Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, pada 25 September 2017 lalu, Sahabat Telekung Kuantan telah melancarkan satu kutipan dana bagi program terbaru anjuran mereka iaitu Free Canteen & Free Market STK @ SK Cherating.. Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan tengahari bagi 208 pelajar tahun 6, 76 pelajar miskin dan 12 orang pekerja am yang kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan.. Selain itu juga, mereka turut menyediakan Kit Solat Pelajar yang berisi pakaian solat dan Pek Free Market yang diisi dengan makanan seperti contoh; bihun, teh, gula untuk diberikan kepada pelajar miskin dan 12 orang pekerja am dari sekolah terbabit..
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Alia: www.wasap.my/+60162600905
Dhea: www.wasap.my/+60133750448
Alia: www.wasap.my/+60162600905
Dhea: www.wasap.my/+60133750448
💌 sahabattelekung@gmail.com
Mengikut maklumat yang diterima oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan, keadaan pelajar-pelajar miskin dari sekolah terbabit sangat menyedihkan hati bilamana ada di antara mereka yang terpaksa mengeluarkan duit tabungan mereka sendiri untuk membantu ahli keluarga membeli keperluan dapur. Dan mengikut tinjauan yang dibuat oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan juga, keadaan rumah salah seorang pelajar sangat meruntun hati. Manakan tidak, itulah dapur, itulah ruang rehat, itulah ruang tidurnya, serba kekurangan..
Lawatan ke rumah terbabit juga adalah bertujuan untuk melawat salah seorang pelajar yang sakit dek kerana jatuh ketika memanjat bumbung bagi menangkap burung untuk memasak. Mashaa Allah, tidak terdetikkah di hati kita? Saat kita sedang enak menikmati makanan, mereka masih lagi tercari-cari sesuatu untuk dimakan.
Subhanallah, tidak terfikirkah kita bagaimana mereka ingin meneruskan kelangsungan hidup?
Benar, tidak semua dapat kita bantu. Tapi dengan sedikit yang kita ada ini, InshaaAllah dapat memberikan senyuman di bibir mereka. Sahabat pembaca sekalian, jangan tunggu menjadi kaya untuk bersedekah.. Walaupun sekadar RM1 sahaja yang kalian infakkan ke jalan Allah dengan hati yang penuh ketenangan, keredhaan.. Itu lebih Allah pandang berbanding RM100 yang disedekahkah tetapi hati kita ini sentiasa dicuit perasaan bimbang akan ketidakcukupan kita...
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
Al-Baqarah:245
Sahabat pembaca sekalian, andaikata kalian tidak mampu untuk bersedekah sekalipun, saya mohon dengan penuh kerendahan hati, bantulah saya menghebahkan program ini supaya lebih ramai yang tahu, dah moga dengan hebahan dari kalian, akan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menyumbang..InshaaAllah... Sahabat, di akhirat kelak, paling saya khawatirkan saat Allah menanyakan, apa telah saya lakukan untuk membantu mereka.. Dan seandainya telahpun saya usahakan, inshaaAllah saya akan punya jawapannya.. Wahai Allah, telah aku bantu dengan cara yang sedemikian dan sedemikian... Dan sungguh hingga ke saat ini saya sangat yakin, bahawa sekecil-kecil kebaikan itu, akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak... Wallahualam..
No comments:
Post a Comment