Friday, 25 January 2013

Adakah Perempuan Itu Sekadar Boneka?

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT.. Salam Jumaat semua.. Semoga diberi kebahagian dan kekuatan menempuh setiap apapun ujian di bumi sementara ini..Hidup ini sebentar cuma, jadi berusahalah membuat kebaikan kerana kebaikan itu bukanlah sesuatu yang harus ditangguh..


Terdetik hati saya nak berkongsi sesuatu perihal seorang sahabat.. Saya doakan Allah berikan kekuatan kepadanya.. Sejujurnya saya belum pernah melihat keadaannya sesedih itu tapi dalam sedih itu, saya tahu dia kuat menghadapi godaan dunia ini..Hujung Disember lalu, saya dikhabarkan bahawa dia akan menikah, hati saya hanya Allah Yang Tahu, biarpun awalnya saya sedikit menentang kerana umurnya yang masih muda.. Tapi andai itu jodohnya, saya bersyukur..

Dan beberapa hari lalu, saya dikejutkan dengan berita sedih darinya..Perancangan nikah itu dibatalkan.. Hebat kan takdir Allah tapi sebenarnya lagi hebat kebaekan yang diberikanNya.. Memang kita rasa kecewa tapi dalam kecewa itu ada hikmahnya tersendiri.. Remuk hati apabila insan yang kita taruhkan harapan, yang kita harapkan menjadi pemimpin hidup kita kelak rupanya si buaya tembaga yang amat licik membaham mangsanya.. Dan runtun hati apabila didepan mata sendiri, orang yang kita titipkan kesetiaan bersama perempuan laen, malah kita ibarat patung tanpa sedikitpun dipedulikan.. Kalau saya di situ, rasanya mahu saja saya bertepuk tangan.. SYABAS!!! ANDALAH PEMENANG ANUGERAH PELAKON KEHIDUPAN TERBAEK DI DUNIA.. tapi awas dengan mahkamah keadilan di sana nanti.. Kita tidak hidup selamanya.. Kita tidak bertongkat di langit dunia.. Kita semua bakalan mengadap Allah Yang Adil kelak...



Dan si buaya tembaga dengan lagaknya seperti raja angkuh, tidak langsung menegur si sahabat yang hanya menangis di hati, terpaku.. Si gadis bersamanya rupanya bakal isterinya.. Jadi bagaimana dengan si sahabat? Alhamdulillah Allah telah mengurniakan dia hati yang cekal, biarpun perwatakannya sangat lembut.. Katanya saya terima apa yang dia buat terhadap saya, selebihnya biar Allah tentukan sendiri bagaimana dia mendapat balasan. Hati saya tak inginkan dia.
Alhamdulillah semalam saat dia bertandang ke rumah, wajahnya tenang..sentiasa senyum... Biarpun saya tahu hati dia masih lagi menangis... Namun apakan daya untuk melawan takdir.. Allah telahpun sediakan seseorang yang terbaek untuknya..


Namun hari ini ketenangan itu dirobek kembali apabila pasangannya pula muncul mereka cerita.. Malah menuduh sahabat sesuatu yang saya kira adalah fitnah.. Cukuplah menganggu dia.. Teruskan hidupmu dengan dia yang telah engkau pilih.. Uruskan kehidupanmu sendiri kerana kelak kita tidak akan tahu apa yang engkau bakalan hadapi.. Tinggalkan sahabatku.. Jangan kau sakiti dia kerana dia bukan boneka seperti yang anda berdua fikirkan....



Untuk sahabatku, sabar dan tabahlah dengan kehidupan.. hari ini kita menangis, esok lusa kita pasti bakalan tersenyum dengan rentetan masa lalu kerana masa lalu itu adalah pelajaran buat kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baek....Esok pasti akan ada cahaya untukmu.. Jangan menangis lagi..
Yakinlah Allah selalu bersamamu....


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya.





3 comments:

bdk getah said...

hye..follow me back n like my fanpage k..
http://bdkgtah.blogspot.com/

my fanpage
https://www.facebook.com/pages/BdkGtahblogspotcom/195219393822128?fref=ts

Dr Aisyah said...

Hebat cabaran sahabat nadia tu... moga beliau diberi pengganti yg jauh lebih baik...

Mimin Adam said...

jodoh pertemuan adalah rahsia Allah. sekiranya kawan awk tu takde jodoh . Alhamdululillah, Allah dah beri kemudahan awal padanya . dan diberi petunjuk bahawa jodohnya belum tiba lagi