Showing posts with label Health Tips. Show all posts
Showing posts with label Health Tips. Show all posts

Thursday, 15 December 2016

Tips Untuk Kurus Dan Sihat | Jus Delima Dengan Chia Seed

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Kalau cerita pasal nak kurus ni kan, rasanya dalam blog saya ni dah berapa post saya cerita mengenai azam saya nak kurus, nak kurus, nak kurus tapi kurusnya tidak.. hahaha Agaknya kena cukup 40 post tentang kurus, barulah saya kurus agaknya kan. Hurm, tak kisah lah samada saya kurus atau tidak, bagi saya yang penting adalah kesihatan. Yes, kesihatan tu yang memainkan peranan yang penting sebab bila badan tak sihat, banyak hal yang tergendala terutama sekali soal ibadah kepada Allah.
So untuk memulakan misi hidup sihat ni, chewah siap ada misi lagi tu.. Okay, saya mulakan dengan menukar menu, cara pemakanan saya terlebih dahulu. Kalau sebelum ni, breakfast saya amatlah tidak menyihatkan, dengan nasi lemaknya, nasi minyaknya, nasi kerabunya yang memang favourite sepanjang masa, sekarang saya cuba tukar dengan roti wholemeal dua keping dengan telur. Dan saya juga merajinkan diri dengan menyiapkan jus buah-buahan yang dicampur dengan chia seed.



Bercerita tentang chia seed ni, saya sebenarnya terpedaya dengan minah dan mat saleh yang selalu mengamalkan chia seed ni sebagai nutrisi harian mereka selain untuk mengekalkan berat badan. Macam-macam mereka buat, sampai boleh jadi puding mereka buat.. haa memang bersemangat mempelbagaikan menu.. Chia seed ni sebenarnya dalam kategori benih tetapi benih yang boleh dimakan dan ianya merupakan tumbuhan padang pasir yang bernama Salvia Hispanica. Chia seed ni ada banyak khasiatnya untuk tubuh dan mengandungi Fiber, Omega, Kalsium, Protein.. Haa lepas ni, kita start google sama-sama tentang khasiat chia seed ya..



So, apa yang orang perkatakan bahawa chia seed ni boleh menurunkan berat badan, boleh menguruskan badan, bagi saya Ya.. Sebab utama bukanlah kerana saya dah berjaya, TIDAK sama sekali tapi apa yang saya sendiri rasa dengan mengamalkan chia seed ni selama lebih kurang seminggu, ia mengenyangkan saya. Iyalah, bukan senang ya nak mengubah tabiat pemakanan yang sebelum ni, saya rasa agak berat kepada dua keping roti dan sebiji telur. Dan Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada saya, beri saya rasa kenyang tu sehingga jam 1.00 petang yakni waktu lunch.. Alhamdulillah, waktu lunch tu kadang-kadang pun masih belum rasa lapar. Jadi, bagi mereka yang baru nak bermula seperti saya, inilah yang saya sarankan. Please don't skip your breakfast. Penting tau breakfast ni, start your day with something good. Jangan seksa tubuh badan kita.



Dan hari ini, Alhamdulillah kebetulan balik kampung baru-baru ni, pergi pasar dan jumpa buah delima yang besar, merah mengiurkan dan manis ni, jadi bolehlah saya blend buah delima ni buat jus dan add on chia seed. Cara saya, saya akan rendam dulu sesudu besar chia seed dalam air kosong semalaman di dalam peti sejuk. Pada sebelah pagi, chia seed itu akan mengembang seperti biji selasih. Biji selasih dengan chia seed ni berbeza tau, dari segi rasa, tekstur dia pun bagi saya berbeza. Nak cerita beza dia tu, saya bukan pakar, kena rasa sendiri baru anda tahu.. Jadi lepas chia seed ni mengembang, saya akan campurkan ke dalam juice delima yang telahpun saya blend. Cubalah cara ini, inshaaAllah kalau green juice, biasanya kita agak sukar nak telah tapi dengan kita campurkan chia seed yang dah kembang ni, kita jadi asyik nak gigit chia seed ni, so buat kita tak sedar dan sampai penghujung gelas..

Apapun, saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat atau inspirasi kepada orang lain.. Untuk mereka yang azamnya seperti saya, nak turunkan berat badan, boleh cuba cara ni.. Buat perlahan-lahan tak apa, asalkan konsisten. Yang penting sihat dan memudahkan kita untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.. Dan ingat, segalanya tak akan jadi melainkan dengan izin Allah.. Wallahualam..





Saturday, 17 May 2014

Tips Kurus | Detox Secara Semulajadi



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.

Okay, saya mula 'berkenalan' dengan 'detox water' nih secara dekat melalui Instagram. Saya mula ikuti perkembangan mereka-mereka yang mengaplikasikan cara hidup sehat di dalam setiap inci kehidupan mereka. Dari situ, perlahan-lahan saya belajar untuk buat sendiri dan minum 'detox water' ini. Percubaan pertama, saya buat lemon strawberry detox water.. Awalnya memang tekak kurang boleh terima tapi iyalah,
bila dah terbiasa.. Alhamdulillah mudah saja nak telan.. Dan hasilnya, Alhamdulillah saya tak perlu untuk ambil herba-herba untuk memudahkan proses ke tandas sebab dengan 'detox water' saja, dah dipermudahkan buat saya.. Ini percubaan saya seterusnya, lemon + pomegranate detox water..



Ini sedikit kelebihan 'detox water' yang saya petik dari blog kesihatan. Semoga membantu anda dan apa kata kita mulakan sekarang, berubah kepada cara yang lebih menyihatkan dan semulajadi..

1. Menyegarkan pernafasan.
2. Memastikan tahap pH seimbang di dalam badan
3. Memperbaiki fungsi pencernaan
4. memperkukuhkan sistem imun badan.
5. memperbaiki dan menyihatkan kulit.
6. Membersihkan saluran kencing
7. Menggalakkan penyembuhan lebih cepat dan pertumbuhan semula
8. Baik kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan

Segala yang baik inshaaAllah saya cuba kongsikan bersama, yang mana jelek, maaf saya hulurkan.
Sekian, Assalamualaikum.






Monday, 13 January 2014

Islam Itu Indah | Ada Apa Pada Solat Subuh

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum WBT.. apa khabar sahabat semua? Bagaimana dengan solat Subuh kalian? Bangun atau tidak? Awal atau lewat? Apapun semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua..Inshaa Allah..
Hari ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit kelebihan dan ganjaran solat Subuh seperti yang dipetik dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (HR Muslim)


Sebenarnya bukan mudah untuk bangun awal, untuk bersedia menunaikan solat Subuh kan? Masha Allah selimut tuh macam mendakap tubuh nih supaya terus-terusan lena di pembaringan.. Allahu Rabbi.. Untuk bangun solat Subuh itu, kita berperang dengan hawa nafsu, dengan bisikan syaitan seperti hadis di bawah yang bermaksud;

"Syaitan melilit seseorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan, syaitan membisikkan: "Nikmatilah malam yang panjang ini." Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu', maka terlepaslah lilitan kedua. Kemudian apabila dia solat, maka terlepaslah pula lilitan ketiga, sehingga dia bersemangat. Tetapi kalau sebaliknya, dia akan terbawa lembab dan malas." (HR Bukhari & Muslim)

Sangat banyak keutamaan dan kelebihan yang boleh kita dapat pada waktu Subuh, malah Rasulullah SAW mendoakan bagi umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh seperti disebut dalam hadis berikut;

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(HR Tarmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Oleh itu, jom sahabat semua, kita didik diri kita, hati dan jiwa kita untuk bangun awal dalam melaksanakan solat Subuh.. Apa yang saya coretkan diri, sebagai peringatan juga panduan buat diri saya yang sangat lemah lagi kerdil ini.. Semoga Allah memberikan saya hati yang khusyuk dan istiqomah, juga kerendahan hati dalam melaksanakan apa jua halnya di bumi ini..Inshaa Allah.. Ini sedikit perkongsian yang mungkin memberi panduan dan manfaat untuk kita, untuk mudah bangun mengerjakan solat Subuh.. Inshaa Allah..

1. Sebelum tidur, biasakan untuk membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah.
2. Bersiwak
3. Berwudhu'
4. Mengemas, membuang habuk-habuk ditempat tidur.
5. Berdoa dan niat di dalam hati untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh dan melakukan kebaekan.
6. Membaca ayat-ayat berikut dan berzikir seperti sunnah Rasulullah SAW yang berikut;

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an).
Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).
Dan beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu).
Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”


Alhamdulillah ini saja perkongsian saya untuk hari ini.. Semoga saat selepas ini, pada hari esok dan juga waktu-waktu yang mendatang, moga kita diberikan iman yang teguh dan sentiasa istiqomah..Inshaa Allah.. Assalamualaikum WBT....




Sunday, 24 November 2013

Manfaatkan Masa Berkualiti

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi kekuatan dan kemudahan dalam menempuh sukarnya kehidupan ini.. Alhamdulillah... Oh ya sahabat semua, hari ini saya sekadar menulis kosong sahaja, doa saya moga ada manfaat tersembunyi yang mungkin memberi kebaekan kepada anda, sahabat saya semua... Inshaa Allah... Moga keberkatan Allah bersama anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sebenarnya hampir sebulan sudah, saya dan suami mula memperbaiki cara pemakanan kami, atau lebih saya rumuskan sebagai 'eat clean'. Bagi diri saya, saya semakin mengurangkan pengambilan nasi. Seminggu sekali macam tu la.. Dan pengambilan dalam kuantiti yang minimum.. Bagi suami pula, dia masih lagi mengambil nasi lebih kurang sekali setiap hari.. Payah mungkin baginya untuk tidak mengambil nasi.. Namun begitu saya jugak tidak berapa menggalakkannya untuk tidak mengambil nasi kerana kerjanya sebagai mekanik membutuhkan dia untuk mendapatkan tenaga yang banyak.. Cuma saya banyakkan lebihkan sayur dalam menu untuknya..Hasilnya sekarang, semakin kurus tuh belum saya nampak, cuma kalau dari segi kesihatan.. Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan.. Tak apalah, biar result slow janji ianya berterusan.. Sebenarnya agak mencabar untuk melalui semua nih.. Perlu kuatkan semangat.. Dan sebagai penguat semangat saya, saya join group di Facebook yang memberi nasihat untuk menguruskan badan. Dan melihat bagaimana mereka berusaha untuk kurus, saya ikut teruja...Membakar semangat saya..


Okay, berbalik kepada tajuk post saya, sebenarnya saya perlu sediakan satu hari untuk saya keluar berjogging. Jadi, hari Sabtu saya rasa paling sesuai memandangkan sebelah petang, memang tiada sebarang aktiviti.. Jadi pujuk punya pujuk, akhirnya suami saya bersetuju untuk bawa saya ke pantai berjogging.. Alhamdulillah, walaupun tak adalah sepenuhnya jogging, banyak berjalan dan bermain sebenarnya.. Tapi peluh masih lagi berjinak-jinak melembapkan baju.. Kira ada jugalah walaupun tak banyak kan...And kalau berjogging di pantai, saya lebih suka berkaki ayam.. Rasa ehh-nakk sekali berlari anak di tepian pantai, sambil kaki dibasahi air pantai.. Sangat menyamankan..


Lihat suami orang tuh.. Katanya sedang bina telaga mahsuri..Lagaknya seperti anak kecil pula..hihihi


Saya sangat suka berada di pantai sebenarnya, sangat memberi ketenangan kepada saya.. Subhanallah melihat ciptaan Allah Yang Maha Besar..Alhamdulillah mujur rumah sewa kami betul-betul berdekatan dengan pantai dan sangat memberi kemudahan kepada kami..

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."  (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah." (Riwayat Abu Daud)




Okay, rasanya setakat ini dulu coretan kosong saya.. Ambil yang baek, hindarkan yang jelek.. Semoga Allah merahmati anda semua... Assalamualaikum WBT....





Tuesday, 20 August 2013

Bagaimana Untuk Perbaiki Cara Hidup!

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan.. Lamanya saya tak update. Nak update tapi saya malas. Impian nak jadi blogger berjaya tapi sebab sifat malas ada, jadi saya kuburkan saja impian itu. Tak semua impian boleh jadi kenyataan. Tak nak kejar sesuatu yang mustahil sebab saya dah cermin diri saya sendiri. Orang cakap ukur baju di badan sendiri, bukan badan orang lain. Begitulah ceritanya.


Ok nak iklan sekejap.

Follow Instagram saya 
.................................................


Ini saya sekarang, dalam hati bertanya, apakah saya akan tetap 
seperti ini pada masa akan datang.. Wallahualam




................................

Actually, sejak akhir-akhir ini, saya dah mula kawal pemakanan saya, saya mula ambil buah secara maximum. Saya kurangkan pengambilan nasi, banyakkan buah. Kalau lapar sangat, ambil buah-buahan. Hajat hati nak buat diet karbo tapi rasanya saya tak segigih mereka yang berjaya diet karbo atau orang selalu sebut diet atkin. So saya tetap ambil nasik sekali sehari atau kadangnya dua hari sekali, lihat pada kemampuan tubuh badan saya. Cuma jumlah pengambilan, dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Cerita tentang diet ini, bermula apabila saya berdiri hadapan cermin, masa tuh saya lihat diri saya sendiri 10 tahun lepas iaitu ketika berumur 19tahun, dan saya lihat diri saya sendiri 10 tahun akan datang. Apa akan berlaku dan macammana dengan tahap kesihatan saya. Yes memang semua dah ditentukan oleh Allah tapi saya harus berusaha untuk kebaikan diri saya sendiri. Kebetulan pula, waktu balik kampung suami, saya lihat macammana kegigihan kakak ipar saya menurunkan berat badan dan Alhamdulillah dia berjaya menurunkan berat 10kg dalam masa dua bulan. Memang dia ada ambil supplement untuk turunkan berat badan, tapi semua tuh tak akan berjaya kalau tak konsisten. Dan saya nampak kesungguhan dia. So masa tuh saya terbakar dengan semangat kakak ipar saya...hihihi kalau kakak boleh, takkan saya tak boleh.. Itu yang hati saya kuat meronta..

Now saya masih lagi berusaha, secara perlahan. Adik saya ada bagi suggestion kepada saya untuk snap segala gambar makanan yang saya ambil setiap hari. Tujuan? Okay tujuannya adalah untuk saya belajar kawal kuantiti pengambilan makanan yang saya ambil. Misalnya hari ini, pagi roti saya ambil 2keping, sayur dan scramble eggs.. So esok mungkin saya boleh kawal apa yang terlebih dari menu semalam.. Secara jujurnya, idea yang sangat bagus dalam menguruskan pengambilan makanan secara konsisten dan untuk disiplinkan diri. Dan saya? belum sepenuhnya mampu saya snapkan..hihihi InshaAllah soon i will try..

Gigihkan saya buat Frozen Yogurt sendiri. Follow Instagram saya ---> nadia_arrumaisha


Okay, ini kisah saya dan suami pula, sejurus saya ambil keputusan mencatu makanan yang akan ambil, suami siap nak tapekan tong beras rumah kami. Katanya sama-sama berdiet.. hihihih macam-macam.. Tapi hangat-hangat tahi ayam saja. Tak ada maknanya untuk dia tapekan tong beras saya sebab dah mulut melayu, nasi itu tetap jadi keutamaan jugak. Apa yang menggelikan hati saya, pernah satu waktu, hanya dia saja yang menjamu makanan, sedang saya sekadar mengambil buah-buahan, bukan main risau dia bila saya tak makan nasi walhal sebelum ini bukan main dia bagi support. Siap menggoda saya dengan makanan. Tapi itulah, alah bisa tegal biasa.. Alhamdulillah walaupun bukan sepenuhnya saya berjaya kawal pemakanan tapi sebahagiannya saya dah berjaya kurangkan..  Saya tahu setakat mana kemampuan tubuh badan saya dan saya tak akan seksa diri saya sendiri hanya untuk dapatkan berat ideal dalam tempoh yang singkat.

Dan untuk merealisasikan semua tu, saya pun ada ambil beberapa supplement untuk membantu memecahkan lemak dalam badan, sekaligus memberi impak rasa kenyang kepada saya iaitu Shaklee Lecithin dan Omega Guard. Untuk proses detox pula, saya ambil Shaklee Alfafa Complex, sekaligus membantu mengurangkan masalah resdung saya. InshaAllah akan datang, saya akan tambah Shaklee Soy Energy Protein (ESP) untuk lebih membantu saya mengawal rasa lapar saya pada waktu-waktu tertentu.. InshaAllah.. Bagi saya, apa-apa produk pengurusan berat badan semuanya berkesan. Asalkan kita konsisten dan tahu setakat mana kehendak tubuh badan kita. Ini tidak, mentang-mentang ambil produk slimming, makan tak kawal. Ambil segala macam makanan tanpa disiplin. Ingat ya, kita adalah apa yang kita makan, apa yang kita ambil. Cuba research apa sebenarnya yang terbaek untuk tubuh badan kita.

Apapun, saya pun tak berani untuk mengulas lebih sebab saya sendiri pun belum tentu akan berjaya dalam cabaran saya sendiri. Mungkin setakat dipersinggahan dan terus saya lupa bahawa saya sedang berdiet. Cuma bagi saya, yang mana kita boleh tegur, tegurlah. Yang mana kita boleh ingatkan, kita ingatkan. Yang mana kita tahu dan boleh berkongsi, kita kongsi. Tak salah, malah beroleh kebaikan dan ganjaran lagi. Hidup ini kalau tak berkongsi, kita takkan pernah maju ke depan dan kita takkan belajar sesuatu yang baru. Betul tak?? Apapun, semoga berjaya untuk diri saya sendiri dan juga untuk kawan-kawan yang mungkin tengah berusaha, atau mungkin yang baru ingin bermula.. Semoga berjaya.. Untuk yang dah berjaya, tahniah dan jangan lupa berkongsi dan bantu mereka yang mungkin memerlukan semangat dari anda. Sekian bebelan saya, Assalamualaikum...






Sunday, 16 June 2013

Tips Sihat | Kebaikan Alfafa Complex

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum WBT...
Okay, hari ini dah 2 minggu saya consume Alfafa complex.. Alhamdulillah memang thumbs up...
Tahu kenapa? Macam saya pernah cerita dalam entry sebelum neh tentang Penangan Alfafa Shaklee.. So memang tak perlulah kot saya cerita lebih kan... Alhamdulillah suami pun selalu tegur sebab dah tak nampak saya dengan tabiat menggosok mata.. Hey korang tahu  tak, saya pernah merajuk dengan suami sebab dia pegang tangan saya sekuatnya sampai rasa sakit sebab tak nak bagi saya gosok mata.. Tapi apa nak buat, memang tak tertahankan... Apapun Alhamdulillah syukur pada Allah memberi kemudahan pada saya..




Meh saya ceritakan apa sebenarnya Alfafa yang saya duk sebutkan sangat neh...Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya Bapa Segala Tumbuhan.

Alfalfa juga merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besiBerikut saya senaraikan antara kelebihan dan khasiat yang ada dalam Alfafa, yang penting untuk tubuh badan kita..InshaAllah.

- Mencuci usus bagi membuang toksin.
- Melegakan sembelit.
- Membuang angin dalam badan.
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
- Merawat keputihan.
- Merawat resdung, athma, elergik dan ekzema.
- Meningkatkan stamina bagi suami.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Melgakan sakit sendi, lesu badan.
- Menurunkan kolesterol dalam badan.
- Membantu pengedaran darah.
- Bertindak dalam memperbanyakkan susu kepada ibu yang menyusu.
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.



Tengok!!! Banyakkan kelebihan dia... Jadi kenapa perlu pilih Alfafa Complex Shaklee? Ini kerana Alfafa yang digunakan hanyalah yang terbaik dan tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Ia juga ditanam secara organik dan menggunakan baja bebas kimia.. 
Dan kita tengok apa kata mereka tentang Alfafa dan perubahan yang mereka sedang alami... Alhamdulillah....





Untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan produk ini, boleh hubungi saya ya:

PM/SMS/WhatsApp: 013-3750448
Shaklee Independent Distributor ID: 918435
Email: dheaahmad84@gmail.com







Saturday, 8 June 2013

Tips Sihat | Penangan Alfafa Shaklee, Memang Terbaik!!!

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT...Hai kawan-kawan semua...
Alhamdulillah syukur pada Allah masih diberi peluang menghirup wangian kehidupan dunia... Alhamdulillah hari ni jugak ada kesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini... Dah lama kot saya tinggalkan... Busy dengan kerja-kerja di pejabat, urusan rumahtangga dan urusan luar....

Okay, sebenarnya saya nak kongsi tentang salah satu supplement shaklee yang saya gunakan.. Actually baru sangat saya mencuba...Hujung bulan lalu saya dan suami decided untuk mencari supplement untuk kesuburan.. Tapi untuk saya, pertama saya perlu dapatkan supplement untuk mengurangkan resdung yang ada pada saya.. So lepas fikir banyak-banyak, tolak tambah kewangan, akhirnya saya cuba beli beberapa supplement dan untuk resdung, saya ambil Alfafa Shaklee versi percubaan dahulu.. Kira untuk sebulan penggunaan.. Okay lah kan, cuba dulu.. Kalau positif kesannya, inshaAllah boleh saya teruskan lagi dengan full pack... Actually full pack pun tak mahal sebenarnya, tak sampai RM50 pun dan tahan 3-4 bulan macam tuh....Bawah neh gambar full pack Alfafa Shaklee...


Al-kisahnya, baru 5 hari jer saya ambil alfafa shaklee neh tau...(masa saya tulis blog neh) Dan Alhamdulillah nampak kesan positif ke atas resdung saya.. Perkara pertama yang saya perasan adalah bersin... Nak tahu, saya neh tak kira panas ke, sejuk lagilah..asyik bersin jer...Kalau subuh, memang 15 minit lepas ambil wudhu', saya kena rilex sekejap.. Baru boleh solat.. Rilex untuk bersin sehabis mungkin.. Macam tuh jugak dengan solat zuhur, dalam cuaca panas tuh, boleh pulak bersin dengan berianya... Kadang cuba jugak saya tahankan,(tahanlah sangat kan) lepas tuh datanglah sakit kepala yang amat.... Alhamdulillah 2-3 hari neh, saya perasan dah tak bersin lagi....Memang tak bersin langsung... Alhamdulillah suka sangat tau... Then, saya perasan sangat, mata saya dah tak gatal-gatal.. Kalau tak sebelum neh, sampaikan selaput putih macam nak larik dah (betul ke ayat eh)... Hah lebih kurang macam tuh lah.. Semua tuh akibat kekerapan saya menggosok mata tanpa mengenal penat dan lelah, asal rasa gatal kurang.... Dan suami kat tepi, mulut pot pet pot pet, berleter sebab kuat sangat gosok mata... Itulah al kisah resdung saya sebelum ini... Memang kategori kritikal kot terutamanya tang gosok mata tuh.......Apapun Alhamdulillah syukur sangat-sangat atas perubahan positif yang saya dapat neh.. Bawah neh, saya senaraikan lagi beberapa kelebihan yang ada dalam Alfafa Shaklee neh.. Untuk perkongsian kita bersama....


- RAJA SEGALA TUMBUHAN
- Mengetatkan apa yang longgar ibarat kacip fatimah
- Milk booster
- Mencuci dan merawat dalamn wanita
- Detox mencuci usus untuk weight management
- Pelawas bagi yang sembelit
- Merawat allergy, resdung dan ekzema
- Merawat sendi (arthritis)
- Antikulat
- Mengurangkan keputihan untuk wanita
- Bagus untuk pesakit diabetes - mengawal kandungan gula dalam darah
-Sesuai untuk pesakit gout
- Membuang angin dalam badan
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
- Menegangkan payudara wanita
- mengurangkan simptom PMS semasa haid


Jadi, bagi kawan-kawan yang nak tahu info lebih lanjut tentang Alfafa Shaklee neh, bolehlah hubungi saya.. Jangan segan untuk bertanya apapun yang berkaitan, yang mana kita boleh kongsi dan yang mana saya boleh bantu...InshaAllah akan saya usahakan sebaek mungkin....

Shaklee Independent Distributor ID: 918435
Email: mynadiadania@gmail.com





Tuesday, 30 November 2010

Tips Untuk Kurus | Inspirasi Dari Mereka Yang Berjaya


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Dalam nadia sibuk berblogwalking tadi, nadia dapat terjah ke blog seorang kakak, DENUANZA... Blog beliau simple tapi penuh dengan manfaat. Yang paling membuatkan nadia teruja adalah semangat beliau untuk kurus.. Akak, saya sangat tabik pada akak... Sesungguhnya nadia masih lagi tak kurus-kurus walaupun cuba berdiet...huhuhuhu Oh lemak kenapakah kau terlalu degil untuk keluar dari badanku ini.... btw, ini nadia copy and paste je maklumat atau tips diet dari blog beliau... Hopefully dapat membantu nadia, juga pembaca yang sedang berusaha untuk kurus... InsyaAllah...





"entry kali ni aku nk citer serba sikit pasal atkins sbb nampaknya ramai berminat pasal atkins ni lately ni..
aku bukanlah pakar diet ni, cuma aku boleh citer serba sikit pasal atkins ni sbb aku penahy mengamalkan selama beberapa bulan

utk info yg lebih lengkap.leh la try google ye...
kat sini, aku just rumuskan secara ringkas ikut gaya bhs aku la ye..
kalau nk guna bhs formal, baik aku copy paste je bulat2 dr mana2 web


apa itu atkins:

- diet yg diperkenalkan oleh dr atkins
-diet low karbohidrat n gula
-terbahagi pd beberapa fasa- fasa yg paling penting ialah fasa induction (selama 2 minggu awal)

siapa yg boleh / kena join atkins:

-dh tentu la org yg nk kurus-huhuhu
-yg dh abis beratus2 beli mcm2 pil
-yg seksakan diri sendiri menahan nafsu tgk lauk pauk yg sedap2

bagaimana ia berfungsi:

- mudah je..bila x ambik karbo n gula- bdn akan guna lemak2 yg tersimpan sekian lama sbg tenaga. bayangkan setiap hari kita ambik carbo n gula. bergerak lak agak pasif.. apa akan jd ngan carbo n gula? yup..mmg ia akan jd tenaga..tp cuma guna skit je..yg lain tersimpan...apa akan jd lak ngan lemak yg sekian lama bertapa tu??
- so..apabila bdn kekurangan carbo n gula, secara x langsung, ia akan guna lemak2 korang yg tersimpan tu..

bila nampak kesan:

-utk diri aku, seminggu beratkins, berat aku turun 2 kg..
-setiap org lain2 tahapnya ok...
-timbang secara konsisten- n enjoy dgn setiap penurunan wpun just turun dlm gram
(ishh..kalau turun 250= sebuku butter tau!)

apa yg boleh dimakan/ dan x boleh dimakan:

- yg x boleh makan- karbohidrat n gula
-jgn risau..bukan x leh mkn langsung tp jgn lebih 20 g sehari..
-jd, kena la kaji apa itu karbohidrat- nasi, kentang, roti, kuih muih n apa2 je bahan berasas tepung
-gula- apa saja yg manis2- TERMASUK buah!

-yg boleh makan- huh..yg ni best- mcm2 leh mkn sebenarnya
- semua jenis lauk pauk x kira le masak apa- TP sotong agak tinggi karbo, yg lelain ok je
- segala bagai jenis sayur hijau- elakkan yg jenis berubi
cth menu aku: pagi: 2 biji scramble egg + salas sayur ATAU 2 biji telo rebus + mayonis + salad
tghari: ayam goreng + semangkuk bayam tumis ATAU 2 ekor ikan selayang goreng cili + semangkuk sup sayur
mkn mlm: lebih kurang bfast n lunch
air lak minum air kosong atau teh hijau TANPA gula

bagi aku, jgn tertekan dgn apa yg kita x boleh mkn..tp enjoy ngan apa yg kita boleh mkn..."

Ayat paling best nadia sangat suka..."bagi aku, jgn tertekan dgn apa yg kita x boleh mkn..tp enjoy ngan apa yg kita boleh mkn..." Thanks akak....nadia makin bersemangat...InsyaAllah nadia akan cuba sebaik mungkin....Untuk sahabat yang ingin berniat, mari kita sama-sama mencuba dan ingat niat itu penting ya.. Bukan untuk bergaya semata....Fikirkanlah untuk kesihatan diri sendiri ya....


Friday, 5 November 2010

Petua Bonda | Mengurangkan Ruam Atau Melecek Pada Kulit Bayi




gambar dari google

Mungkin ada antara ibu-ibu begitu runsing dengan ruam pada leher yang biasa pada bayi, juga kesan merah-merah melecek pada punggung bayi anda kan.. Di sini ingin nadia berkongsi sedikit petua dengan semua mengenai cara mengurangkan masalah tersebut. Perkara ini terjadi pada anak buah nadia sendiri yang mempunyai kulit yang sangatlah sensitif.. Kalau lambat tukar lampin, memang habislah kemerahan melecek pada punggungnya..

Okay, caranya adalah dengan menggunakan tepung ubi. Penggunaannya sangat ringkas, gunakan seperti bedak, sapukan ditempat yang terkena ruam atau melecek.. InsyaAllah kawasan yang bermasalah akan cepat kering. Semoga apa yang nadia kongsikan ini memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat mencuba..




Wednesday, 27 January 2010

Tips Untuk Wanita | Mengurangkan Kesakitan Ketika Datang Bulan




HANYA PEREMPUAN BOLEH BACA!!! hehehe gimik je title entry tu... Sebenarnya semua pun boleh baca, kerana encik LELAKI pun mempunyai ikatan, talian darah dengan PEREMPUAN... Mungkin entri ini akan memberi info buat ibu anda, isteri juga anak-anak perempuan anda.. Okay, entri ni sebenarnya tentang senggugut atau sering disebut period pain... Masa mula-mula dulu selalu sangat sebut sesungut...hehehe..


Apa itu senggugut?
Kalau dari laman web kotex, senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Kalau dari Wikipedia pula, ia merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi nadia sendiri, senggugut ni agak menyakitkan, memenatkan dan pernah juga pitam kerana kesakitan.. Ada juga mengalami demam, muntah.. Dari segi emosi, usah dikata. Memang mood akan hilang. Dari segi petua, nadia ada tanya mak, mak pun tak tahu..hehehe.. Cuma kebiasaannya, panadol memang kena makan awal-awal.. Supaya nanti tak melarat.. selain dari itu, bertungku juga boleh melegakan, selain melancarkan perjalanan darah. Kalau waktu sekolah dulu, isi air suam dalam botol, tuamkan diperut dan tapak kaki.. Dari segi pemakanan, madu juga elok dan berkhasiat tinggi..

Untuk petua merawat senggugut, rujuk di sini... sebahagiannya adalah:

Petua 1 :
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Nadia belum pernah mencuba petua-petua di atas kerana lazimnya nadia akan ubat pada peringkat awal senggugut selain dari menjaga pemakanan.. Perbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan dan pengambilan vitamin.. Elakkan juga melakukan kerja-kerja berat kerana wanita ketika dalam haid akan mudah mengalami turun darah yang banyak.. Perbanyakkan rehat, elakkan stress berlebihan..




Wednesday, 6 January 2010

Tips Kawal Berat Badan



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum


Okay...disebabkan tahun ni saya berazam nak dapatkan berat badan ideal.... Jadi banyaklah yang saya search and survey untuk menguatkan lagi semangat dan mendapatkan tips-tips dari mereka yang telah berjaya.. Haa ini adalah antara tips untuk mengawal berat badan bagi mereka yang dahpun berjaya mendapatkan berat badan ideal..



1. Makan hanya bila duduk atau berada di meja makan
2. Makan secara perlahan serta tertib.. Jangan perlahap
3. Untuk mengelakkan makan snek, cuba lakukan aktiviti yang membuatkan kita lupa keinginan untuk makan snek tadi.. Contoh bersiar-siar.
4. Makan 3 hidangan utama, snek rendah lemak and yang berkhasiat setiap hari...
5. Elakkan diet yang boleh turunkan berat badan mendadak (nanti cepat plak gemuk)
6. Minum air kosong 6-8 gelas setiap hari..
7. Elakkan makan waktu sedang menonton televisyen atau membaca surat khabar.
8. Elakkan beli maknan kalori tinggi seperti donut, karipap atau kuih yg dibuat dari santan.
9. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari, paling kurang 20minit..
10. Buat sekali senaman yang boleh menguatkan otot.

so...pasni bagi sahabat yang berazam nak turunkan berat badan...jom kita cube tips ni sama-sama. Selamat berjaya untuk anda dan saya sendiri.