Friday, 24 September 2010

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana memberi kemudahan, rezeki, kesihatan dan segala nikmat kepada nadia. Alhamdulillah. Tadi nadia terima panggilan yang sangat dinantikan. Alhamdulillah suara halus, lembut dari talian mengesahkan segalanya. InsyaAllah minggu depan, ianya bakal nadia miliki. Alhamdulillah. Hari ini rasa nak senyum saja. Allahuakbar. Sangat takut menjadi riak, sangat takut menjadi lupa diri. Allahuakbar. Nauzubillahimindzalik.

InsyaAllah jika ada kemudahan, diizinkan Allah, nadia nak buat pulut kuning Ahad ini. InsyaAllah. Allah telah memberi rezeki ini. Mak nadia selalu pesan, setiap rezeki yang kita dapat, bukan semuanya untuk kita, jadi bahagikanlah untuk mendapat berkat dari Ilahi. Wallahualam.




2 comments:

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

whatever it is, congrats n all the best :)

Dhea Ahmad said...

terima kaseh nad....mggu depan baru confirm semuanyer....