Last day hari yang sangat busy, bermula pagi hinggalah ke malam. Ohh sepatutnya menjadi rest day tapi komitmen mengatasi segalanya. Cewahhh. ayat menggelikan hati.
sumber gambar: corbis.com |
Apapun, last day cousin nadia, Angah berpindah ke rumah baru yang dibelinya. So kami adik beradik bertungkus lumus membantu yang mana patut. Dari hal bersihkan rumah sampailah kepada mengemas rumah. Apapun, nadia cuma bantu bersihkan rumah. Kebetulan dikawasan rumah angah, kawasan perumahan baru. Dan yang menjadi sangat menarik adalah, sebelah rumah angah adalah rumah zack, sahabat baik angah. depan rumah angah pula rumah joe, juga sahabat baik angah. Mereka berdua juga adalah classmate nadia sekolah kecik-kecik dulu iaitu sekolah rendah.
Kata angah lagi, rumah hujung sekali kawan baik nadia mase kecik dulu..kamisah... Aisey korang ni pakat beli rumah dekat-dekat eh... and salah satu deretan rumah angah, rumah classmate angah, shafie... wah wah wah ini seperti menggamit kenangan nih... hahah...
kata angah lagi, ada lagi kosong 2 unit. Tak nak beli ke? Hohoho ikutkan kehendak hati memang nak. Tapi nadia perlu selesaikan komitmen yang banyak sebelum beli rumah. Mana tahu, insyaAllah tahun depan dapat beli rumah. Amin. Semoga dimakbulkan Allah dan semoga diberi kemudahan olehNya. Amin.
Apapun, sangat seronok dapat berjumpa mereka-mereka yang sama-sama bermain 'lumpur' masa kecik dulu. Semua dah ada anak kecuali nadia yang masih lagi single nih. huhuhu tak pelah, Allah telah menyediakan sesuatu yang berbeza untuk nadia. Semoga Allah memberi nadia jodoh yang baik, memahami nadia dan yang penting Islam adalah ketetapan yang utama dihatinya. Amin.
No comments:
Post a Comment