Showing posts with label The Wedding. Show all posts
Showing posts with label The Wedding. Show all posts

Monday, 17 January 2011

Cantik Tertarik Memang Menarik

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Hai, selamat hari Isnin semua... Wahhh sangat lama nadia mendiamkan diri kot...hari ni and minggu ni InsyaAllah akan ada ruang kelegaan sikit... Ohhh nadia dah siapkan tau watermark cuma yang request sedikit complicated, nadia ambil masa sikit ya... Ye lah, minggu lepas nak sentuh lappy pun memang terhad sangat.. Di tambah dengan masalah peribadi yang datang bertimpa-timpa... Alhamdulillah ujian Allah.. Semoga hati ini tabah dan kuat menghadapinya...Ameen..Okay, InsyaAllah hari ini nadia akan balas kunjungan kawan-kawan ya..InsyaAllah nadia akan cuba kembali seperti minggu sebelum ini... Below ada sekeping gambar Khafyzah dan suami sewaktu majlis resepsi tempoh hari.. Gambar dari Kak Lang, suka nadia gambar ni.. Kalau gambar nadia lah kan...nadia buat header dah...hahahah wahhh berangan kau... Apapun, jom tengok and InsyaAllah akan datang gambar seterusnya...InsyaAllah...


Sunday, 16 January 2011

Alhamdulillah Done

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Salam hujung minggu untuk semua yang sudi membaca blog ni, Terima kaseh yang tidak terhingga...
Maafkan nadia juga sebab memang tak sempat untuk membalas kunjungan semua sahabat blog, nak update blog pun memang tak sempat, ditambah pula kekeringan idea..

Jumaat lalu, lebih kurang jam 6.45petang nadia and mimie siap-siap nak bertolak ke Bentong untuk majlis sambut menantu sahabat nadia, Khafyzah.. Sebelum gerak ke sana, singgah melantak di KFC dulu.. Time tu nadia pakai baju tido dah... Rasa kelakar sangat sebab awal perancangan nak take away saja tapi bila fikir-fikir semula, terus park and makan situ saja... Ada mata memandang, Ohhh i know, i pakai baju tido.... Malu....**blushh**blush** Apapun kiteorang makan laju-laju, nak kejar masa...

Lebih kurang jam 10.30malam sampai Bentong, check in hotel.. Then terus ke rumah pengantin... Sesi pakai-pakai inai and adalah sedikit preparation lain... Done semuanya pukul 3.30pagi... Sampai hotel terus terbungkang, tido memang tak hengat.... Mimie pulak still boleh tahan mata dia, siap boleh maen game lagi... Last-last terbungkang jugak....hahahah..

Pagi-pagi bangun siap-siap then terus ke rumah pengantin.. Oh ya majlis di dewan majlis perbandaran Bentong, so lebih kurang jam 1.00 petang mula gerak ke dewan...Ohhh semuanya berjalan dengan baek and yang penting, kali ni nadia lebih confident...hihihihi dah tak clumsy....hihihihi Alhamdulillah... And semuanya gorgeous tau, dari ke make up, pengantin, pakaian, and tetamu...Alhamdulillah jam 3.45petang nadia sudah gerak pulang ke Kuantan..Kesian mimie jadi driver, nadia nak drive tak nak bagi....haiiisshhhh Apapun thanks dear sudi menemaniku di sana....Sangat menghargai kamu...

Apapun, tahniah untuk sahabat nadia, Khafyzah and Azrul.... Semoga dimurahkan rezeki, cepat-cepat dikurniakan zuriat and diberi kebahagiaan sehingga akhirat kelak...Ameen...


sebelum gerak ke dewan, amik berkat hihihiih


mimie and kak lang....wahhh gojes gitu...
nota: gambar laen non ado, kena tunggu dari khafyzah sendiri



Sunday, 9 January 2011

Agak Debab Dengan Putih

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Okay, isu pada title merujuk pada diri nadia sendiri ya.. Ohh sebelum tu selamat berhujung minggu, selamat merehatkan diri kepada semua yang bercuti hari ni, yang bekerja, semoga memperolehi rezeki yang penuh berkah.. Ameen..

Okay, hari ini misi nadia mencari baju pengapit untuk majlis resepsi Khafyzah pada 15 Januari ini di Bentong, Pahang.. Kena pakai color putih tau, alaaaa maken nampak lah kekembangan diriku ini.. huhuhu tak apalah, ku sedar diri ini..Ayat redha... Yang penting harus yakin diri.. Segala yang ditentukan Allah itu pasti ada hikmahnya.. Yes, chaiyok chaiyok... Pasti boleh...Positive thinking..

Apapun, ni adalah 2 keping gambar dari majlis Khafyzah terdahulu, gambar nadia kurang menyerlah kau, malu ahhh.... Lagipun banyak dengan photographer Khafyzah.. Ohh gambar ni dari facebook Kak Lang a.k.a. Kak Kai... So, if nak tengok manyak-manyak boleh jenguk facebook beliau atau boleh terjah blog Kak Teh a.k.a Eila lala..





Monday, 3 January 2011

The Singgahsana!

 Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Oh rasa teruja masih belum hilang.
Singgahsana perkahwinan my BFF still macam nampak-nampak depan mata..
See the picture below..sorry non expert amik gambor...
Korang pasti teruja sama kan..
Ohhh berangan sekejap if nadia kahwin..
IF ya... of course nadia akan sambar my BFF jugak..
I trust her a lot..
Apapun, doakan ya..
Moga jodoh itu ada..InsyaAllah..

. . . . . . . .

. . . . . . . . 

. . . . . . . .  

. . . . . . . . 

awesome


Saturday, 1 January 2011

Penghujung 2010 dan Permulaan 2011

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


First sekali, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 untuk semua... Thanks juga pada yang masih sudi membaca dan meninggalkan komen walaupun nadia tak update and tak sempat membalas kunjungan.. Okay, last night penghujung 2010 nadia memang sangat busy, hang out with my Bff, mr. specky... Pergi cari hadiah buat sahabat tercinta Khafyzah Fhaezah... Hohoho sangat happy semalam... Then, semalam nadia telah berjaya tau memakai shawl....hahaha puas tau belit sana, belit sini... last-last jadilah seperti gambar dibawah.....Sebelum ni pernah cuba tapi pakai macam biasa lah, tak ada style sangat la... hihihi suka sangat walaupun tak adalah menjadi mana... Apapun, percubaan pertama yang boleh dikategorikan bagus lah...hahaha perasan kau....Semua ni berkat dari tutorial kak Teh, adik Fyzah yang comel tu... Boleh klik sini bagi yang nak tengok style beliau... Of course memang sangat comel cara dia gayakan shawl...

hihihi kelakar pulak bila nengok...
Then, bagi permulaan 2011, nadia telahpun ditempah...hahaha tempah kau, macam lah kau best kan nadia....hahaha nadia kena jadi pengapit si cantik Khafyzah Fhaezah.... Memang sangat nervous sebab ramai-ramai sangat-sangat orang aka tetamu.... Semuanya hot and gojes tau..... Then, nadia ni sangat clumsy orangnya...hahaha bila nervous memang macam tuh...huhuhu sedih...Apapun sangat gembira and happy semuanya berjalan dengan baek... Cuma nadia kurang bermaya sebab demam.... Terkena hujan malam penghujung 2010..Awal-awal pagi sampai untuk majlis nikah, badan nadia panas... Then, dalam tengahari terus makan ubat takut nanti tak boleh berdiri mengiringi pengantin... Alhamdulillah syukur tak melarat.... suka suka and suka...And Fyzah sangat-sangat cantek... Make up and dress ala-ala fairytale princess gitu... i like...... Sangat gembira untuk Fyzah... And hopefully turn nadia pulak...hahahah :p... okay, picture untuk wedding sangat limited sebab bateri kamera nadia toink toink tetiba habis...hahaha sapa suruh tak cas kan kan... Apapun, will update later....InsyaAllah...

Tahniah sahabatku and semoga kebahagiaan sentiasa mengiringimu..Ameen

Friday, 17 December 2010

Saat Yang Berlalu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT


Haisshhhh rasa sedih and sebak belum hilang lagi.. Hanya Allah yang tahu.. Okay, be positive be positive.. Setiap apa yang terjadi Allah telah tentukan.. dan setiap musibah itu terselit pengajarannya.. Moral atas apa yang berlaku, nadia akan lebih berhati-hati.. Maafkan nadia ya..

Okay, balek kerja tadi nadia terus pecut pergi ke bandar Kuantan, settlekan urusan pengeposan barang barang customer yang urgent.. Then, jumpa BFF nadia, Fyzah dari KF Glam... Sangat rindukannya.. Tadi pun jumpa sekejap saja, ambil kad kahwin dia untuk nadia edarkan pada kawan-kawan kolej kiteorang kat Kuantan ni.. Lepak-lepak sekejap di Coffee Street, then pergi cari kain untuk buat baju pengepit...eh eh eh pengepit pulak, PENGAPIT lah... Nadia selalu gunakan perkataan pengepit sebab kena berkepit dengan pengantin..hahahah.. Apapun, warna baju HITAM...Ohh selamat kerana sebelum ni nadia diberitahu baju pengepit warna pink lembut kegemaran nadia...Ohhh jangan lah baby pink kerana sudah tentu menampakkan kechubbyan daku..hohoho tidak.. Nanti hudooohhh gambor kahwin fyzah sebabkan pengepit yang dah sememangnya hudoh dan chubby...huhuhuh.. Then, tadi when decide warna hitam, hati ini sangatlah gembira...

Then, fyzah suggestkan nadia untuk buat dress.. Ambil contoh baju fyzah... Kalau nak tahu, dari dulu sampai sekarang, fyzah ni laa perunding imej nadia tapi nadia ni degil tak mo ikut..hihihi itu yang tak pandai nak bergaya seperti beliau... Nadia boleh share everythings dengan dia..nama lagi BFF kan... sama jugak seperti Mimie, itu bodyguard nadia tau...haa kau jangan main-main... Pernah tau seorang ex-Bf nadia kena sound pedas kaw kaw sampai bengkak hati mamat tu.. Padan muka kau, mentang mentang aku tak pandai nak lawan.. Nah ambik lawan kau...hihhii

ni contoh baju, dari tepi: credit from FB fyzah

Okay, back to design baju.. Fyzah suggestkan dress, then nadia decide untuk buat baju kurung moden tapi seakan dress seperti one of baju fyzah... Chantek tau, sangat berkenan... Then letak batu batu lip lap buat hiasan... Entah macammanalah agaknya nadia pakai...

Then, on the way balek, ada accident dekat Batu Hitam, yang menyebabkan jalan sesak... Rasa macam tak bergerak saja kereta ni.. Apapun, yang nadia nampak sebuah van saja...Terjenguk jenguk nadia mengintai celah celah kereta kot-kot ada kereta lain yang terbabit.. Ehhh tak ada pun... Then jalan jalan ke depan, ada motor besor 2 biji terbaring atas jalan... Sebuah motor nampak tenat, sebuah lagi cedera ringan.. Tepi-tepi jalan orang berkerumun..Nadia pasti mangsa accident ada kat situ lagi.. Kejadian tu baru sangat berlaku.. Allahuakbar..Apapun nadia doakan semuanya selamat..
sorry hp tak canggih, so gambor pun kureng sket
Dah nak sampai rumah, Ambulan datang dari arah bertentangan, nak pergi tempat accident tadi..Ujian Allah, untuk menguatkan lagi keimanan kita..Untuk menambah lagi ilmu kita tentang kehidupan... Allahuakbar.. Pesan nadia, hati-hati memandu terutamanya musim hujan sekarang ni, jalan licin.. Pesanan ni untuk nadia juga yang selalu memandu laju.. Nak berubah, tak nak pandu ikut hati... Insyaallah... Sekian terima kaseh...

Wednesday, 13 October 2010

Tahniah Buat Sahabatku

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat semua sahabat blog, pembaca-pembaca yang sudi menatap blog nadia ni. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmat yang diberika Allah SWT...Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...





Last Sunday, 10.10.10 sahabat baik nadia, khafyzah dari KF Glam bertunang.. Alhamdulillah syukur, langkah pertama menuju gerbang perkahwinan. Semoga Allah mempermudahkan urusannya. Amin. Seawal pagi nadia ke sana kerana sebelah pagi ada majlis akikah dan cukur jambul baby akydd yang sangat comel. Permata pasangan romantik Khayrany Fadzlyny dan Amar. Tahniah kak lang.

Apapun, nadia doakan kebahagiaan yang berkekalan buat Fyzah dan Ayoy.. Begitu jugak buat kak lang dan Amar. Semoga kehadiran baby Kydd yang comel ini membawa seribu rahmat dalam kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

Sunday, 4 July 2010

Cerita Kahwin Yang Dah Lapok

Sekadar meng 'update' gambar aktiviti nadia bersama sahabat pada 19 June lalu... isshhh nadia tau dah lapok gambar-gambar nih tapi baru tadi nadia dapat dari sahabat yang juga photog kami... ini pun nadia tak edit... malas rasenyer... And abaikan nadia yang semaken debab dalam pixar-pixar dibawah ini...huhuhu masih lagi berusaha menurunkan kembali berat badan....ohhhh lemak, cepat-cepatlah kuar dari badan ai nih..... semput ai bawak yu manyak-manyak wahai lemak....huhuhu..... And utk info, gambar ni waktu nadia and sahabat-sahabat nadia pegi majlis kawen our member teams... Dua-dua sahabat kami...And after pegi mamam-mamam majlis kawen, pegi karok dengan baju kurung....hohoho sogan pun ado... tapi sebab ramei, shooooo ader back up...hihih apapun, enjoy the pixar.......















Tuesday, 22 December 2009

majlis pertunangan Aida gadis melayu

p/s: foto dari fb aida...
Congratulation Aida....
Sweet sesangat.....
Semoga tabah and happy menjalani alam pertunangan....

Monday, 26 October 2009

My Best friend's Wedding

Last day nadia pi majlis perkahwinan sahabat baek nadia, Fify and Zul.... Wah..wah Selamat Pengantin Baru, semoga dilimpahi rezeki dan keberkatan Allah.... Below adalah pixar yang sempat disnap......

cantik kan pengantin.....

pelamin indah.....serba biru

sebahagian daripada hantaran....

merpati dua sejoli....