Monday, 23 January 2012

Saya Bangkit Kembali

.........................................................................

"Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.
Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak dapat
mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati
yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan."

"Sebahagian orang seperti ikan buta. Dia mengira bahawa dia
berada di dalam gelas kecil, padahal dia berada dilautan luas.
Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun
acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,
ketakutan, permusuhan dan kesedihan."

Petikan kata-kata dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.



Beberapa hari yang lalu, saya mula bangkit. Bangkit dari kesedihan
demi kesedihan yang saya alami. Kesedihan dek pemergian 4 orang
yang saya sayangi.. Semoga mereka bersemadi dengan tenang dan
roh mereka dirahmati Allah.

Bukan itu saja, cacian demi cacian, tohmahan demi tohmahan saya
terima dek kerana salah faham. Malah ada yang berbaur fitnah.
Tak apalah, ini saat Allah menguji saya dengan hebat sekali. Belajarlah
kenali Allah sebetulnya dan anda akan tahu betapa hebatnya Allah.
Allah menguji hamba yang Dia sayangi, Allah lebih tahu segala
sebabnya. Dan saya amat yakin denganNya. Ambil setiap sesuatu
itu pada sudut positif bersama untaian zikrullah..

Ingat, kita ada Allah dan ingat juga, kita hidup di dunia ini hanyalah
sebagai musafir. Bila tiba saatnya, kita akan kembali ke kampung
halaman kita yang kekal iaitu akhirat. Bagaimana saat kita kembali?
Terpulang bagaimana kita mengumpul harta akhirat untuk membina
mahligai di sana kelak... Wallahualam..


.........................................................................





9 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Suka tengok nadia senyum lagi....go for it....rietta tahu nadia kuat....

Dhea Ahmad said...

thanks rietta...thanks sgt slalu bagi semangat and setia bace blog nadia...

bobiedanbad said...

be stong dear

eiela said...

chaiyok2,,bangun nadia.

ceksumolek's said...

semoga awak kuat hadapi hari demi hari :)

mamawana said...

Assalam sweetie

Mwana mengerti hati mu sayang. Mwana pun pernah melalui dan mengalami keadaan ujian yg sebegitu mencabar. Pernah terasa seolah2 semua manusia membenci dan memfitnah kita namun Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang... sedar tak sedar dlm duka Allah swt menjemput mwana beberapa kali utk menjejak kaki di Haramain utk Haji dan Umrah. Puncak segala cinta dan rayuan. Cukuplah Allah swt bagi ku. Alhamdulillah.

Unknown said...

saya jumpa link blog awak dari blog eyriqazz..sgt2 tertaik dgn nama blog awak..anyway bila saya tengok ttg status perhubungan awak dan arwah (3 tahun serasi dan arwah pergi 3 bln lepas) , saya cukup sedih. takziah. semoga awak semakin kuat dan tabah.

AYuNG said...

senyum la nadia...

semoga senyuman nadia selalu membuatkn diri nadia semakin tabah dlm mengharungi ujianNya

nORmAL said...

Semoga Allah swt sentiasa melindungi akak,,,,,,,,...