Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 10 August 2011

Boleh Ke Nak Turun Berat Badan

Pening jugak bila fikir tentang persoalan di atas tuh...
Boleh ke? Boleh ke? Macam tak boleh laaaa.... Boleh ke
dapat kembali berat saya 57kg sebelum neh....entah....
give up pun ada....huhuhuhuhu

Bulan Ramadhan kali neh, selera saya semakin kurang...
Entahlah, saya sendiri pun tak tahu...Kebiasaannya kalau
ke Bazar Ramadhan, saya hantu tengok kuih.... tapi sekarang..
jeling saja and niat nak beli tuh memang tak ada....Biasa
kalau ke Bazar Ramadhan pun, saya akan beli air buah-buahan
and sejenis kuih untuk famili....


Okay, cerita tentang turun berat badan neh... Alhamdulillah
ramai tegur badan semakin susut and Alhamdulillah saya
sendiri rasa badan neh ringan sikit.... Tau saya buat macammana?
waktu bersahur, saya cuma ambil 2 sachet Nesvita Oat...
Oh ya kalau nak cuba, better ambil 2 sachet sebab kalau
ambil 1 sachet, tak sampai tengahari perut dah berkeroncong..
Then, waktu berbuka nadia minum air buah-buahan and kuih-muih..
kalau mak masak lauk sedap, jamah jugak la sedikit...
kempunan pulak nanti....Apapun, nadia belum timbang, malas...
Biar habis puasa baru timbang... sebab rasanya masuk Aidilfitri,
confirm berat akan naek....huhuhuuhuh betul tak?






if suka entry neh, jom LIKE...
if nak comment, comment secara berhemah...
Thank you

Thursday, 9 June 2011

Berjaya Juga Menurunkan Berat Badan




Haaaaa, misti ada yang ingat nadia yang berjaya menurunkan
berat badan kan...Wah wah wah kalau benar dikata, Amin...
Alhamdulillah syukur sangat kalau benar....Apapun nadia 
masih dan dalam proses berusaha untuk menguruskan badan..
Yang penting untuk kesihatan, maklumlah orang asthma macam
nadia ni mudah sangat semput kan....


Okay bercerita tentang siapa sebenarnya yang berjaya untuk
menurunkan berat badan...Orangnya adalah adik nadia sendiri
iaitu Malia, adik nadia yang ke-2... Sebelum ni berat badannya
kalau tak silap nadia 65kg kot... kalau tak silap nadia lah....
Then now, hanya sebulan lebih sudah turun kepada 57kg...
Wahhh banyak gilak kau turun..kau tak makan kah budak...
Baru-baru ni waktu nadia keluar makan bersama malia ni,
dia pun apa lagi, bla bla bla bercerita dengan bangganya sebab
berjaya menurunkan berat badan... Haruslah kan bangga, usaha
sendiri, dah lah kena kuatkan semangat melawan nafsu makan..
Dia kuat makan weiii..... but now, dia dah berjaya juga untuk
control nafsu makan dia tuh....


Nak tahu macammana dia turunkan berat badan.. Haaa meh sini
nadia cerita... No need product mahal-mahal bagai untuk semua
tuh... katanya, dia banyak makan bihun dan kuetiaw... tak kisahlah,
bihun sup ke, kuetiaw tom yam ke.. janji bukan nasi.... nasi tu
kalau sentuh pun memang jarang sangat... Sehari kadang
sampai 3 kali dia makan kuetiaw atau bihun....katanya...Then
dia jugak semakin merajinkan diri bersukan dengan caranya
bermain badminton...katanya jugak....So untuk siapa yang ingin
menurunkan berat badan, menguruskan badan, mengurangkan
lemak dalam badan juga sewaktu dengannya, cubalah cara ini..
Dan semestinya nadia juga akan mencuba.... Moga-moga menjadilah
pada diri nadia ni kan kan kan....hopefully...Doa-doakanlah ya...


ini gambar budak malia yang bangga tuh...hihihihi










Saturday, 19 March 2011

Penangan Seafood

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT



Apa khabar semua?
Hopefully Sabtu ni membawa makna kepada kita semua..
InsyaAllah..

Okay, today nadia kerja half day and ada kenduri kawen
yang patut dihadiri petang ini..
Namun nadia tak dapat pergi memandangkan kereta nadia
iaitu si jaguh sedang buat perangai..
Problem pada gear, semacam spring atau apa entah tercabut.
Semalam terjadi, jadi untuk masuk gear 3 dan 4 sedikit bermasalah
dan kena drive perlahan..
Apapun, segalanya pasti ada hikmah..
nadia harap nadia kuat hadapi semua ni..
InsyaAllah minggu depan perlu dihantar servis..
Bermanjalah puas-puas ya si jaguh di pusat servis..


Okay, malam semalam nadia pergi merambu bersama adik-adik nadia
Katanya mahu belanja makan steamboat
di East Coast Steamboat, Jalan Beserah Kuantan..
So, around 8pm kami sampai di sana..
Oh ya nadia tak sempat nak snap gambar
Excited nak makan, ditambah pula memikirkan soal kereta..
So, segala gambar nadia pinjam dari mereka
yang pernah makan di sana..

gambar pinjam dari SINI

gambar pinjam dari SINI

Okay, dijadikan cerita, nadia and adik-adik ambil seafood
yang banyak.. Cehhh tamakkan...
Oh ya, harga dia untuk seorang RM20,
sekiranya tak habis, akan ditimbang dan dikenakan caj RM6
kalau tak silap nadia lah.. sebab kami makan habis...ngeh ngeh ngeh..


Nak dijadikan cerita..
Mula pertengahan makan, adik lelaki nadia mula gatal-gatal tekak..
Dia memang alergik dengan udang sebenarnya..
tapi gatal nak makan jugak..
Then, bila dah habis makan..
giliran nadia pula... bibir nadia bengkak sikit
dan jari-jari naik gatal...
nadia gigit-gigit jari bagi kurang rasa gatal..


Untuk mengurangkan bengkak semua tu
singgah di Teluk Cempedak, pekena aiskrim McD..
Nadia pilih McFlurry Mango Peach, masam manis best..
Okay la sikit bibir, semakin kurang bengkak..
Oh ya, bulan terang dan cantik malam semalam..
Then ada persembahan lagu ala-ala country gitu..
Jadi kami semua, makan aiskrim, dibawah bulan
ditepi pantai diiringi lagu country.... Chewaaahhh gitu pulak..
hahahah..


Apapun, seronok sebab dah lama tak keluar bersama adik-adik..
Maklumlah adik nadia yang kedua tinggal berasingan dan jarang jumpa..
So, bila dah jumpa, banyak hal nak cerita..


Okay semua, maaf ya cerita nadia ni membosankan..
Semoga nadia dapat bercerita yang lebih baek selepas ini..
InsyaAllah...
Oh ya, nadia ada dengar petua mengurangkan alergik
tapi entah boleh pakai atau tidak..
Sebenarnya kalau kita alergik pada sesuatu makanan
maka harus kita makan selalu makanan yang kita alergik itu
kerana mungkin pada awalnya darah kita kurang sesuai
tapi bila kita ajar diri untuk melawan alergik makanan tersebut
InsyaAllah darah akan serasi...
Wallahualam tapi nadia rasa memang menjadi..
Cubalah tapi kalau yang alergik kuat
baik minta nasihat doktor...


Apapun segala yang datang
pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu...
Wallahualam...



Saturday, 6 November 2010

Kiamat Itu Pasti Terjadi



Gambar sekadar hiasan.



Mungkin ada sesetengah antara anda yang dah baca artikel ini di facebook. Alhamdulillah. Di sini ingin sekali nadia kongsikan bersama semua artikel yang nadia peroleh dari teman-teman di facebook. Sesuatu yang baik dan bermanfaat adalah sesuatu yang wajib untuk kita kongsikan. Semoga dengan adanya artikel ini membuka hati kita untuk terus beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Hidup ini sangat pendek, hargailah masa yang ada. Kumpullah bekalan yang cukup untuk akhirat kelak.

Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Friday, 5 November 2010

Tazkirah: Doa Untuk Kita Amalkan.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَاعِدْ بَÙŠْÙ†ِÙ‰ ÙˆَبَÙŠْÙ†َ Ø®َØ·َايَاىَ ÙƒَÙ…َا بَاعَدْتَ بَÙŠْÙ†َ الْÙ…َØ´ْرِÙ‚ِ ÙˆَالْÙ…َغْرِبِ ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù†َÙ‚ِّÙ†ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ الْØ®َØ·َايَا ÙƒَÙ…َا ÙŠُÙ†َÙ‚َّÙ‰ الثَّÙˆْبُ الأَبْÙŠَضُ Ù…ِÙ†َ الدَّÙ†َسِ ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ اغْسِÙ„ْ Ø®َØ·َايَاىَ بِالْÙ…َاءِ ÙˆَالثَّÙ„ْجِ Ùˆَالْبَرَدِ

Maksudnya:

"Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk."
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ameen Ya Rabb A'lamin.

Sumber dari sini:

Wednesday, 20 October 2010

Belajar Menerima Keadaan Seadanya



Tahun depan, umur semakin bertambah.
Namun tanda-tanda seru masih tiada.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Dan nadia sedang belajar menerima keadaan dengan seadanya.
Belajar bersyukur dan menerima takdir Allah.
Apa yang disediakan Allah itu, pasti terbaik buat hambaNya.
Sedih, sakit dan terluka, pasti dirasai.
Namun hakikat manis dihujungnya pasti membuah kebahagiaan.




Mak selalu pesan.
Setiap orang Allah kurniakan ujian yang berbeza-beza.
Ada orang Allah berikan ujian atas pekerjaan.
Ada orang Allah beri ujian atas kesihatan diri.
Ada orang Allah beri ujian atas anak-anaknya.
Ada orang Allah beri ujian atas kekayaannya.
Bermacam-macam ujian.

Benar.
Di situlah wujudnya pelbagai ragam, aksi, tawa dan nangis.
Yang penting, belajar bersabar dengan ujian Allah.
Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.
Allah tidak akan membebani hambaNya 
dengan ujian yang tidakkan mampu ditanggung hambaNya.
Jadi nadia kena bersabar dan berdoa.
Bukankah senjata umat Islam itu adalah doa.
Jadi berdoalah kepada Allah Yang Maha Mulia.

Nadia ingat lagi pesan seorang sahabat.
Jodoh itu pasti datang dengan sendirinya.
Usah bersedih.
Benar, waktu nadia sekarang untuk keluarga.
Bahagiakan keluarga dan sahabat.
Mencari rezeki untuk keluarga.
Allah Maha Pengasih.
Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.

Nadia masih ingat pesanan kak Chik.
Bila manusia menyakitkan hati kita.
Berbaliklah kepada Allah. 
Dia tidak pernah melupakan 
atau menyakitkan hati kita. 
Dialah sumber ketenangan.
Terima kaseh kak Chik.
Akhir sekali.
Berbaik sangkalah dengan Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah SAW bersabda:
"Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan
apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku
berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku
(berzikir kepada-Ku).'"
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Friday, 4 June 2010

Perantau dan Penjahat

Pada suatu hari, khalifah Sulaiman bin Abdul Malik datang ke Madinah. Beliau ingin berjumpa dengan Abu Hazim, satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup. Kepada Abu Hazim, khalifah menanyakan tentang bagaimana keadaan seseorang yang akan meninggal dunia. Abu Hazim menjawab:

"Keadaan orang yang akan meninggal dunia itu ada dua macam. Pertama, seperti perantau yang dipanggil balik ke kampung halamannya untuk menengok beberapa perkara daripada hasil jerih payahnya. Dia telah diberitahu semua yang dihantarkan ke kampung daripada perantauan itu adalah daripada hasil kerjanya selama merantau. Kita dapat bayangkan perantau yang berjaya tentu akan mempercepatkan kepulangannya.

Lebih-lebih lagi jika dia mengetahui bahawa dia akan disambut oleh masyarakatnya dengan riang gembira kerana dia berjaya. kedua, dia seperti penjahat yang lari daripada penjara kemudian dia akan ditangkap kembali. Dia akan diheret ke mahkamah, diseksa dan dilemparkan dengan kejam ke tempatnya semula. Dapat dibayangkan betapa takutnya orang itu."

Demi mendengar penjelasan Abu Hazim itu, khalifah menangis tersedu-sedu sambil berdoa, "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku diwaktu kembali kepadaMu seperti penjahat yang melarikan diri kemudian tertangkap kembali. "

Friday, 26 March 2010

Hilangkan Gatal Tekak

Ambil sedikit perahan limau nipis, lebih kurang satu sudu.
Campurkan bersama sedikit garam.
Sebatikan ia bersama,
kemudian minum air campuran tersebut tanpa perlu tambahkan air.
InsyaAllah, gatal-gatal tekak akan hilang dan
mengurangkan batuk yang disebabkan kegatalan itu.

Monday, 11 January 2010

Mengurangkan Gastrik & Pedih Ulu Hati

Assalamualaikum WBT.....
and salam hari ISNIN buat semua sahabat.....

Wah, last day very busy mengubah kedudukan barang-barang dalam bilik.... Bagi kelainan sikit and keluarkan yang maner patut.... hasil nyer Alhamdulillah lebih kemas and lapang.... Tak banyak perabot.... suke...suke....

Oraite...akhir-akhir ni nadia slalu saket kepale, pedih ulu hati.... and tanda-tanda macam nak terkena gastrik.... huhuhuh kalo mai saket kepale...Hanya Allah yang tahu.... Pastu ble makan, rase kurang ckit...tp mesti nak termuntah....kalo tak, pedih sangat ulu hati..... huhuhu..

Then, bebaru ni ayah saudara bagi petua.... dia cakap pagi-pagi bangun tido.... amalkan minum air masak....sebelum gosok gigi.... Dia penah kne macam nadia and Alhamdulillah lepas amalkan semuanyer baek.... tapi ble difikirkan, sebab terjadinyer gastrik adalah asid perut...so, ble bangun tdo, air liur kite mengandungi kandungan alkali tinggi.... untuk neutralkan asid adalah alkali.... so... ader betulnyer jugak minum air dlu lepas bangun tido....

Setakat ni nadia belum cube lagi...nadia cume makan secara konsisten.... tapi dengan pengambilan makanan yang terhad....Alhamdulillah maken jarang saket kepale......

So...maner-maner sahabat yang mengalami masalah seperti nadia, cube laaa amalkan petua ni... Mungkin beri manfaat kita bersama...InsyaAllah...

Wednesday, 30 December 2009

Petua


Okay, mungkin ramai yang tahu bahawa pokok inai banyak khasiatnya, di antaranya adalah menyembuhkan cekam. Ambil daun inai, tumbuk sehingga lumat dan letakkan pada kuku yang mengalami masalah cekam.

Selain dari itu, daun inai juga mampu menjadikan rambut sihat dan berkilat. Ia juga mampu menguatkan akar rambut, menjadikan kulit kepala sihat. Nadia slalu jugak laaa amalkan cara ni...

Akar pokok inai juga dikatakan mampu melegakan penyakit asma. Ambil akar pokok inai, basuh sehingga betul-betul bersih. Rebuskan akar inai tersebut dan ambil air rebusan tersebut untuk dijadikan minuman. Dulu mase kecik-kecik, mak nadia slalu buat untuk nadia...Amalkan selalu.InsyaAllah....