Monday, 22 December 2008

Munajahku


Bismillahirrohmanirrohim

Ya Allah, Ya Rabbal a'lamin, Ya Zaljalaliwalikrom.
Aku bersujud hanya padaMu Ya Allah..
Aku berserah hanya padaMu Ya Allah..
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui resah yg berkelubung di dadaku..
Hanya Engkau yang Tahu kesedihan yang melanda segenap ruang hatiku..
Ya Allah, aku berserah padaMu, jika ini yang terbaik untukku..
Engkau lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku. Dan jauhilah aku dari keburukannya.. Ya Allah, aku redha dgn segala cobaan ini, Engkau berilah aku kekuatan.
Jauhilah aku dari keburukan kerana hanya Engkau Maha Melindungi..
Dan janganlah kerana kesedihan ini, mengurangkan rasa cintaku padaMu Ya Allah..
Biar lah kesedihan ini mendekatkan lagi aku dgnMu Ya Allah.
Ya Allah, berkatilah aku, keluargaku dan sahabat2ku..
Berilah kesejahteraan hidup buat mereka yang aku sayangi..
Sesungguhnya, hanya Engkau tempat aku mengadu..

Amin..






Friday, 5 December 2008

Iktibar Aidiladha





نْ يَاإِبْرَاهِيمُ، * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ، * إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ، * وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ، * وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ، * سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، * كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ، * إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Semoga kita mendapat keberkatan Allah...Amin..