Showing posts with label Tuntutlah Ilmu Di Mana Saja. Show all posts
Showing posts with label Tuntutlah Ilmu Di Mana Saja. Show all posts

Monday, 23 May 2011

Sepintas Lalu, Renungan Bersama

Pagi tadi tengah siap-siap pergi kerja, telinga saya
yang belum berapa nak sehat lagi neh terdengar kuliah
dari Ustaz Badli Shah melalui rancangan Mukaddimah TV9..
Oh kami suka pasang TV kuat-kuat pada waktu pagi sebab
banyak kuliah-kuliah pagi kalau di TV9..Sebab tu dah terlekat
dihatiku...hihihi..



Okay apa yang ingin saya kongsikan di sini
adalah, kata Ustaz Badli Shah... Nasihat beliau tentang tugas-
tugas isteri dan menjaga kerukunan rumahtangga...
Yang paling menarik perhatian saya apabila beliau sebutkan,
Apabila suami pulang dari kerja dengan muka yang stress,
kepenatan.. Isteri jangan pula duk sibuk tanya itu, tanya ini..
Ayat yang paling biasa, "Abang dah balik?" Yelah dah balik..
Tak perlulah ditanya kan...

Kemudian, kalau isteri balik kerja dengan muka bermasalah..
Suami jangan diam, tanya isteri? Lepas tuh saya dah masuk
kereta, start engin terus pergi kerja... Dalam kereta saya duk
fikir kenapa suami tension isteri kena diam. Isteri tension
suami kena tanya... Then, saya fikir kalau duk jadi pada diri
saya sendiri kan, balik kerja dengan rungsing, penat... Memang
saya perlukan seseorang untuk bercakap...Mungkin sebab itulah
kot, memang dah lumrah perempuan...

Dan yang saya tahu soal lelaki pula, biarkan mereka bertenang
dulu... betul atau tidak, saya pun tak pasti sebab belum 
berpengalaman dalam soal tuh...Apapun yang berpengalaman,
sila lah kongsikan pandangan ya...





Nota: air mata pasti bergenang bila baca kisah kejadian tanah runtuh tu..
Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi... 

Friday, 20 May 2011

Sayang Gila Pada Follower Saya

Banyak kali tau ketika saya memulakan sesi berjalan-jalan
ke blog orang lain, dengan erti kata lain blogwalking laaa,
saya jumpa entry cerita pasal follower... ramai jugalah yang
membicarakan soal follower neh sebenarnya... So sekarang
waktunya untuk saya utarakan pendapat saya sendiri tentang
follower..... Ini pendapat peribadi saya ya, mungkin bercanggah
dengan pendapat sesetengah blogger lain...

ni follower saya....terima kaseh semua

ni bukan follower saya tapi follower En. Ben Ashaari

Okay, pertama sekali kan...apa tujuan blogger bagi kita letak
widget Follower tuh... Takkan lah saja-saja kan...Setiap
perkara mesti bersebab...Itu pendapat saya... So bagi saya
tujuannya untuk memudahkan kita mendapat maklumat
tentang blogger lain, ye lah..bila satu-satu blog tuh update,
dengan pantas kita dapat info dari Dashboard Blogger kan..
So, dengan tidak langsung, hati pun tertanya-tanya apakah
isinya entry terbaru itu, lebih-lebih lagi kalau tajuk dia
sememangnya gempak dan mengundang kontroversi...
Cepat-cepat saja kita klik kan....

Then, memudahkan untuk kita blogwalking... Baru-baru neh ada
seorang blogger, saya tak ingat linknya tapi waktu saya baca
blog beliau, katanya ruangan blog yang kita follow tuh kosong
yakni hilang atau yillek... dan katanya lagi, ia sedikit menyukarkan
untuk dia blogwalking... See, ada ramai blogger dan bermacam
cara yang digunakan untuk berhubung sesama blogger...
Macam saya sendiri, saya akan blogwalking berpandukan
comment yang saya terima.... Setiap hari saya akan cuba untuk
terjah blog yang tinggalkan komen di blog saya... Itu cara saya...
Begitu juga dengan bloglist, yang sempat saya terjah cuma secara
jujurnya saya lebih terjah pada yang tinggal comment...
Maafkan saya....huhuhuhu

Okay, ada juga yang bagitau, follower ramai pun tak semestinya
traffic tinggi... Yup...saya setuju dengan apa yang diutarakan itu..
Tapi kan, kalau anda kerja di bahagian pemasaran terutamanya,
contoh anda diharuskan untuk mengedarkan pamplet kepada orang
ramai.... Anda harus ingat, dalam 1000 pamplet yang anda edarkan
itu, jangan ingat semua akan datang mencari anda...Tidak tapi dalam
1000 pamplet yang teredar itu, mungkin dalam 50 akan mengambil
peluang... Dan jangan sesekali memperkecilkan jumlah walaupun 
kecil.... Ingatkan pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit....
Dalam 500 follower contohnya, mungkin dalam 20 atau 30 akan
memandang pada blog kita...itu traffik juga kan...

Hurm istilah i will follow you macam trademark Digi tuh, bagi saya
juga terpulang pada diri masing-masing... Tak salah sebenarnya
untuk follow, lebih-lebih lagi dapat menambah kawan dan
menghubungkan silaturrahim.... Kadang-kadang kita kat sini,
saya kenal blogger neh dari blogger neh yang terjah ke teratak
blogger tuh sebab dia kenal kawan kepada blogger yang tadi....
Kan dah berhubung-hubung silaturrahim tuh.... Macam yang
terkena kesan Kolony....hikhikhik

Okay, saya dah tak nak taip panjang-panjang.... Kebas jari telunjuk
saya sebab jari kanan saya cuma taip guna telunjuk... Ketuk-ketuk
dan patuk-patuk atas keyboard.... So, terpulang pada anda semua...
Yang pasti, saya sayangkan follower saya... walaupun tak banyak
tapi saya bersyukur.... and pada rakan-rakan follower and yang turut
komen di blog saya, dan saya tak sempat terjah...Maafkan saya..
Saya akan cuba untuk sama-sama give and take.....Okay, done...
Sekian terima kaseh.....

Thursday, 21 April 2011

Bahasa Arab Di Mata Saya


Okay, kali ini saya ingin bercerita tentang
bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab..
Tiba-tiba saja idea ni datang,
waktu lihat kerenah anak-anak kecil yang
datang mengaji di rumah saya tiap-tiap hari..
Bermacam kerenah, ada yang sengaja
melantangkan suara, bersaing siapa mengaji
paling kuat.. Ada pula yang datang, asyik nak tidur
dan menangis.. Bermacam ragam tapi itulah..
Lama-lama pasti mereka kalih dan dapat mengaji
dengan baik..


Okay, bercerita tentang diri saya pula..
Saya harap tahun ini saya dapat khatam Al-Quran
sekali lagi.. Saya aim selepas Aidilfitri..
InsyaAllah akan saya usahakan terutamanya
dalam perbaiki kelemahan saya dalam mengaji..
Kalau tahun lalu saya mengaji dan khatam,
mak saya banyak tegur dari segi kelancaran saya
mengaji...
Tahun ini pula mak saya banyak tegur dari segi
hukum, soal panjang, pendek, dengung, jelaskan..
Yang tu memang saya sangat lemah dan saya akuinya..
Kadang saya jadi give up tapi mak selalu beri
semangat... Nama lagi pelajaran... jadi harus usaha...


InsyaAllah, sekiranya dipermudahkan Allah,
diberi kesempatan untuk khatam Al-Quran lagi
selepas Aidilfitri ni, mak cakap ingin tegur
dari segi sebutan-sebutan huruf, makhraj...
Mak cakap ada saya terlebih sebut, tersalah
tebal... Moga dipermudahkan Allah semuanya..


Okay, berbalik pada bahasa arab pula..
Alhamdulillah saya pernah belajar dan bersekolah
di sekolah agama, jadi mungkin sebab terbiasa
dengan tulisan-tulisan jawi dan sebutan arab,
memudahkan saya membaca Al-Quran..
Alhamdulillah syukur... walaupun saya dah lupa
untuk berbahasa arab...
Menurut adik saya sendiri, sebelum ni dia rasa
 sedikit 'keras' lidah untuk membaca Al-Quran,
nak menyebut satu-satu huruf terasa sukar...
lalu dia pelajari bahasa arab..
Alhamdulillah sekarang bila dia balik bercuti
semester, waktu bertadarrus Al-Quran bersama-sama,
saya dengar sebutannya semakin lancar...
Bagi saya itulah kelebihan kita mempelajari 
bahasa arab...


Oh ya, saya juga sangat suka menulis jawi...
tapi sekarang sudah tidak berapa lancar...
Mungkin kerana telah lama saya tinggalkan..
Pesanan saya juga peringatan buat diri saya
sendiri... Pelajarilah, amalkanlah dan dalamilah ilmu Al-Quran
kerana ianya pelindung diri kita dan menguatkan hati
kita, keyakinan diri kita..
Percayalah...



Friday, 25 March 2011

Edisi Repost: Kemanisan Bersabar

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT




Okay, hari ni kita semua hebat perkata soal
gadis yang cuba untuk bunuh diri tu kan..
Sampai keyword tentang bunuh diri begitu banyak..
So, nadia terpanggil untuk berkongsi cerita
tentang seorang wanita yang sangat bersabar...
Edisi repost dari entry nadia yang lalu...
Semoga kita semua dilimpahi rahmat lebih-lebih
lagi pada Jumaat yang mulia ini...InsyaAllah


Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hasan, ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia bertawaf, tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata, "Demi Allah,belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini,tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah merasa risau atau susah hati."
Dengan tiba-tiba, wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata, "Wahai lelaki, apakah yang telah kamu katakan tadi, sebenarnya demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan hati luka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku menyalahkan dalam hal ini."
Abul Hasan bertanta, "Apakah hal yang merisaukan kamu?"
Berkata wanita itu,"Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban. Pada masa itu, aku mempunyai 4orang anak. Satu telah kahwin, satu masih minum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang tua berkata kepada adiknya, sukakah kamu aku tunjukkan bagaimana ayah menyembelih kambing?"
Berkata si adik, "Sila tunjukkan kepadaku."
Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah sembelih, dia menjadi takut, maka dia pun lari ke bukit. Akhirnya anakku yang besar itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. Suamiku pergi untuk mencari anak kami yang lari ke bukit itu sehingga dia mati kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku, tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju kepada periuk yang airnya sedang mendidih dan anakku tarik periuk itu, akhirnya tumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya. Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin di tempat lain. Apabila mendengar berita yang menimpaku, dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini aku tinggal sebatang kara."
Abul Hasan bertanya,"Bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini."
Berkata wanita itu,"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Ada pun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia-sia sahaja."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W., "Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika dia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka."
(Dipetik dari: himpunan kisah-kisah teladan 5)


Sekian, terima kaseh...

Cubaan Bunuh Diri.. Sempitnya Pemikiran

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Terkejut nadia baca blog ArdiniHumaira tadi,
tentang seorang gadis cuba bunuh diri..
Subhanallah, sempitnya pemikiran gadis tersebut..
Below nadia selitkan video yang nadia share dari blog dni..








Apapun tekanan yang kita alami dalam kehidupan
di dunia ini,ingatlah pada Allah Taala..
Setiap orang diberi oleh Allah ujian yang berbeza,
ujian yang tidak pernah kita tersangka akan
dialami oleh diri kita...
Yakinlah pada Allah, kerana disetiap ujian, penderitaan
yang berat itu ada manis pada hujungnya...


Bagi diri nadia sendiri, bila dilanda masalah..
Apa yang nadia selalu katakan pada diri
adalah sesuatu yang positif...
Kerana pemikiran yang positif akan  melahirkan
jiwa yang sihat dan pasti kita akan rasa bahagia..
Senyumlah dan hayatilah keindahan hidup ini...
Yang penting, YAKIN dan PERCAYALAH pada ALLAH..





Thursday, 24 March 2011

Pentingnya Anda Update

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua yang masih sudi bertamu di sini..
Okay, last day rasanya banyak juga nadia
update blog kan..
Biasalah bila idea tu datang dengan mencurah
maka banyaklah juga isi di blog ini..
Tapi bila ianya kering kontang,
maka memanglah kosong dan sunyi saja blog,
bahkan carta nuffnang pun turun naik
dengan jayanya...

pasang surut visitor saya


Seperti juga semalam, carta visitor memang
semakin naik, tidak seperti hari-hari sebelumnya..
Inilah pentingnya update, selain itu nadia juga
ping kebanyakkan entry di beberapa website yang
telah nadia nyatakan pada entry ini..
Nadia jugak ada menjenguk/bertamu ke beberapa
blog, yelah bukan semua orang tahu ttg kewujudan
blog kita..Jadi tak salah untuk mencari alternatif
dengan memperkenalkan blog kita di blog lain...
Boleh juga mengeratkan silaturrahim..
Kan bagus tu...


Apapun, nadia harap ianya dapat membantu
anda yang ada blog untuk menaikkan visitor..
Sama-sama kita tambahkan sedikit usaha
untuk meraih kejayaan...InsyaAllah....




Wednesday, 23 March 2011

Repost: Inilah Bertolak Ansur Sebenarnya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Okay, dalam nadia sibuk menggodam kembali entry-entry lalu..
Terjumpa dengan entry yang paling-paling nadia suka ni..
So nadia nak repost and share semula dengan anda semua..
Yelah, nadia sendiri pun tak baca sangat entry-entry lama
inikan pulak pengunjung-pengunjung kan...
Of course inginkan entry yang segar bugar kan...
Time ni nadia lebih senang membahasakan saya lagi..
Apapun, nadia just copy and paste saja.....
Mudah, cepat dan selamat (sebab takkan ada ayat yang missing)
So, meh kita baca, hayati dan praktikkannya..
Semoga ia memberi panduan kepada kita bersama..
InsyaAllah....

pinjam dari corbis.com

Kisah ini menceritakan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50. Menurut kenalan-kenalan terdekat, pasangan ini begitu terkenal dengan kemurahan hati dan keharmonian mereka di dalam berumahtangga. Tidak pernah terdengar sekalipun mereka bertengkar apatah lagi untuk bersengketa. Begitulah kehidupan mereka.
Pada hari ulang tahun tersebut, ramai saudara mara dan kenalan-kenalan terdekat datang menziarahi pasangan ini untuk turut sama meraikan mereka. Pasangan ini menyambut kedatangan tetamu dengan hati yang terbuka. Tiba waktu untuk menjamu selera, makanan yang dihidangkan adalah makanan kegemaran pasangan ini.Ketika menjamu selera, si suami mengambil seekor ikan dari masakan kegemarannya, lalu dengan gembira, diberinya bahagian kepala kepada si isteri. Saat itu wajah si isteri berubah. Di dalam hatinya, tidaklah dia gembira kerana selama dia mengahwini suaminya, tidaklah pernah lagi dia merasai bahagian isi ikan yang menjadi kegemarannya. Ini kerana setiap kali itu juga suaminya akan memberinya bahagian kepala yang paling tidak disukainya. Lalu pada hari itu, dia nekad untuk menyuarakannya kepada si suami.
Saat dia menyuarakan apa yang terbuku dihatinya itu, si suami berubah wajah. Dia begitu sedih mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. lalu berkatalah ia,"Wahai Isteriku, Tahukah kamu bahawa aku sungguh berdukacita mendengarnya dan tahukah kamu bahawa bahagian yang menjadi kegemaranmu itu adalah bahagian yang paling tidak aku sukai"."Setiap kali itu juga aku memberi bahagian kegemaranku kepadamu kerana aku hanya ingin memberi yang terbaik untukmu. Agar kamu tahu bahawa sejak aku mengahwinimu, aku sentiasa inginkan yang terbaik untukmu"."Kerana itu aku sentiasa memberikanmu bahagian kegemaranku kerana itu adalah bahagian kesukaanku, bukan yang tidak menjadi kesukaanku",sambungnya lagi.
Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh suaminya, si isteri terus memohon ampun dari suaminya kerana dia telah membuat suaminya berdukacita akan dirinya.
Perkara tersebut didengar dan dilihat oleh tetamu yang hadir, dan tahulah mereka, apa yang menjadikan rumahtangga pasangan suami isteri ini sentiasa harmoni. Ada di antara tetamu begitu terharu akan kejadian tersebut dan mereka menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa akan datang.


So, apa pendapat anda...
Maafkan nadia sekiranya ada kekurangan nadia
dalam mengarang kembali cerita ini...
Sekian terima kaseh...



Renovation

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua, apa khabar hari ini..
Hopefully ada perubahan yang lebih baek
berlaku setiap saat dan waktu..
nadia sendiri? Sedang berusaha sebaek mungkin.


Okay, mengenai renovation title tu sebenarnya
adalah blog nadia sendiri..
Yang dah biasa bertamu mungkin akan perasan
sedikit perubahan yang nadia lakukan..
Actually, nadia tampal gambar nadia yang baru
dan besar amat di dalam blog..
Lihat di atas, awal-awal masuk blog ni pun
sudah nampak terpampang wajah pemilik blog
yang tidak seberapa ini..

malulah..

Sepertimana sederhananya blog ini,
begitulah juga diri nadia.. Sebenarnya nadia teringin
nak ubah layout supaya lebih besar dan banyak ruang.
Tapi nadia bimbang sebab nadia cepat sangat give up
sekarang ni.. jadi sebelum ianya tidak menjadi atau
dengan ertikata lain kerja separuh jalan, biarlah
blog ni seperti ni.. Lagipun nadia masih suka and
in love dengan layout and color blog sekarang..
Bila masuk, rasa tenang, itu saja...nadia tak pastilah
dengan pendapat anda..


Apapun, terima kaseh yang sentiasa sudi bertamu
di blog nadia ni.. Nadia harap ada manfaat atau
kebaikan yang anda boleh ambil dari sini..
Hopefully....


Kata-kata nadia kali ini, walaupun dah banyak orang
mungkin berkata macam ni tapi nadia tetap mahu juga
berkata lagi...(pelik kan ayat)
Tidak semua antara kita dilahirkan sebagai yang terbaek,
namun Allah telah membuka jalan, memberi peluang
buat kita berusaha untuk menjadi yang terbaek..
Walaupun kita bukanlah yang terbaek,
tetapi berusaha menjadi yang terbaek itu harus
kerana yang baek itu selalu berada di sini
mereka yang terbaek... InsyaAllah...





Monday, 21 March 2011

Supermoon Yang Cantik

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua.. Selamat Hari Isnin..
Apa azam minggu ni.... Hah semoga tercapai
dan dipermudahkan Allah..
Yang penting sentiasalah berdoa
pada Allah yang Maha Pengasih supaya
saban hari kita menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang..
Amin..


Okay, bercerita tentang SUPERMOON..
Pasti semua dah tahu kan... Bulan Penuh
yang mana kedudukan bulan dan bumi sangat hampir..
Supermoon juga dikaitkan dengan fenomena alam
yang berlaku baru-baru ini iaitu gempa bumi dan tsunami
di negara Jepun pada 11 March 2011..
pada 26 Disember 2004..
Ianya dikatakan berpunca dari tarikan graviti yang kuat
apabila bulan berdekatan dengan bumi...


Baru-baru ini kita semua alert dengan kejadian supermoon
yang berlaku pada 19 March 2011..
Waktu itu, nadia berada di pantai Teluk Cempedak..
Patutlah bulan sangat cerah..
Tapi tidak lah sampai besar.. Biasa saja bagi nadia..
Entahlah mungkin juga nadia tidak pandai menilai..


Dan dibawah ini pula nadia ingin kongsikan
gambar supermoon yang terjadi di Tanjung Kait-Jawa Barat
pada 19 March lalu..
Gambar ni dikongsi dari sahabat nadia dari Surabaya, Indonesia.
Memang nadia kaget.. Speechless..
Kerana sangat cantik..
Subhanallah, inilah kuasa dan kebesaran Allah SWT..

credit: mbak Kartika Munandar

Bagaimana pula dengan pendapat anda..
Pernah lihat fenomena seperti ini.
Jom kongsikan bersama..






Friday, 18 March 2011

Kalau Anda, Apa Yang Akan Anda Lakukan?

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Apa khabar semua? Salam Jumaat yang terindah..
Syukur Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah
pada kita... Semoga kita terus menjadi insan yang maju
imannya, akhlaknya serta keperibadiannnya...
InsyaAllah...


Okay, hari ni nadia bukanlah ada idea sangat untuk mencatit
pada blog ini, sekadar berkongsi tentang tabiat lama nadia 
yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini..


Kebelakangan ini, nadia selalu saja lepaskan tekanan dengan
mengambil aiskrim.. Actually itu sebenarnya tabiat lama nadia..
Kalau dulu, bila sedih nadia pasti mencari aiskrim..
Malah sahabat-sahabat nadia sendiri, sekiranya nadia sedih
waktu itu, pasti diajak pekena aiskrim..
Yang paling nadia gemari Magnum Almond...

gambar dari google

Entahlah kepuasan itu terasa dan hilang sekejap rasa beban itu..
Tapi yelah, nadia kan pengidap asthma, jadi sedikit sebanyak
akan memberi kesan pada diri nadia..
Sebelah malam, pasti lelahnya datang kalau siang harinya
nadia makan makanan sejuk seperti ais, aiskrim..


Dalam kita tertekan bagaimanapun..
Yang paling penting, mengadulah pada Allah Yang Maha Penyayang..
Kerana Dialah segalanya, Yang Paling Mengetahui..
Tidak pernah berhenti mencintai hambaNya..
Walaupun nadia menangis macammanapun,
nadia yakin ujian ini bersifat sementara yang mana
Allah sedang menguji kesabaran nadia..
Menangis tu memang perlu bagi nadia,
untuk melegakan lelah yang ada...
Jadi yakinlah pada Allah... Sentiasalah berbaiksangka denganNya..
Itulah yang nadia cuba lakukan saban waktu..


Hurmm, bagaimana pula hobi-hobi yang anda
sering lakukan bagi melepaskan tekanan..
Jom kongsikan dengan nadia..



Thursday, 17 March 2011

Random

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hai semua yang sudi membaca dan mengomel di blog nadia..
Hopefully sejahtera dan ceria hendaknya...
Alhamdulillah...


Okay, just simple update..
Tentang aktiviti hari Rabu semalam..
Yup, nadia bercuti..
Settlekan urusan bank, urusan pinjaman perniagaan..
Walaupun belum settle sepenuhnya
tapi lega bila mendengar sedikit penjelasan.
Doakan yang terbaik untuk nadia ya..

pipi nadia semakin gemuk...huhuhu


Allah sedang menguji 
kesabaran serta kekuatan nadia sekarang
Jadi, nadia harus kuat dan harus tabah..
Allah Maha Mengetahui..


And selepas settlekan beberapa urusan,
seperti biasa makan-makan..
And pilihan nadia Pizza Hut...
Mimie cakap, eh nak makan kat pizza lagi..
Anyway, just nak try pizza terbaru..
Itu saja...

welcome to Pizza Hut

our favourite: Hut Platter

See mata dia, still nak pakai bulu mata pelesu..hihihi


Then, sebelah malam dinner dengan kawan-kawan lain dekat Padi..
Memang full schedule semalam..
Dengan terkejar-kejar untuk hantar
barang pada customer...
Apapun Alhamdulillah syukur pada Allah

nick - nadia - mimie


Okay, itu saja celoteh dan coretannya..
Maaf kerana ia memang membosankan..
Apapun, ambillah yang baik dan bermanfaat
dan buanglah yang anda rasakan buruk..
Terima kaseh...




Monday, 14 March 2011

Mohon Sedekah Untuknya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT




Pagi tadi, nadia mendapat berita yang mengejutkan.
Seorang sahabat nadia sms dan seorang lagi
memberitakan di facebook, group college..
Tentang pemergian salah seorang sahabat kami, Aishah
sewaktu sama-sama belajar di kolej Cosmopoint dulu..
Pemergiannya pada pagi tadi jam 7.30am pada 14 March 2011..
Dikebumikan di Felda Jengka 4, Pahang.


Pemergiannya disebabkan barah usus..
Sangat terkejut..sukar sekali untuk percaya
namun inilah hakikat, lumrah kehidupan..
Ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan, 
segalanya telah ditentukan oleh Allah..
Bagi kita yang masih berjuang di bumi Allah ini
Teruskan perjuangan menjadi muslim yang beriman..


Justeru itu, nadia mohon kita semua
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah..
Semoga Allah tempatkan beliau dikalangan mereka yang beriman.
Amin...


Juga, bagi kita yang masih bernafas di bumi Allah ini.
Mengambil iktibar bagi setiap inci kejadian
yang berlaku serta memanfaatkan nikmat
yang telah Allah SWT berikan sebaek mungkin...
InsyaAllah...



Monday, 14 February 2011

Barbie: Saya Terlalu Suka

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT





Hahaha gelak manyak-manyak
sebab nadia seperti budak-budak kan
hihihi mengaku nih..
nadia memang suka woookkkk


and memang banyak koleksi cerita barbie
dalam simpanan nadia
suka and suka
if ada masa terluang, memang nadia nengok




antara koleksi cerita barbie yang nadia ada
Barbie of Swan Lake
Barbie as the Princess and the Pauper
Barbie Fairytopia
Barbie Fairytopia: Mermaidia
The Barbie Diaries
Barbie in the 12 Dancing Princesses
Barbie Fairytopia: Magic of the Rainbow
Barbie as the Island Princess
Barbie and the Diamond Castle
Barbie in a Christmas Carol
Barbie as a Thumbelina
Barbie And The Three Musketeers
Barbie in A Mermaid Tale
Barbie: A Fashion Fairytale


And now nadia sedang menunggu Barbie Movie yang terbaru iaitu
Barbie: A Fairy Secret, dijangka keluar dalam tahun ini
and ada lagi 4 cerita yang nadia belum ada...
hihihi serius macam budak-budak kan...


Antara semua, yang paling nadia suka
Diamond Castle and Barbie Diaries..
Diamond Castle lebih menceritakan persahabatan
mengingatkan nadia pada sahabat nadia, mimie..
And Barbie Diaries menceritakan tentang hidup sebagai seorang popular..
And bagaimana kita berdepan dengan kesilapan kita sendiri..


Bagi nadia, ambil yang positif
dalam setiap apapun yg kita lihat
buang yang negatif
tingkatkan prestasi hidup
Sekian


note: korang banyak koleksi cerita apa eh

Friday, 11 February 2011

Bolehkah Saya Menjadi Setabah Dirinya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


langit tidakkan selamanya mendung
source: corbis.com

okay, cerita kali ini
tentang seorang kenalan nadia
baru 19tahun
sangat muda remaja


baru-baru ni doktor mengesahkan
ada sejenis ketumbuhan di payudaranya
sebesar hujung ibu jari lebih kurang
sepatutnya hari Rabu lalu dia buat operation
tapi atas sebab tertentu
ianya tertunda


hari ni nadia jumpa dia di pejabat
penuh dengan senyuman
Banyak yang nadia tanyakan
Semua dia jawab dengan senyuman


Katanya memang berdebar, takut
And doktor cakap
keadaan payudaranya tak akan sama lagi
selepas ni
Nadia tanya apa perasaannya
katanya dia terima
itu yang dah ditentukan Allah untuk dia
janji segalanya selamat
then, dia pergi dengan penuh senyuman lagi


dalam hati nadia
satu saja nadia sangat kagum
tabahnya dia hadapi semua tu


sedangkan nadia yang terguris
dek secebis ujian pn dah rasa terbeban untuk hadapi
inikan pula dia yang menerima ujian sebesar itu
dalam waktu usia yang sangat muda


sejujurnya
melihat dia, memberi nadia pengajaran
juga semangat
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita
Semoga Allah memberi kesembuhan buat adik itu
Amin



Mata Ini Saket Memandang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Nadia bukan saket mata
Okay cuma sesekali jer duk gosok-gosok
sebab gatai sangat
resdung agaknya


tapi ni bukan nak cerita pasal tu
cerita pasal saket mata bila memandang
okay, maaf if entry ni menyakitkan hati sesiapa
oh tidak, bukan itu niat nadia
niat nadia cuma ingin berkongsi
peringatan diri nadia juga
semoga ia memberi manfaat kepada yang lain
and yang penting kita, kaum wanita ni
lebih berhati-hati


source: corbis.com



ceritanya setiap kali nadia ke post office
ada saja yang kurang enak mata memandang
yela, kadang ada antara kaum wanita
yang memakai baju singkat
tapi seluarnya dahsyat woo
berbekas panties..
Dah la pakai tudung
maafkan nadia bahasa kasar sangat rasanya


nadia tak berniat untuk mengutuk
nadia faham mungkin kadang-kadang kita tak perasan tau
bila dah ditegur, baru perasan
masalahnya bila dia sorang berdiri di kaunter
sedang yang lain menunggu duduk di belakang
dan mostly yang tunggu adalah kaum lelaki
Astaghfirullah dah kaum lelaki ni dapat dosa tau
dapat dosa free


Maaf, nadia tidak pantas untuk berbicara soal dosa
maafkan nadia yang kerdil ni..
Serius malu laaa
haishhh sangat malu..


So, untuk diri nadia sendiri
InsyaAllah selagi akal ini mampu
untuk berfikir dengan waras dan sebaeknya
InsyaAllah akan selalu nadia berpesan pada diri sendiri..



Sekian, maafkan kata-kata kasar nadia



Thursday, 10 February 2011

Saya Tak Paksa 'Follow' Ya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Yes, nadia tak paksa nak follow atau tidak
Terpulang pada diri masing-masing
Actually nadia pelik sebab jumlah follower
sekejap kurang, sekejap meningkat
Kenapa eh?
Oh mungkin ada yang unfollow eh
hihihi tak ape lah
Nadia tak paksa
Lagipun blog nadia ni bukan ada isi yang best hihihi


But bagi nadia sendiri
nadia follow sebab ingin mengikuti latest story
dari blog yang nadia follow
kadang-kadang bila baca entry dari blog lain
banyak pelajaran yang nadia dapat
Macam  adek Yuyu shayang cakap
"Selagi input yang diberi bermanfaat, ambik saje.
yang teruk, dibuang"


So, terpulang pada diri sendiri


bak kata DIGI: i will follow u :p


Wednesday, 9 February 2011

Penatnya Seorang Ibu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT









Last day, cuma kerja half day
then balek rumah terus siap-siap untuk memasak
just a simple menu..
kari terung dan ikan goreng saja


then, berkejar mengemas rumah
basuh pakaian..
Suap anak-anak asuhan mak makan
Everything settle dalam jam 3petang


sangat penat
beginilah agaknya keadaan mak tiap-tiap hari
mungkin lebih memenatkan
Astaghfirullah
rasa nadia ni anak yang sangat teruk


hari ni awal-awal sudah bangun
siapkan sarapan
just buat nasi goreng kampung
Alhamdulillah
sempat untuk adik-adik makan
sebelum pergi sekolah


Semoga Allah memberi diri ini
hati yang kuat dan sabar..
Amin ***..


Segalanya pelajaran kehidupan untuk nadia
semoga nadia ambil panduan
untuk melangkah pada hari esok..
InsyaAllah



correction: atas teguran mama ogy ttg penggunaan word 'ameen'
nadia dah tukar.. thanks mama ogy

Sunday, 30 January 2011

Eh Layak Ke Dia Masuk Majalah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Eh eh eh siapa masuk majalah? Siapa eh? 
Glamour sangat ke dia? 
Bagus sangat ke dia nak masuk majalah?
Okeh, bebaru ni nadia beli majalah di bawah ni..

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .


nak tahu siapa yang appear dalam majalah di atas...
hah tu dia...
tengok gambar kat bawah ni...


.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .

.     .     .



Tahniah bro, best la bro ni kan... 
Apapun, bagi nadia Ben Ashaari ni memang best and bagus...
Beliau tak pernah jemu memberi tips
and membantu blogger baru..
Tahniah bro..

Oh ya, ada tips untuk kurus jugak tau dari artikel majalah tu..
Nak tahu, pergi beli sekarang..
hihihi..itu saja...
Sekian terima kaseh...



Thursday, 27 January 2011

Mini Banner Baru: Saya Perlukan Bantuan, Tolong!!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Hai semua, mood nadia dah okeh okeh sikit dari pagi tadi... Sedang belajar mengawal perasaan..
Walaupun mata ni tetap juga mahu menjeling-jeling handphone..
Tapi hati tetap pujuk memujuk...huhuhuh
Biarkan..Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk nadia...

Okay, pengumuman ya, bagi yang mahu nadia tolong buatkan watermark, boleh email nadia:
mynadiadania@gmail.com, sertakan link blog and watermark macammana anda mahukan..
If ada contoh, lagi cun...hihihi but please don't put high expectation from me.. 
Sebab nadia cuma buat simple-simple saja..Boleh????

Haaaaaahhhhh, nadia baru siap buat mini banner sendiri.. Hurm main ambil saja dari free design,
pastu taruk wording... Dah lost idea untuk buat banner sendiri.. Cuma kan kan, nadia nak mintak
pertolongan la, siapa erk yang tahu coding untuk buat macam blog cik epal tuh...
Ni nadia print screen dari blog beliau... 
Hope ada yang sudi membantu...

Apapun, doakan yang terbaek buat nadia ya...
Terima kaseh bagi yang masih sudi menjengah blog nadia...
Thank you so much....

Saturday, 8 January 2011

Tutorial: Change Your Watermark Style in Photoshop

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Okay, bersambung kelas hari ini...hihihihi... Mengada jer kau ni nadia..hurmm sebenarnya tutorial ni saja-saja nadia buat.. Nadia selalu apply cara ni waktu nadia kerja bahagian design dulu.. Sangat simple and nadia sangat sukakannya.. So, if korang nak guna/ubah style watermark korang boleh saja sesekali kan.. Tapi most guna gambar yang gelap-gelap lah sebab kalau gambar yang cerah, hasilnya kurang menggoda...hihihi ayat tak boleh tahan... Okay, tak mo mengaruts, jom kita tengok cara-cara... Ni basic saja, bagi yang dah pro mungkin lain cara mereka but bagi nadia yang intermediate ni..Inilah cara nadia..

1. Open aplikasi adobe photoshop


2. Open gambar yang ingin di watermark kan...

3. Open watermark

4. Drag watermark ke dalam gambar.. Guna DRAG TOOL seperti di dalam bulatan merah.

5. If watermark terlalu besar, tekan CTRL-T, then resize watermark tersebut.. Please tekan SHIFT sewaktu resize ye supaya gambar tak penyek..After resize, klik icon RIGHT seperti dalam bulatan merah..

6. Then, drag watermark ke tempat yang korang suka, and dekat LAYER watermark, korang tekan CTRL and dalam masa yang sama klik petak di LAYER watermark.. and hasilnya, akan terselect cuma watermark...Macam gambar kat bawah..

7. Dah select, ADD NEW LAYER pulak..

8. Then, klik SELECT/INVERSE.. tengok dalam gambar..tujuannya untuk select luar kawasan watermark

9. Then choose COLOR/WHITE..

10. After dah choose color, curahkan color pada kawasan yang telah di SELECT/INVERSE tadi.. so jadilah seperti kat bawah ni..
11.  Lepas dah curahkan color putih tu, Tutup mata watermark tersebut... Boleh tengok di LAYER, contoh dalam gambar di bawah..

12. Then, reduce OPACITY and FILL, nadia pilih 90-20..ikut selera masing-masing..

13. Lepas dah buat semua tu, jadilah gambar seperti dibawah.....Tak berapa nak cantek sebab nadia guna gambar yang terang.... Tak ada gambar yang scary dark sikit... So, meh kita tengok hasil yang tak seberapa ni...huhuhuhu








Apapun, nadia harap ada manfaat yang boleh korang ambil melalui tutorial ni.. Okay, if ada yang tak faham, jangan segan bertanya..InsyaAllah mana boleh bantu, nadia bantu... Untuk watermark atau pertanyaan, emailkan ke mynadiadania@gmail.com.. Malam ni insyaAllah nak siapkan beberapa watermark sahabat blogger... Sekian dulu, jumpa lagi di tutorial akan datang...hihihi thanks sudi membaca and mengomel...