Wednesday, 27 September 2017

Program Free Canteen & Free Market - Bantu Mereka Yang Memerlukan

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, pada 25 September 2017 lalu, Sahabat Telekung Kuantan telah melancarkan satu kutipan dana bagi program terbaru anjuran mereka iaitu Free Canteen & Free Market STK @ SK Cherating.. Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan tengahari bagi 208 pelajar tahun 6, 76 pelajar miskin dan 12 orang pekerja am yang kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan.. Selain itu juga, mereka turut menyediakan Kit Solat Pelajar yang berisi pakaian solat dan Pek Free Market yang diisi dengan makanan seperti contoh; bihun, teh, gula untuk diberikan kepada pelajar miskin dan 12 orang pekerja am dari sekolah terbabit..


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Alia: www.wasap.my/+60162600905
Dhea: www.wasap.my/+60133750448 
💌 sahabattelekung@gmail.com

Mengikut maklumat yang diterima oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan, keadaan pelajar-pelajar miskin dari sekolah terbabit sangat menyedihkan hati bilamana ada di antara mereka yang terpaksa mengeluarkan duit tabungan mereka sendiri untuk membantu ahli keluarga membeli keperluan dapur. Dan mengikut tinjauan yang dibuat oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan juga, keadaan rumah salah seorang pelajar sangat meruntun hati. Manakan tidak, itulah dapur, itulah ruang rehat, itulah ruang tidurnya, serba kekurangan..
Lawatan ke rumah terbabit juga adalah bertujuan untuk melawat salah seorang pelajar yang sakit dek kerana jatuh ketika memanjat bumbung bagi menangkap burung untuk memasak. Mashaa Allah, tidak terdetikkah di hati kita? Saat kita sedang enak menikmati makanan, mereka masih lagi tercari-cari sesuatu untuk dimakan.
Subhanallah, tidak terfikirkah kita bagaimana mereka ingin meneruskan kelangsungan hidup?


Benar, tidak semua dapat kita bantu. Tapi dengan sedikit yang kita ada ini, InshaaAllah dapat memberikan senyuman di bibir mereka. Sahabat pembaca sekalian, jangan tunggu menjadi kaya untuk bersedekah.. Walaupun sekadar RM1 sahaja yang kalian infakkan ke jalan Allah dengan hati yang penuh ketenangan, keredhaan.. Itu lebih Allah pandang berbanding RM100 yang disedekahkah tetapi hati kita ini sentiasa dicuit perasaan bimbang akan ketidakcukupan kita...
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
Al-Baqarah:245
Sahabat pembaca sekalian, andaikata kalian tidak mampu untuk bersedekah sekalipun, saya mohon dengan penuh kerendahan hati, bantulah saya menghebahkan program ini supaya lebih ramai yang tahu, dah moga dengan hebahan dari kalian, akan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menyumbang..InshaaAllah... Sahabat, di akhirat kelak, paling saya khawatirkan saat Allah menanyakan, apa telah saya lakukan untuk membantu mereka.. Dan seandainya telahpun saya usahakan, inshaaAllah saya akan punya jawapannya.. Wahai Allah, telah aku bantu dengan cara yang sedemikian dan sedemikian... Dan sungguh hingga ke saat ini saya sangat yakin, bahawa sekecil-kecil kebaikan itu, akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak... Wallahualam..





Monday, 21 August 2017

Sedekah, Tidak Sesekali Mengurangi Rezekimu

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum 💕


Pernah kalian mendengar bahwa orang yang banyak bersedekah itu hidupnya semakin sempit? Jujur, bagi diri saya, belum pernah saya mendengarnya. Namun apa yang saya dengar, apa yang saya teladani, orang-orang yang banyaknya bersedekah ini, hatinya semakin tenang, ibadahnya semakin baik, rezekinya semakin berkah, urusannya semakin mudah. Alhamdulillah segalanya dengan izin Yang Maha Kuasa yakni Allah, pemilik segala khazanah langit dan bumi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya.”
(At-Talaq:2-3)

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/

Siapa kita? Siapa yang mengatur setiap saat, setiap langkah hidup kita? Allah, kerana Dia yang menciptakan kita dan kita ini adalah hambaNya.. Justeru, Dialah yang juga yang memberi rezeki, yang mengatur setiap apa yang ada pada kita ketika ini dan bisa saja diambil kembali olehNya bila-bila masa sahaja.. Jadi, sebagai hambaNya, apa yang perlu kita lakukan... Syukur!!! Iya, bersyukur atas segala apapun yang diberikanNya.. Dan sedekah itu adalah di antara rasa syukur kita kepada Allah, berbagi setiap rezeki yang diberikanNya kepada kita..
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’:39)

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/

Bercerita tentang sedekah ini juga mengingatkan saya tentang sebuah komuniti kebajikan yang giat menyalurkan sumbangan orang ramai dalam bentuk makanan/minuman ke masjid-masjid atau surau-surau di sekitar Kuantan, Pahang. Komuniti kebajikan yang saya maksudkan ini adalah Kongsi Rezeki Kuantan. Sahabat pembaca sekalian boleh membaca lebih lanjut tentang Kongsi Rezeki Kuantan di sini- Peti Sejuk Pahala. Setakat bulan Ogos ini, terdapat 20 buah masjid/surau dalam senarai Kongsi Rezeki Kuantan, yang mana sukarelawan-sukarelawan di bawah Kongsi Rezeki Kuantan akan membantu mengagihkan makanan/minuman atau keperluan asasi. 

https://www.hmetro.com.my/node/216337

Bagi yang ingin melihat sendiri aktiviti-aktiviti Kongsi Rezeki Kuantan, boleh layari laman sosial rasmi Kongsi Rezeki Kuantan, atau boleh 'join group whatsapp' agar tidak terlepas setiap 'update'. Bagi yang ingin menjadi sukarelawan, menyumbang tenaga di jalan Allah, boleh terus ke 'group whatsapp' dan anda akan diberi maklumat lanjut. Untuk sahabat pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, boleh hulurkan ke akaun bank rasmi Kongsi Rezeki Kuantan seperti tertera di bawah.

MAYBANK 556011083331 
KONGSI REZEKI KUANTAN ENTERPRISE

 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan."
[HR Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqot (3/227) Al-Hakim dalam Al-Mustadrok (no. 7739) Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir (7310), dan lainnya. Hadits ini dinilai hasan-sahih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam dalam Sahih At-Targhib (no. 948)]

https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/


https://www.facebook.com/kongsirezekikuantan/