Thursday, 20 November 2014

Perkongsian | Sensual Plus Serum Yang Bagus Untuk Kulit Wajah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah, syukur pada Allah dari semalam lagi, langit mula cerah.. Alhamdulillah baju di jemuran pun dah kering.. Jujur, bila sampai saja musim tengkujuh nih, perkara utama yang membelenggu diri adalah baju tak kering.. Malah lebih parah, bagi yang punya anak kecil.. Apapun, moga Allah mudahkan segalanya buat kita. Moga Allah melapangkan dada kita dalam menghadapi ujian hidup ini.. Yakinkan hati bahawa Allah hantarkan ujian ini kerana Dia Yang Maha Penyayang, sangat menyayangi kita hamba-hambaNya.. InshaaAllah..



Okay, berbalek pada tajuk entry saya.. Kebelakangan ini ramai yang bertanya tentang Sensual Plus Serum ini dari saya.. Ini penangan entry saya sebelum ini berkenaan serum ini.. Lihat di sini ya ---> Antara Serum Wajah Terbaik.
Sebelum saya taip dengan lebih panjang, ingin saya tegaskan bahawa ini bukan iklan berbayar ya.. Ini adalah perkongsian dari apa yang saya dan adik beradik gunakan.. Okay, pertama kali cuba dulu, saya beli Sensual Plus Serum jenis Scar dan Pure Vitamin C.. Masing-masing kegunaan utamanya adalah untuk mencerahkan kulit, merawat kulit muka yang kusam, memudarkan parut jerawat dan mengurangkan jerawat di muka.. Untuk penggunaan pertama kali itu, saya banyak menggunakan serum Pure Vitamin C kerana ada sedikit kesan sunburn di muka saya. Dan untuk serum Scar saya berikan kepada adik perempuan saya yang masih bersekolah, tingkatan empat. Biasalah, masa remaja dengan hormon belum stabil. Jadi jerawat memang selalu naik di muka, dan biasalah juga, anak remaja nih, selalu bertukar produk muka. Lihat kawan pakai yang ini elok, tukar yang ini sedangkan setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza.. Bukan adik saya saja, malah saya sendiri ketika zaman sekolah dulu pun begitu.. Lebih-lebih lagi saya tinggal di asrama, lagi kuat godaan produk muka.

Okay, di entry yang lalu, ada saya ceritakan sedikit perubahan positif yang saya rasakan. Jadi untuk entry ini, saya kongsikan apa yang saya lihat pada kulit wajah adik saya. Semua mesti dah agak, eleh mesti jerawat dah hilang kan? Mesti parut pun dah hilang kan?
Jujur saya katakan, ya! Itulah yang saya lihat pada kulit wajah adik. Namun bukanlah hilang, cuma jerawat semakin surut, beransur kering. Dan soal parut, Alhamdulillah pipi yang selalu merah dek kerana jerawat dan parut juga semakin beransur sembuh.. Jadi, untuk kali ini saya masih lagi dapatkan Sesual Plus Serum jenis Scar untuk kegunaan adik dan untuk saya, kali ini saya dapatkan serum jenis Tightening yang mana, serum ini sesuai untuk kecilkan pori-pori muka.. Sekarang, masih lagi mencuba, inshaaAllah akan datang saya kongsikan feedback nya ya...

Oh ya, untuk yang ingin mencuba, boleh dapatkan di sini ---> Massy Haddy. Nak mix kan serum pun boleh. Ikhlasnya, saya masih repeat order dengan adik nih kerana attitude dia sebagai peniaga. Dia bukan sekadar peniaga malah dia lebih kepada penasihat. Dia akan suggestkan kepada kita apa yang sesuai untuk rawat kulit muka kita, begitu juga cara menggunakan serum dengan betul. Dunia hari ini, cari peniaga memang ramai tapi yang betul-betul meniaga kerana Allah itu, payah... Renungkanlah... InshaaAllah jumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum...





1 comment:

HeNRieTTa JoSe said...

menarik nie...boleh la dicuba