Monday 22 April 2019

Simple Dinner | Spaghetti Aglio Olio With Crusted Chicken Parmesan



Hello Lovelies!
Assalamualaikum 💕

Okay, bila sebut soal dinner ni, to be honest dari waktu lunch lagi dah fikir apa yang nak sumbat ke dalam perut malam nanti. Sebab kebiasaan kami suami isteri, lunch berbekal dengan menu yang simple tetapi dalam kategori makanan berat la contoh nasi, sayur, ayam.. Tapi untuk dinner, memang kami prefer makanan yang lebih light seperti spaghetti, bihun, sandwich.. Dan boleh dikatakan menu tu sentiasa ulang-ulang.. Dan yang paling banyak kena ulang oleh sang isteri adalah spaghetti aglio olio sebab itu favourite food sang isteri, ditambah pulak, tuan suami tak banyak soal.. So kali ini, sang isteri gandingkan spaghetti aglio olio bersama crusted chicken parmesan yang simple tapi rasanya wallahhhh sedap.. Alhamdulillah ❤


Caranya bagi daku, sangat mudah untuk disediakan, cuma kalau nak ayam tu lebih rasa rempah, boleh perap lama sikit. Kebiasaan, daku perap selama 15-20 minit macam tu saja.. Bahan perap ayam tu daku hanya gunakan tepung bestari berperisa garlic. Tepung bestari ni ada pelbagai variasi, ada yang original, ada yang pedas dan ada berperisa garlic. Semua variasi dah pernah daku cuba dan yang garlic ni sangat 'in' dengan tekak daku juga tuan suami.. Kalau di rumah mak, memang yang pedas menjadi faveret diaorang.
Okay, berbalik pada ayam parmesan kita.. Untuk dimakan bersama spaghetti ni, bahagian dada ayam yang paling sesuai mengikut kehendakku. So, dada ayam tu daku akan potong nipis dan perap dengan tepung bestari.. Kalau suka potong ala-ala chicken tenders pun boleh jugak.. Ikut suka tekak nak makan dan mata yang mahu melihat..

Cukup waktu perap, satukan grated parmesan cheese dan bread crumb dalam satu bekas.. Banyak mana? Secukup korang nak balutkan pada ayam tu.. Daku memang tak bersukat sangat.. Bubuh saja ikut kemahuan hati 😆.. So salutkan dada ayam tadi dengan bahan tadi, kemudian tekan-tekan sikit kasi ayam tu penyet sikit.. Kalau korang ada tools untuk penyetkan ayam tu, boleh saja nak guna.. Macam daku, guna apa ada di rumah.. Lepas dah penyet dan penyet ayam tersebut, kita boleh bakar oven atau pan searing atau deep frying ayam tu.. Kalau nak bakar guna oven, spraykan sedikit minyak atas ayam tersebut. Macam daku, lebih suka pan searing ayam tersebut.. Kalau nak lebih crunchy, deep frying adalah the best bagiku tapi sebab daku sedang belajar menjaga makan, mengawal kalori, so daku memang sebolehnya elakkan penggunaan minyak yang banyak.. 
Eh kata kawal kalori, kenapa tak bakar oven saja? Ohh daku tak adalah strict sangat.. Orang kata pelan-pelan kayuh ikut kemampuan diri sendiri.. Gituuu..


So kalau pan searing ni, dengan api yang sederhana.. Tak lama pun sebab ayam tu pun nipis jer kan lepas dah terpenyek.. Agak-agak dah bertukar keperangan, bolehlah diangkat, disejukkan sikit dan dimakan bersama spaghetti aglio olio.. Terasa ke'western'nan di situ tau 😂 Kadang-kadang ada jugak daku gandingkan bersama bihun goreng singapore. Kadang-kadang ada jugak daku kepit dengan roti, salad buat sandwich.. Kadang-kadang ada jugak daku balut ayam ni dengan tortillas, terus bertukar jadi chicken wrap.. Haaa kan dah dapat pelbagai menu untuk dinner.. Mudah kan 👌

So selamat mencuba resepi.. Eh resepi ke ni? Hurm.. tak kisahlah kan, janji selamat mencuba untuk korang yang nak dinner ala western ni.. Nak buat breakfast atau lunch pun boleh.. Tak kisah, janji perut terisi, mudah menyudahkan kerja hari-hari... Inshaa Allah ❤





Wednesday 27 September 2017

Program Free Canteen & Free Market - Bantu Mereka Yang Memerlukan

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, pada 25 September 2017 lalu, Sahabat Telekung Kuantan telah melancarkan satu kutipan dana bagi program terbaru anjuran mereka iaitu Free Canteen & Free Market STK @ SK Cherating.. Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan tengahari bagi 208 pelajar tahun 6, 76 pelajar miskin dan 12 orang pekerja am yang kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan.. Selain itu juga, mereka turut menyediakan Kit Solat Pelajar yang berisi pakaian solat dan Pek Free Market yang diisi dengan makanan seperti contoh; bihun, teh, gula untuk diberikan kepada pelajar miskin dan 12 orang pekerja am dari sekolah terbabit..


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Alia: www.wasap.my/+60162600905
Dhea: www.wasap.my/+60133750448 
💌 sahabattelekung@gmail.com

Mengikut maklumat yang diterima oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan, keadaan pelajar-pelajar miskin dari sekolah terbabit sangat menyedihkan hati bilamana ada di antara mereka yang terpaksa mengeluarkan duit tabungan mereka sendiri untuk membantu ahli keluarga membeli keperluan dapur. Dan mengikut tinjauan yang dibuat oleh pihak Sahabat Telekung Kuantan juga, keadaan rumah salah seorang pelajar sangat meruntun hati. Manakan tidak, itulah dapur, itulah ruang rehat, itulah ruang tidurnya, serba kekurangan..
Lawatan ke rumah terbabit juga adalah bertujuan untuk melawat salah seorang pelajar yang sakit dek kerana jatuh ketika memanjat bumbung bagi menangkap burung untuk memasak. Mashaa Allah, tidak terdetikkah di hati kita? Saat kita sedang enak menikmati makanan, mereka masih lagi tercari-cari sesuatu untuk dimakan.
Subhanallah, tidak terfikirkah kita bagaimana mereka ingin meneruskan kelangsungan hidup?


Benar, tidak semua dapat kita bantu. Tapi dengan sedikit yang kita ada ini, InshaaAllah dapat memberikan senyuman di bibir mereka. Sahabat pembaca sekalian, jangan tunggu menjadi kaya untuk bersedekah.. Walaupun sekadar RM1 sahaja yang kalian infakkan ke jalan Allah dengan hati yang penuh ketenangan, keredhaan.. Itu lebih Allah pandang berbanding RM100 yang disedekahkah tetapi hati kita ini sentiasa dicuit perasaan bimbang akan ketidakcukupan kita...
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
Al-Baqarah:245
Sahabat pembaca sekalian, andaikata kalian tidak mampu untuk bersedekah sekalipun, saya mohon dengan penuh kerendahan hati, bantulah saya menghebahkan program ini supaya lebih ramai yang tahu, dah moga dengan hebahan dari kalian, akan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menyumbang..InshaaAllah... Sahabat, di akhirat kelak, paling saya khawatirkan saat Allah menanyakan, apa telah saya lakukan untuk membantu mereka.. Dan seandainya telahpun saya usahakan, inshaaAllah saya akan punya jawapannya.. Wahai Allah, telah aku bantu dengan cara yang sedemikian dan sedemikian... Dan sungguh hingga ke saat ini saya sangat yakin, bahawa sekecil-kecil kebaikan itu, akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak... Wallahualam..