Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi juga segala nikmat yang diberikanNya. Alhamdulillah. Hari ini nadia telahpun settle conteng-conteng document perjanjian. Hurm sebelum ni nadia selalu taip status di facebook nadia dengan kata-kata berteka teki. Macam-macam lah hint nadia bagi pada kawan-kawan rapat nadia. Bukan nadia nak berahsia (haishhh i tak glamour mcm Dato' Siti), tapi sekadar memberi kejutan buat kawan-kawan rapat nadia. Rasa nak tergelak juga bila pelbagai andaian keluar..maafkan nadia ya kawan. Oh ya...Anna, inilah yang sis nantikan.
Okay, berbalik pada cerita asal. Alhamdulillah petang tadi nadia dah settlekan segala yang penting. Dah buat bayaran permulaan.InsyaAllah sijaguh kesayangan akan dapat minggu depan. InsyaAllah, semoga Allah memberi kemudahan, keselamatan dan keberkatan..Amin.
Sijaguh yang nadia maksudkan adalah kereta baru yang nadia beli. Kereta sederhana saja. Alhamdulillah syukur, sekurang-kurangnya nadia ada kemudahan sendiri untuk ke mana-mana. Sebelum ni nadia guna kereta ayah, bukan tak mau teruskan pakai kereta ayah nadia tapi kesian ayah, pakai motor pergi kerja sedangkan jarak tempat kerja nadia dari rumah sgt dekat berbanding tempat kerja ayah. Lagi pula, kalau hujan, lagi nadia bimbang kalau ayah bawa motor pergi kerja.
Syukurlah, segalanya hampir selesai. InsyaAllah sekiranya tiada hal, minggu depan kereta akan dapat. Semoga dipermudahkan Allah.Amin.. Nadia punya excited siap beli keychain comel lagi utk letak bersama kunci.. hihihi malu pulak.. itupun nak cerita. Nadia beli 2 keychain yang sama, satu untuk nadia dan satu untuk halim. Memandangkan ini kereta kami bersama. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami..Amin..
3 comments:
beli savy atau proton eh.aperpon alhamdullilah
nak tompang
najib: Alhamdulillah...
Mr.Mind: Meh la nak tompang
Post a Comment