Monday, 28 November 2016

Resepi Soba Noodles Salad

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua 💕


Akhir-akhir ini, sejak usia semakin bertambah, saya agak cerewet dan menjaga soal pemakanan saya. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang agak kurang baik dua, tiga bulan ini dan berat badan saya yang bertambah. Jadi, saya cuba menukar menu sarapan saya yang biasa seperti nasi lemak, nasi minyak kepada makanan yang lebih sihat. Dalam notes handphone saya sendiri, pelbagai jenis nama menu sihat yang saya simpan, dengan harapan memudahkan saya merealisasikan impian saya untuk menukar corak pemakanan saya kepada yang lebih menyihatkan. Dan minggu lalu, saya mendapat idea untuk mencuba Soba Noodles Salad and add on dalam nota menu sihat saya. Alhamdulillah, resepinya sangat mudah dan menjimatkan masa. Untuk bahan-bahan pula ada yang saya olah sedikit dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Soba Noodles Salad
Bahan-bahan dan cara-cara penyediaan.



1 bungkus mee soba - 1 bungkus ada 3 ikat
(Sesuai untuk 4 orang makan)
Rebuskan mee soba selama 4 minit
Boleh baca arahan cara rebus di paket mee soba

Cara penyediaan sos soba noodles salad
3 sudu besar cuka - saya gunakan cuka putih biasa
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak sayuran - saya gunakan olive oil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap soya cair - saya gunakan kicap kipas udang lemak manis
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam

Masukkan kesemua bahan sos ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Bagi yang ingin rasa yang lebih manis, tambahkan gula. Begitu juga dengan cuka, sekiranya ingin rasa masam yang kurang, kurangkan cuka. Tapi bagi sukatan yang saya beri ni, InshaaAllah rasanya sekata bila kita gaulkan bersama mee soba dan salad.

Untuk Salad
Kobis ungu
Lada benggala
Lobak

Untuk salad, boleh tambahkan salad lain seperti salad roman dan beberapa salad lain.
Hiriskan semua bahan salad secara nipis.



Last, gaulkan salad, mee soba dan sos dalam mangkuk yang besar dengan rata. Untuk mudah, ambil plastik bersih, dan balut tangan untuk gaulkan semua bahan tadi dengan sebati. Kemudian taburkan bijan.

Optional
Untuk mereka yang nak rasa yang sedikit pedas, boleh taburkan chili flakes mengikut tahap kepedasan yang anda sukakan.

Jadi, macammana pandangan anda tentang resepi ni. Mudah kan.. Okay, hopefully dengan resepi ini dapat mempelbagaikan lagi menu-menu kalian. Kalau ada yang dah mencuba kelak, jangan segan untuk berkongsi pendapat di ruangan komen. Semoga ada manfaat dan kebaikan untuk kita bersama..❤




2 comments:

Mama Darwiish said...

wahhh nak cuba nanti

Dhea Ahmad said...

Try laa.. InshaaAllah sedap rasanya