Assalamualaikum WBT
Okay, dalam nadia sibuk menggodam kembali entry-entry lalu..
Terjumpa dengan entry yang paling-paling nadia suka ni..
So nadia nak repost and share semula dengan anda semua..
Yelah, nadia sendiri pun tak baca sangat entry-entry lama
inikan pulak pengunjung-pengunjung kan...
Of course inginkan entry yang segar bugar kan...
Time ni nadia lebih senang membahasakan saya lagi..
Apapun, nadia just copy and paste saja.....
Mudah, cepat dan selamat (sebab takkan ada ayat yang missing)
So, meh kita baca, hayati dan praktikkannya..
Semoga ia memberi panduan kepada kita bersama..
InsyaAllah....
pinjam dari corbis.com |
Kisah ini menceritakan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50. Menurut kenalan-kenalan terdekat, pasangan ini begitu terkenal dengan kemurahan hati dan keharmonian mereka di dalam berumahtangga. Tidak pernah terdengar sekalipun mereka bertengkar apatah lagi untuk bersengketa. Begitulah kehidupan mereka.
Pada hari ulang tahun tersebut, ramai saudara mara dan kenalan-kenalan terdekat datang menziarahi pasangan ini untuk turut sama meraikan mereka. Pasangan ini menyambut kedatangan tetamu dengan hati yang terbuka. Tiba waktu untuk menjamu selera, makanan yang dihidangkan adalah makanan kegemaran pasangan ini.Ketika menjamu selera, si suami mengambil seekor ikan dari masakan kegemarannya, lalu dengan gembira, diberinya bahagian kepala kepada si isteri. Saat itu wajah si isteri berubah. Di dalam hatinya, tidaklah dia gembira kerana selama dia mengahwini suaminya, tidaklah pernah lagi dia merasai bahagian isi ikan yang menjadi kegemarannya. Ini kerana setiap kali itu juga suaminya akan memberinya bahagian kepala yang paling tidak disukainya. Lalu pada hari itu, dia nekad untuk menyuarakannya kepada si suami.
Saat dia menyuarakan apa yang terbuku dihatinya itu, si suami berubah wajah. Dia begitu sedih mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. lalu berkatalah ia,"Wahai Isteriku, Tahukah kamu bahawa aku sungguh berdukacita mendengarnya dan tahukah kamu bahawa bahagian yang menjadi kegemaranmu itu adalah bahagian yang paling tidak aku sukai"."Setiap kali itu juga aku memberi bahagian kegemaranku kepadamu kerana aku hanya ingin memberi yang terbaik untukmu. Agar kamu tahu bahawa sejak aku mengahwinimu, aku sentiasa inginkan yang terbaik untukmu"."Kerana itu aku sentiasa memberikanmu bahagian kegemaranku kerana itu adalah bahagian kesukaanku, bukan yang tidak menjadi kesukaanku",sambungnya lagi.
Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh suaminya, si isteri terus memohon ampun dari suaminya kerana dia telah membuat suaminya berdukacita akan dirinya.Perkara tersebut didengar dan dilihat oleh tetamu yang hadir, dan tahulah mereka, apa yang menjadikan rumahtangga pasangan suami isteri ini sentiasa harmoni. Ada di antara tetamu begitu terharu akan kejadian tersebut dan mereka menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa akan datang.
So, apa pendapat anda...
Maafkan nadia sekiranya ada kekurangan nadia
dalam mengarang kembali cerita ini...
Sekian terima kaseh...
3 comments:
bagusnyeeee suami dia. tapi istri die pulak salah paham . tapi bgus gak istri die terus terang. kalo x si suami xtahu smpai bile2 tu bukan kegemaran si istri. n si istri pon dapat tahu betapa si suami syg sgt kat die kan . huhuhuhuh~ ::)
lelaki,kdg2 dia xnk tunjuk dia syg perempuan 2 lebih2.
bestnye suami cemni :')
Post a Comment