Gambar di atas nadia petik dari http://www.bharian.com.my/
untuk mengajak semua sahabat2 nadia turut sama menderma ke tabung NSTP untk Gaza.
Dengan sumbangan ini, dapatlah meringankan sedikit beban yang mereka hadapi.
Kita lihat sendiri dan lihatlah renungan dan tangisan mereka. Terlalu derita untuk kita gambarkan.
Di sini ader beberapa hadis yang nadia petik dari http://riadhulwardah.blogspot.com/
sebagai panduan atau sedikit pedoman buat kita dlm menjalani kehidupan serta manfaat tentang kebaikan yang kita lakukan.
Bismillahirrahmanirrahm..
Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”
(hadis riwayat Ahmad)
Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(hadis riwayat Muslim)
Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang bersedekah.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang bersedekah.
Di sini ader sedikit artikel yang nadia petik dari Berita Harian. Nadia tak pandai nk tulis sendiri ato olah sendiri.
Antara info terbaru mengenai isu di Gaza.
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel. "Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.
Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu. Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta). Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit. Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak. Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza. – AFP/Reuters
No comments:
Post a Comment