Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua
Mengikut apa yang dibentangkan dalam budget 2017 baru-baru ini. BRIM atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia dah pun dinaikkan kepada RM1200 bagi mereka yang layak. Dan mereka yang berkelayakan boleh mula mengisi borang permohonan atau mengemaskini maklumat peribadi masing-masing bermula 5 Disember 2016 yakni semalam sehingga 31 Disember 2016. Anda yang berkelayakan bolehlah melayari https://ebr1m.hasil.gov.my untuk mengisi borang permohonan baru atau mengemaskini maklumat peribadi.
Jadi cepat-cepatlah ya sebelum tarikh permohonan tutup.
Klik pada ruangan PETAK HITAM untuk permohonan baru atau mengemaskini permohonan anda |
Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan BR1M ni adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4000 sebulan.
- Untuk bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2000 sebulan.
- Mereka yang menerima BB1M yakni Baucar Buku 1 Malaysia TIDAK layak menerima BR1M.
Berikut pula adalah kadar bayaran BR1M yang telah ditetapkan:
- Kategori isirumah bawah RM1000 (e-kasih) : RM1200
- Kategori isirumah bawah RM3000 : RM1200
- Kategori isirumah bermula RM3001 - RM4000 : RM900
- Kategori BR1M untuk individu bujang : RM450
Ini pula jadual pembayaran BR1M bagi sepanjang tahun 2017:
Kategori pendapatan isirumah bawah RM1000 (e-kasih) dan bawah RM3000:
- Ansuran pertama : RM400 pada Januari 2017
- Ansuran kedua : RM400 pada Mei 2017
- Ansuran ketiga : RM400 pada September 2017
Kategori pendapatan isirumah RM3001 hingga RM4000:
- Ansuran pertama : RM300 pada Januari 2017
- Ansuran kedua : RM300 pada Mei 2017
- Ansuran ketiga : RM300 pada September 2017
Kategori bagi individu bujang:
- RM450 pada Januari 2017
Jadi, bagi mereka yang berkelayakan, cepat-cepat isi borang permohonan atau mengemaskini maklumat peribadi sebelum tarikh akhir 31 Disember 2016 ni.. Semoga perkongsian maklumat ini dapat mempermudahkan urusan anda dan memperolehi manfaat bersama.. InshaaAllah..
No comments:
Post a Comment