Showing posts with label Tentang Mereka. Show all posts
Showing posts with label Tentang Mereka. Show all posts

Monday, 23 January 2012

Saya Bangkit Kembali

.........................................................................

"Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.
Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak dapat
mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati
yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan."

"Sebahagian orang seperti ikan buta. Dia mengira bahawa dia
berada di dalam gelas kecil, padahal dia berada dilautan luas.
Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun
acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,
ketakutan, permusuhan dan kesedihan."

Petikan kata-kata dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.



Beberapa hari yang lalu, saya mula bangkit. Bangkit dari kesedihan
demi kesedihan yang saya alami. Kesedihan dek pemergian 4 orang
yang saya sayangi.. Semoga mereka bersemadi dengan tenang dan
roh mereka dirahmati Allah.

Bukan itu saja, cacian demi cacian, tohmahan demi tohmahan saya
terima dek kerana salah faham. Malah ada yang berbaur fitnah.
Tak apalah, ini saat Allah menguji saya dengan hebat sekali. Belajarlah
kenali Allah sebetulnya dan anda akan tahu betapa hebatnya Allah.
Allah menguji hamba yang Dia sayangi, Allah lebih tahu segala
sebabnya. Dan saya amat yakin denganNya. Ambil setiap sesuatu
itu pada sudut positif bersama untaian zikrullah..

Ingat, kita ada Allah dan ingat juga, kita hidup di dunia ini hanyalah
sebagai musafir. Bila tiba saatnya, kita akan kembali ke kampung
halaman kita yang kekal iaitu akhirat. Bagaimana saat kita kembali?
Terpulang bagaimana kita mengumpul harta akhirat untuk membina
mahligai di sana kelak... Wallahualam..


.........................................................................





Friday, 10 December 2010

Terima Kaseh ArdiniHumaira



Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

Terima Kaseh ArdiniHumaira.. 
Thank You... 
Syukran Jazilan.. 
Kamsahamnida...
Arigato Gozaimasu..
simple and cute card....suke suke and suke....
Haaa aper lagi ya....okay, nadia ada join GA Akhir Tahun anjuran ardinihumaira.com baru-baru ini namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, GA tersebut telah dibatalkan..Tapi untuk tidak menghampakan mereka yang dah join, Dni selaku pemilik blog telahpun berbesar hati memberi gift... So hari ni gift tersebut dah sampai.. Apapun, yang penting bukan gift tersebut tapi talian silaturrahim tersebut...Thanks Dni... Haisshh naper cik reddish comel kita menyepi yer...Tak sihat kah dia? 
....??????......


Tuesday, 7 December 2010

Nuffnang: Inilah Sedikit Hasil Berblogwalking And Update Dan Kesan Pada Giveaway.

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat blog and all readers yang sudi singgah membaca tulisan-tulisan blog nadia.. Oh Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Esa memberi nafas, kemudahan, rezeki dan segala nikmat yang tidak terhingga sehingga hari ini.. Walaupun ujian yang diberiNya bertimpa namun lebih indah kenikmatan yang telah dihadiahkan olehNya.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Penyayang..

Alhamdulillah pagi ini badan nadia rasa segar yang amat.. Semalam tidur awal dan ambil rehat secukupnya.. Soal bisnes, kerja, nadia tinggalkan sebentar.. Alhamdulillah.. Okay, bercerita pasal nuffnang, sejak 2 minggu ni nadia rasa amat rajin untuk update post dan yang penting melawat bloggers lain.. Walau bagaimanapun, nadia masih lagi belum sempat untuk melawat lebih ramai, sekadar membalas kunjungan mereka yang singgah ke blog nadia ni.. Jadi UV blog nadia tak adalah hebat mana tapi nadia bersyukur sebab sekurang-kurangnya ia meningkat dan masih ada yang sudi membaca tulisan/bebelan/celoteh nadia di blog ini..Ini nadia tunjukkan sedikit hasil, segan juga nak tempek kat sini tapi terimalah kenyataan kan..Blog nadia walaupun dah lama bertapak tapi masih kurang pengunjung..apapun tak apalah, yang penting, masih ada yang sudi membaca, mengomel di sini..Jumlah pengunjung tak penting, yang penting apa yang mereka perolehi dari sini.. And yang penting, nadia dapat meluah apa yang terbuku di hati.. Maklum sajalah seharian busy dengan segala macam hal, jadi apabila dapat menulis di sini, macam satu keseronokan, meninggalkan satu kenangan di sini.. Alhamdulillah..
Traffic Minggu Ini


Lihatkan.. Tak adalah ramai sangat seperti blogger2 lain yang mencapai 300 above, malah ada yang 1000++... Alhamdulillah rezeki mereka.. Apapun, inilah hasil nadia membalas kunjungan dan update post.. Sebelum ni nadia macam buat tak kisah sangat tapi bila nadia post cerita baru dan ada yang sudi tinggalkan komen, nadia rasa lega sebab seperti ada yang mendengar luahan kita walaupun kadang-kadang nadia rasa ianya tak patut diluahkan..huhuhu.. Selain itu, giveaway yang nadia anjurkan, ianya sedikit sebanyak memberi peluang kepada nadia untuk mengenali bloggers lain dengan lebih dekat.. Contoh Syuhada, Ayung, Naniey.. Maaf kalau ada nama yang nadia tak sebut..Mereka bukan saja datang blog semata untuk join giveaway tapi ingin terus mengeratkan silaturrahim.. Referral giveaway selain dari mereka juga banyak datang dari blog Remizati, Zaiikulim dan Tomato Kering.. Terima kaseh pada mereka semua..

giveaway yang nadia anjurkan


banner iklan
Selain dari giveaway, referral blog nadia juga kebanyakkannya datang dari blog yang tertera link blog nadia atau nadia tempah ruang iklan di blog mereka.. Contoh seperti Kancilbiru, Redbloodsnow, Noorafzan, KakChik's Wardrobe, Khayrany Fadzlyny dan Eyriqazz.com.. Mereka semua ni bagi nadia kategori blog/penulis hebat malah mereka tidak janggal untuk menjenguk malah sering juga mengomel, memberi komen/nasihat membina di blog nadia.. Bagus kan...Nadia sangat menghargai... Agak-agak bilalah nadia akan menjadi seperti mereka, terutama menjadi tempat rujukan, menimba ilmu.. Ameen, hopefully satu hari nanti.. InsyaAllah... Selagi ada usaha, pasti boleh kan... Yang pasti selagi ada idea, insyaAllah nadia akan cuba menulis.. Dan yang paling penting, manfaat yang diperolehi oleh mereka yang membaca... 
Sekian terima kaseh..



Friday, 3 December 2010

Terima Kaseh Anonymous



Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim



Thanks A Lot


Nadia dapat comment dari Anonymous ni dari entry Giveaway Murah Hati.. Serious sangat menghargai komen beliau.. Siapapun orangnya, nadia sangat berterima kaseh kerana telah memberi semangat kepada nadia untuk terus berblogging.. InsyaAllah nadia akan cuba yang terbaik berkongsi manfaat yang mungkin boleh memberi panduan kepada orang lain juga diri nadia sendiri.. Apapun, maafkan nadia juga seandainya ada entry-entry yang membuatkan sesetengah pihak kurang menyenangi.. Semuanya lahir dari pemerhatian nadia dan insyaAllah mana yang buruk, nadia akan cuba perbaiki.. Sekian terima kaseh..


Thursday, 2 December 2010

Musibah: Langgar Kereta Orang

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


Haishhhh sebenarnya banyak perasaan yang keluar bila nak taip entry ni.. Rasa nak marah, geram, berterima kaseh pun ada. Haisshhhh macam-macam laa senang cakap... Ceritanya berlaku sewaktu nadia dah finish beli barang.. Sejujurnya nadia memang dah tengok belakang sebelum masuk kereta, memang non ado kereta yang parking belakang kereta nadia. Then, tengok cermin sisi sebab nadia parking betul-betul tempek kat tiang..Then tengok cermin baru reverse... Sebelum reverse nadia gelak-gelak, sembang-sembang sikit ngan adik nadia yang duk sebelah... Then, baru reverse...pastu baru uncle tu nak POM POM hon dia..Dah dekat baru nak hon...

Nadia stop and ke depan semula... Uncle tu keluar marah-marah...U ha bawak kereta tak tengok cermin ka, u ha talak nampak itu kereta saya ka.... Hello, kalau saya nampak saye tak reverse OK.... lagi satu, saya sayang kereta saya... Bukan senang saya nak beli...  Waktu tu nadia terkedu, tak panik just speechless... memang nadia macam tu, waktu terjadi sesuatu musibah nadia cuma diam, sebab dah tak tahu nak cakap apa... Then, minta maaf, sorry uncle... banyak kali.... Uncle tu duk berleter apa ntah.. Cakap kereta dia kemik laa, macammana mau bayar la... Then, datang lelaki melayu, tenangkan uncle tu....

Sisi nadia ada 2 orang perempuan yang comel and seorang lelaki... Diorang tenangkan nadia yang memang tak boleh nak buat apa-apa dah.. kata mereka, kereta uncle tu memang dah kemek bukan sebab nadia langgar. Yang pasti, dia saja nak minta bayar tapi sebab ramai tengok.. Itu dia buat tak layan sangat.. Lagi satu kenapa lah dia parking belakang kereta nadia sedangkan itu bukan tempat parking.. lagi pulak malam, terang-terang nampak kalau kereta reverse... Adik nadia keluar dari kereta and check montot kereta nadia, memang tak ada apa-apa... calar sekilas pun tak ada... So kalau kereta uncle tu kemek sebab kesan nadia reverse, of course lah kerete nadia pun kemek jugak... Nadia bukan bawa kerete 'besar', bukan bawak kereta batman, langgar tak kemek....Aduhhhh....Astaghfirullah....

Mula-mula rasa geram, tapi bila budak-budak yang ada kat situ tenangkan and bagi semangat, rasa lega sangat...Thanks ya siapa yang ada dekat tempat kejadian tu.... And on the way balik rumah, adik nadia pesan jangan diamkan saja lain kali... Kita tak salah, jadi tegakkan keadilan tu.... hohohooh dah memang macam tu, tak leh wat apa laaa...kan kan kan...

Bagi nadia yang penting, settle.... And syukur pada Allah tak melarat... Syukur pada Allah telah melindungi nadia... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... Lepas ni harus lebih berhati-hati... Juga pesanan nadia pada anda di luar sana ya.... sekian terima kaseh...



Alhamdulillah Tersenarai Dalam Bloglist Eyriqazz.com

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim





see..see...the bukti...hihihihi


Ingat lagi entry ini..Kenapa Saya Mahu Berada Di Blog Eyriqazz.com?.. Alhamdulillah nadia dah tersenarai dalam bloglist beliau setelah join entry beliau, Bloglist Eyriqazz.com Dibuka... Haishhh mesti orang cakap, yang tu pun nak war-war kan kan kan... Biarlah, nadia suka and memang nak link blog nadia ni tertempek kat blog Bro eyriqazz...... Suka suka and suka... And suka senyuman comel wife Bro eyriqazz.... memang comel tau... Bukan bodek eh bro, itu realiti pada pandangan mata nadia... Btw, bro eyriqazz ni bagi nadia seorang yang sangat pandai mengambil hati wife beliau.. So, bagi anda yang tercari-cari macammana nak buat surprise untuk wife/husband/mom/dad atau mereka tersayang..Boleh jenguk-jenguk blog bro eyriqazz... Sila-sila, jangan malu-malu....

Wednesday, 1 December 2010

Kenapa Saya Mahu Berada di Bloglist Eyriqazz.Com

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


ini merupakan header beliau..... macam kancilbiru, suka warna biru....hihihihih

Tadi duk terjah-terjah beberapa bloglist nadia, terterjah blog bro GTO... Wah GTO sedang buka peluang untuk bloggers yang berminat untuk tersenarai dalam bloglist beliau... Wahhh nak nak nak.... Tapi hanya terbuka kepada 20 blog sahaja... So cepat-cepat ya... Nadia pun tak tahulah dapat ke tak...tapi hopefully dapat tersenarai..Syaratnya seperti berikut:

1)Of course masih belum berada di Bloglist Eyriqazz.com
2)Letakkan blog eyriqazz.com di ur bloglist.
3)Buat Satu Entry bertajuk " Kenapa Saya Mahu Berada di Bloglist Eyriqazz.Com "
4)Done, leave ur permalink di entry ini.
5)Hanya dibuka buat 20 entry/blog pertama yang hantar. First Come First Serve.

Okay, nadia memang belum ada dalam blogslit GTO... huhuhu blog yang tersorok ni bukan senang nak duk dalam list blog otai tau... And of course nadia dah letak blog GTO dalam bloglist nadia sebagai BEST WRITER... Tuh ada kat side bar kalau tak percaya.... Suka baca and comment-cemment entry beliau....Lagi satu, suka sebab beliau selalu anjurkan contest @ giveaway... Inspirasi untuk menjadikan blog 'hidup'....

Kenapa? Kenapa nadia nak berada dalam blogslit blog GTO.... entah, ikut suka nadialah kan kan kan....hihihi btw, sesekali menumpang tempek link blog kita di blog otai, apa salahnya kan kan kan.... Mesti mau twisties....hihihi Of course la, nadia sangat mahu kerana nak GTO selalu view blog nadia yang selalu menyorok ni... Tapi memang GTO ada jenguk blog nadia sebelum ni... Thanks bro.....

Ok...done.... hopefully tersenarai.... Thanks pada yang sudi view and baca and comment.... Sekian, sila baca entry lain pula....hihihihi :p

Thursday, 25 November 2010

Si Gadis Comel Itu Ada DI Tempat Mereka


Si gadis comel yang nadia maksudkan adalah banner iklan gambar ni. Hah macam trademark pulak kan...hohoho.. sebenarnya nadia suka sangat cartoon yang comel, kiut miut seperti di atas. So, nadia olahkan sedikit menjadi header blog and banner iklan. Now, blog nadia officially telah pun beriklan di beberapa blog. hihihi menumpang glamour kau... hahahahah tak de lah, sekadar memperkenalkan blog nadia yang selalu tersorok di mata pembaca ni... huhuhu... Antara blog tersebut:

-Adik nadia cakap owner blog kancil.com ni bila senyum macam nadia.. Wahhh memandai jer erk... Kak niza ni selalu komen blog nadia and traffic blog dia pun kategori tip top jugak laaa.. So nadia tak nak lepaskan peluang. maklum sajalah, ruang iklan sangat terhad.... Nadia ada jugak post entry tentang kak niza ni... senang-senang jenguklah ye...

-Actually sebelum ni nadia adalah silent reader bagi blog redbloodsnow. Then entah kenapa satu hari timbul keberanianku untuk bagi komen kat post-post beliau. Eh tak sangka zie sudi balas kunjungan and after that we all selalu kunjung berkunjung mengeratkan silaturrahim. Ini post nadia tentang zie, boleh kelik-kelik kalau rasa nak baca.

-Ini blog ke-3 nadia tempah ruang iklan. Okay, afzan ni nadia selalu jumpa dia blogwalking dolu-dolu masa nadia rajin sangat-sangat blogwalking. Dia sangat rajin balas kunjungan tau. And of course selalu komen blog nadia. And berkat hasil dia rajin bertandang ke rumah-rumah maya sahabat-sahabat blog, kini blog dia memang ramai pengunjung. Traffic pun semakin hari semakin tinggi. Dia ada buat special entry untuk blog nadia...

Okay, kalau ada sesiapa yang berminat untuk beriklan, boleh terus visit blog mereka..

Wednesday, 24 November 2010

Kisah Watermark Lagi

Lately entry nadia banyak kisah watermark kan kan kan. Bukan apa, akhir-akhir ni nadia tersangat rajin untuk buat design. Usaha untuk memantapkan lagi skill gitu. Maklumlah sia-sia saja Diploma tu kalau nadia tak praktikkan. Sayang tau selama 3tahun duk perah otak.

Okay, nadia ada siapkan watermark untuk Kancilbiru.com. Hadiah untuk kak niza yang selalu bagi komen membina di blog nadia. Thank you kak niza. Below nadia selitkan gambar watermark. Hah nadia tau ramai yang bagitau tak nampak macam kancil. Oh sememangnya, nadia sendiri pun nampak macam GETZ.. Kan kan kan...korang tengok sendiri ya... hihihi Takpelah, janji kereta and yang penting warna biru...


Oraite, itu saja cerita pendek, dongengan dari nadia.
Sekian, terima kaseh.
(-____-)

Monday, 22 November 2010

Irine Datang Blog Saya, Betul Ke Nih????


Psstttt korang tau tak, budak comel Irine Nadia Marcello tu datang jenguk blog nadia.. Eh betul-betul irine ke yang meninggalkan komen di chatbox tuh... Oh kalau benar dikata, hamba tersangatlah gembira melihatkannya.

budak ni memang comel.. irine geram akak nak cubit pipi tu..:p


see...see....hah kat bawah ni nadia print screen.... wah teruja nadia tau.... btw, nadia selalu jugak bertandang ke blog beliau...



Itu saja yang nak update. Hihihi......muka teruja tak hilang lagi nih...:p

Friday, 12 November 2010

Terima Kasih Buat Ibu Yang Hot Ini

Header blog yang sangat cute

Hari ni nadia sangat banyak waktu. Tengok, ayat pun sampai tunggang terbalik. Tadi nadia asyik klik sana-klik sini di nuffnang, lalu baru terperasan bahawa most referrals blog nadia dari blog kak lang (panggilan yang dah terbiasa) yang sangat comel dan hot. Nadia pasti ramai yang dah kenal Khayrany Fadzlyny kan. Nadia kenal pun sebab adik kak kai adalah sahabat baik nadia. Sepanjang mengenali kak kai, dia sangat positif orangnya. Dan selalu bagi nasihat pada nadia. Terima kasih kak lang..
So, korang yang nak lebih kenal kak kai, bolehlah berkunjung ke blog beliau. Banyak tips yang korang boleh dapat and yang pasti korang jugak boleh shopping di blog businessnya KF Glam... Below adalah carta referrals blog nadia. nadia tau ramai antara korang di luar sana got number yang lebih tinggi tapi bagi blog nadia yang sangat kecik and kurang menyerlah ini, dah rasa suka sangat. hihihih.  Hurm, terfikir pulak nak bagi special gift ni. hihihihi apa ya, nanti kufikirkan. And hope kak lang sudi baca blog nadia ni...hihihi Thanks kak lang...


carta bulan lepas



carta minggu lepas

Monday, 8 November 2010

Kebetulan Yang Menggamit Kenangan


Last day hari yang sangat busy, bermula pagi hinggalah ke malam. Ohh sepatutnya menjadi rest day tapi komitmen mengatasi segalanya. Cewahhh. ayat menggelikan hati.
sumber gambar: corbis.com

Apapun, last day cousin nadia, Angah berpindah ke rumah baru yang dibelinya. So kami adik beradik bertungkus lumus membantu yang mana patut. Dari hal bersihkan rumah sampailah kepada mengemas rumah. Apapun, nadia cuma bantu bersihkan rumah. Kebetulan dikawasan rumah angah, kawasan perumahan baru. Dan yang menjadi sangat menarik adalah, sebelah rumah angah adalah rumah zack, sahabat baik angah. depan rumah angah pula rumah joe, juga sahabat baik angah. Mereka berdua juga adalah classmate nadia sekolah kecik-kecik dulu iaitu sekolah rendah.

Kata angah lagi, rumah hujung sekali kawan baik nadia mase kecik dulu..kamisah... Aisey korang ni pakat beli rumah dekat-dekat eh... and salah satu deretan rumah angah, rumah classmate angah, shafie... wah wah wah ini seperti menggamit kenangan nih... hahah...

kata angah lagi, ada lagi kosong 2 unit. Tak nak beli ke? Hohoho ikutkan kehendak hati memang nak. Tapi nadia perlu selesaikan komitmen yang banyak sebelum beli rumah. Mana tahu, insyaAllah tahun depan dapat beli rumah. Amin. Semoga dimakbulkan Allah dan semoga diberi kemudahan olehNya. Amin.

Apapun, sangat seronok dapat berjumpa mereka-mereka yang sama-sama bermain 'lumpur' masa kecik dulu. Semua dah ada anak kecuali nadia yang masih lagi single nih. huhuhu tak pelah, Allah telah menyediakan sesuatu yang berbeza untuk nadia. Semoga Allah memberi nadia jodoh yang baik, memahami nadia dan yang penting Islam adalah ketetapan yang utama dihatinya. Amin.

Friday, 18 June 2010

Met My Best-Best Friends

Assalamualaikum...........Salam Jumaat yang indah buat semua...
Petang semalam nadia ader 'meeting-meeting' dengan sahabat-sahabat nadia, June, Eina and Sue..Happy sangat.. Maklumlah ader yang dah 4 tahun tak jumpa.. Then, semalam jugak discussion tentang present and schedule masing-masing untuk pergi ke majlis salah seorang team members kiteorang, pejo... Majlisnyer pada hari Sabtu ni... Seronok sangat, plan jumpe kat ECM... And perkare yang paling best bile jumpe General Manager ECM, Encik Shafinyi and My best Friend Ms. Leela.... Mereka adalah orang penting ECM, dah lame tak jumpe mereka sejak nadia berhenti dari ECM.. And Encik Syafinyi mintak nadia datang jenguk-jenguk office lame... Ohhh sudah lame tak jejakkan kaki ke sana... Then sempat jugak bincang tentang idea-idea untuk decoration ECM sempena Ramadhan and Aidilfitri...

hanya sempat snap pic mereka berdua... very excited bila jumpe mereka...

Ok, berbalik pada plan asal, after met Eina and Sue...... Best pergi karaoke... dah lame nadia tak keluar dengan kawan-kawan... Duk memerap kat rumah jer.. June ader seminar, so lambat sikit sampai.. But its okay.... Yang paling lucu adalah soal present... Sebelum ni eina ader sms nadia tentang hadiah.. sebenarnyer nadia sedikit terkejut bila plan nak bagi tong gas... Aisssehhhh tak pernah dengar tau... and puas jugak nadia fikit how they wrapped that present... Curious sangat nak tahu... Then, semalam kiteorang gelak-gelak cos hadiahnyer dapur gas.... bukan tong gas...Ishhhh sape suh sms salah... dah nadia fikir bukan-bukan....

Apapun, insyaAllah semoga plan kiteorang pada Sabtu ni berjalan dengan baek.... And semoga diberi kemudahan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.... Apapun, nadia memang tak sabar cos yang pasti akan jumpe ramai lagi kawan-kawan lame di majlis pejo nanti.... Okay, itu saja cerita bosan dari nadia... Sesunggohnyer nadia memang tak de idea untuk create topik yang menarik.... Apapun, thanks bagi yang view, bace and comment... InsyaAllah akan nadia balas kunjungan anda......

Thursday, 17 June 2010

Done + Undone

Assalamualaikum sahabat semua... Hope ceria-ceria and bahagia selalu.... Selalulah beristighfar pada setiap musibah yang berlaku....
Okay, petang semalam sangat happy cos balek kerja after Asar, dapat 'dating' dengan sahabat mase sekolah menengah dulu, Che Wan Rosmariani... 9 tahun tak jumpe...lame woooo... Sunggoh happy.. Dia pun baru saja naek pelamin 5 June lalu.... Selamat Pengantin Baru.. Nadia tak dapat pergi ke majlis dia baru-baru ni kerana ada kematian ahli keluarga... Apapun, walaupun mase singkat tapi sangat puas hati.. Nanti boleh jumpe selalu cos sahabat nadia ni kawen ngan member sekolah rendah nadia jugak... So, tak jauh mane dari rumah nadia... Bertemu kembali kita... Alhamdulillah syukran ilallah..

Okay, cerita pagi ni pulak, nadia telahpun niat untuk berpuasa sunat Rejab hari ni... Al-kisahnyer semalam pukul 12.00 tengahmalam dah bersahur... Hurm sahur sangat laa konon.. Biase nadia bangun sahur pukul 5.00 pagi tapi semalam rase macam malas bangun, itu sahur awal-awal.... Pagi tadi, terlewat nak pergi keje, so sunggoh kelam kabut..... And hal yang tak semena-mena terjadi apabila nadia telah mengambil cawan, meneguk air tea sampai habis kau... Tak hingat langsung i puasa hari ni...........So, nadia tak puasa lah hari ni... hampeh tul mu ni nadia.... Apapun, insyaAllah next week hope sangat dapat tunaikan puasa sunat Rejab dengan jayanyer.... chewaahhh....Jom, kita berpuasa ramai-ramai....

And cerita petang ini pulak....InsyaAllah akan ader 'meeting-meeting' bersama mybest-best friend, Jue,eina and sue di East Coast Mall.... Huh tempat lame tuh.......Banyak hasil kerja nadia dalam ECM tuh......... Apapun, tak sabar jumpe mereka....... Dah lame nadia tak lepaking bersama mereka.. So, today insyaAllah kita berjumpa....Okay, itulah cerita-cerita bosan dari nadia... Hope anda tak bosan.........hihihi...

note: idea untuk meng'update' memang tak de..........................sunggoh sedih...

Tuesday, 15 June 2010

Fenomena Hari Ini

Al-kisahnyer...
Pergi pasar, terjumpa kawan lame....Sunggoh seronok... sebelum berpisah, seharusnya akan tanyer........ko ader facebook tak.......
Kalau dulu, first phone number, then kalau yang ader email, pasti akan jawab.... Ko sms jer la, aku jarang YM...


Itulah dia fenomena facebook... Apapun, ianya mampu mengeratkan silaturrahim selagi tiada penyalahgunaan..... Nadia sendiri dah jumpe ramai sahabat-sahabat mase sekolah menengah dulu...maklum sajalah, duduk asrama... So, berlainan tempat, negeri...then dalam facebook, ramai jugak laaa yang nadia dapat contact... Itu yang begitu menyeronokkan........So, anda pulak macammaner....

Wednesday, 2 June 2010

Friendship: I miss that moment


Always
by Tara Simms

When you need a shoulder to cry on,
Remember that I have a warm embrace,
Ready to offer comfort.

When you think I'm being too tough,
Remember that which does not kill you
Makes you stronger.

When you need a friend to listen,
Remember that I am here for you,
Always.

When you doubt me,
Remember that I once knelt at your feet,
Washing them in service to you.

When you lose faith in yourself,
Remember that I never did,
Nor ever will.

Monday, 17 May 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Salam sayang buat semua reader.... Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk meng'update' blog kali ke-2 hari ni.. Macam tak biase pulak update blog twice a day.... hihihi.. Oraite, tak nak mengarut panjang-panjang.. Tadi nadia memulakan sesi terjah di gengblogger, then terlihat+terintai blog Ben Ashaari.. Wah sekarang senior seorang ni sedang giat memperkenalkan blog orang lain.. Sunggoh nadia meronta-ronta untuk turut sama menyertai.. Kot-kot laaa Incik Ben sudi memperkenalkan blog kecik nadia nih....huhuhuh... Dalam hati berdoa mintak dia sudi.. hihihi.. Oraite sekarang nak penuhi syarat-syaratnyer dulu.....



Tentang nadia: first of all, most welcome to all reader yang dah baca sampai sini..Alhamdulillah.. oraite, name penuh nadia: Nadia binti Ahmad.. And dalam blog, FB nadia lebih senang menggunakan nama Nadia Ar-Rumaisha.. Ar-Rumaisha adalah serikandi tersohor yang juga dikenali sebagai Ummu Sulaim.. Nadia begitu teruja dengan kebijaksanaannya.. Mengenai blog Nadia Ar-Rumaisha, sebenarnyer topik-topik dalam blog ni banyak berkisar tentang kehidupan harian nadia.. Namun banyak juga nadia selitkan artikel/topik motivasi.. Bertepatan dengan tujuan nadia berblogging adalah untuk berkongsi manfaat juga kebaikan dengan penulis lain serta pembaca di luar sana... Lihat saja entry tentang Masam Manis Percintaan Jarak Jauh, nadia dapat pengajaran dari sahabat blog lain.. Mereka memberi semangat juga nasihat kepada nadia...

Dari mana tahu segmen ni...First dari gengblogger...kemudian start jelajah ke blog yang dah dijelajah Ben Ashaari...

Oraite.. nadia dah settle menaip isi-isinya untuk menepati syarat segmen ini... Hopefully akan dijelajah oleh senior kita yang memang best nih...... And untuk sahabat-sahabat semua...thanks sudi bace and meninggalkan komen.... Sekian.... xoxo....

Tuesday, 11 May 2010

Hutang Tag Dari Lovillea

Salam sayang buat semua sahabat... Hurmmm, mengeluh sekejap.. Minggu ni nadia sedikit sibuk settlekan item-item untuk bisnes.. Tersangat penat kepala ini memikirkan.. Apapun, doakan nadia berjaya ya.. And untuk miss Lovillea yang cute, maafkan nadia cos sangat lambat menjawab tag ini.. Dan sedikit pening mencari gambar senyuman paling menawan kerana semuanyer masam...hihihi..
.
..
.
Tag title..
Contest Senyuman Paling Menawan
.
.
.
Adakah ini contest??? Sedikit persoalan timbul...hurmmm abaikan je laaa...
Setelah puas nadia membelek-belek setiap gambar dalam little pen drive, so nadia pilih yang ni.. Tak tahulah manis ke, menawan ke, terpulanglah pada pandangan serta penglihatan masing-masing.. So...check it out......
.
.
.
.
So..apa pandangan anda yang melihatnya... hihihi.. inilah nadia.. very simple+simple+simple person.. Tak banyak songeh, tak banyak cakap..hurmm ye kew... ntah lah... and yang penting suka senyum...hihihi perasan betul... Nak kenal lagi, check kat FB, taip nadia ar-rumaisha... terus jumpe budak atas ni...

Okay, nak jawab soalan tag, kenapa nadia suke senyum?
1. Senyum itukan sedekah..
2. Tunjukkan 1st impression yang baik pada yang belum kenali kita..
3. Senyum tu buat orang senang bersama kita..
4. Senyum itu buat hati rasa bahagia...

Lagi...lagi sebabnyer... nadia pun tak tau....... korang sendiri pasti tau kenapa korang suke senyum...So, silalah ambil tag ini dan tunjukkan kepada dunia senyumanmu yang paling menawan.....Sekian..xoxo...

Tuesday, 20 April 2010

Berhibur Bersama Teman Lama

Sabtu lalu nadia hang out dengan sahabat-sahabat lama nadia waktu terbabit dengan salah satu pertubuhan sosial suatu masa dulu.. Wahh ayat nadia memang pass karangan... hihihi.. Anyway rindu sangat dengan sahabat-sahabat lama dulu tapi hanya kami bertiga saja yang free.. Yang lain tak dapat join.. tak apa lah... Nadia pun dah lama tak kuar jejalan.. So, sedikit terlepas tension...



Ini gambar kenangan dolu-dolu...rindunyer persahabatan kami waktu ni....

Monday, 16 February 2009

RUMUSAN CINTAKU

Tergerak jariku mengetuk huruf-huruf di laptop ini dalam merumus soal cinta. Ini semua pasti terjadi pada setiap manusia di muka bumi Allah Yang Maha Kaya ini. Dengan cinta ini lah kita berterusan mampu meneruskan hidup dengan kasih sayang anugerah terindah dari Allah SWT. Cinta Kepada Allah, Cinta sesama manusia bahkan juga cinta terhadap makhluk yang lainnya.
Bukan bermaksud untuk merendahkan sesiapa, cuma sekadar melontarkan sedikit pendapat atau mungkin sedikit nasihat, jika ia masih dianggap nasihat buat anda. Kita di bumi Allah ini tidak ada bezanya. Di sisi Allah, kita ini sama sahaja, hambaNya yang kerdil dan amat dikasihi Allah. Cuma kita sendiri yang membeza-bezakan diri kita berikutan taraf-taraf yang telah ditetapkan oleh undang-undang manusia.
Kupetik dari kisah seorang sahabat yang amat kusayangi, yang selalu dihatiku biarpun jauh dimata. Ekoran kisah-kisah cinta silam yang menyakitkan menyebabkan keraguan yang tak terhenti terhadap manusia yang bernama lelaki. Baginya, lelaki itu mulut manis, kalau berbicara lebih petah dari ahli pidato terkenal. Kalau bersyair cinta, ibaratnya lebih terkenal dari Rabiatul Adawiyah r.a. yang mengabadikan cintanya yang agung kepada Allah SWT. Ibarat begitulah untuk digambarkan rasa luka dihati sahabatku yang tercinta ini. Tapi itu bukan salahnya kerana setiap manusia itu bebas meluahkan isi hatinya. Kalau pun karena luahan itu membuatkan ada hati-hati yang terluka. Fikirkan lah sejenak.

Kini, seseorang berjaya mencari kunci dihatinya. Alhamdulillah masih ada sedikit ruang kepercayaan untuk lelaki dihatinya. Hari-hari yang dilaluinya bagiku indah. Setiap hal tersusun mengikut ketentuan dan ketetapan Allah. Dari cuma sekadar teman tapi mesra hinggalah teman mesra. Lalu aku dikhabarkan tentang rencananya untuk mendirikan masjid Allah. Alhamdulillah, itu satu kegembiraan dihatiku. Maunya tidak, aku kenal dia, begitu juga dengan kisah-kisahnya. Telah kulewati banyak detik yang sukar bersamanya. Dan kini terhela nafas lega…. Alhamdulillah..

Satu waktu, dia pernah membisikkan keraguannya dihatiku, bahkan takut hal yang lalu kembali lagi. Aku buntu, terlalu sulit diluahkan. Benar kata seseorang yang pernah kudengar, kalau mau tanya tentang perihal seorang manusia itu, maka tanyalah orang yang membencinya. Kerana kalau ditanya pada sahabatnya, pasti hal yang baik saja kedengaran. Mana mungkin seorang sahabat akan melukakan hati sahabatnya. Aku bersahabat, membawa cintaku untuk sahabatku, membawa gembiraku untuk sahabatku. Lalu apa aku sanggup membenarkan duka menyelimuti hatinya dengan kata-kata kurang baik dariku. Meskipun niatku hanyalah maukan yang terbaik untuknya. Apa dia mengerti itu niat sebetulku. Cinta itu boleh membutakan manusia. Sedangkan kita sebenarnya yang harus membutakan cinta itu.

Aku terus buntu. Aku tidak mau melukakan hati sahabatku. Apa yang aku mau dia terus kuat, jangan terus bersandar pada cinta manusia semata. Aku mempunyai prinsip sendiri. Biarpun terkadang aku sering tersasar dari landasanku sendiri. Aku juga pernah malah sering tertoleh kisah silamku, yang pahit, yang menghantui setiap mimpi-mimpiku, seolah tidak membenarkan aku bahagia. Lalu aku sembahkan sepenuh cintaku pada Yang Maha Penyayang. Di situ aku temui kemanisan cinta itu, yang sering membuat aku tersenyum. Sering memberi aku harapan. Semoga esok dibuka jalan bagiku dan diberi cahaya untukku. Amin.

Dalam menjalani waktu-waktu kehidupan, kita akan melalui banyak sekali kisah. Mungkin keindahan dan mungkin juga kepahitan. Setiap waktu kita akan bertemu dengan sesuatu yang baru, yang mengajar kita tentang pembaharuan. Samada baik atau buruk, terserah pemikiran dan tingkah laku kita. Begitu juga dengan manusia, setiap manusia yang ditentukan Allah, yang bertemu dengan kita membawa cerita mereka sendiri dalam hidup kita. Seorang sahabat A, akan membawa cerita lain kepada kita. Mungkin juga kisah kepahitan hidupnya. Lalu di situ, kita akan belajar sesuatu tentangnya. Mengambil sesuatu ikhtibar darinya, membantu mengurangi kepahitannya. Lalu disitu, kita telah mencatat kisah di dalam hidupnya. Samada membawa kisah yang indah atau duka, terserah bagaimana kita mencorakkan kisah itu. Begitu juga hal yang lainnya.
Setiap silaturrahim atau kasih sayang yang terjalin antara manusia itu, punya ceritera tersendiri yang kekadang sukar difahami. Begitu juga dengan percintaan sesama manusia. Kalau hubungan yang lalu gagal, pasti ada silapnya. Mungkin juga egois kita. Terkadang kita tidak pernah menghitung kelemahan kita kerana kita terlalu sibuk menghitung kelemahan pihak lain. Dari hal itu, segala kebaikan seolah tertutup dek kelemahan itu. Wajarkah itu?

Justeru itu, cuba kita renung kisah kita yang lalu. Kalau benar kegagalan itu dari pihak kita. Maka untuk kisah yang mendatang, kita harus belajar memperbaiki. Dan kalau kegagalan itu bukan dari pihak kita, maka ambillah sedikit ikhtibar dari kegagalan itu. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus selalu belajar, kerana pelajaran tentang kehidupan itu membuat kita terus bangkit, menghargai dan meredhai. Setiap manusia itu lahir dengan rencana yang berbeza mengikut ketentuan Allah. Ada yang dipermudahkan Allah jalannya untuk memdapat sesuatu. Dan ada juga menuju jalan yang sukar terlebih dahulu. Alhamdulillah kalau kita diberi jalan yang mudah oleh Allah. Dan jangan pula sedih diberi jalan yang sulit. Allah amat menyayangi orang yang sabar. Dan selalulah ingat, dihujung kesulitan itu ada kemanisan yang telah ditetapkan Allah untuk kita.
Lelahku. Terlalu jauh aku bercerita pada anda. Melontar apa yang tersembunyi dibenakku. Terpulanglah bagaimana reaksi anda dan maaf kalau ada ayat-ayat yang mungkin membuat anda terasa. Itu adalah silapku kerana dengan senang membicarakan soal yang mungkin sulit. Dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jelik itu datang dari kelemahanku. Wallahualam.
p/s: kalo nadia tersilap, maafkan nadia and tlg betulkan ya..