Monday, 21 October 2013

Setahun Sebuah Perkahwinan

Bismillahirrohmanirrohim..


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Sabtu lalu, genap sudah setahun perkahwinan saya dan suami tercinta.. Pejam celik pejam celik, sekejap saja.. Tak sangka pun ada.. Masa tuh terimbas sendiri setiap kenangan ketika persiapan perkahwinan, lucu pulak bila ingatkan semua tuh..


Alhamdulillah saya sangat beruntung sebenarnya kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sanggup bersekang mata menjaga saya tatkala sakit saya datang menyerang.. Malah sangat sabar menghadapi kerenah saya yang kadangkadang saya sendiri tak faham dengan diri saya.. Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan buat saya... Anugerah yang sangat berharga..

Di awal perkahwinan, sejujurnya sangat banyak cabaran yang saya rasa bukan saya sahaja hadapi tapi mungkin juga buat mereka yang baru berkahwin juga.. Maklum sajalah, fasa baru dalam kehidupan. Namun Alhamdulillah segalanya berjaya di atasi dan saya sangat beruntung dikurniakan keluarga yang selalu memberi nasihat. Begitu juga dengan keluarga suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat.. 

Apa yang saya simpulkan dalam perkahwinan adalah, suami-isteri keduanya lahir dari keluarga yang mungkin berbeza adat dan cara kehidupan. Dengan perbezaan inilah sebenarnya yang mengajar kita untuk belajar menerima dan memberi.. Seperti juga cara ibu saya dan ibu mertua saya memasak, banyak perbezaan.. Namun, saya ingat pesanan adik ipar, masakan ibu kita dan sebati sejak kecil, jadi dah menjadi kebiasaan.. Dari situ, saya mula belajar bagaimana cara ibu mertua saya menyediakan masakan..  Kalau suami saya boleh menerima cara keluarga saya, kenapa tidak saya juga belajar menerima cara keluarga mertua saya.. Inilah dinamakan give and take.. Begitu juga soal kelemahan diri kita sebagai suami isteri.. Suami ada kelemahan, dan kita juga sebagai isteri punya kelemahan tersendiri.. Belajar menerima dan redha...

Saya percaya setiap apa yang Allah kurniakan pada diri saya, ada hikmah yang tersembunyi.. Biarlah Dia simpan dahulu dari pengetahuan saya kerna saya yakin Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya.. Apa kekurangan suami itu, saya cuba selubungkan dengan kekuatan yang saya ada supaya saya mampu dan terus berusaha memberi yang terbaek untuk suami dan rumahtangga saya... Dan buku-buku agama dan motivasi saya jadikan sumber untuk saya mendapatkan ilmu rumahtangga.. Bukankah semua para isteri ingin sekali menjadikan rumah suami itu ibarat syurga buatnya.. Jadi, di sinilah saya belajar dan terus belajar..

Dan yang paling utama itu adalah, jangan pernah sekali membiarkan syaitan cuba merasuk kita supaya meninggalkan rumahtangga.. Selalu yakin dan ingat pada Allah.. Redha suami itu sangat utama untuk menjamin kita, para isteri di akhirat kelak... Jadi, untuk itu, sebagai isteri kita harus lebih bersabar.. Andai sifat atau kekurangan suami itu tidak 'berkeupayaan', maka tutuplah ia dengan kelebihan yang kita ada.. Jom corakkan rumahtangga kita dengan lukisan yang indah mengikut sunnah Rasulullah yang mulia.... Wallahualam..


Buat sahabat, 
Doakanlah rumahtangga saya sentiasa bahagia, dirahmati dan diredhai oleh Allah sehingga ke akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin





4 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

dah setahun dear? cepat je mase berlalu kan? rase mcm baru je lagi baca blog u dok review pasal wedding, hehe~

HeNRieTTa JoSe said...

Selamat ulangtahun perkahwinan....

Anasyg said...

Tahniah kak nadia! Semoga bahtera perkahwinan akak dgn suami tercinta dipenuhi kasih sayang hingga ke syurga *amin :)
-bersuami sudah,
-ber-anak? saya doakan ya! :)

Cik Ecah said...

happy anniversary dear :)
smg bahagia kekal ke jannah...
Amin...