Wednesday, 19 December 2012

Apa Salahnya Seekor Anjing

Bismillahirrohmanirrohim...


Tiba-tiba saja kan saya terpanggil untuk bercerita kisah binatang
yang bernama anjing ini.. Bila sebut saja nama anjing neh, macam-macam
persepsi yang orang berikan dan yang paling hina, apabila kita
sebagai manusia dipanggil dengan nama anjing.. Sedihkan.. Sayang
sungguh nikmat suara, percakapan yang Allah berikan digunakan
untuk menyebut hal-hal seperti itu.. Inilah orang cakap salah guna
nikmat yang Allah beri..Nauzubillah..Semoga Allah jauhkan saya
dari manusia seperti itu..


Okay, pernah satu ketika, saya dalam perjalanan hantar adik ke
tempat kerja. Ketika hampir dengan traffic light, saya lihat ada seekor
anjing, hanya duduk betul-betul ditengah jalan.. Bila saya dan adik
perhatikan, rupa-rupanya anjing itu patah kakinya.. Kemudian, saat itu
saya lihat ada dua orang lelaki, menaiki motor cuba untuk melanggar
anjing berkenaan.. Apa yang boleh saya katakan adalah melampau..

Selepas lampu hijau, dari cermin saya lihat ada kereta berhenti di tepi
dan mengambil anjing itu untuk diletakkan di tepi jalan supaya tidak
dilanggar, dan tidak menghalang kereta bergerak..Alhamdulillah
masih ada manusia yang berhati mulia... Kata mak saya, apa salahnya
anjing itu.. Betul kan.. Kita manusia, ada akal.. Gunakanlah sebaeknya..
Hidup ini pun bukannya panjang sangat.. Pejam celik pejam celik,
minggu berganti minggu..Malah beberapa hari lagi, kita akan melangkah
ke tahun 2013.. Sama-sama kita fikirkan..


Okay, rasanya cukup saya berleter hari ini.. Di sini saya ingin kongsikan
cerita yang mungkin anda semua dah tahu tapi saya dengan degilnya
tetap nak jugak tepek di sini.. Jom kita baca lagi dan semoga ada
manfaatnya buat kita...Insha Allah...

Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. bercerita 
“Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. 
Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh 
seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, 
kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing 
yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu 
(dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).

Wallahualam..






3 comments:

Nuyue Jannah said...

Anjing tetap makhluk Allah. Pernah tengOk sebuah kete langgar anjing tanpa rase bersalah. Pemandu kete tu tak de pun nak berhenti tengOk keadaan anjing tu macam mane. memang tak de perikemanusiaan

aini shahroni said...

setuju dgn entri awk nie..
apa hak kita nak hina makhluk Allah..
thanks for the sharing!

from ::Arkitek Hati::

Anonymous said...

Yes! Finally something about a beautiful mind.
Also see my site > funnymariogames