Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum WBT.. apa khabar sahabat semua? Bagaimana dengan solat Subuh kalian? Bangun atau tidak? Awal atau lewat? Apapun semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua..Inshaa Allah..
Hari ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit kelebihan dan ganjaran solat Subuh seperti yang dipetik dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (HR Muslim)
Sebenarnya bukan mudah untuk bangun awal, untuk bersedia menunaikan solat Subuh kan? Masha Allah selimut tuh macam mendakap tubuh nih supaya terus-terusan lena di pembaringan.. Allahu Rabbi.. Untuk bangun solat Subuh itu, kita berperang dengan hawa nafsu, dengan bisikan syaitan seperti hadis di bawah yang bermaksud;
"Syaitan melilit seseorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan, syaitan membisikkan: "Nikmatilah malam yang panjang ini." Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu', maka terlepaslah lilitan kedua. Kemudian apabila dia solat, maka terlepaslah pula lilitan ketiga, sehingga dia bersemangat. Tetapi kalau sebaliknya, dia akan terbawa lembab dan malas." (HR Bukhari & Muslim)
Sangat banyak keutamaan dan kelebihan yang boleh kita dapat pada waktu Subuh, malah Rasulullah SAW mendoakan bagi umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh seperti disebut dalam hadis berikut;
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(HR Tarmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Oleh itu, jom sahabat semua, kita didik diri kita, hati dan jiwa kita untuk bangun awal dalam melaksanakan solat Subuh.. Apa yang saya coretkan diri, sebagai peringatan juga panduan buat diri saya yang sangat lemah lagi kerdil ini.. Semoga Allah memberikan saya hati yang khusyuk dan istiqomah, juga kerendahan hati dalam melaksanakan apa jua halnya di bumi ini..Inshaa Allah.. Ini sedikit perkongsian yang mungkin memberi panduan dan manfaat untuk kita, untuk mudah bangun mengerjakan solat Subuh.. Inshaa Allah..
1. Sebelum tidur, biasakan untuk membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah.
2. Bersiwak
3. Berwudhu'
4. Mengemas, membuang habuk-habuk ditempat tidur.
5. Berdoa dan niat di dalam hati untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh dan melakukan kebaekan.
6. Membaca ayat-ayat berikut dan berzikir seperti sunnah Rasulullah SAW yang berikut;
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an).
Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).
Dan beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu).
Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
Alhamdulillah ini saja perkongsian saya untuk hari ini.. Semoga saat selepas ini, pada hari esok dan juga waktu-waktu yang mendatang, moga kita diberikan iman yang teguh dan sentiasa istiqomah..Inshaa Allah.. Assalamualaikum WBT....
No comments:
Post a Comment