Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

Kisah Blogger | Terus Menulis


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, lama rasanya tidak menulis. Jujur, ada sedikit rasa janggal, kekok untuk membebel di dalam blog.. InshaAllah, very soon, saya akan sambung menulis blog, inshaAllah kali ini akan lebih kerap berbanding sebelum ini.. Bukan lagi seperti ini, sekejap ada, sekejap tak ada.. InshaAllah saya sedang berusaha ke arah itu.. Oh ya di bawah ni, analytic blog saya pada bulan lalu.. Alhamdulillah walau sikit tapi masih ada yang sudi bertapak ke sini..


Terima kaseh buat mereka-mereka yang masih sudi membaca blog ini. Masih sudi menghantar komen malah pertanyaan buat saya. Masih lagi menjadikan blog ini sebagai rujukan walaupun tak banyak sebenarnya perkara untuk dirujuk.. Tapi saya masih lagi berpegang seperti mula-mula menulis blog ini, adakalanya kisah hidup orang lain memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi lebih baek.. Adakalanya cerita yang disampaikan orang lain itu akan memberi pengajaran buat kita.. Dan semoga apa yang saya catatkan di sini, memberi manfaat kepada anda juga.. Terima kaseh...

Apapun, doakan yang terbaek untuk saya.. Doakan semoga Allah memberi ilham kepada saya untuk terus menulis di sini.. Semoga apa yang saya tulis di sini memberi ganjaran atau pulangan yang terbaek di sisi Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin...



Tuesday, 5 March 2013

Terima Kaseh Nuffnang

Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum WBT.. Hi all..



Just a quick update to say, a big thanks to Nuffnang for a big opportunity. Alhamdulillah buka email pagi ini, dah received payment advice dari HSBC berkenaan dengan payment dari Nuffnang.. Walaupun jumlah tidak sebesar mana, tapi penghargaan dan peluang yang diberi mereka sangat besar maknanya.. Alhamdulillah..Ini merupakan cash out ketiga saya selama saya join nuffnang...walaupun saya jarang update malah pernah beberapa waktu, hampir 6 bulan tak update, tetapi CPUV Campaign tetap juga melekat walaupun satu.. Alhamdulillah.. Hopefully Nuffnang terus sukses di masa akan datang. Thank you so much..





Saturday, 23 July 2011

Thank You So Much Nuffnang



Sekian lama nadia tak menyempatkan diri untuk online....
then sementara broadband belum tenat neh, nadia nak 
update....hihihi lepas gian update you.....huhuhuhu...
Apapun, nak ucapkan terima kaseh yang tak terhingga
untuk nuffnang kerana telah menghadiahkan BE yang
banyak kali ini...Dah lama tak dapat banyak BE....
Alhamdulillah...syukur.... terkejut jugak sebab blog nadia
memang dah lama sangat ketandusan BE....

hurmmm just nak share itu saja... Untuk semua kawan-
kawan blog, teruskan berblogging secara sehat and 
all the best untuk semua.....sayang selalu.......




kalau suka, jom kita LIKE ramai-ramai
Thank you so much

Wednesday, 8 June 2011

Gempar Sekejap Dapat UV Cecah Beriban Kerana Yuyu Zulaikha




Serius you, memang ai sangat terkejut... Mau tidak, entry ai tak seberapa
tapi jumlah tetamu yang datang tiba bertambah dan semakin bertambah
sampai cecah 10K.... Hooomak aihhhh, tetiba rasa gempak saja kan... 
Terus rasa macam dah 'DIVA' you, then rasa macam dah mampu untuk
ai kalahkan Abg Ben, Hanis Zalikha, Fatin Liyana and Cik Epal...hahahha
Semua ini gara--gara adik Yuyu Zulaikha buat review blog ai, you tau tak.....
aduhhhh berkipaskan tangan ai....hangat, rasa nak pengsan sekejap.....
Terima kasehlah adik Yuyu Shayang....


Papppppp, tetiba handphone berbunyik... Aduhhhh kacau betul aku nak
mimpi-mimpi jadi blogger hebat...huhuhuhuh adehhhh rupanya saya
cuma bermimpi...Mimpikan adik Yuyu Zulaikha yang comel, kecik and
cute tuh.... And cuma saya bermimpi dapat UV sampai ber 'K' tuh.....
hahhahaha tak apa, kurang-kurang dalam mimpi pun merasa kan....
hahahaha... Yang peliknya, kenapalah sampai saya bermimpi... Tak adalah
taksub benar dengan blog, malah sebelum tidur tak adalah pula saya
fikirkan soal adik Yuyu Zulaikha..Cehhh dapat tahu dek Yuyu, kecik hati
dia kan... Yuyu, maapkan akak dik.......Yuyu the best, ceh bodek nampak..


Apapun, semua tuh mainan tidur.... and now pun saya bersyukur dengan
apa yang saya ada and apa yang saya dapat... And sangat bersyukur
kerana UV untuk last day naik secara keseluruhan hampir 400 UV..
and untuk viewers sahaja, hampir 1K, Alhamdulillah....Oh ya, hari ini
InsyaAllah saya akan balas setiap komen dan kunjungan dari setiap
kawan-kawan blog, maaf lewat...2,3 hari neh, duk fikir watermark saja..
Jangan marah ah.....Hurmmm btw, thank you so much untuk semua....






Friday, 3 June 2011

Terima Kaseh Digi Sudi Beriklan Di Blog Ini






Pada 2 Jun lalu iaitu semalam lah kan, iklan yang sering menari-nari
di blog saya telah pun berhenti dengan jayanya.. Alhamdulillah
syukur, bertambahlah sedikit earning yang ada.. Berapa pun jumlahnya,
saya sangat bersyukur... Terima kaseh Digi kerana telah memilih blog
yang tidak seberapa ini, yang tiada istimewa pun.. Terima kaseh
kerana telah memilih untuk mengiklankan produk mereka iaitu
Digi Iphone 4... Semoga bertambah-tambah rezeki mereka serta anda
semua juga... Amin...




Pertama Kali UV Naik Dengan Usaha Sendiri





Serius, rasa puas hati sebab UV blog saya semalam naik
sampai 300 kerana usaha sendiri.. Maklumlah sebelum ini
UV naik tinggi pun kerana review dari blogger hebat
Ardini Humaira.. Alhamdulillah...dan thank you so much
untuk kawan-kawan yang selalu datang, mengomel,
memberi pendapat di blog saya ni..Saya sangat-sangat
menghargainya dan saya harap kita tetap sebagai kawan
walaupun sekadar di dunia maya......insyaAllah...






Thursday, 2 June 2011

Sekalung Penghargaan Buat Nuffnang






Alhamdulillah and a big thanks to Nuffnang..
Semalam terima 'kertas' bernilai ini..Tidak kisahlah besar
atau kecil jumlahnya.. Yang penting, ianya usaha sendiri,
memerah idea untuk mencipta sebuah penulisan.. Semoga terus sukses pada
masa yang akan datang... Amin..





Wednesday, 11 May 2011

Bila Rajin Balas Comment Dan Kunjungan

Last day saya dengan senang hati telah berjaya
membalas komen serta kunjungan dari sahabat-
sahabat yang pernah dan selalu bertamu di blog
saya yang serba kekurangan ini.. Sebelum neh saya
memang tak sempat waktu, cuma beberapa
kerat saja yang berjaya saya kunjung.. Tapi
sekarang ni saya dah cuba untuk membahagikan
masa-masa yang ada supaya saya tidak kehilangan
sahabat-sahabat blog saya yang selalu memberi
kata semangat supaya saya bangun menghadapi
segala ujian hidup ini.... So semalam kira banyak
jugalah blog yang sempat saya kunjungi....
Lihat saja carta di bawah tu... Sebelum neh mendatar
saja...Tak adanya nak mencanak naik seperti itu..

Yang tinggi-tinggi tu masa tengah asyik jadi stalker


Sekarang saya cuba untuk biasakan diri dengan
entry autopublish seperti yang selalu dilakukan
oleh blogger tegar.. Ini bukan bermaksud saya neh
seorang blogger tegar, tidak sama sekali cuma 
sekurang-kurangnya blog ini terisi... So waktu malam
selepas saya balas komen dan ambil order dari
customer, saya akan update entry... Sebolehnya
saya cuba juga update walaupun cuma satu saja..
Then, sebelah siang, memandangkan waktu kerja
saya sangat fleksibel, so tak adalah menjadi masalah
untuk saya balas komen dan kunjungan.. Janji
bila ada customer yang walk-in, saya serve dulu..
Itu yang penting, berblogging, facebooking waktu
kerja tak ada masalah sekiranya ia tidak mengganggu
kerja-kerja kita, dan segala paperwork tidaklah
tertangguh dek kerana laman sosial....Bukan apa,
nanti keberkatan pada gaji yang kita dapat tuh tiada..
So, sama-sama kita jadi blogger cemerlang dan
pekerja yang cemerlang....

Tuesday, 5 April 2011

Akhirnya Release Juga Earning

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Alhamdulillah syukur hari ni rasa
semaken bertenaga dan sehat..
Syukur pada Allah Taala...


Okay, bercerita tentang tajuk...
Setelah nadia fikir beberapa kali,
akhirnya nadia cash out juga
duit poket dari Nuffnang..
Ini merupakan kali kedua nadia cash out..
Sebelum ni nadia fikir nak simpan
dulu tapi sekarang pun nadia rasa
semakin jarang berblog..


Dan earning pun memang tak naek..
Dah lama dah...
Ye lah, pengunjung blog nadia pun
tak ramai mana... Pengisian pun tak bagus...
Jadi better nadia cash out saja kan...
So now hanya menunggu kedatangan cek...
Jumlahnya tidaklah banyak...
Tapi Alhamdulillah rezeki...


sebelum cash out

yillek sudah

Apapun, all the best untuk semua bloggers..
nadia doakan yang terbaek untuk kalian...






Thursday, 24 March 2011

Pentingnya Anda Update

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua yang masih sudi bertamu di sini..
Okay, last day rasanya banyak juga nadia
update blog kan..
Biasalah bila idea tu datang dengan mencurah
maka banyaklah juga isi di blog ini..
Tapi bila ianya kering kontang,
maka memanglah kosong dan sunyi saja blog,
bahkan carta nuffnang pun turun naik
dengan jayanya...

pasang surut visitor saya


Seperti juga semalam, carta visitor memang
semakin naik, tidak seperti hari-hari sebelumnya..
Inilah pentingnya update, selain itu nadia juga
ping kebanyakkan entry di beberapa website yang
telah nadia nyatakan pada entry ini..
Nadia jugak ada menjenguk/bertamu ke beberapa
blog, yelah bukan semua orang tahu ttg kewujudan
blog kita..Jadi tak salah untuk mencari alternatif
dengan memperkenalkan blog kita di blog lain...
Boleh juga mengeratkan silaturrahim..
Kan bagus tu...


Apapun, nadia harap ianya dapat membantu
anda yang ada blog untuk menaikkan visitor..
Sama-sama kita tambahkan sedikit usaha
untuk meraih kejayaan...InsyaAllah....




Thursday, 24 February 2011

Kesan Blogwalking Dan Update Terhadap Nuffnang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Rasa kesian pulak bila lihat graph analytics
akaun nuffnang nadia baru-baru ini
Dah la pengunjungnya kurang
update pun jarang-jarang
lalu jatuh la menjunam...
ahakz, macam pantun pulak kan..



Anyway,dua, tiga hari ni nadia semacam ada semangat
untuk update dan blogwalking..
Itu yang UV naik semula...


Honestly baru-baru ni nadia bukannya tak nak update
tapi biasa lah kan...
tidak setiap waktu mood atau keadaan kita mengizinkan
ditambah pula nadia menghadapi masalah datang bulan
yang berlarutan sehingga 21hari...
Kira dah penyakit tu..
So time tu badan memang lemah,
kerap sakit kepala and muka pun pucat saja
pertama kali terjadi sebenarnya...
so, sedikit terkejut..
Alhamdulillah, my mom adalah tempat rujukan terbaik...


Then, now semangat dah ada..
Kebetulan idea pun membuak-buak
walaupun idea tu sebenarnya dibuat-buat...ciettttt..
Alhamdulillah masih boleh update..


So, lihatlah kesannya pada graph akaun nuffnang nadia tu
naik turun, naik turun kan..
ada pasang surutnya..
begitu juga entry nadia, kalau yang best..
ehhh ada ke entry nadia yang best...entahlah..
hurmmm kalau ada jer entry yang menarik sikit, ramailah yang berkunjung
tapi kalau entry yang macam nasi sejuk tu,
memanglah sunyi sepi blog nadia..


Apapun, terima kaseh semua...
nadia sangat menghargai...



Tuesday, 22 February 2011

I Wanna Say No To Nuffnang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT





source: corbis.com



.........

Yes, dah merajuk dengan nuffnang..
And bila nadia say No tu nuffnang
then nuffnang datang pujok kembali...

klik kalau rasa nak tengok jelas


Nuffnang bagi BE baru..
Yelah, dah lama tak dapat hadiah BE baru
So, suka and sangat suka..


Actually bukan say No pun...
sayang  wei sama nuffnang..
cuma gimik saja...


nadia sedar kehadiran BE baru pn hari ni
dah lama nadia tak open dashboard nuffnang
broadband sangat lembap
and streamyx kat office pulak selalu bermasalah..


Apapun, thanks nuffnang...
And thanks untuk semua yang sudi bertandang...




Monday, 7 February 2011

Sila Gelak Manyak-Manyak

Bismillahirrohamnirrohim
Assalamualaikum WBT



Nadia sendiri gelak tau..
0 visitor.. bukan saja UV, malah Viewer pn 0..
hihihih penangan CNY..
Apapun, nadia tak kisah
nadia sendiri pun tak update blog sepanjang cuti..
Apapun, thanks pada yang masih sudi menatap blog ini..
All the best untuk semua..



nota: my BE sudah tiada, all sudah ME..



Saturday, 29 January 2011

ME Terbanyak Setakat Ini.. Alhamdulillah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum


Hah, nadia cuma nak update seringkasnya..
Mood update kurang sekurangnya.
Apapun, nak kongsi tentang metered earning
Hari ni, BE nadia dah tinggal satu saja..
Yang satu lagi dah jadi ME..
And Alhamdulillah itulah ME
yang terbanyak setakat ini..
Alhamdulillah syukur..
Terima kaseh nuffnang..
Terima kaseh untuk semua..


Friday, 7 January 2011

Traffik: Hebat PenanganNya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Hai semua, just update seringkas-ringkasnya..and nak ucapkan million thanks to GADIS COMEL CIK EPAL... walaupun dia femes tapi tak sombong... Thanks a lot dear...
untuk 2 hari lalu..

Thursday, 6 January 2011

Terima Kaseh Cik Epal

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Hai semua, hopefully kehidupan hari ini lebih indah dan ceria dari hari yang lalu...Ameen.. Okay, takmo cerita lebih, just mau ucapkan terima kaseh yang tidak terhingga kepada Cik Epal yang comel atas review blog nadia ar-rumaisha dari blog beliau..Honestly last night nadia memang duk mengadap watermark. then terpandang tetamu yang sedang bertandang.. Ohh sangat terkejut, kenapa sampai 49... Sebab biasa paling banyak cuma 12, itupun kalau entry tentang nuffnang.. Kalau entry biasa paling tinggi pun dalam 8...Then, tengok blog cik epal dah update, so nadia terjah laa sebab nadia suka tulisan cik epal.. Of course nadia selalu terjah cuma kadang nadia jadi silent reader, tak comment.... And baru tahu dari mana datang tetamu yang ramai itu.... Thanks cik epal, thanks sangat-sangat... And million thanks juga yang mana telah jenguk blog nadia dari blog cik epal... Serius nadia sangat hargai... boleh klik sini untuk view: Blog Review: Nadia Ar-Rumaisha
tetibe kau naek tinggi camtu...

Okay, ramai yang tanya tentang watermark kan... btw untuk watermark please direct email nadia ke mynadiadania@gmail.com. Then, ada juga yang minta buat tutorial watermark.. Sebenarnya nadia dah pun buat tutorial watermark, so yang berminat boleh terjah sini untuk tahu lebih lanjut... TUTORIAL WATERMARK, PROTECT GAMBAR KAMU...but now nadia tengah mencari sofware photoscape and mau explore itu software sebab nadia nak try buat tutorial bagi mereka yang guna photoscpae pula, memang nadia lebih senang gunakan photoshop but ada certain-certain orang maybe lebih mudah menggunakan photoscape kan...

Okay, doakan segalanya dipermudahkan Allah... and thanks yang sudi membaca and mengomel di sini... Insyaallah free, nadia balas kunjungan and komen-komen ya....

Sunday, 26 December 2010

Kosong---Malas---Sedih

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Bercampur baur tajuk entry kali ini.. Tahukah kenapa?? Inilah sebabnya..
.....
.....
.....
.....
.....

KOSONG
bila idea untuk update hilang dan tak kunjung tiba.. so secara tidak langsung, blog akan sunyi tanpa pengunjung..
.....
.....
.....
.....
.....

MALAS
bila dah idea tiada, penyakit malas langsung tiba. Sedang mencari ubat mengubati penyakit ini.
.....
.....
.....
.....
.....

SEDIH
kerana ianya menjadi seperti ini..
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....


terus jatuh traffic


Apapun, blog nadia semakin tak best untuk dibaca.. Ini pandangan nadia sendiri terhadap blog sendiri.. Masa sangat sempit untuk nadia update..huhuhuhu hopefully akan lebih baek pada masa akan datang..InsyaAllah...


Nota: sedang menyiapkan watermark.. Baru 10orang..

Wednesday, 22 December 2010

Terima Kaseh Lagi Buat Nuffnang.......So Sweet Laaa

Bismilahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT




Ohhhh sangat terharu..Terima kaseh Nuffnang kerana dengan murah hati memberi nadia BE lagi: Jipaban... Nadia ada jugak perasan, hari ni boleh dikatakan kerap jugalah iklan Jipaban menari-nari di blog nadia... Rupa-rupanya Nuffnang hadiahkan sesuatu.... Sebelum ni terjah blog sahabat, ohhh sangat manyak mereka punya BE... Me? Ohhh sangat sedikit...tapi nadia tak kisah malah nadia bersyukur dengan semuanya... Tentang sahabat lain, Alhamdulillah rezeki mereka dan segalanya berbaloi dengan usaha mereka...




Lagipun dua tiga hari ni nadia tak dapat nak menziarah atau membalas kunjungan dengan kerap.. Malah entry pun cuma simple-simple saja.. Kesihatan kurang memberangsangkan..Apapun Alhamdulillah hari ni semakin sehat... Asalnya pagi tadi tadi kepala masih ting tong... macam ada lalat-lalat menari atas kepala......euuuuwwww.... sangat bengang kepala ini.. Sampai bila berdiri rasa macam kabur saja penglihatan ni... Tapi dah masuk tengahari..Alhamdulillah syukur, semakin kurang... And now pun dah ok...Alhamdulillah...

Apapun, nadia nak cuba cari ramai-ramai lagi kawan-kawan blog....ingin mengerat silaturrahim, malah nadia sangat senang bila dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.. Sangat release lebih-lebih lagi kalau waktu tersebut tengah berserabut, ada orang yang sudi mendengar.. Terima kaseh manyak-manyak.... Love them a lot...

Thursday, 16 December 2010

BE Baru Nuffnang VS Banner Baru

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Semalam BE Nokia C3 yang sebelum ni duk menari-nari di blog nadia telah pun berhenti menari menjadi ME.. Tinggallah satu saja...huhuhuh sedih tapi Alhamdulillah, pagi ni digantikan dengan BE baru...Ohhhh sangat suka...Terima kaseh Nuffnang...
sangat suke
Then, baru-baru ni ada cerita nadia buat banner baru kan kan kan...Banner yang hudoohhh bebenor tu... Sebab rasa tak puas hati... Tadi reka semula banner baru... Simple saja... Gune Flash MX... Inilah hasilnya yang termampu buat....

Friday, 10 December 2010

Cerita Hari Jumaat


Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

comel jer budak ni tido
Oh baru sekarang ada hati untuk menaip kat blog.. Hari ni nadia rasa sangat letih dan sangat mengantuk.. Mata pun dah tak bermaya nak bukak luas-luas.. Tadi nadia sempatlah jenguk-jenguk sahabat blog yang mana sempat.. Nak update cerita-cerita memang tak ada idea langsung.. Sedih kan.. Sebab bila tak ada idea untuk update, ibarat seperti tidak ada makanan untuk menjamu tetamu yang datang berkunjung di rumah.. Begitulah ibaratnya.. huhuhuuh..Apapun, InsyaAllah malam ni nadia sedang mengutip-memerah idea untuk update.. Rasanya kalau ada bantal, mau nadia tertidur sekarang jugak... Serius...huhuhu.. Okay, yang mana dah singgah, dah komen, InsyaAllah nadia akan jalan-jalan malam ni.. InsyaAllah... Terima kaseh... Oh oh oh lupa nak bagitau, thanks ya untuk kawan-kawan yang datang support blog nadia semalam..UV naik kepada 200, suka tau sebab first time kan... Thanks a lot...