Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan salam maal hijrah untuk semua.. Alhamdulillah doa saya moga saya akan menjadi hambaNya yang lebih baek akhlak dan juga imannya..Amin doakan saya ya.. Sabtu lalu sempena cuti awal Muharram, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk siapkan satu projek DIY. Kali ini saya siapkan lampu hiasan untuk bilik tidur saya. Ambil mood romantik sikit.. Chewahhh.... Sejujurnya pada awalnya mood saya sangat berkobar-kobar, namun pada peringkat pertengahan dah mula nak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam.. Alhamdulillah berjaya saya tempis sikap malas, hangat-hangat tahi ayam tuh dan inilah hasilnya.....
So apa pendapat anda? Okay tak? atau KO? Walaupun tidaklah sempurna seperti pakar yang buat tapi jadilah jugak kan...Apapun, ini adalah projek DIY kedua saya selepas goodies bag dan bunga telur untuk majis perkahwinan saya dua tahun lalu.. Seriously, seronok sebenarnya buat projek DIY nih cuma sangat sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. Maklum sajalah, nak kena simpul itu, kena lilit ini.. And bila ada saja bahan yang tidak cukup, terus terbengkalai sementara waktu.. Apapun, semangatlah yang penting untuk apapun kerja-kerja DIY..
Sebenarnya saya sangat suka dengan kerja-kerja DIY nih kerana kosnya.. Kos yang murah dan adakalanya bahan yang kita gunakan tuh adalah bahan terpakai yang mudah untuk kita dapatkan. Kadang kadang, ada saja bahan yang boleh kita dapatkan di rumah, sekadar recycle kembali.. Contohnya lampu hiasan ini..
Idea asal saya sebenarnya nak gunakan sarang telur untuk jadikan bunga. Tapi bila fikirkan kembali, saya lebih senang gunakan paper crepe, sebab utama adalah mudah dibentuk. Apapun, mungkin akan datang, saya akan cuba untuk gunakan sarang telur untuk dijadikan bunga hiasan, siapa tahu hasilnya akan lebih cantek kan... Apapun sebenarnya banyak cara untuk pelbagaikan bunga hiasan nih. Ada yang gunakan sarang cupcake, ada yang gunakan acuan kuih bahulu yang berbentuk bunga, malah boleh jugak gunakan fabric flower (bunga plastik) untuk buat Flower Fairy Light ini.. Tinggal nak tak nak buat saja... Apapun ini cara saya untuk buat Flower Fairy Light dan bahan yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1. LED Light
2. Crepe Paper (Kertas buat bunga)
3. Dawai
4. Pasu
5. Gam UHU
6. Tape Hijau (Untuk lilit batang bunga)
Cara-caranya:
1. Lilit LED light pada dawai, kemudian lilitkan dengan tape hijau. Saya tak pastilah nama sebetulnya namun banyak dijual di kedai bunga. Kan tape untuk buat bunga.
2. Dah habis lilit kesemuanya, siapkan bunga pulak. Untuk bunga, boleh rujuk cara buat bunga Lily di sini ---> DIY Crepe Paper Daffodil. Cuma saya olah sedikit sebab nak masukkan LED light.
3. Lekatkan bunga pada LED light dan lilit dengan tape hijau. Kemudian siapkan daun.
4. Dan siap attach flower, so siapkan pasu.. Untuk pasu, gunakan span bunga untuk cucuk dawai tadi. Kemudian padatkan dengan crepe paper hijau yang dah dipotong halus. Yang ini sejujurnya, banyak kali try and error sebab bunga tu berat.. Saya buat terlalu banyak bunga.. Alhamdulillah akhirnya menjadi jugak..Hasilnya yang anda boleh lihat di atas tadi.
Apapun, semuanya terpulang atas kreativiti masing-masing. Nama pun DIY kan.. Ikut suka mana yang mudah bagi anda. Maaf kalau penerangan saya untuk cara-cara tuh terlalu ringkas. Bukan tak nak berkongsi ilmu, tapi saya tak pandai untuk susun ayat lengkap. Selamat mencuba ya. Terima kaseh sudi luangkan masa membaca. Assalamualaikum.
1 comment:
wah cantiknya
Post a Comment