Showing posts with label Life Inspirations. Show all posts
Showing posts with label Life Inspirations. Show all posts

Friday, 16 December 2016

Islam Itu Indah | Kelebihan Istighfar

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕



ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Dalam surat Nuh ayat 10-12 Allah Ta'ala berfirman :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا 

“Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu fan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai”. (S.Nuh [71]: 10-12).

 
Beberapa waktu yang lalu, telahpun saya menerima satu perkongsian dari sahabat-sahabat di group whatsapp. Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya, sahabat-sahabat yang bagi saya sangat hebat ikatan ukhuwahnya. Walaupun group berbisnes tetapi sentiasa dan selalu saling mengingatkan akan kebesaran Allah, tentang besarnya nikmat kasih sayang Allah.. Malah, kalau ada yang diuji Allah dalam pelbagai cara, tidak pernah putus doa juga semangat dari mereka.. Semoga Allah selalu merahmati mereka. Dan apa yang mereka kongsikan ini, ingin sekali saya pahatkan di dalam blog ini, sebagai tatapan, sumber bacaan orang lain juga. Semoga sebaik-baik ganjaran di sisi Allah dan moga mengalir pahala, juga keberkatan Allah sepanjang hayat. Amin Ya Rabbal Alamin..

Wahai Allah, Engkau rahmatilah pemilik gambar ini.


Kisah Imam Ahmad, Si Penjual Roti Dan Istighfar

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya. Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.
Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.
Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"
Jawab si penjual roti:
"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."
"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yg masih belum Allah berikan."
"Apakah hajat mu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.
Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."
"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.
"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)



Wednesday, 7 December 2016

Ujian Perkahwinan | Berhati-Hati Dalam Melontarkan Kata-Kata

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕

Tajuk hari ini sebenarnya agak sukar untuk saya sendiri telan, apatah lagi untuk hadam. Apa yang saya kongsikan di sini kali ini, sekadar satu luahan dari hati saya sendiri dan sekadar pendapat peribadi saya. Dan pendapat peribadi ini tidak semestinya akan terus kekal seperti ini, barangkali esok atau mungkin hari yang mendatang, ianya akan berubah kerana yang memegang hati manusia itu adalah Allah dan hanya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa yang boleh membolak-balikkan hati manusia. Sebagai hambaNya yang lemah, menjadi kewajipan kita untuk selalu berdoa, semoga Allah selalu menetapkan hati kita di jalan yang benar.

Sebagai manusia yang lemah, jujur saya katakan, ada beberapa hal yang kadang-kadang sangat pahit untuk telan. Terutamanya soal membabitkan zuriat sendiri.
Benar, sudahpun menjengah 4 tahun lebih saya mendirikan rumahtangga namun sehingga hari ini masih belum ada 'berita gembira' bahawa ada nyawa yang sedang bernafas di dalam rahim saya ini. Bohong kalau saya katakan, hati saya tidak terusik saat melihat sahabat-sahabat lain yang sedang hamil, malah yang telah menimang cahaya mata. Ditambah pula dengan usia saya yang semakin meningkat ini, ramai sahabat yang sentiasa 'update' perkembangan anak-anak mereka yang mula memasuki alam persekolahan. Semoga Allah jadikan anak-anak mereka, anak yang hebat dunia akhirat. Namun untuk hal-hal yang saya sebutkan tadi, saya berlapang dada kerana satu, ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK SAYA. Saya bukanlah orang yang baik-baik, malah saya ini pendosa. Namun saya sentiasa cuba dan berusaha untuk terus bersangka-baik dengan Allah kerana saya tidak mahu, hati saya berlumur sifat-sifat yang tidak betul. Saya manusia yang lemah, boleh jadi saya berdusta untuk menutup malu. Nauzubillah.



Hati saya pernah terusik, apabila ada pepatah manusia yang mengaitkan wanita yang tidak hamil ini ibarat kain buruk. MashaaAllah.. Siapa agaknya yang mereka pepatah ini sehingga digunapakai oleh orang lain sehingga hari ini. Dengan pepatah seperti ini, entah berapa hati telah terusik sedih kerana belum dikurniakan zuriat sendiri. Allah tidak pernah kata, wanita yang tidak hamil itu berdosa. Allah tidak pernah mengatakan tidak ada anak itu berdosa. Yang menjadikan kita ini berdosa adalah diri kita sendiri. Dan berhati-hatilah kalian, juga saya sendiri dalam melontarkan kata-kata. Bimbang dan takut, ianya masih dipakai walaupun hayat kita telahpun tiada. Andai ianya baik, Alhamdulillah.. Semoga sebaik-baik ganjaran dari Allah, namun andai sebaliknya.. Nauzubillahi Min Dzalik..

Buat sahabat-sahabat, atau pembaca yang belum dikurniakan zuriat, saya doakan semoga Allah mengurniakan kalian zuriat yang terbaik dan semoga Allah sentiasa memberikan jiwa yang tenang kepada kalian. Saya pernah terbaca satu perkongsian, maaf saya lupa di mana namun apa yang dikongsikannya membuka mata saya tentang doa saya sendiri. 
"Wahai Allah, aku mohon padaMu wahai pemilik khazanah langit dan bumi, kurniakan bagiku dan suamiku zuriat dari rahimku sendiri, zuriat yang hebat dari sisiMu"
Saya memohon pada Allah, agar dikurniakan zuriat yang hebat sedangkan saya sendiri, Allahu Rabbi, saat azan berkumandang, bukan terus bersihkan diri, bersiap untuk menunaikan solat tapi masih lagi terlena dengan hal-hal dunia yang melalaikan. Jadi dari situ, perkara yang paling utama, muhasabah diri. Selalu saya pujuk hati, aku minta pada Allah, zuriat yang hebat tapi aku... Dan tempoh inilah sebenarnya, saya harus lebih mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Soal zuriat, Allah pasti akan berikan bilamana tiba masa yang sesuai menurut Allah..

Doa saya, semoga Allah sentiasa menguatkan hati-hati mereka yang belum dikurniakan zuriat. Semoga diganti Allah dengan sebaik-baik ganjaran atas setiap kesabaran menanti cahaya mata sendiri. Dan semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan mengubat hati mereka yang sedang berduka. Bersangka baik dengan Allah dan letakkan sepenuh pergantungan hanya pada Allah. Kita manusia yang lemah..
Wallahualam..




Thursday, 24 November 2016

Tangani Stress Dengan Betul

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua 💕


Hari ini saya ingin berkongsi kisah stress yang saya alami.. Okay, baru-baru ni saya ke klinik atas sebab pening kepala dan hal pening kepala ni jadi sebab waktu tidur saya yang boleh saya katakan agak terganggu sebenarnya.. Jadi, sampai ke klinik dan lepas check, doktor terus refer to specialist. Katanya setiap kali ke klinik, saya menghadapi masalah yang sama.. Kalau ikut record, kali terakhir saya ke sana dalam 3bulan yang lalu.. Sejujurnya saya agak nervous dan dalam hati ni tak putus berdoa pada Allah, agar dijauhkan dari hal-hal yang buruk..

Alhamdulillah, setelah refer specialist, kata doktor di sana saya cuma stress dan fobia.. Tang fobia tu saya sendiri mati akal fikir punca APA yang menyebabkan saya fobia.. Untuk stress, apa yang boleh saya katakan, ya betul saya memang selalu stress tapi semuanya terletak pada diri saya sendiri... Dan ada ramai sahabat-sahabat saya yang berkongsi tips pada saya untuk menangani stress ni, antaranya adalah seperti di bawah ni...

Belajar untuk REDHA
Yes, ini adalah perkara yang paling kena buat, kena didik hati untuk redha akan apa saja yang berlaku.. Saya mungkin agak stress dengan situasi di tempat kerja dan saya perlu didik hati, muhasabah diri saya agar redha akan pekerjaan saya..Begitu juga hal lain, Allah beri saya seperti ini, kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya dan Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya..

Dekatkan diri pada Allah
Ini part paling penting sebenarnya.. Mengadu dan menangislah pada Allah.. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. Dan selalulah baca Al-Quran dari asyik pegang handphone mengadap facebook, instagram semua tu.. Sebenarnya untuk diri saya, media sosial ni agak mempengaruhi saya..
Seterusnya selalu zikir, kadang bila rasa perasaan ni agak 'ketat', zikirlah...InshaaAllah hati akan jadi kuat, tenang..
Laksanakan hobi
Kalau sebelum kahwin dulu, saya seorang yang sangat gemar berkebun, menulis blog dan memanjakan diri sendiri ketika hujung minggu.. Tapi lepas kahwin, seolah semua tu hilang.. Bukannya suami mengekang kemahuan atau hobi saya tapi diri saya sendiri... Mungkin pengurusan masa saya agak bercelaru, jadi hobi-hobi ni beransur saya lupakan.. 
Alhamdulillah, saya mulakan dengan kembali berkebun di belakang rumah.. Tanam pokok-pokok bunga, pokok lada, ulam-ulaman.. Serius, selain menghilangkan stress, dapat jugak membakar lemak degil yang berkumpul dalam badan saya ni...

Bersenam
Ini antara cadangan dari doktor dan sahabat-sahabat saya... Menurut doktor, ambillah peluang untuk berjogging.. Sehari ambillah 30 minit saja pun dah okay.. Kebetulan rumah saya sangat dekat dengan pantai, jadi saya manfaatkan pagi di hari minggu untuk keluar berjogging sambil menikmati matahari terbit... Alhamdulillah, saya dapat semula waktu sepertimana sebelum saya kahwin dulu..Alhamdulillah suami pun sangat memahami situasi saya..

Melancong
Yang ni antara tips yang sahabat saya kongsikan sebenarnya.. Sejujurnya, saya adalah seorang home type person dan saya sangatlah susah untuk meninggalkan rumah saya kalau tak ada hal yang penting.. Untuk keluar bershopping pun saya masih berkira, inikan pula untuk melancong.. Apapun, untuk anda yang suka melancong, nah ini mungkin membantu mengurangkan stress anda...


Okay, itu antara 5 perkara yang saya rasa dapat membantu saya juga anda untuk menangani stress..InshaaAllah.. Apa yang boleh saya simpulkan sebenarnya dalam hal diri saya ni, paling utama adalah pengurusan masa saya... Dari situ juga, saya kena selalu bermuhasabah diri saya.. Yakin pada Allah, letakkan pada hati sepenuh pergantungan pada Allah, bukan di bibir semata.. Dan selalu minta pada Allah, hati yang kuat dalam menempuh ujian kehidupan... Hidup ini adalah ujian bagi orang-orang yang beriman...
Apapun, saya sangat-sangat berharap apa yang saya kongsikan ini membantu anda, memberi manfaat kepada anda.. Semoga Allah selalu memberi kemudahan dan ketenangan hati kepada anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..




Friday, 22 April 2016

Islam Itu Indah | Hikmah Sebuah Zikir

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua..



Pernah tak kalian merasa terbeban akan sesuatu dan merasakan kalian tak mampu untuk lakukannya?
Sungguh, Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Dan siapakah lebih mengenal diri kita? Kita sendiri atau Allah? Sudah tentu Allah Yang Maha Mengetahui dan kalian kenal akan zikir ini..

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

'laa hawla wa laa quwwata illa billah'
Maksudnya: Tidak ada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah


Pernah beberapa kali, saat saya merasakan sukar, sakit, terbeban hingga hampir saja saya berputus asa... Lalu saya zikirkan seperti di atas, dengan penghayatan akan maksudnya... dan hati tidak putus berdoa, "Wahai Allah, tidak ada kekuatan bagiku, kesembuhan bagiku, melainkan dengan izinMu, dengan pertolonganMu wahai Allah."
Sungguh, beberapa waktu setelah itu, Allahu Akbar segalanya berlalu dengan penuh kemudahan... 
Alhamdulillah, benar-benar membuka hati ini untuk meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.. Wallahualam..



Friday, 19 September 2014

Rindu Yang Tidak Pernah Pergi




Moga Allah mengurniakan insan-insan terbaek di sisimu, agar kisah hidupmu sentiasa harum seperti mawar di taman. Agar engkau tidak sunyi, bersendirian menongkah arus hidup yang sangat sukar ini. Agar ada tangan yang memimpin, yang memelukmu saat kesedihan datang menerpa hidupmu.

Biarpun aku telah lama berlalu dari lembaran hidupmu, namun memori itu tidak pernah luntur. Aku tidak mencoret namamu di atas pepasir kerna telah kupahat pada batu-batuan di tepian pantai itu. Agar ombak yang membadai, tidakkan mudah menyapu dari ingatanku.

Saban waktu, padaNya aku pinta moga memberi yang terbaek untukmu. Moga di hayat yang mendatang, aku bisa memimpin tanganmu untuk kekal menjadi sahabatmu.




Thursday, 18 September 2014

Hari Ini Dia Jelek Tapi Esok Siapa Tahu



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..




Alhamdulillah setelah melalui beberapa episod yang sulit, Allah beri kemudahan serta jalan. 

 فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?



Lewat hari ini, banyak benar tohmahan serta fitnah yang timbul terutamanya di media sosial. Banyak benar yang telah disalahgunakan. Dari niat awal untuk mencari teman-teman lama, berkongsi kegembiraan serta merapatkan silaturrahim namun akhirnya yang jadi adalah sebaliknya. Ada pula yang menggelar diri mereka 'stalker'. Ya tidak salah untuk menjadi 'stalker' namun yang salah adalah kata-kata yang anda berikan kepada orang yang anda kerap mengintai kehidupan mereka. Baek atau sebaliknya. Ikhlas atau sebaliknya. Benar atau sebaliknya.



Tidak cukup dengan itu, anda berikan kata-kata kehinaan kepada mereka seolah-olah andalah manusia paling sempurna. Andalah manusia yang paling bagus akhlaknya. Sehingga hal itu mengaibkan mereka.



"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" 
(Imam As-Syafie)

Lupakah anda tentang kehebatan Allah, keagungan Allah. Lupakah anda bahawa bilamana Allah berkehendakkan sesuatu itu menjadi lebih baek, maka jadilah ia. Begitulah juga sebaliknya. Hari ini orang yang anda lihat sebagai jelek itu, barangkali esok lebih baek, malah akhlaknya mungkin jauh lebih indah dari anda. Ingat itu saudaraku sekalian. Hari ini kamu kutuk dia tidak bertudung, berpakaian seksi, tapi ingat saudaraku, esok kita tidak pernah tahu apa yang bakalan terjadi. Kerana itu semua rahsia Allah.




Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia." 
(Al Baqarah:117)

Jadi, untuk hari ini, waktu yang ada ini, perbetulkan kembali niat anda, renung kembali apa yang sepatutnya kita perkatakan. Sematkan dalam hati, "Moga Allah jadikan dia, seorang hamba yang lebih baek pada hari esok", bilamana yang anda lihat itu jelek di mata. Saya percaya, bila kita HANYA melihat keindahan, kebaikan, maka kebahagiaan itu akan selalu memancar, mengelilingi kita.. InshaaAllah... Apapun, segala apa yang saya catitkan di sini, adalah untuk peringatan kita bersama. Untuk diri saya juga, hamba Allah yang lemah, yang kerdil, yang selalu saja tercacat dek kesilapan. Moga Allah berikan keredhaanNya kepada kita.. Amin Ya Rabbal Alamin..




Saturday, 23 August 2014

Tragedi MH17 | Jangan Salahgunakan Hashtag

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum.


Berbincang soal salah hashtag nih sebenarnya menyakitkan hati. Terkilan. Tak ada sensitiviti langsung. Semua orang sedia maklum bahawa semalam (22 Aug 2014) merupakan hari berkabung di mana 20 jenazah mangsa MH17 di bawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan. Justeru itu, berpusu-pusu orang memuat naik gambar-gambar mereka berkabung di media sosial, terutamanya Instagram.


Pada awal pagi lagi, saya perasan banyak betul mereka yang 'selfie' menggunakan hashtag #MH17 pada gambar mereka. MashaaAllah tak apa, saya cuba bersangka baek.. Namun yang paling saya terkejut, ada yang mempromosikan produk mereka menggunakan hashtag #MH17. Allahu Rabbi..
Persoalan saya sekarang, mana sensitiviti anda. Tidakkah anda tahu bahawa mereka punya keluarga yang perlu dijaga hati mereka. Tidakkah anda lihat wajah-wajah di bawah ini? MashaaAllah benar meruntun hati saya, malah bohong kalau saya kata, air mata ini tidak mengalir. Belum cukupkah untuk anda merasa simpati? Belum terkesankah anda dengan setiap berita-berita yang dipaparkan di television dan corong-corong radio? Tolong, hormatilah perasaan ahli keluarga mereka. Kita yang melihat ini pun sudah mengalir air mata, menahan sebak. Inikan pula mereka, ahli keluarga mangsa. Tolong.. buang sikap penting diri itu.. Saya merayu.



Dalam saya asyik melihat update mengenai Malaysia berkabung di hashtag #MHl7, hati saya digeletek dengan comment seseorang pada gambar seorang gadis ber'selfie'. Gadis itu memakai serba hitam, iya gambar 'selfie' menunjukkan dia juga sedang berkabung. Apa yang membuatkan saya tersenyum lucu apabila seorang hamba Allah telah meninggalkan comment "Ini gambar salah seorang mangsa ke", lalu dijawab kembali oleh gadis tersebut "bukan". Terus terang, saya sangat setuju dengan hamba Allah tersebut. Apapun, saya tidaklah berani untuk mempersoalkan terlalu dalam tentang salah hashtag nih kerana setiap antara mereka ada sebab tersendiri.. Apapun sebabnya, hanya mereka yang tahu.

Sebelum saya akhiri catatan ini, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam.. Semoga Allah memberi kemudahan kepada pihak-pihak yang mengendalikan kes ini. Semoga diberi balasan setimpal kepada mereka yang telah 'membunuh' itu. Allah Maha Tahu dan pasti ada hal yang terbaek telah disediakan dari sisiNya.. Wallahualam.. Assalamualaikum...


nota: terima kaseh kepada mereka yang telah berkongsi gambar-gambar berikut di Instagram.





Wednesday, 20 August 2014

Qada' dan Qadar | Yakin Pada Allah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Everything happens for a reason, even though the reason may be imperceptible to us, yet Allah alone knows the wisdom behind it.


Ujian yang menimpa diri, benar kekadang berat untuk diterima. Dan sukar benar untuk memujuk hati untuk tabah dan sabar akan dugaan yang menimpa. Namun bilamana hati, fikiran tidak pernah putus mengingati Allah dan benar-benar hati ini meletakkan pergantungan hanya padaNya. Dari situ , rasa tenang mula mengharum dalam diri.. Alhamdulillah..

Beberapa waktu lalu, saya mendapat perkhabaran bahawa rumah sewa yang telahpun saya dan suami letakkan deposit telah diberikan kepada orang lain dengan alasan-alasan yang saya kira tidak boleh diterima akal. Lihat saja air muka suami ketika itu, hanya Allah yang tahu. Betapa kecewanya dia. Saya kenal benar akan suami, bukan mudah untuk dia menunjukkan air muka seperti itu.. Lalu kami pujuk hati ini kerana yakin Allah telahpun sediakan sesuatu yang terbaek buat kami selepas ini. Barangkali pasti ada sesuatu yang kurang menyenangkan lalu Allah jauhkan kami terlebih dahulu dari perkara tersebut. Iya, kami redha.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan memberikan yang terbaek dari sisiNya buat kami..
Amin Ya Rabbal Alamin.





Tuesday, 1 April 2014

Solat Sunat Dhuha | Jadikan Amalan Harian

Bismillahirrohmanirrohim

Daripada Abu Dzar RA., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)



Wahai Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu. 
Wahai Allah, jika rezekiku itu masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. 
Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk lebih detail mengenai solat sunat dhuha, boleh baca di blog SHAFIQOLBU, ada penerangan yang lebih terperinci. Begitu juga cara-cara mengerjakan solat sunat dhuha. Moga Allah redha dan memberikan kita hati yang khusyuk dan istiqomah.. InshaaAllah.





Wednesday, 15 January 2014

Islam Itu Indah | Binalah Pohon-Pohon Syurga Dengan Zikrullah

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah diri ini terpanggil untuk berkongsi, bagaimana untuk mula menyemai, menanam pohon-pohon di syurga kelak..
Tahukah kita bahawa pohon-pohon yang menghiasi taman-taman syurga itu terbina daripada zikir-zikir oleh manusia? Mari kita hayati hadis-hadis di bawah dan menjadikan zikir-zikir ini sebagai amalan harian kita sepanjang masa.





Zikir La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

Abu Ayub Al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Rasulullah SAW berlalu dan melintasi Nabi Ibrahim AS, Nabi Ibrahim bertanya;
"Siapakah orang bersamamu itu wahai Jibrail." Dan Jibrail menjawab; 
"Ini Muhammad." Lalu Nabi Ibrahim berkata;
"Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya yang luas."
Rasulullah SAW bertanya;
"Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?" Nabi Ibrahim menjawab;
"ucapkan kalimat 'la hawla wa la quwwata illa billah.'"
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban)


Zikir Subhanallah Al-Adzhim Wa Bihamdih

At-Tirmizi dan An-Nasa'i meriwayatkan dari Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang membaca 'Subhanallah Al-Adzim Wa Bihamdih', maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."


Zikir Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilaha Illallah Wallahu Akbar

Riwayat Ibn Majah dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang membaca 'Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilaha Illallah Wallahu Akbar' akan ditanam baginya sepohon pokok di syurga."


Oleh itu, ayuh sahabat, kita perbanyakkan zikir dan amalan sunnah. Kita hijaukan, rendangkan dan suburkan lagi pohon-pohon kita di taman syurga kelak.. Inshaa Allah.. Semoga apa yang saya kongsikan ini, moga memberi manfaat atau rujukan buat diri saya sendiri, juga sahabat semua tidak kiralah hari ini atau mungkin hari yang mendatang... Assalamualaikum..







Monday, 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul | Bagaimana Anda Menghadapinya

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah hari ini saya diberi peluang dan kesempatan untuk menulis lagi. Walaupun menulis sebelah malam, tapi sekurangnya ada pengisian yang boleh saya kongsikan di sini.. Inshaa Allah... Pertama sekali, salam Maulidur Rasul buat semua sahabat..Inshaa Allah pasti ramai yang bercuti kan, malah yang kebiasaannya bekerja di hari cuti umum pun, ambil peluang untuk cuti pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Tak terkecuali suami saya sendiri.. 

Sebut tentang Malidur Rasul ni, apa pengisian kita pada hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW ini.. Ada orang mengikuti perarakan berselawat beramai-ramai, ada orang buat jamuan, majlis kesyukuran. Tak kurang juga menghiburkan anak-anak yatim.. Alhamdulillah syukur... 




Namun, semua itu tidak terhad pada hal-hal yang saya sebutkan di atas ini saja. Andai kita tidak berpeluang untuk melakukan hal-hal sedemikian, apa kata kita hidupkan sunnah Rasulullah SAW, kita terapkan dalam kehidupan kita seharian.. Kalaupun tidak dapat kita lakukan dengan banyak, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha dan belajar mendidik hati kita, jiwa kita untuk dekat dengan Rasulullah SAW.. Jangan hanya bibir menuturkan Aku Sayang Rasulullah, Aku Rindu Rasulullah. Namun di jiwa, ianya tidak terkesan.

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: 
"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (HR Baihaqi)

Dari sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal (dengan Sunnah Nabi) pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Ada seseorang yang bertanya: “Lima puluh dari mereka, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Pahala lima puluh dari kalian.” (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Setiap umatku akan masuk Al Jannah (surga) kecuali orang yang enggan.” Para shahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

Bagaimana kalau kita sama-sama mencoba dengan memulakan sebelum tidur pada malam ini, seperti hadis Rasulullah SAW berikut;
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (HR Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

Sejurus bangkit dari tidur, 
"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"(HR Bukhari dan Muslim)

Saat bersilaturrahim,
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (HR Ibnu Majah)

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Dikala Baginda Rasulullah SAW menjamu selera,
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (HR Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad) 
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (HR Tarmizi)

Alhamdulillah, rasanya inilah secubit bingkisan yang mampu saya kongsikan. Banyak cara dan tata tertib kehidupan Rasulullah SAW yang patut menjadi ikutan kita, yang mampu meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT, menambah kecintaan kita kepada baginda Rasulullah SAW... Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan sedikit sebanyak kepada kita semua... Inshaa Allah.. Sebelum saya akhiri, ayuh kita berselawat dengan sebanyak, semampu kita dan mohon maaf andai ada kekurangan atau kesilapan saya dalam penulisan ini.. Mohon diberi teguran, semoga setiap hari saya diberi kemudahan untuk memperbaiki setiap kelemahan ini... Inshaa Allah




Saturday, 11 January 2014

Sujud Syukur | Jadilah Hamba Yang Sentiasa Bersyukur

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT...
Sahabat semua, ayuh kita tanya pada diri kita, berapa kalikah kita menghamparkan sujud kepada Allah?
Adakah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan sebenar-benarnya? Astaghfirullah Al Adzim, betapa saya sendiri selalu lalai dengan segala nikmat yang Allah berikan.. Jom sahabat sekalian, kita jadikan sujud syukur itu, satu kebiasaan pada diri kita.. Segala yang ada dan yang berlaku pada diri kita itu, adalah nikmat yang Allah berikan..





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ


“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu mentauhidkan-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 172)




Berikut merupakan hadis dan tertib dalam mengerjakan sujud syukur.. Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat, dan sebagai rujukan buat diri saya sendiri, begitu juga buat sesiapa yang menginginkan..Inshaa Allah...


“Dari Abu Bakrah r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( HR: Abu Daud dan Tirmizi)



Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

1. Niat 

2. Takbiratul Ihram 
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam


Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).

Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Begitu mudah sebenarnya untuk melaksanakan, tinggal usaha sahaja.. Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam. Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :


"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."



Doa saya buat diri saya sendiri, juga buat semua sahabat, moga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan.

Inshaa Allah moga ada kelapangan lagi buat diri saya untuk mencoret pada hari yang mendatang.. Assalamualaikum WBT....








Friday, 13 December 2013

Bilamana Allah Menguji HambaNya

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum WBT... Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa sehat.. Doa saya semoga sahabat semua, sentiasa di dalam rahmat Allah SWT... Amin...

Allahu Rabbi, sebut saja tentang ujian dari Allah.. Gundah hati ini.. Tapi bila pujuk hati dan yakinkan jiwa bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya, hati terus rasa tenang.. Bilamana kita redha dengan Allah, maka Allah akan redha dengan kita..Inshaa Allah.. Bercerita tentang ujian ini sebenarnya, baru-baru ini keluarga saya diuji dengan bencana banjir yang menimpa.. Rasanya ramai juga yang diuji sebenarnya.. Banyak tempat-tempat di Kuantan yang dilanda banjir dan banyak jugak rumah yang hampir tenggelam dek banjir.. Malah di kawasan tempat saya juga, ada beberapa rumah yang hanya menampakkan bumbung ketika kejadian..

Pada 3 Disember, hari Selasa ketika di pejabat.. Air mula masuk ke kawasan bengkel dan pejabat.. Alhamdulillah dalam pejabat, sempat jugak buat benteng supaya air tak masuk terlalu banyak.. Cuma di kawasan bengkel saja yang rata-rata dipenuhi air.. Jadi, kami semua pulang memandangkan nak sambung kerja pun dah tak boleh.. Di rumah, lebih kurang jam 6.30 petang eletrik di kawasan rumah sewa saya dan suami di Beserah, di'mati'kan berikutan banyak sangat rumah yang dah mula ditenggelami air.. Kemudian, saya dan suami mula gerak ke rumah mak di Balok kerana menurut adik, rumah dimasuki air.. Saat itu, talian telefon pun dan terputus-putus.. Keluar saja dari kawasan rumah, Masha Allah.. Jalan jem disebabkan air dari sungai melimpah ke atas jambatan dan suku bahagian jambatan mula terhakis berdekatan jalan menuju ke pasar ikan Beserah.. Mujurlah orang kampung sangat ringan tulang membantu melancarkan lalu lintas.. Mereka begitu peka dalam memerhati air sungai yang semakin naik dan laju melintasi jalan..

Melalui jalan utama ke rumah mak, air laut pasang bergelora dan kawasan-kawasan perumahan gelap.. Seriously gelap dan suram.. Ibu-ibu saudara yang tinggal berjiran dengan mak terpaksa menumpang di rumah anak-anak dan ada yang berada di pusat pemindahan banjir.. Keluarga saya masih di rumah, cuma datuk saja yang terpaksa kami pindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana bimbang air naik dan menyukarkannya.. Keadaan datuk memerlukan ruang yang selesa dan penjagaan yang rapi..


Gambar di bawah keadaan banjir sebelum air semakin naek pada sebelah malam...




Rumah saya ada 5 peringkat tinggi..Air mula naik di kawasan parkir.. Kemudian memasuki dapur.. Bila hujan semakin lebat, mula masuk ke kawasan ruang tamu.. Waktu saya sampai, air di kawasan ruang tamu.. Dan jam 9.30 malam, air memasuki kawasan ruang rehat dan mengaji..Peringkat yang tinggal hanyalah bilik mak dan ayah, bilik pakaian dan bilik adik lelaki.. Dan keesokkannya, air paip tiada.. Benar-benar dugaan buat kami.. Elektrik tiada, air paip tiada dan talian pula asyik terputus... Ini peringatan dari Allah sebenarnya..

Walau bagaimanapun, yang indah apabila ianya menggamit kenangan ketika kecil dulu, bilamana pakai pelita minyak, mandi air perigi dan ahli keluarga berkumpul beramai-ramai.. Bergurau senda, melegakan kesejukan... Dan paling mencuit hati apabila adik lelaki buatkan satu obor diletakkan ditepi perigi untuk memudahkan kaum-kaum adam mandi.. Serius, masa tuh rasa rindu sangat kenangan masa kecil dulu... Rindu arwah nenek yang selalu bising-bising menasihati kami adik beradik, sepupu sepapat.. Allahu Rabbi..


Apapun, kata emak belajar untuk redha akan segalanya.. Dan saat itu saya panjatkan rasa syukur.. Apa yang keluarga alami itu, sikit berbanding mereka yang rumahnya terus tenggelam dek banjir besar ini.. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.. Justeru itu, rasanya bagi kita yang mampu ini, hulurkanlah sedikit bantuan buat mereka.. Kita yang memandang ini pun dah rasakan betapa berat, inikah pula mereka yang mengalaminya sendiri...

Apa yang saya belajar dari musibah yang berlaku ini, tidak kira kita ini rumah besar, rumah kecil, berharta atau tidak tapi di saat Allah menurunkan ujian bencana seperti ini, mana pangkat kita, mana kemegahan kita selama ini.. Justeru itu, bagi saya sendiri, saya semaikan dalam hati supaya menjauhi perasaan riak atau angkuh kerana segala khazanah yang ada di langit dan bumi itu adalah milik Allah, begitu juga dengan diri kita ini.. Kita ini milik Allah.. Maka bersyukur dan ambil pengajaran pada apa yang berlaku.. Saya ulang sekali lagi satu ayat yang saya sering ingatkan pada diri, redhalah dengan Allah, nescaya itu Allah akan redha dengan kita.. Allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya...Inshaa Allah... Rasanya ini sajalah perkongsian saya kali ini..Inshaa Allah, punya cerita bermanfaat, akan saya kongsikan bersama anda, sahabat yang dirahmati Allah... Semoga Allah meletakkan insan-insan yang terbaek di sisi hidup saya, begitu juga anda sekalian...
Assalamualaikum WBT....




Sunday, 24 November 2013

Manfaatkan Masa Berkualiti

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi kekuatan dan kemudahan dalam menempuh sukarnya kehidupan ini.. Alhamdulillah... Oh ya sahabat semua, hari ini saya sekadar menulis kosong sahaja, doa saya moga ada manfaat tersembunyi yang mungkin memberi kebaekan kepada anda, sahabat saya semua... Inshaa Allah... Moga keberkatan Allah bersama anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sebenarnya hampir sebulan sudah, saya dan suami mula memperbaiki cara pemakanan kami, atau lebih saya rumuskan sebagai 'eat clean'. Bagi diri saya, saya semakin mengurangkan pengambilan nasi. Seminggu sekali macam tu la.. Dan pengambilan dalam kuantiti yang minimum.. Bagi suami pula, dia masih lagi mengambil nasi lebih kurang sekali setiap hari.. Payah mungkin baginya untuk tidak mengambil nasi.. Namun begitu saya jugak tidak berapa menggalakkannya untuk tidak mengambil nasi kerana kerjanya sebagai mekanik membutuhkan dia untuk mendapatkan tenaga yang banyak.. Cuma saya banyakkan lebihkan sayur dalam menu untuknya..Hasilnya sekarang, semakin kurus tuh belum saya nampak, cuma kalau dari segi kesihatan.. Alhamdulillah, nampak sedikit perubahan.. Tak apalah, biar result slow janji ianya berterusan.. Sebenarnya agak mencabar untuk melalui semua nih.. Perlu kuatkan semangat.. Dan sebagai penguat semangat saya, saya join group di Facebook yang memberi nasihat untuk menguruskan badan. Dan melihat bagaimana mereka berusaha untuk kurus, saya ikut teruja...Membakar semangat saya..


Okay, berbalik kepada tajuk post saya, sebenarnya saya perlu sediakan satu hari untuk saya keluar berjogging. Jadi, hari Sabtu saya rasa paling sesuai memandangkan sebelah petang, memang tiada sebarang aktiviti.. Jadi pujuk punya pujuk, akhirnya suami saya bersetuju untuk bawa saya ke pantai berjogging.. Alhamdulillah, walaupun tak adalah sepenuhnya jogging, banyak berjalan dan bermain sebenarnya.. Tapi peluh masih lagi berjinak-jinak melembapkan baju.. Kira ada jugalah walaupun tak banyak kan...And kalau berjogging di pantai, saya lebih suka berkaki ayam.. Rasa ehh-nakk sekali berlari anak di tepian pantai, sambil kaki dibasahi air pantai.. Sangat menyamankan..


Lihat suami orang tuh.. Katanya sedang bina telaga mahsuri..Lagaknya seperti anak kecil pula..hihihi


Saya sangat suka berada di pantai sebenarnya, sangat memberi ketenangan kepada saya.. Subhanallah melihat ciptaan Allah Yang Maha Besar..Alhamdulillah mujur rumah sewa kami betul-betul berdekatan dengan pantai dan sangat memberi kemudahan kepada kami..

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."  (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah." (Riwayat Abu Daud)




Okay, rasanya setakat ini dulu coretan kosong saya.. Ambil yang baek, hindarkan yang jelek.. Semoga Allah merahmati anda semua... Assalamualaikum WBT....





Tuesday, 24 September 2013

Setiap Empat Perkara Dari Imam Syafie

Assalamualaikum WBT..

Pertama sekali, maaf saya telahpun kehilangan idea untuk menulis.. Untuk menulis tentang hal kehidupan saya pun seakan berat kali ini.. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi dan bimbang juga tiada manfaat yang anda akan perolehi dari cerita kehidupan saya.. Subhanallah, lemah diri ini, kerdil sungguh saya ini di sisiNya, setiap hari, malah setiap waktu membilang, adakah saya mampu menjadi isteri yang baek, hamba Allah yang istiqomah? Mampukah syurga itu saya diami? Allahuakbar, kerdilnya aku di sisiMu Ya Rabbi...

Sahabat, di sini saya ingin berkongsi petua dari Imam Syafie.. Terima kaseh pemilik blog Jiwa Hamba kerana telah berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.. Semoga Allah merahmati hidup anda....Amin Ya Rabbal 'Alamin






Monday, 22 July 2013

Berbahagialah Kamu Di Syurga.. Al Fatihah

Bismillahirrohmanirrohim


Sekadar perkongsian dan renungan untuk kita semua.. Yakinlah pada Allah, didiklah hati untuk berbaik sangka dan ikhlas dengan apa jua yang Allah kurniakan buat kita.. Kerna di balik kesusahan, kepayahan itu, Allah telah sediakan kemanisan yang berganda.. Jom audit diri... Terima kaseh pemilik facebook TongkatLangit kerana sudi berkongsi kisah yang benar-benar menyentuh jiwa ini...



Kisah gadis kecil berasal Mesir berumur 10 tahun bernama Bara'ah, orang tuanya doktor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bara'ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajweed. Keluarganya sederhana dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya, hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang teramat dan setelah beberapa kali diperiksakan, tahulah dia menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kronik. Ibu Bara’ah berfikir untuk memberitahu Bara’ah, lalu diucapkan pada si puterinya,
"Bara’ah aku akan pergi ke syurga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak... "

Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ibunya katakan , Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya ke hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang. 

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah Bara’ah bahwa keadaan isterinya itu sangat teruk dan dia perlu datang ke hospital, lalu ayah Bara’ah menjemput Bara’ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tunggu dalam kereta supaya dia tidak terkejut seandainya ibunya jika ibunya meninggal dunia. Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta melaju dan melanggar ayah Bara’ah dan dia meninggal ketika itu jua di depan puterinya itu...

Betapa tak terbayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...! Tragedi Bara’ah belum selesai sampai di sini... berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bara’ah yang masih terlantar di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu Bara’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtuanya , dan dengan bantuan teman-teman ayahnya untuk mencarikan keluarga di Mesir, sehingga keluarganya boleh merawatnya. 

Tak berapa lama tinggal di Mesir, Bara’ah mulai mengalami kesakitan seperti yang pernah dialami ibunya, dan oleh keluarganya ia lalu di periksakan dan dapati Bara’ah juga mengidap kanser.. tapi sungguh mengejutkan kala dia di beritahu bahawa dia menderita kanser, Bara’ah menjawab kala itu: "Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya." Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!

Subhanallah!

Orang-orang mulai mendengar tentang Bara’ah dan ceritanya, dan salah seorang dermawan dari Saudi memutuskan untuk mengurus perubatan Bara’ah. Salah satu channel TV Islam "Al Hafiz" sempat menghubungi melalui tefefon dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran ... dan video diataslah suara indah yang di lantunkan oleh Bara’ah. 

Hari-hari berlalu dan kanser mulai merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan ia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya, tapi beberapa hari setelah operasi kakinya sekarang kansernya telah merebak ke otak, lalu doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak, dan Bara’ah koma seketika sebelum dijemput bertemu ibunya disyurga pada 26 Jun 2010.

Berbahagialah buat Bara'ah dan ibu bapanya di dalam perjuangan meraih redha Allah. Al Fatihah!






Saturday, 20 April 2013

Kita Punya Tanggungjawab Tersendiri

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum WBT... hai semua......
Setiap hari kan penuh dengan tugasan tersendiri, iyalah surirumah bekerja. Bangun awal pagi, usai solat subuh siapkan sarapan ringkas dan laukpauk untuk tengahari.. Kalau tak disiapkan sebelah pagi, tak sempat saya pada waktu lunch nanti, dalam waktu satu jam rehat, sebaek mungkin saya akan simpankan sedikit waktu untuk saya rehatkan fikiran.. Memang kebiasaan saya dan suami akan pulang berehat di rumah pada waktu lunch..Selesa sikit untuk solat dan makan.. Alhamdulillah mujur jaraknya lebih kurang 5-10minit bergantung pada kesesakan lalu lintas.. Kadang-kadang sesak di perkarangan sekolah rendah memandangkan rumah kami melalui pintu utama sekolah rendah...

Sebelah petang pulak, kalau kebetulan saya banyak kerja dan perlu kerja lebih masa..Alhamdulillah suami melepak di rumah sewa lama dia dahulu, kawan-kawan sepejabat kami jugak..Habis kerja terus ambil suami dan pulang... Memandangkan sekarang suami nekad untuk ajak berdiet, tak adalah diet sangat kot, sekadar mengurangkan pengambilan nasik, lebihkan sayur.. Jadi sebelah malam, saya hanya sediakan makanan yang simple-simple sahaja..Usai solat maghrib, ambil sedikit waktu untuk mengalun dan menghayati ayat-ayat Allah hinggalah masuk waktu solat Isyak... Sesudah itu, saya luangkan dengan membaca.. Akhir-akhir ini saya kurangkan menonton TV kerana ada beberapa hal saya cuba disiplinkan diri saya...Bukan langsung saya tinggalkan cuma taklah sekerap dulu... Bila Allah memberi kita titik kesedaran, ambillah peluang untuk mencari, meneroka kebenaran.. Begitu juga sesuatu perubahan, berubah itu perlu untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih indah dari hari yang lalu tetapi jangan terlalu drastik, memaksa jiwa.... Itu yang saya cuba lakukan.. Kalau saya tak bimbing hati saya, siapa lagi... Orang laen sekadar memberi nasihat, menjadi inspirasi kepada kita....

Sejujurnya, pada awal perkahwinan saya sedikit tertekan dengan perubahan keadaan dan juga pembahagian masa dan tugas saya sebagai isteri.. Pernah beberapa kali saya mengamuk, MashaAllah buruknya perbuatan saya masa tuh... Alhamdulillah berkat kesabaran suami, nasihat ibu, keluarga dan rujukan dari buku-buku dan blog-blog, Alhamdulillah perlahan-perlahan saya berjaya melalui fasa pengenalan dalam rumahtangga... Alhamdulillah syukur pada Allah memberi kemudahan dan jalan bagi saya.... Dulu sebelum kahwin, saya fikir susah sangat ke nak bahagikan masa antara keluarga dan kerja, tapi bila saya rasai sendiri, baru saya faham dalam erti kata sebenarnya...Alhamdulillah saya bahagia dengan apa yang saya lalui.. Kita semua, makhluk Allah punya tanggungjawab tersendiri, tidak kira betapa penatnya tanggungjawab tersebut tapi hati akan merasa bahagia apabila kita ikhlas...Hidup ini sekejap saja, masa yang beralih sekarang pun betul-betul sekelip mata.. Jadi usahakanlah diri kta untuk menjadi seorang hamba yang bertanggungjawab sebab kelak kita pasti akan ditanya akan hal-hal tersebut..Wallahualam....



Rasulullah s.a.w bersabda 
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)






Friday, 22 March 2013

Kisah Wanita Yang Mendapat Syurga Kerana Sabar

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum WBT.. Hai semua..
Alhamdulillah Jumaat yang penuh keindahan.. Semoga saat yang berlalu, mampu saya manfaatkan sebaeknya dan semoga Allah menjadikan saya seorang hamba yang lebih baek dari setiap detik berlalu kepada detik yang mendatang..InshaAllah.. Terkesan saya untuk berkongsi sebuah cerita tentang seorang wanita berkulit hitam, yang juga seorang penghuni syurga.. Subhanallah.. Semoga kita mengambil manfaat dari cerita ini..






Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas berkata padaku,

“Maukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni surga?” Aku menjawab, “Ya” Ia berkata, “Wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, ‘Aku menderita penyakit ayan (epilepsi) dan auratku tersingkap (saat penyakitku datang). Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya.’
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Jika engkau mau, engkau bersabar dan bagimu surga, dan jika engkau mau, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’ Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia melanjutkan perkataannya, ‘Tatkala penyakit ayan menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’ Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

وعن أبى سعيدوأبى هريرةرضى اللّه عنهماعن النّبىّ قال : مايصيب المسلم من نصب ولاهمّ ولاحزن ولاأدى ولاغمّ حتّى الشّوكةيشاكهاإلاّكفّراللّه بهامن خطايا (متفق عليه)٠ 
Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah ra., dari Nabi saw, ia berkata : "Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan , kesedihan, kesakitan maupun kedukacitaan, sampai yang tertusuk duripun niscaya Allah akan mengampuni dosanya sesuai apa yang menimpanya." 
(HR. Bukhari dan Muslim)