Tuesday, 21 August 2012

Pergilah Dan Hadiahkanlah Sekalung Doa Untuk Mereka

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah syukur pada Allah.. Alhamdulillah Dia telah mengurniakan saya, insan-insan
yang sangat hebat disekeliling saya.. Sentiasa memimpin saya di saat jatuh bangun kehidupan saya.. Alhamdulillah..

Pasti ramai yan bercerita tentang kisah-kisah Aidilfitri mereka..Benar kan?  Kalau di Facebook saya sendiri, hampir semuanya bercerita and post status tentang Aidilfitri.. Alhamdulillah..Tak kurang juga yang upload foto-foto Aidilfitri bersama keluarga yang tersayang... Alhamdulillah semarakkan Aidilfitri dengan jalinan silaturrahim... Alhamdulillah...

Adilfitri saya kali ini, biasa-biasa sahaja.. Like something missing..Tapi tak nak diikutkan perasaan itu.. Bimbang melarat dan jadi satu dosa pula... Astaghfirullah... Apapun, saya sangat bersyukur,
Aidilfitri kali ini, silaturrahim antara kami satu keluarga yang besar, sangat kukuh.. Alhamdulillah syukran Ilallah...

**mood sayu~nak menanges**

Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga besar yang sangatutuh silaturrahim.. Semoga Allah memberkati kami sekeluarga..
Pada petang malam raya, kami anak-beranak bergotong-royong menyiapkan lemang dan sate.. Sangat meriah dan berbuka ramai-ramai pada malam tersebut.. Alhamdulillah indah sangat dengan alunan
takbir raya.. Berselang dengan bunyi mercun...

Pagi 1 Syawal usai solat sunat Aidilfitri, semua berkumpul dan beramai-ramai konvoi ke tempat persemadian nenek tersayang...Kami seperti berkampung di situ beramai-ramai.. Suasana tenang sangat, angin sepoi-sepoi bertiup.. Sayu sangat hati... 

** sayu **

Al-fatihah buat mereka yang telah kembali pada Allah..



Kemudian, menyusur ke tanah perkuburan seterusnya, tempat persemadian sepupu saya yang kembali ke rahmatullah pada 22.02.2009.. Saat itu saya benar-benar terkenangkan Allahyarham Halim,
kerana 22.02 merupakan hari lahirnya dan saat sepupu saya hilang di lautan, dia tak pernah berhenti walau seminit bertanya khabar tentang kehilangan sepupu saya... Dan saat itu juga, sayu kerana
saya tidak mampu menjengah tempat persemadian Allahyarham Halim..

**Andainya dekat, bagaimana agaknya diri saya**

Hurmm, saya tak mahu terbuai kenangan lalu.. Biar ia tersimpan kemas sebagai satu momen-momen penting dalam kehidupan saya.. Itu cerita saya di pagi Syawal, tiadalah yang menarik cuma bila bersama keluarga, rasanya itu hal yang sangat-sangat terindah dan bermakna.... Apapun, doakanlah yang terbaek untuk saya.. Moga hati ini terus tabah melalui hari-hari seterusnya... Amin...


Nota hati: Tahniah untuk bakal adik ipar, Fatimah yang bertunang hari ini...






4 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Salam lebaran...mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap....moga berbahagia di aidilfitri....

Psss....biarlah arwah semuanya tennag disana....

Pssss....masa nadia ceritakan selpas arwah halim, ada tiga kehilangan...brulah hr nie rietta tahu..rupanya arwah nenek....

AL FATIHAH buat arwah.....

Afiq Yassin said...

Lawat sini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Daripada rakan blogger | Afiq Yassin

Zie Madini said...

yup..betul tu. zie pun tak terkecuali gak mengupload gambar raya di Facebook. hehehe. semangat raya...hikss :D

1st day of raya...pepagi lg zie dan suami ke kubur arwah ayah kami :)

Chuu Muqhlis said...

suatu hari nanti kita juga akan pergi, dan yg telah pergi, kenangan mnjadi peneman diri., salam syawal kak, maaf zahir batin :)