Saturday, 4 December 2010

Musibah: Denggi Berdarah

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim


aku kan terus menjadi pembunuhmu wahai nyamuk...percayalah: credit

Semalam lepas solat Maghrib, makcik telefon mak nadia.. Adik sepupu masuk wad.. Katanya kena denggi berdarah dan keadaan semakin memburuk.. Subhanallah.. Mak cakap gigi adik sepupu dah berdarah, muka pun dah pucat lesi..  Suara makcik dalam talian penuh sebak, dia minta ayah saudara nadia pergi carikkan ketam nipah sebab ada orang cakap elok untuk orang kena denggi berdarah.. 

Then, malam semalam.. adik lelaki nadia, sepupu and ayah saudara keluar pergi mencari kat pantai.. Tapi air pasang,  jadi tak dapat nak cari... Nadia pun tak pasti apa lagi yang mereka usahakan untuk dapatkan ketam nipah tu cuma berharap pada Allah untuk memberi kesembuhan pada adik sepupu.. 

InsyaAllah hari ni, after balik kerja nadia nak singgah ke hospital jenguk dia.. Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, juga kepada makcik nadia untuk kuatkan hatinya menerima ujian Allah Yang Maha Kaya..Ameen.. Pesanan nadia pada semua, jaga kesihatan.. Sekarang musim hujan, nyamuk banyak sangat.. Jangan biarkan nyamuk-nyamuk ni dengan senang bermaharajalela di dalam rumah/kawasan kita...
KATAKAN TIDAK PADA DENGGI, KATAKAN YA PADA BUNUH JENTIK-JENTIK/NYAMUK



2 comments:

ardinihumaira said...

bahaya musim2 hujan ni nyamuk cepat membiak sebab banyak kawasan air bertakung kan... semoga kita semua dijauhkan daripada demam denggi, amin

Nadia arRumaisha said...

@ ardinihumaira: Ameen...thanks alot dni...