Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...
Masalah jerawat ni kalau orang perempuan, memang boleh jadi makin stress dan yang paling haru bila tak dirawat dengan betul, tinggalkan parut.. Sini saya listkan kenapa jerawat ni timbul ya..
-Stress
-Perubahan hormon
-Kelenjar minyak yang sangat aktif
-Bakteria pada liang pori
-Kurang minum air kosong
-Alergik pada sesetengah produk kosmetik
-Kurang tidur
-Kurang menjaga kebersihan kulit muka
Semua yang saya senaraikan tu sebenarnya adalah di antara hal yang menyumbang kenaikan jerawat.
Soal stress, memang saya tak nafikan sebab pernah terjadi ketika persiapan perkahwinan 3 tahun lalu.
Perubahan hormon, kita bagi contoh remaja yang meningkat usia.. Saat ni, kalau kita tak rawat dengan betul, boleh tinggalkan parut. Dan kalau tak nasihatkan anak remaja ni dengan produk yang betul, mereka akan mudah terikut dengan bertukar banyak jenis produk muka.
Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, ada yang kering, berminyak atau kombinasi.. Bagi kulit berminyak, memang perlukan penjagaan rapi sebab minyak berlebihan antara penyebab jerawat tumbuh di muka. Jadi, kena bijak pilih produk bersesuaian.
Namun begitu, paling penting dalam bab jerawat ni adalah penjagaan muka.. Cara kita menjaga kebersihan kulit kita agar kulit kita bebas dari bakteria yang menyebabkan liang pori kulit tersumbat.
Okay, saya juga ingin kongsikan sedikit tips untuk mereka yang kerap menggunakan produk muka tetapi masih lagi timbul jerawat.. Perkara utama adalah air paip yang kita gunakan untuk membasuh muka. Perlu diingatkan kerana kadang-kadang air paip ini mengandungi kotoran halus yang boleh menyebabkan jerawat di muka.. Alternatif terbaik adalah mencuci dengan air mineral atau air yang telah ditapis sebagai bilasan akhir muka.. Cubalah, anda akan lihat kesan positif kepada kulit anda nanti..InshaaAllah...Apapun, semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan sebagai rujukan bagi mereka yang memerlukan ❤
5 comments:
nampak ada perubahan :)
Buat je laser + PRP setel masalah jerawat & parut durjana ni huhu
Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)
thanks atas perkongsiannya.. :)
Thx admin for sharing. GReat tips. mmg nampak perubahan di muka admin. bole la nnti i nk try. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.
>>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<
Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.
Aaron
aarongrey112 gmail.com
Post a Comment