Showing posts with label Tentang Diriku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Diriku. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

May I Dream Again?






......................................................

Just a quick update!!!
Very inlove with this concept..
Haaaaaah rasa macam terbang di awangan pulak..
wish all the best..
insyaAllah



credit: here
......................................................






Friday, 27 January 2012

Perjalanan Bakal Bermula





......................................................

Semalam saya masih menghitung dan seringkali tertanya,
apa harus saya lakukan dan bagaimana saya ingin teruskan.


Saban waktu, setiap saat yang pergi....


Hanya berbisik pada Ilahi, bersenandung padaNya..
Mengalun ayat-ayat cinta, hadiah dariNya..


Kerna hati masih berharap sebuah harapan..




Dan kini, halaman baru semakin terhias indah..
Sebuah perjalanan yang bakal bermula..
Semoga keberkatan Allah mengiringi perjalanan saya..
Amin...
......................................................




Monday, 23 January 2012

Saya Bangkit Kembali

.........................................................................

"Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.
Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak dapat
mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati
yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan."

"Sebahagian orang seperti ikan buta. Dia mengira bahawa dia
berada di dalam gelas kecil, padahal dia berada dilautan luas.
Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun
acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,
ketakutan, permusuhan dan kesedihan."

Petikan kata-kata dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.



Beberapa hari yang lalu, saya mula bangkit. Bangkit dari kesedihan
demi kesedihan yang saya alami. Kesedihan dek pemergian 4 orang
yang saya sayangi.. Semoga mereka bersemadi dengan tenang dan
roh mereka dirahmati Allah.

Bukan itu saja, cacian demi cacian, tohmahan demi tohmahan saya
terima dek kerana salah faham. Malah ada yang berbaur fitnah.
Tak apalah, ini saat Allah menguji saya dengan hebat sekali. Belajarlah
kenali Allah sebetulnya dan anda akan tahu betapa hebatnya Allah.
Allah menguji hamba yang Dia sayangi, Allah lebih tahu segala
sebabnya. Dan saya amat yakin denganNya. Ambil setiap sesuatu
itu pada sudut positif bersama untaian zikrullah..

Ingat, kita ada Allah dan ingat juga, kita hidup di dunia ini hanyalah
sebagai musafir. Bila tiba saatnya, kita akan kembali ke kampung
halaman kita yang kekal iaitu akhirat. Bagaimana saat kita kembali?
Terpulang bagaimana kita mengumpul harta akhirat untuk membina
mahligai di sana kelak... Wallahualam..


.........................................................................





Sunday, 28 August 2011

I'm Not Alone

Yes, i know that i'm not alone on my birthday..
Allah selalu ada bersama saya...Alhamdulillah..


But today sangat-sangat lost..entah, i didn't found
the answer.. Apa yang buat saya sedih..


Tengah drive, tears keeps falling..
And lips keep said...It's ok nadia..
Kenapa saya seperti itu?
Jawapannya saya tidak tahu....

Then, thats what i am doing on my birthday..
Park kereta and jalan kaki sepanjang pantai...
Then tenung lama-lama ke laut...
Angin bawa pergi rasa gundah yang ada ini..
jangan ia bawa duka di hari yang sangat indah ini..





Okay tak nak layan sangat perasaan neh..
Special thanks to Ayung untuk present yang
sunggoh-sunggoh cute ini...
Terus teringat my monte carlo yang sangat addict
dengan froggie and green.........
Thank you so much ayung...You're so sweet.....






If suka entry ini, jom LIKE
Thank you

Saturday, 27 August 2011

Save The Date

Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaan dari Allah Taala..
Hari ini 27 August bersamaan 27 Ramadhan di usia saya 27 tahun..
barisan nombor dan huruf yang sangat cantek....
Save the date!!!!
Terima kaseh atas segala kata-kata yang indah dari semua...
Segalanya meniup semangat untuk saya terus berjuang...
Semoga esok saya bisa menghirup harumnya kebahagiaan...
InsyaAllah....




If suka, boleh LIKE...
terima kaseh...

Thursday, 25 August 2011

Saya Boleh Tenggelam


Saban waktu saya terus berdoa..Moga Allah jauhi saya dari semua 
hal yang bisa membuatkan saya tenggelam... Dan hal yang paling
saya takuti adalah kata-kata dusta itu... Malangnya belum sempat saya
bendung, ianya terus bertebaran sedangkan ianya benar-benar
diluar kesedaran saya......

Kami tidak memiliki antara satu sama lain, malah untuk ada dekatnya
adalah satu kemustahilan dan hal yang amat saya jauhi....... jangan
dikeruhkan hal yang semakin merumit...... Saya bisa tenggelam...
antara kenyataan dan sebuah mimpi.....Jangan disiksa hati saya
yang masih terkunci rapi.....

Melewati hari-hari dalam hidup saya, saya sangat membencinya...
Malahan akan terus seperti itu................Usah dikait lagi.....
Lelah saya untuk terus menidakkannya...................Jangan biar
saya tenggelam pada hal yang amat saya takuti......
Menghitung detik demi detik, saya andaikan saja semua hal dusta
itu bagai debu-debu halus yang bertebaran di udara...... datang
sang angin, pasti meniup segalanya pergi..........lalu biarkan saya
terus bernafas dengan penuh ketenangan.......




nota hati: ujian demi ujian..mampukah?
// picture by  f u c o u e d a




Boleh LIKE kalau suka tulisan ini.
Terima kaseh..

Friday, 19 August 2011

Menganyam, Menyulam Kaseh

Wahhh title betul-betul kontroversi.... Tak tahan kau...........
Ada apa-apa kah? Ohhhh tidaklah....Belum diizinkanNya..


Apapun, sebenarnya hari ini seharian di office nadia asyik
menganyam ketupat nasi untuk hiasan di office sempena
Aidilfitri yang bakal tiba.... Dari malam semalam duk menganyam
sorang-sorang...Ngantuk sambung buat di office... kebetulan
pulak, hari ini kerja tak banyak...


Yang best, Technical Advisor office nadia pun dah pandai
buat tau... Terror tak nadia jadi cikgu ketupat nasik....hahahah
Terror kan...nadia tahu, kawan-kawan yang baca misti gelak...
So sila gelak ya....hihihihihi


Apapun, dah settle hias-hias office walaupun banyak kali
jugak duk cabut and pasang semula... Tak tahu nak hias macammana..
Gambar di bawah neh second idea.... Petang kami tanggalkan
semula sebab nampak macam kelakar.... Last buat berjuntai-juntai,
dengan banyaknya.... Kira jenuh jugak laaa tangan neh duk
belit-belit reben tuh....huhuhuh


The result...PUAS HATI even tak adalah perfect sangat tapi
suka sebab hasil penat lelah kawan-kawan office duk panjat
meja..... Thank you kawan-kawan....


And bagi yang membaca juga...Thank you so much.....




If suka entry ini, jom kita LIKE...
if nak comment, kita komen dengan berhemah ya...
Sayang semua, thank you...

Wednesday, 17 August 2011

Sepintas Lalu Tentang Seorang Nadia

Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Mulia...
Hari ini rasanya lebih indah dari semalam... Kalau semalam,
asyik termenung, menangis dan penuh rasa marah tapi
Alhamdulillah hari ini semakin baek..Malah rasa sangat
tenang..syukur pada Allah Taala.....


Thank you so much pada sahabat nadia iaitu Jue....
Kerana selalu ada memberi sokongan, mendengar keluhan
nadia neh....Sekurangnya apa yang terbeban rasa semakin pergi..
Untuk terus peram sendiri, mau juga rasa bengkak
perasaan neh malah boleh jadi hilang arah...Mungkin....
Hurm siapa kata sahabat maya tidak bisa menjadi sahabat
di dunia nyata...Bukti sekarang, bertambah lagi sahabat
kerana Jue mulanya adalah sahabat blog nadia tapi
sebabkan selalu contact bertanya khabar, Alhamdulillah
semakin rapat dan memahami antara satu sama lain...
Thank you so much shayang Jue....

Rasanya tidak ada terlalu banyak untuk diceritakan..
Cerita baru dalam kehidupan sentiasa tercetak...
Hari ini halaman baru dibaitkan dan esok ianya bakal menjadi
sebuah kenangan...... Begitu juga apa yang telahpun
berlaku dalam hidup nadia akhir-akhir neh...sangat pahit
untuk ditelan namun harus teruskan juga......
Biarpun apa yang kita sangat ingin benci itu, terpaksa
kita hadapi tiap hari..... Biarpun bibir kita sentiasa mengiyakan
kebencian itu, sedangkan hati pula sentiasa menidakkan
malah sentiasa mencatit sebuah kerinduan....Ahhh buntu...


Now, nadia semakin dekat dengan kawan-kawan di office..
Even depa semua lelaki tapi mujur mereka masih bertapis dan
berlembut ketika bergurau dengan nadia... Walaupun 
kadang ada juga perkara yang kurang menyenangkan.. Nadia
cuma pekakkan telinga...Jangan terlalu berharap pada semua
keindahan....yang penting, belajar untuk menerima dan
berbahagia...InsyaAllah pasti boleh.....
Sepanjang puasa ini juga, kerap nadia berbuka puasa di padang
MPK dengan beberapa kawan sekerja... Rasanya dari situ,
nadia semakin memahami mereka.....Dan semakin hari, nadia
semakin enjoy dengan kerja nadia....Below ada beberapa gambar
sewaktu berbuka di padang tempoh hari.....

Technical Advisor kami: Mr.Lee

see ramai kan....kalau hari minggu lagi ramai

bila agaknya nadia boleh kurus semula...please kurus please nadia

Our Spare Part Staff: Pyan with his wife yang friendly....
Apapun, semoga segalanya semakin baek dan semakin indah...
Nadia akan cuba kuat dan belajar untuk berbahagia...
Yang penting, percaya pada Allah kerana DIA SANGAT ADIL
dalam setiap apa yang kita lakukan....Wallahualam...




If suka entry ini, boleh LIKE..
if nak comment, sila berhemah...
Thank you so much...

Tuesday, 2 August 2011

Ragam-Ragam Ramadhan

Hai semua...Apa khabar? Pejam celik dah habis hari kedua
Ramadhan kan... Apapun, nadia masih belum berpeluang untuk
menunaikan puasa kerana hal orang perempuan...Hurmm last year
pun sama, awal-awal Ramadhan juga...Walaumacammana pun,
semangat tuh tetap ader.....walaupun lewat berpuasa nanti..


Oraite, macam biasa kat office banyak juga ragamnya and
ada saja hal yang buat nadia tergelak... Yelah, nadia neh suka
sangat gelak, orang buat lawak sikit, nadia pula yang gelak lebih...
Oh ya, nadia dah boleh sikit-sikit bercakap loghat kelantan...
Wowieee suke-suke... tau kenapa? sebab rata-rata di office,
orang kelantan..So tiap-tiap hari mendengar mereka berceloteh...
honestly, nadia suka dengar orang kelantan bercakap... seronok
mendengar... tapi nadia tak berani sangat bercakap loghat, takut
kena gelak...hahahahhaha

Okay, hari neh, ader perkara yang sedikit membuatkan nadia segan..
tahu apa? ada seorang adik di office, katanya... Kak ni, ore lain poso
jugok tapi dok sega supo kak.. pelik semace jah....
(Orang lain puasa jugak tapi taklah segar macam akak, pelik semacam)
nadia tergelak...aiseyyyy budak neh tau ke, padahal nadia tak makan
pun...huhuhuhu serupa gaya orang puasa jugak...huhuhuhu
Tapi yelah, depa semua bukan budak-budak, dah matang...
ada yang dah daddy orang pun.... Tinggal nadia neh saja belum jadi
mummy orang....huhuhuuhuh..


haissshhh itu jelah kot, sekadar mengupdate, tak nak bagi blog ini
sunyi...insyaAllah soon sedang berfikir nak buat tutorial tentang
header macam nadia tuh...InsyaAllah sedang kumpul bahan....
Doakan nadia ya.... All the best untuk semua ya.....sayang selalu....




Sunday, 10 July 2011

Kerana Itu Allah Ciptakan Silaturrahim

Alhamdulillah, sudah hari Ahad... Selamat berhujung minggu
kepada semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah Taala dengan
limpahan rahmat, kesihatan yang diberikannya... Alhamdulillah..
Telinga nadia yang bernanah semakin membaik, kaki nadia yang
bengkak pun sudah sembuh sepenuhnya beberapa hari lalu...
Syukur Alhamdulillah, tidak terhingga nikmat yang Allah berikan..



Alhamdulillah juga rasa yang terbeban di hati nadia ni pun 
semakin kurang.. Sebelum ni nadia pendamkan seorang diri...
Bagi nadia lebih baik simpan seorang diri rasa gundah di hati
kerana mungkin itu lebih baek tapi ternyata tekaan nadia itu sama
sekali adalah salah..... After berkongsi dan bercerita pada adik
ketiga nadia iaitu Mira, baru nadia rasa sangat lega..... Walaupun
masalah itu belumpun settle tapi beban itu rasa semakin ringan...
Kerana itu Allah ciptakan silaturrahim untuk kita bergaul dan
mempermudahkan urusan kita..... Yakinlah pada Allah kerana
Dia Amat Mengetahui Segalanya....


Seriously, nadia dah lama tak menangis kerana masalah... Apa yang
nadia cuba lakukan bagi menghadapi masalah adalah dengan
bekerja dan menyibukkan diri tapi rasanya berbuat demikian
semakin membuatkan diri kita terbeban dengan rasa penat yang extra..
But bila berkongsi, totaly air mata nih tak tertahan... Rasa macam
kanak-kanak kecil pulak masa tuh.... Apapun sekarang sudah 
semakin lega.... Haaaaahhhh now, i'm really nothing.....Lebih
banyak yang merugikan dari menguntungkan.... Astagfirullah....


Apapun, nadia doakan kawan-kawan semua tabah dalam menghadapi
hidup ini... If ada masalah, jangan segan untuk dikongsikan... Walaupun
sekadar mendengar, tapi ia dapat juga meleraikan sedikit tekanan
perasaan yang anda hadapi DAN YANG PALING PENTING, 
berdoalah pada Allah selalu.... Dia Maha Mendengar.......





Kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...
Thank you

Thursday, 7 July 2011

i love my new job


Ohhhh sangat rindu nak berblogging... Thanks pada kawan-kawan yang
tetap memberi komen dan semangat kepada nadia... Oh ya, nadia minta maaf sangat,
memang tak sempat untuk berblogging and siapkan watermark kerana
broadband nadia bermasalah...ini pun nadia update pakai phone saja...tak best...
huhuhuhu..dalam pertengahan july baru nadia dapat
settlekan hal broadband ni...hopefully semuanya semakin baik...doakan nadia ya
and mostly, jangan lupakan nadia ya...

Now nadia dah pun bekerja di tempat baru...sangat seronok walaupun
suasananya sangat berbeza... Tahu kenapa? Kerana nadia seorang saja
perempuan...yang lain semuanya lelaki..Yelah, nama lagi bengkel bus and truck kan...
Rasa macam princess pulak you....hahhahah tak adalah...cuma
sedikit masalah kerana nadia nih kurang friendly dengan lelaki.. So
nak berurusan tuh, kekok sangat...sebab itulah nadia nih lambat
jodoh agaknya...huhuhu..Apapun nadia suka dengan kerja baru...
Walaupun banyak lagi yang nadia kena belajar tapi
nadia tak kisah sebab semuanya pengalaman yang sangat berharga....
Yang penting, niat nadia untuk mencari rezeki buat keluarga...itu saja...

Okay, itu saja cerita terbaru tentang seorang perempuan
bergelar nadia arrumaisha...Insyaallah, bagi kawan-kawan yang
tempah watermark, nadia akan cuba settle problem
broadband nadia ni secepat mungkin..hatap kawan-kawan memahami...
and kawan-kawanbyang tak pernah putus memberi semangat,
thank you so much, semoga Allah memberkati kalian selalu...
sayang sangat-sangat...hurm, tak larat nak tekan keypad ni banyak-banyak..
Doakan nadia ya.... Thank you so much......( ^ _ ^ )




nota: sekarang saya tahu, siapa sahabat sebenarnya...
tak apalah, saya masih ada Allah..




Silakan untuk LIKE sekiranya anda suka.
Thank you

Tuesday, 28 June 2011

Bila Airmata Ibu Bercucuran

Hari ini, Alhamdulillah busy juga tapi tidaklah seperti 
minggu sebelum ini... Syukur Alhamdulillah... Oh rasa
berdebar untuk ke tempat baru Jumaat ini.. Doakan
segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...




Okay, cerita tentang airmata ibu ni, rasa tersentap hati ni..
Sedih rasanya.... Begini... baru-baru ni nadia balik dari
hantar barang customer... Waktu tuh dalam jam 9 lebih...
nadia lihat mak dah tidur, pelik sebenarnya sebab mak 
nadia jarang tidur seawal seperti itu.. Kemudian nadia 
soal adik-adik, bimbang mereka ada buat perangai sampai
mak nadia sedih...Kata mereka, tak ada pun... Mak senyap
saja...Kemudian, nadia masuk bilik mak, tengok mak dah
berbaring...nadia tanya juga kenapa.... Tiba-tiba mak menangis..
Ya Allah rasa sangat sedih sebab nadia tak tahu nak buat
macammana untuk menenangkannya... Kalau kita, anak 
menangis, seorang ibu tahu menenangkan anaknya tapi nadia
rasa useless sangat sebab tak tahu nak menenangkan mak 
nadia sendiri... Yang nadia tahu, masa tu nadia cuma urut lembut
kepala mak, dan belai bagi dia tenang... Dan dengar setiap apa
yang dia sebutkan....Sangat sedih ketika itu.... Yelah sebagai
anak pertama, adalah tanggungjawab nadia mendengar setiap
keluhan dia... Selama ni nadia sangat sibuk dengan kerja-kerja
nadia hingga tak sempat mendengar keluhan mak nadia....
Lama juga, sampai nadia hampir tertidur sebelah mak.... Then bila
mak dah reda, baru nadia berganjak... Biar dia tidur dan rehatkan
fikiran dia.... Nasihat nadia bagi anda yang sibuk, cubalah pandang
wajah ibu anda ketika dia sedang tidur... Lihatlah betapa banyak
garis-garis pengorbanannya yang kadang-kadang kita terlupa
untuk berterima kaseh dan menghargainya....

Sekian terima kaseh....


nota: jangan anda menjadi seperti saya....





kalau suka entry ini, silakan untuk LIKE...

Friday, 24 June 2011

Maafkan Saya, Kawan-Kawan



Maafkan nadia ya semua sahabat yang datang jenguk
and tinggalkan komen di blog nadia... Minggu ini nadia
sangat busy, hand over semua kerja pada staff yang
bakal gantikan nadia..So banyak nak kena ajar... And
totaly sangat-sangat busy....InsyaAllah after dah settle
semua ini, nadia akan kembali berblogging seperti biasa..


Sekian, terima kaseh untuk support yang diberikan...
Sayang selalu...





Kalau suka, silakan untuk LIKE...

Saturday, 18 June 2011

How Am I Gonna Do?



Perasaan hari ni datang kerja sangatlah bercampur baur..
Rasa gembira ada, nervous, sedih, serba salah dan macam-
macam lagi... Berat rasa kaki nak masuk kereta untuk pergi
kerja.. Jalan pun selembab-lembabnya nak pergi kerja tadi..
Tahu kenapa? Sebab hari ini nadia akan buka mulut untuk
beritahu isteri bos nadia yang baik hati iaitu kak ros bahwa
nadia dah dapat kerja lain.. So nadia akan berhenti pada
hujung bulan ini...Aduhhhh sangat tertekan perasaan ini
untuk beritahu kak ros... How am i gonna do?????
Hahhh, for the future... nadia terpaksa juga berhenti...
Apapun, doakan yang terbaek untuk nadia....




Wednesday, 15 June 2011

Saya Diserang Binatang Yang Menggerunkan


Sedang asyik bersembang, tiba-tiba nadia rasakan
sesuatu duk merayap-rayap dekat peha.... Masa tu
rasa berdebar usah katalah..Memang dah agak
binatang yang paling nadia geruni..... Pastu rasa kaki
sebelah lagi juga lain macam... Memang menjerit gilak...
Tiba-tiba dengar suara mak memanggil, "Diya, bangun,
orang tak tidur maghrib!" hah naseb baek lah mimpi saja..
Itulah siapa suruh tidur petang, berlanjutan sampai maghrib..
memang tak elok dan kawan-kawan jangan sesekali tau
tidur waktu senja.... Semalam nadia memang tak sedar bila
terlelap....memang tak boleh jumpa bantal tau, letak sikit
saja kepala, terus bantal tuh ulit..Tidurlah...Tidurlah...


Okay, cerita tentang mimpi neh, mungkin sebab baru-baru neh
waktu ke Sungai Lembing, ada pacat singgah di khemah kami..
So, nadia memang sangat gerun dengan pacat, boleh nangis
menggeletar badan neh...silap hari pengsan kalau banyak...
Itu yang sampai terbawa ke mimpi... Serius nadia memang
sangat takut dengan pacat and lintah.... Memang sangat-
sangat anti.... kalau balik kampung belah ayah memang nadia
jarang turun ke kebun durian sebab takut pacat..... Biarlah korang
nak cakap hape pun...memang nadia anti sangat sangat sangat...



Pernah tau nadia terlibat orientasi waktu kolej dulu, di taman
pertanian Indera Mahkota... Masa masuk hutan, boleh pulak
pacat tuh singgah dekat pusat nadia.....memang menangis,
habis terketar-ketar aku dibuatnya.... Sampaikan kawan nadia
bagi satu tin sembur anti pacat, and sembur di badan nadia...
serius pacat kat situ mak aih bapak besarnya..... Memang gerun..
Haishhhhh tak kisahlah, korang pun mesti ada kan sesuatu yang
korang gerun, geli takut and sampai boleh nangis sedu sedan
ketakutan kan....



Macam adik nadia, sangat takut lipas... Hari tuh mase pacat naek
khemah, selamba dia guna tangan, buang...tapi cuba bagi lipas,
memang dia akan menjerit gila-gila... kalau lipas bawah meja, boleh
terangkat meja tuh dibuatnya.... Tapi nadia ok lagi kot dengan lipas...
And seorang sahabat nadia, sangat takut katak... Letak gambar
katak saja pun, dia dah lari pecut.... Pelik kan tapi itulah benarnya...


Wednesday, 8 June 2011

Gempar Sekejap Dapat UV Cecah Beriban Kerana Yuyu Zulaikha




Serius you, memang ai sangat terkejut... Mau tidak, entry ai tak seberapa
tapi jumlah tetamu yang datang tiba bertambah dan semakin bertambah
sampai cecah 10K.... Hooomak aihhhh, tetiba rasa gempak saja kan... 
Terus rasa macam dah 'DIVA' you, then rasa macam dah mampu untuk
ai kalahkan Abg Ben, Hanis Zalikha, Fatin Liyana and Cik Epal...hahahha
Semua ini gara--gara adik Yuyu Zulaikha buat review blog ai, you tau tak.....
aduhhhh berkipaskan tangan ai....hangat, rasa nak pengsan sekejap.....
Terima kasehlah adik Yuyu Shayang....


Papppppp, tetiba handphone berbunyik... Aduhhhh kacau betul aku nak
mimpi-mimpi jadi blogger hebat...huhuhuhuh adehhhh rupanya saya
cuma bermimpi...Mimpikan adik Yuyu Zulaikha yang comel, kecik and
cute tuh.... And cuma saya bermimpi dapat UV sampai ber 'K' tuh.....
hahhahaha tak apa, kurang-kurang dalam mimpi pun merasa kan....
hahahaha... Yang peliknya, kenapalah sampai saya bermimpi... Tak adalah
taksub benar dengan blog, malah sebelum tidur tak adalah pula saya
fikirkan soal adik Yuyu Zulaikha..Cehhh dapat tahu dek Yuyu, kecik hati
dia kan... Yuyu, maapkan akak dik.......Yuyu the best, ceh bodek nampak..


Apapun, semua tuh mainan tidur.... and now pun saya bersyukur dengan
apa yang saya ada and apa yang saya dapat... And sangat bersyukur
kerana UV untuk last day naik secara keseluruhan hampir 400 UV..
and untuk viewers sahaja, hampir 1K, Alhamdulillah....Oh ya, hari ini
InsyaAllah saya akan balas setiap komen dan kunjungan dari setiap
kawan-kawan blog, maaf lewat...2,3 hari neh, duk fikir watermark saja..
Jangan marah ah.....Hurmmm btw, thank you so much untuk semua....






Friday, 6 May 2011

CABARAN 10: Day 1-10 Things About Me

Okay, saya bersedia....Yes, saya bersedia..
Untuk menghuraikan 10 perkara tentang diri saya..
Bagi menyahut game cabaran 10, pada hari pertama..
Cehh semangat gila kot.. buat malu saja kan saya ni..
So, harapan saya moga yang tak kenal jadi kenal..
Yang jauh dihati, jadi rapat-rapat dihati...InsyaAllah..

saya berangan pakai crown..berangan jadi kate jap

.......................................................................................................
1. Pertama sekali namalah kot, okay yang mana rapat
and kacik dengan saya, of course dah tahu full name
saya... Okay, saya yang bernama Nadia bt. Ahmad
seperti yang tertaip di kad pengenalan ya..
Okay, ada yang tanya kenapa Arrumaisha.. Menarik!
Saya suka ini soalan... Well, Arrumaisha adalah serikandi
wanita yang sangat saya kagumi, juga dikenali dengan
gelaran Ummu Sulaim... So, inspirasi buat saya..

2. Asal, saya berasal dari Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Ceh mengada taip panjang-panjang kan.. sampai umur 12 tahun
kat Kuantan, umur 13 -17 tahun belayar ke Terengganu sorang
diri...18 sampai sekarang, terus melekat di Kuantan saja...

3. Merupakan kakak sulong dari 7 bersaudara....hihihi
Kalau berkumpul semua, memang gamat, riuh rendah
macam kenduri sekampung...

4.  Saya pemegang Diploma Multimedia....Cehh itupun nak
cerita...Orang lain pegang Degree kau.... Apapun, rezeki masing-masing..
Oh cerita pasal diploma, saya buat hiasan saja sebab now
kerja pun tiada kaitan dengan apa yang saya study dulu...
BUT adalah sikit-sikit buat freelance untuk ads design...Tampal
duit poket....

5. Tengok teman-teman rapat saya semua berjaya dalam bisnes
masing-masing.. Saya pun tak ketinggalan menceburkan diri
dalam bidang bisnes neh... Oh ya, blogshop saya Kamiherba,
ada produk herba, kosmetik... InsyaAllah soon dah tak ada kot
Kamiherba sebab saya ingin mempelbagaikan produk... So akan saya
tukar kepada nama yang lebih universal....Cewaahhh.. Semangat betul..

6. Saya sangat menghargai sahabat-sahabat baek saya.... 
Entahlah, lebih menghargai dari teman lelaki kot....Oppppsss kantoi.... 
Anyway,walau apapun jadi, mereka sangat saya sayangi, walaupun kadang
ada hal yang bikin saya tak keruan tapi tak dapat dibandingkan dengan
hal-hal yang indah yang mereka telah ciptakan di dalam hidup saya...

7. Simple..Itu agaknya dah menjadi satu ayat paling sinonim dengan
saya.. Bila orang tanya, awak ni macammana orangnya...  I just have
only one answer... Saya seorang yang simple saja... and sangat 
rendah diri walaupun sebenarnya saya neh tinggi orangnya...
Tengok saja blog saya, simple kan..hahahahah

happy together

8. Saya mudah mesra dengan siapa-siapa saja... Perempuanlah ya...
Saya ada mengenali beberapa teman blog, and walaupun baru
pertama kali jumpa, kemesraan tu dah nampak macam kenal lama..
Tapi saya sangat mahal dengan senyuman kot...Lihat pada situasi
dan keadaan persekitaran... Pernah saya ditegur kat office... 
"Eh asal muka ketat sangat, senyum la sikit"hahaha masalah sunggoh..

speeding macam ni boleh? hahaha

9. Saya gila speeding.... Saya suka drive kereta dengan lajunya...
Dan hal itu sangat saya bimbangkan.. Pernah adik saya tegur dengan
penuh berhemah.. "Kawan orang kan bawa kereta lembut sangat"
Hahaha tercuit juga sedikit... Then saya cuba drive dengan perlahan..
Oh no, tak sampai seminggu saya cuba..Dah naik hantu rasanya...
But until now, saya tetap cuba hadkan kelajuan, saya kena
beringat untuk diri sendiri...Walaupun kadang tersasar, tapi saya
tetap juga akan mencuba... Satu yang saya pesan pada diri ketika
memandu... Jangan jadi berlagak, jangan jadi selfish...Bersabar..

10. Luaran sahabat-sahabat saya cakap saya lembut..
Tapi jangan tak tahu, saya suka kawad.... Sangat menyukainya...
Waktu saya pergi ujian penilaian polis dulu, part paling saya suka
adalah test kawad... Memang saya buat yang sebaik mungkin...
Habis test, kembang wehh bila calon satu dorm puji...hahahah
Sampai sekarang tetap suka and love love love.......
.......................................................................................................


Okay, done 10 things about nadia arrumaisha..
Maaflah if ada saya terangkat bakul sendiri,
terperan santan (terperasan) sendiri ke... Semua
yang saya taip-taip neh antaranya tentang diri saya...
So, tunggu esok untuk cabaran seterusnya...
boleh baca lagi di sini: Cabaran 10


Tuesday, 12 April 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

gambar sekadar hiasan
Belajar menghormati itu tidak ada salahnya


Baru-baru ni,
ada seorang customer datang ke office
untuk beberapa urusan...
Awalnya sangat cerewet dan sedikit angin..
Memang saya sedikit takut
malah caranya seolah memperkecilkan saya..
Ya, saya sedar, saya cuma kerani biasa
di pekan kecil..
Jadi mungkin kerana itu, dia pandang
saya dengan rendah..
Tak apalah, saya kenal diri saya dan tahu
setakat mana kemampuan diri saya..


Namun setelah berurusan beberapa kali
Nampak sedikit perubahan..
Dan perkataan yang keluar darinya pun
semakin rendah dan tidak lagi tegang seperti
sebelumnya..
Sejujurnya sebelumnya saya cuba kawal diri
saya supaya tidak turut mengikut angin..
Yelah, kalau seorang angin dan seorang
lagi turut angin..Maka mana penyelesaiannya..
dan Alhamdulillah saya berjaya seketika
mengawal nafsu marah saya...


And keputusannya..
Urusan kami berjalan dengan baek...
Apapun pada masa akan datang, saya cuba
untuk terus mengawal yang mana tidak baek
yang datang dari dalam diri saya..
InsyaAllah..



pesan pada diri: tidak semua orang akan berfikiran
seperti kita..


Saturday, 9 April 2011

Wajah-Wajah Baru

Alhamdulillah syukur pada Allah..
Selesai juga merombak dan menukar
wajah-wajah blog kesayangan..
Blog ini dan blog kamiherba juga telah
bertukar wajah..
Tinggal cuma nak design iklan-iklan
bagi setiap produk..
Hopefully semuanya dipermudahkan..


Now, konsep untuk blog ini
lebih kepada diari umum...
Jadi penggunaan bahasa juga
kata ganti diri juga mungkin akan
berubah...

Kenapa?
Mungkin juga saat ini saya melalui
fasa-fasa perubahan pada diri..
Apapun, semoga segalanya
semakin baek... Semoga saat-saat
yang saya lalui setelah ini
semakin bermakna....
InsyaAllah....

Thursday, 31 March 2011

Maafkan Saya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Hari ni nadia rasa sangat penat..
Dan sangat lemah...
Akhir-akhir ni pun nadia memang
tak dapat nak blogwalking...
And untuk sahabat blog yang
ada email nadia untuk tolong
buatkan watermark atau header..
Nadia minta maaf sangat-sangat
sebab nadia mungkin tidak dapat
menyiapkan semua tu untuk masa
sekarang...


Apapun, nadia akan reply email mereka
dan maklumkan secepat mungkin...
nadia rasa sangat down bila terpaksa
menghampakan mereka...


Hari ni nadia rasa cuaca sangat sejuk...
Badan, kaki dan jari jemari nadia rasa
macam beku kesejukan tau...
And then, nadia pun tak pasti kenapa
hari ni asthma datang menyerang dari
pagi tadi....Mula-mula nadia biarkan saja
sebab biasanya akan hilang....
Tapi ni dah masuk tengahari masih lagi
batuk-batuk kecil....
Hopefully petang sikit akan hilang...


Apapun, nadia harap segalanya menjadi
semakin baek dan akan cuba berusaha
sebaik mungkin...
Cuba untuk terus positif....
InsyaAllah....