Assalamualaikum WBT... Selamat hari Jumaat kepada semua..
Alhamdulillah syukur hari ini kita masih diberi kesempatan oleh
Allah untuk menjalani kehidupan di bumi ini.. Alhamdulillah,
ucapkanlah syukur anda....Alhamdulillah...Okay, pagi ini nadia
ingin kongsikan bersama sahabat semua sekerat cerita panduan
yang nadia petik dari buku Kisah-Kisah Insan Bertaubat, semoga
ianya memberi kesan dan manfaat buat kita semua..InsyaAllah...
Taubat Disebabkan Gadis Idaman
Dalam usia remajanya, Abdullah bin Mubarak telah jatuh cinta
pada seorang gadis cantik yang membuatkannya tergila-gila pada
siang dan juga malam. Pada suatu malam, ia sangat ingin melihat
kekasih hatinya lalu membuatkannya mengintai-intai ke rumah
si gadis dan sanggup berdiri berjam-jam walau dalam keadaan yang
sejuk. Tatkala azan Subuh berkumandang, disangkakannya azan Isyak.
Akan tetapi apabila dia melihat langit dan ternampak fajar shadiq,
baru dia sedar telahpun pagi dan menyesali akan perbuatannya
yang tidak memberi hasil..
"Wahai Putera Mubarak! Anak yang tidak tahu malu! Malam-malam
engkau sanggup berdiri sampai ke pagi kerana menurutkan hawa
nafsumu", kata Abdullah kepada dirinya sendiri. "Akan tetapi bila
seorang imam membaca surah yang panjang, engkau sangat tidak
sabar dan mula merungut", herdiknya lagi. Dan setelah kejadian itu,
dia mula bertaubat dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada
Allah. Sehingga dalam usia remajanya itu telah kelihatan tanda-tanda
kekeramatannya.
Kejadian pada suatu hari, ketika ibunya pergi ke sebuah taman dan
melihat Abdullah tertidur di bawah sebuah pokok, sementara dekatnya
ada seekor ular yang sedang berkawal sambil menghalau lalat-lalat
yang ingin mengganggunya.
Ketika di Makkah. dia telah membahagi waktunya menjadi tiga. Tahun
pertama digunakannya untuk mengerjakan ibadah haji, tahun kedua
pula ikut berperang di jalan Allah dan tahun ketiga diisinya dengan
berniaga. Keuntungan yang diperolehi dari perniagaan itu pula
dibahagikan kepada murid-muridnya dan orang-orang miskin...
Nah sahabat semua, kadang-kadang kita tidak sedar betapa sibuknya
kita mencari sesuatu yang mengikut hawa nafsu sehingga kita lupa
berbuat kebaikan di jalan Allah... renungkanlah....
5 comments:
bestnyer buku mcm ni ... nak cari gaq la nnt ... suke bace cite2 camni ... baru ad kesedaran dlm diri cket :)
macam terbaca tentang diri sendiri pulak..
sanggup tengok tv 3 4 5 jam..
tapi solat tak sampai 10 minit pun berkira nak buat..
Astarfirullahalazim...
Thank you Nadia..
dalam kesibukan dunia ni, Nadia masih dapat menyedarkan ramai orang.. :)
assalamualaikum..
best..menarik nya bila baca..
betul tu yunk..smala jue nie pun..duk kejo2 dunia jeak..huk3
apalah nak jadi entah..huk3
tibe tibe rase sayu buku buku sy dh terbakar akibat drpd sikap xbertanggungjwb sy sendiri. huhu anyway, saudari nadia, thank you for the knowledge. ;)
Post a Comment