Thursday, 7 May 2015

Kisah Blogger | Blogger Perosak Hubungan


Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum semua... Okay bercerita soal blogger perosak hubungan, tercuit hati saya ni walaupun saya bukanlah blogger full time. Menulis pun ikut apa yang ada dan kebanyakannya pun hanyalah kisah peribadi yang tak laku.. Gitu... Sebenarnya saya screenshot gambar ni dari facebook abang Ben Ashaari. Serius, rasa macam serius kot hal ni. Entahlah, saya pun tak pasti tapi kesian pada sahabat-sahabat blogger lain yang memang full time blogger. Hanya satu titik nila, rosaklah susu sebelanga.




Sebenarnya dah lama sangat saya perhatikan. Sekarang boleh katakan ramai orang punya facebook masing-masing. Kemudian, minat untuk share apa-apa saja artikel tu pun sangat berleluasa. Kalau share yang bagus tu, Alhamdulillah.. Tapi tak kurang juga yang share post dari blogger yang siarkan artikel yang tidaklah diketahui kesahihannya.. Betul kan.. Ada pulak yang mensensasikan tajuk artikel, then bila user klik, keluarlah pop up iklan bagai. Kesian.. Begini rupanya taktik untuk dapatkan trafik dan klik yang banyak... Apapun, saya tak pandai ulas lanjut, tak pandai berbicara lebih-lebih.. Moga Allah jauhkan saya dari menulis sesuatu yang tidak sahih, yang tidak betul.. Moga Allah lindungi saya dan keluarga dari segala fitnah... Nauzubillahi Min Dzalik..


Firman Allah bermaksud: 
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 
(Surah al-Hujurat, ayat 6)




3 comments:

Innanie Ariffin said...

Biasanya blogger hiburan ni dikalangan wartawan sendiri. mrk saje guanakan nama blogger supaya mereka boleh bukak mulut luas sikit.

mereka lagi tahu macam2 perangai dan cerita artis... nak tulis dalam surat khabar takut, jadikan lah nama blogger sebagai galang gantinya

nur anis said...

tulislah blog seikhlas hati kan.

CikLily Putih said...

ermm bukan semua blogger pun yang buat keje cam nie...