usaha mereka mengurangkan pembaziran..
Antaranya;
Penggunaan television
Penggunaan komputer
Penggunaan penghawa dingin, elektrik
Makanan




Ingatlah pada mereka yang lebih memerlukan...

And ada juga tips-tips atau kaedah untuk mengelakkan 
pembaziran terutamanya ketika membeli belah.. Dulu saya
sendiri kalau membeli barang-barang dapur, main ambil
saja..Orang cakap sedap tangan mencapai.. Sedap yang
mata neh memandang..
Then beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula belajar
buat list apa yang ingin dibeli dan berapa wang saya
peruntukkan untuk beli barang-barang.. Dan juga paling
penting, tempat kita membeli belah tuh.. Bukan apa, ada
sesetengah antara kita cenderung membeli belah di tempat
yang mungkin famous la kot.. Sedangkan kalau kita kira
dari segi jenis barang, sama saja di tempat-tempat biasa..

Seriously, saya akan buat perbandingan harga beserta
kos minyak yang harus dikeluarkan.. Bukan kata kedekut,
tidak sama sekali tapi sebolehnya berjimat dan cuba
untuk elakkan pembaziran.. Lagipun saya bukan orang
senang.. Jadi kena beringat.. 


And ingat, setiap apa yang kita lakukan and kita habiskan
di dunia ini, akan ditanya di 'sana' kelak.. So fikirkanlah...
Beringat sesama kita supaya tidak menjadi orang yang
membazir...InsyaAllah...


..............................................................................






Tuesday, 24 January 2012

Belajarlah Tentang Isi Kehidupanmu






........................................................................

Pernah beberapa kali saya menangisi ketentuan hidup saya.
Kenapa? Kenapa diri saya? Kenapa harus saya?

Kini saya tahu segalanya.. Kenapa cara ini Allah tentukan buat
saya.. Kerana diawal kepahitan itu, berakhir dengan kemanisan..

Nikmatilah kehidupan seadanya.. Warnailah dengan coretan 
kasih sayang.. Ceriakanlah dengan kuntuman rindu..Hayatilah 
bersama bait-bait cinta.. Setiap insan diberi ketentuan yang berbeza,
jangan sesekali murung andai hiba menghimpitmu tetapi 
bersyukurlah dengan pada setiap saat nafasmu terhembus..
Alhamdulillah... 

Ilahi, jadikan kecintaanku padaMu melebihi segalanya..Amin



Binalah diri anda dengan cara anda sendiri tetapi berpaksi pada
jalan Allah.. Ambil contoh dari mereka yang telah berjaya tetapi
jangan sesekali ditiru kerana kisah dan cara mereka bangun
mungkin saja berbeza dengan kisah kita..
Wallahualam..

........................................................................






Sunday, 22 January 2012

Saya Ada Allah Yang Maha Adil





..............................................................

Assalamualaikum semua..
Salam Sejahtera..Oh ya sebelum terlupa..
Happy Chinese New Year untuk sahabat-sahabat yang menyambutnya..


Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala kurniaanNya..
Apapun musibah atau ujian yang datang, pasti bersebab dan hanya
Dia Yang Maha Berkuasa tahu.. Redha dan ikhlaskan hati menerimanya..
Basahilah lidahmu dengan ayat-ayatNya, moga ketenangan mengiringimu..
InsyaAllah...

Sejujurnya hati ini sedikit bengkak menerima satu comment yang
memang merobek kesabaran ini.. Tapi apalah yang mampu saya lakukan..
Hanya mampu berdiam dan menitiskan air mata kerana saya tidak pernah
berdaya melawan kata-kata kesat yang diberikan kepada saya...
Tak apalah, teruskanlah... Saya ada Allah Yang Maha Adil atas tiap-tiap
sesuatu yang terjadi.. Saya amat yakin padaNya Yang Maha Pengasih..


Berikut beberapa potong kata-kata ingin saya kongsikan.. Semoga hati
ini terpujuk dan ikhlas menerimanya...InsyaAllah..

Ketahuilah olehmu...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan 
waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon... Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan 
tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal 
dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....
 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
 

dipetik dari Halaqah.net
..............................................................




Sunday, 9 October 2011

Berbisiklah Pada Allah





 Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar 
diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya 
berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: 
Allah mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula 
permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat 
dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu 
tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, 
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik..

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah..
Percaya dan yakinlah pada Allah...








nota hati: saban waktu hati terus berbisik, menanti
kunjungnya membawaku pergi... Aku redha...




kalau suka, LIKE ya..
terima kaseh

Monday, 22 August 2011

Jadilah Manusia Yang Bijaksana

Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat yang Allah
berikan..Syukur di pagi Isnin yang sangat indah..
Syukur atas segala rahmat yang diberikanNYa....
Alhamdulillah.....


Okay, hari ini tak nak berleter panjang... Sekadar
memperingati sesama kita..Yelah, kadang-kadang kita
tak sedar sebenarnya kesalahan atau kesilapan yang
kita lakukan...So mai kita sesama bertegur sapa,
memperbaiki kehidupan kita...InsyaAllah.....

bambam sungguh ai....huhuhuhuhu

Actually last day sekali lagi nadia di undang...chewahhh
besar sangat kau nadia pakai undangan gitu...huhuhuh
nadia diajak oleh adik-adik chomel, rakan tempat kerja
lama dulu tapi dah macam adik beradik gitu....
Kami berbuka puasa sekali lagi, di Padang MPK...
Agak-agak dah bosan kot padang dengan muka nadia neh
saja kan....huhuhuuh seronok sebenarnya....
Tapi yang tak syok, semalam kan Ahad...so waktu nadia
sampai, nadia terpaksa pusing and pusing and pusing
mencari parking...Last sekali parking kereta selang dua
bangunan dari Bazar Ramadhan...Jauh you.... berjoging
ai nak pergi beli makanan and carik tempat bersimpuh...


Tengah duk marathon nak ke Bazar Ramadhan, Azan
yang sangat indah berkumandang.... huhuhu mujur
ada air tebu yang dibeli oleh salah sorang adik, tepi 
kereta manyak-manyak itu, nadia srruuuupppp air tebu tuh...
Kan afdhal mempercepatkan berbuka....Then terpaksa 
cross padang yang penuh dengan orang-orang Kuantan tuh..
Eh orang Kuantan ke semua??? 
Apapun, nasib lah awal-awal dah pesan pada adik-adik lain,
if kami sampai lambat, sila lah tolong tapau untuk kami...
So just carik tempat bersimpuh, bersila sahaja....
Kami baru saja sesuap makanan, orang-orang di sebelah pulak
mostly dah ready nak pergi solat Maghrib....hhuhuuhuh
Apapun, overall sangat happy dengan adik-adik yang
sangat happening ini... Even ada yang baru saja jumpa, dah
sporting and rela diusik oleh nadia yang kuat menyakat neh...







Okay, habis cerita pasai berbuka atas padang MPK nun...
Sekarang kita cerita pasai apa yang berlaku atas padang MPK
tuh usai kita-kita semua makan.... Okay, sebabkan nadia lewat,
so lewat jugalah siap makan... Then dah selesai makan,
ada antara yang berbuka di situ tak reti untuk angkat sampah
sendiri dan letak ditempat sepatutnya....Sedih lihat situasi itu..
Nadia tahu, pasti ada yang cakap... Alaaa biar orang MPK buat
kerja sikit....Eh kawan-kawanku sekalian, hang tengok jam tak 
pukul berapa masa tuh... Bukankah sepatutnya waktu tuh,
selepas berbuka, waktu untuk mereka rehat dan menunai
solat sunat tarawikh.... Mereka pun manusia seperti kita,
ada hati dan perasaan.....Memang sedih tengok situasi tuh....
And nadia respect mereka yang tahu menjaga adab dan 
kebersihan...Entahlah nadia pun tak pandai sangat nak
berhujah atau berbahas soal neh...... Sebab nadia sendiri pun
tak sempurna, tak adalah bagus....Cuma sekadar berpesan
sesama umat Islam....Tak rugi untuk berbuat kebaikan....
Below gambar sesudah solat Isyak, hampir jam 9.00 kalau
tak silap nadia.... Pakcik neh tetap lagi teguh menyiapkan
tugasannya.... Semoga Allah memberkati mereka....



Ahhhhh entahlah, tak reti dah nak tulis apa, nak cakap
apa...yang pasti Allah kurniakan akal buat kita semua
berfikir...Tepuk dada, tanyalah diri sendiri..............
Wallahualam....




If suka entry ini, bolehlah LIKE...
If nak comment, comment secara 'sehat'..
Thank you!

Saturday, 20 August 2011

Nak Tahu Siapa Jodohku

Morning...Morning...Morning semua....
Assalamualaikum WBT....
Sudah hari Sabtu dan sudah 20 hari juga kita menunaikan
ibadah puasa di bulan yang mulia ini....
Ahhhhhh terlalu pantas masa tu berjalan....Pasti bakal
merindui Ramadhan........


Okay, kita cerita soal tajuk yang nadia berikan itu...
Hah, persoalan yang sangat pening kalau selalu difikirkan...
So kalau tak nak pening, jangan fikir.... biarkan semua itu
berjalan dengan sendiri kerana Allah telahpun tentukan...
Cuma sesekali bila ada antara teman-teman atau mereka
yang tak faham tentang konsep jodoh ditentukan Allah ini
keep asking, bila nak kahwin... Tak terfikir ke nak kahwin..
Seolah orang yang ditanyakan soalan itu tak ada perasaan
pulak... Even nadia sendiri naek muak dengan soalan itu...
Awat tak dak soklan len ka mau tanya?

Okay, below adalah cara-cara untuk menjawab
persoalan tentang jodoh neh.... korang bagi ayat mati
terus pada orang yang duk tanya selalu soklan tuh.....
Statement tuh nadia copy dari facebook sahabat nadia, De Na...
Tersenyum sendiri nadia bila baca statement tersebut...
i like it very much.....


Majoriti kawan-kawan aku semua dah kahwin.. Bila turn aku?
My answer when peOple ask abOut my marrige ..

1. Kanapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaek untukku..

2. Dah berpunya?
Ya, kerana setiap orang telahpun ditetapkan jodoh masing-masing.

3. Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku.

4. Bila?
Bila sudah dipertemukan..
InsyaAllah, jemput datang ke walimatul urusku nanti..


Moralnya:
Janganlah selalu bertanya bila seseorang itu akan berkahwin
kerana semua itu rahsia Allah dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
dan sampai masanya nanti, Allah akan membongkar segalanya..
Wallahualam..





if suka dengan entry ini, jom LIKE
if nak tinggal pesan, berpesan-pesanlah secara berhemah..
Thank you so much...

Saturday, 23 July 2011

Tahu Ke Apa Makna InsyaAllah Itu?

gambar neh saya carik kat google jep

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W untuk bertanyakan mengenai hal Roh,kisah Ashabul Kahfi & kisah Dzulkharnain. Nabi lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi S.A.W hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.Ketika itu turunlah ayat 23 & 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.<" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' InsyaAllah ' . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini '

Sekarang ini kan, selalu sangat orang salah faham dengan perkataan 
"InsyaAllah"..Tahu kenapa? Contoh kan kalau seseorang memerlukan 
pertolongan dari kita namun bila kita jawab dengan InsyaAllah... 
Apa yang kita dapat dari jawapan itu adalah "aku tak nak InsyaAllah
InsyaAllah neh...confirm kau tak nak tolong punya..."
Pernah korang dapat jawapan seperti itu? Mesti pernah kan.....
Pendapat nadia sendiri, ini kerana kita menggunakan perkataan
InsyaAllah itu untuk berjanji tetapi ianya cuma sebagai satu alasan
untuk kita menolak pertolongan.... Bukankah lebih baik berterus-terang..
Apapun, nadia bukanlah tahu sangat untuk menghurai semua neh..
Sekadar memberi peringatan dan berkongsi bersama bahawa gunakanlah
perkataan-perkataan suci itu dengan sebaiknya tapi bukan untuk
mengelakkan diri atau mencaci...... Itu saja perkongsian hari ini...
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah dan
diberi hati yang penuh kebahagiaan....Amin.....








nota: berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata..itulah sebaeknya





Kalau suka entry ini, jom kita LIKE ramai-ramai..
Terima kaseh...

Tuesday, 28 June 2011

Bila Airmata Ibu Bercucuran

Hari ini, Alhamdulillah busy juga tapi tidaklah seperti 
minggu sebelum ini... Syukur Alhamdulillah... Oh rasa
berdebar untuk ke tempat baru Jumaat ini.. Doakan
segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...




Okay, cerita tentang airmata ibu ni, rasa tersentap hati ni..
Sedih rasanya.... Begini... baru-baru ni nadia balik dari
hantar barang customer... Waktu tuh dalam jam 9 lebih...
nadia lihat mak dah tidur, pelik sebenarnya sebab mak 
nadia jarang tidur seawal seperti itu.. Kemudian nadia 
soal adik-adik, bimbang mereka ada buat perangai sampai
mak nadia sedih...Kata mereka, tak ada pun... Mak senyap
saja...Kemudian, nadia masuk bilik mak, tengok mak dah
berbaring...nadia tanya juga kenapa.... Tiba-tiba mak menangis..
Ya Allah rasa sangat sedih sebab nadia tak tahu nak buat
macammana untuk menenangkannya... Kalau kita, anak 
menangis, seorang ibu tahu menenangkan anaknya tapi nadia
rasa useless sangat sebab tak tahu nak menenangkan mak 
nadia sendiri... Yang nadia tahu, masa tu nadia cuma urut lembut
kepala mak, dan belai bagi dia tenang... Dan dengar setiap apa
yang dia sebutkan....Sangat sedih ketika itu.... Yelah sebagai
anak pertama, adalah tanggungjawab nadia mendengar setiap
keluhan dia... Selama ni nadia sangat sibuk dengan kerja-kerja
nadia hingga tak sempat mendengar keluhan mak nadia....
Lama juga, sampai nadia hampir tertidur sebelah mak.... Then bila
mak dah reda, baru nadia berganjak... Biar dia tidur dan rehatkan
fikiran dia.... Nasihat nadia bagi anda yang sibuk, cubalah pandang
wajah ibu anda ketika dia sedang tidur... Lihatlah betapa banyak
garis-garis pengorbanannya yang kadang-kadang kita terlupa
untuk berterima kaseh dan menghargainya....

Sekian terima kaseh....


nota: jangan anda menjadi seperti saya....





kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...

Monday, 20 June 2011

Bersabar...Kalau Mengeluh Pun Apa Korang Dapat?



Yes, bersabar.... Itulah paling-paling utama saat ditimpa ujian
oleh Allah SWT... Mengeluh? Itulah yang sering sangat nadia
lakukan tanpa sedari... Kadang bila orang tanya, cepat-cepat
nadia jawab...Eh aku tak mengeluh.. Padahal kadang tanpa nadia
sedar, nadia mengeluh..Terutamanya bila ditimpa ujian yang 
bertalu...Allahuakbar...Sangat besar dugaan dan ujian ini... Berikan
hambaMu ini kekuatan dan bimbinglah aku supaya sentiasa
di jalanMu Ya Rabb.....


Kadang bila terlalu tertekan, pelbagai perasaan yang berkecamuk
dalam diri nadia ni..Beberapa ketika ketawa dan beberapa saat yang
lain, nadia boleh menangis pada perkara yang tak semena-mena...
Ya Allah, berikan aku hati yang kuat dan iman yang teguh....
Kawan-kawan semua, bersabarlah dengan kehidupan dan bersabarlah
saat ditimpa musibah... yakinlah pada Allah bahawa ujian itu menguatkan 
lagi jati diri dan semangat kita sebagai umat Islam.... Ingatlah bahawa
ujian itu juga penghapus segala dosa...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji 
oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya 
sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Dan ingatlah, Allah telah menyediakan balasan dan ganjaran
yang indah bagi orang-orang yang bersabar...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, 
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam 
Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali 
syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya 
(Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik 
dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni 
dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). 
" (Hadis riwayat Imam Bukhari). 






Silakan LIKE jika anda suka entry ini

Thursday, 16 June 2011

Gangguan Seksual


Pernah sewaktu habis SPM, nadia kerja part time di sebuah
pasaraya.. Tiap-tiap hari ada seorang pakcik neh datang beli barang,
tiap-tiap kali itu juga, dia akan cuba melakukan hal yang tidak menyenangkan
kepada kawan nadia seperti buat-buat tergesel badan sedangkan banyak
lagi laluan lain.. Dan setiap kali itu juga, pasti kawan nadia mengadu..
Dan ada satu kali tu, depan mata nadia sendiri.. Masa tu, nadia lihat
muka kawan dah lain macam..Waktu itu juga, nadia herdik pakcik tuh,
nadia cakap, "tak sedar diri betul, rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari.."
Sejak hari tu, kalau dia datang pun, dia akan guna laluan lain,
tidak dicelah-celah kami... Bukan niat nak kurang ajar tapi dah melampau
sangat.. Takkan tiap-tiap hari tak sengaja tergesel badan pada perempuan..
Itu dah gatal namanya...


Part yang kedua ketika nadia belajar dulu.. Waktu pulang dari kuliah,
nadia akan naik bus... Ada satu hari, bus sangat padat..Memang macam
ikan sardin woooo...Alhamdulillah nadia dapat tempat duduk tapi
bukan tepi tingkap... Then, ada seorang lelaki neh, usia hampir 40 an..
Asyik himpitkan diri dia dengan nadia yang tengah duduk... Nasib
baik kakak sebelah nadia faham, dia alihkan sedikit kedudukan dia,
supaya nadia jauh dari lelaki itu.. Tapi semakin kita jauhkan, semakin
dia nak himpitkan..Last, nadia guna siku, hentak dia sikit... Pastu
pandang mata dia, jeling macam nak terbalik.. Then dia beralih ke depan sikit..
Hampir dengan sekumpulan budak perempuan, dalam baya nadia juga..
Tiba-tiba, salah seorang budak perempuan tu sound dalam bus,
memang kuat gila, siapa duk belakang pun boleh dengar...
Nak tahu dia sound apa..."Wei, tak sangka dalam bus neh ada orang
gila seks.. Tak malu duk gesel bendalah dia pada perempuan"
Budak perempuan tu sound bagi pihak kawan dia.. Rupanya kawan dia
terkena dengan lelaki tadi... After kena sound tuh, terus lelaki tadi tekan
loceng and turun dari bus...Malu gamaknya....

Haihhhh apa nak jadi...Nak jawab pe pun tak tahu... Apapun, korang yang
naik kenderaan awam and yang kerja dengan public, berhati-hati..
If ada gangguan-gangguan seperti ini, cepat-cepat bagitau pada bahagian
atasan.. And if dalam kenderaan awam, seeloknya kita bersama orang yang
kita kenali dan cuba jauhi dari orang-orang sebegini...
Moga Allah lindungi kita dari keburukan dan kejahatan makhluk...Amin...


Monday, 13 June 2011

Persoalan Mengawal Sebuah Kemarahan


Okay, ada seseorang bertanya kepada nadia melalui comment box,
tapi nadia sedikit keliru tentang siapa sebenarnya yang mengajukan
persoalan.. So, nadia abaikan saja siapapun dia dan nadia cuba untuk
menjawab pertanyannya... Sebelum itu, ingin nadia katakan, ini
sekadar pendapat peribadi nadia. Dalam soal mendidik anak, nadia
belum mempunyai pengalaman, kahwin pun belum... apa yang nadia
huraikan adalah melalui pemerhatian juga dari bacaan nadia sendiri..
Sekiranya ada yang tersilap maafkan nadia ya....


Okay, soalannya begini..
saya seorang bapa,cepat naik angin bila tidak suka anak yang disuruh melakukan kerja menunjukkan muka yg tidak ikhlas...bagaimana saya dapat menghilangkan perasaan ini dan lebih berdiplomasi.

Pendapat nadia begini ya...
Dalam soal mendidik anak sebenarnya sangat berat, waktu kecil memang
dirasakan tenang dan gembira kerana anak itu belum tau untuk memberontak..
Apabila tiba saja peringkat remaja, keadaan akan semakin berubah...



Bagi nadia, anak-anak sedari kecil akan mula terikut apa saja yang kita ajarkan..
Percaya atau tidak, kebanyakkan produk akan berubah mengikut bentuk acuan..
tapi tidak kesemuanya..Segelintir saja... Justeru itu, sebolehnya dari kecil,
cubalah bentuk anugerah dan amanah Allah itu sebaiknya... Setiap ibu bapa,
bahkan nadia sendiri pada masa akan datang, inginkan yang terbaek untuk
anak-anak kita...jangan sayang untuk katakan tidak pada anak dan jangan
sayang untuk ditangan-tangankan tapi berpada-padalah kerana tujuan
untuk kita tangan-tangankan itu untuk mengajar, bukan menyakiti...
Soal anak menunjukkan muka, itu cara mereka memberontak menunjukkan
ekspresi bahawa mereka sedang marah.. Biarkan saja, jangan dilayan
kerana kalau kita layankan perasaan mereka, disitulah mula timbul rasa
marah dalam diri kita... Ingat, ketika kita marah, syaitan dengan mudah akan
cuba merasuk, mengatakan marah lagi, marah lagi...

Sesudah anak itu reda, maka jangan ego untuk mengucapkan terima kaseh
dan memuji.. Berhemahlah kerana perkataan atau perbuatan yang lembut
itu mampu mencairkan rasa marah dalam diri seseorang... Pernah nadia lihat
dalam siri nanny 999, rancangan kegemaran nadia... Waktu si anak tidak
mahu berusaha mengemas permainannya.. satu persatu Nanny mengambil
mainannya, tapi tetap dia memberontak tidak mahu mengemas... lalu
diambil lagi, dan dilihat anak itu tetap memberontak tidak mahu mengemas.
lalu diambil mainan yang paling disayangi dan disembunyikan....akhirnya 
anak itu sedar bahawa sekiranya dia mendengar kata, satu-persatu
mainannya akan dikembalikan... Nadia faham setiap kerenah anak-anak itu
berbeza dan sama sekali tidak sama.. Tapi cubalah fahami dan sedikit
bertegas untuk kemajuan dirinya... 

Dan last sekali, berdoalah pada Allah selalu..Ingatlah selalu, Allah Maha
Mendengar... Kadang-kadang kita asyik memikirkan kesilapan pada
orang lain dan ternyata yang silap itu datangnya dari diri kita sendiri....
Mak nadia pernah bercerita, ada seorang yang dikenalinya, anak-anak
dan keturunannya semua cerdik pandai.. dan apa yang mak tahu, rupanya
nenek moyangnya dulu, saban waktu berdoa semoga keturunannya menjadi
orang yang cerdik pandai...Jadi, berdoalah..percayalah pada Allah Yang
Maha Kuasa...Anggaplah ini ujian dariNya untuk anda menjadi orang yang
lebih sabar dan kuat...


Nadia ada seorang adik perempuan remaja, paling bongsu... Jujur katakan,
nadia paling-paling takut sekiranya sesuatu yang buruk terjadi padanya..
memandangkan pergaulan yang terlalu bebas sekarang...Pernah dulu,
dia sering sahaja memberontak, malah bila disuruh, pasti mencebik...
Memang sangat menguji kesabaran nadia sebagai kakak sulong....
Puas nadia fikirkan..dan apa yang nadia lakukan, setiap malam sebelum
tidur, nadia akan bercerita dan bertanyakan masalahnya... 
waktu tu, dia akan ceritakan segalanya... dan dari situ nadia mula
carikan penyelesaiannya.... Kesimpulan nadia dapat dari itu, ianya adalah
kesilapan nadia sendiri kerana sebelum ini nadia terlalu sibuk dengan
diri nadia, kerja nadia hingga tiada masa untuk menjadi temannya...
Sebagai anak sulong, adalah tugas utama membantu meringankan
beban keluarga, begitu juga soal mendidik adik-adik...

Hurm, rasanya dah terlalu panjang pendapat peribadi nadia kan...Apapun
nadia mohon maaf sekiranya ada tulisan nadia yang kurang enak... Dan
nadia mohon bagi mereka yang ada pengalaman, sila utarakan pendapat
anda sebagai panduan untuk kita semua yang membaca... Semoga kita
semua diberi petunjuk dan kemudahan oleh Allah dalam menjalani
kehidupan...Amin..... Sekian, terima kaseh....


Friday, 10 June 2011

Berubah Kerana Gadis Idaman Hati

Assalamualaikum WBT... Selamat hari Jumaat kepada semua..
Alhamdulillah syukur hari ini kita masih diberi kesempatan oleh
Allah untuk menjalani kehidupan di bumi ini.. Alhamdulillah,
ucapkanlah syukur anda....Alhamdulillah...Okay, pagi ini nadia
ingin kongsikan bersama sahabat semua sekerat cerita panduan
yang nadia petik dari buku Kisah-Kisah Insan Bertaubat, semoga
ianya memberi kesan dan manfaat buat kita semua..InsyaAllah...


Taubat Disebabkan Gadis Idaman
Dalam usia remajanya, Abdullah bin Mubarak telah jatuh cinta
pada seorang gadis cantik yang membuatkannya tergila-gila pada
siang dan juga malam. Pada suatu malam, ia sangat ingin melihat
kekasih hatinya lalu membuatkannya mengintai-intai ke rumah
si gadis dan sanggup berdiri berjam-jam walau dalam keadaan yang
sejuk. Tatkala azan Subuh berkumandang, disangkakannya azan Isyak.
Akan tetapi apabila dia melihat langit dan ternampak fajar shadiq,
baru dia sedar telahpun pagi dan menyesali akan perbuatannya
yang tidak memberi hasil..

"Wahai Putera Mubarak! Anak yang tidak tahu malu! Malam-malam
engkau sanggup berdiri sampai ke pagi kerana menurutkan hawa
nafsumu", kata Abdullah kepada dirinya sendiri. "Akan tetapi bila
seorang imam membaca surah yang panjang, engkau sangat tidak
sabar dan mula merungut", herdiknya lagi. Dan setelah kejadian itu,
dia mula bertaubat dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada
Allah. Sehingga dalam usia remajanya itu telah kelihatan tanda-tanda
kekeramatannya.

Kejadian pada suatu hari, ketika ibunya pergi ke sebuah taman dan
melihat Abdullah tertidur di bawah sebuah pokok, sementara dekatnya
ada seekor ular yang sedang berkawal sambil menghalau lalat-lalat
yang ingin mengganggunya.

Ketika di Makkah. dia telah membahagi waktunya menjadi tiga. Tahun
pertama digunakannya untuk mengerjakan ibadah haji, tahun kedua
pula ikut berperang di jalan Allah dan tahun ketiga diisinya dengan
berniaga. Keuntungan yang diperolehi dari perniagaan itu pula
dibahagikan kepada murid-muridnya dan orang-orang miskin...


Nah sahabat semua, kadang-kadang kita tidak sedar betapa sibuknya
kita mencari sesuatu yang mengikut hawa nafsu sehingga kita lupa
berbuat kebaikan di jalan Allah... renungkanlah....

Monday, 6 June 2011

Korang Pernah Buat Macam Ni Tak




Okay, ini sekadar panduan kita bersama ya.. Tidak ada
kena mengena dengan siapa-siapa pun...Kebetulan terfikir
untuk menulis tentang ini...

Begini ya, anda menginap atau membeli satu-satu barang
itu dengan harganya sekian-sekian..Lalu saat claim harganya
berganda dari kebiasaan.. Contoh, harga sebetulnya RM100,
tapi di resit minta dituliskan RM150.. RM50 itu katanya sebagai
wang upah..Upah ke? Halal ke? Entahlah.....

Kita sering berbahas soal halal/haram sesuatu makanan,
tapi tidak pula kita titikberatkan soal di atas yang juga bakal
mempengaruhi ibadah kita sebagai seorang Islam....
Apapun yang pasti, fikirkanlah tentang amanah juga apakah hal
yang kita lakukan itu berkat atau tidak..Bukankah ianya bakal
menjadi darah daging kita kalau digunakan.. Entahlah.. nak terang
panjang-panjang memang tak pandai... Semoga Allah menjauhi
kita dari setiap keburukan/kecelakaan/kebencanaan..Amin..