Tuesday, 30 November 2010

Carilah Rezeki Itu Dengan Penuh Keikhlasan

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

Ini sekadar sekilas pandangan dari nadia tentang beberapa situasi yang pernah nadia lihat sendiri. Tidak pernah niat untuk memperkecilkan sesiapa atau mana-mana pihak, cuma ingin mengingatkan diri sendiri atau mungkin mereka yang pernah terlalai...

Satu waktu, nadia ke satu pusat beli belah. nak shopping baju maklumlah nadia sangat tidak sempat untuk mencari sesuatu untuk diri sendiri.. Busy memanjang sehingga kekadang kesihatan terjejas. Astagfirullah... Begini, nadia berkenan pada satu baju.. Sangat simple dan cantik. Hati memang berkenan tapi bila melihatkan promoter asyik sibuk 'mesyuarat' sesama mereka. Niat terus terbantut. Lama mereka 'mesyuarat', memang salah nadia sebab tak terus pergi kepada mereka tapi melihatkan situasi antara mereka, memang tak lalu untuk nadia menegur. Bimbang mengganggu mereka.

Berbeza pula dengan promoter berlainan bangsa, mereka sibuk menyiapkan report malah masih sempat melayan customer. Bukan nadia mengutuk bangsa sendiri...TIDAK sama sekali.. Dan bukan semua promoter suke 'mesyuarat' sesuka hati, malah nadia pernah dilayan oleh seorang promoter melayu, kira pangkat adik laa.. Sangat ramah..Suka nadia and of course product knowledge pn bagus... 

Cuma di sini nadia nak tegaskan, bagaimana untuk kita membangun andainya kita sendiri yang tidak mahu bangun bersaing. Lagi pula, carilah rezeki itu dengan penuh keikhlasan. Satu-satu pekerjaan memang pada awal kita akan menemui sedikit kesukaran malah mungkin juga rasa fed-up yang amat dalam, lebih-lebih lagi bila pekerjaan itu diluar bidang yang diminati. Macam nadia, seorang designer tapi sekarang cuma kerani insurans... kan berbeza tu.... Serius, awalnya nadia selalu menangis memberontak... Tapi lama-kelamaan, nadia cuba belajar menerima sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas... Cuba enjoy dengan apa yang kita lakukan.. Cari satu point untuk membuatkan kita rasa selesa dan ingin terus bekerja dengan baik... Nadia tak cakap nadia ni baik...Allahuakbar, tidak sama sekali.....nadia sendiri beberapa kali menyakiti hati orang lain... Astagfirullah.... cuma di sini nadia ingin peringati diri sendiri malah mereka yang masih lagi terbelenggu dengan sikap ke 'belakang'.. Maafkan nadia sekali lagi....

Okay, sekadar itu bebelan nadia yang mungkin sekadar mencurah air ke keladi.. Maaf andai kata-kata ini menyakitkan hati... Sekian, terima kaseh...

4 comments:

Naniey said...

biasela nadia...lain org lain peelnyer

Nadia arRumaisha said...

@naniey...yup, sangat setuju cume hopefully tdak memberi kesan pd org lain....

Redbloodsnow said...

zie benci ngan sales promoter yg x nk layan customer. if kte panggil dorg, sometimes dorg buat muke taw.

mmg zie geram ngan yg gitu². dlm ati zie bebel, if x nk keja layan customer...carik keja yg x melayan customer. ishhh

Nadia arRumaisha said...

@redbloodsnow: betul tu zie, kdg mereka buat muke.... itu yg jadik malas nak panggil....huhuhu