Thursday, 31 December 2009

Rentetan 2009--->Welcome 2010

Oraite....today, 2009 bakal menutup tirai and esok menjengah tahun baru.... bagi sesetengah orang, segala-galanya akan baru..... Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala kurniaanNya sepanjang tahun 2009.... Semoga tahun baru ni bakal menjadikan nadia manusia yang lebih baek.. Amin.....

Rentetan 2009
Sepanjang tahun 2009, banyak sangat suka-duka buat nadia dan family.... Awal 2009, famili nadia dikejutkan dengan pemergian sepupu kesayangan....CATATAN KESEDIHAN....Then, kegembiraan kami dengan bertambahnya ahli keluarga kami.... Bermula dengan Anis Kaisara, farish naufal, syaza zahra, zulfarhan aiman and ader 2 baby lagi.... lupe name....hehehe kemudian, kegembiraan nadia ble sahabat-sahabat baek nadia kawen.... Sya and along.... Semoga cepat-cepat dapat baby...tak sabar nk tgk baby korang.... Tahun ni jugak nadia kehilangan atok saudara yang jaga nadia waktu sekolah menengah dlu... sedih sangat...da tak leh dengar gelak tawa dia mengusik nadia lagi.....and bulan 10 lalu, alim datang umah nadia.... akhirnyer smpai jugak dia ke rumah nadia.... untuk berkenalan dengan famili nadia.... hurmmm...rasenyer banyak lagi...tp biar semuanyer jadik kenangan, pengalaman, pengajaran dan juga panduan buat nadia juga insan-insan disekeliling nadia.....

Harapan 2010
Actually harapan nadia pada tahun baru ni.... Semoga nadia menjadi orang yg sentiasa positif.. And hope tahun depan beri nadia kehidupan yang lebih baek... yang penting sederhana..... And doakan nadia ye.....


Wednesday, 30 December 2009

Petua


Okay, mungkin ramai yang tahu bahawa pokok inai banyak khasiatnya, di antaranya adalah menyembuhkan cekam. Ambil daun inai, tumbuk sehingga lumat dan letakkan pada kuku yang mengalami masalah cekam.

Selain dari itu, daun inai juga mampu menjadikan rambut sihat dan berkilat. Ia juga mampu menguatkan akar rambut, menjadikan kulit kepala sihat. Nadia slalu jugak laaa amalkan cara ni...

Akar pokok inai juga dikatakan mampu melegakan penyakit asma. Ambil akar pokok inai, basuh sehingga betul-betul bersih. Rebuskan akar inai tersebut dan ambil air rebusan tersebut untuk dijadikan minuman. Dulu mase kecik-kecik, mak nadia slalu buat untuk nadia...Amalkan selalu.InsyaAllah....

Tuesday, 29 December 2009

Kunci-Kunci Kehidupan


Jom kita teliti kunci-kunci kehidupan yang boleh kita jadikan panduan untuk menjalani hari-hari yang mendatang... Semoga kita menjadi orang yang berjaya.....di dunia dan akhirat...Amin..

~Kunci kemuliaan---> Taat kepada Allah dan Rasul...
~Kunci rezeki--> Usaha, berdoa, tawakal.. Sentiasa beristighfar dan tingkatkan taqwa..
~Kunci syurga--> Mengesakan Allah (Tauhid)
~Kunci Keimanan-->Mendalami ayat-ayat Allah, nikmat dan tanda kebesaranNya...
~Kunci Kebaikan-->Jujur, Ikhlas
~Kunci cahaya hati-->mendalami Al-Quran, berdoa, meninggalkan laranganNya
~Kunci ilmu-->Jangan malu bertanya dan dengarlah dengan teliti...
~Kunci Kemenangan--> sabar
~Kunci kebahagiaan--> taqwa, cinta kerana Allah
~Kunci nikmat--> Selalu bersyukur..
~Kunci cinta akhirat--> Zuhud
~Kunci permintaan dikabulkan Allah--> berdoa selalu....

Thursday, 24 December 2009

Help Me!!!

Kawan-kawan....
Camner nak tingkatkan traffic Nuffnang???
Unique Traffic rendah sangat....



Meh laaa share tips ckit....huhuhuhu...

Tuesday, 22 December 2009

majlis pertunangan Aida gadis melayu

p/s: foto dari fb aida...
Congratulation Aida....
Sweet sesangat.....
Semoga tabah and happy menjalani alam pertunangan....

Kemesraan Rasulullah SAW

Berikut adalah sebahagian panduan@sunnah Rasulullah SAW. Semoga menjadi panduan, ikutan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

.....................................................................
Dari Atha bin Yasar RA, ia berkata Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihiwa Sallam dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.

Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”.
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.”
Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”.

(Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

.....................................................................
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid".

(Hadis Riwayat Ahmad)

.....................................................................
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."

(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

.....................................................................
Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."

(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

.....................................................................
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

.....................................................................
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu."

Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah."

(Hadis Riwayat Ahmad)
.....................................................................

Monday, 21 December 2009

Sebelum dan Selepas


Realiti segelintir manusia hari ini....
Jangan kita macam ni yek....

Ceritanyer begini...
Situasi dalam sebuah shopping complex
Ada meja promotion di tengah-tengah laluan....

Kalau sebelum kawen....

Girlfriend/boyfriend terlanggar meja promotion tu....
Girlfriend/boyfriend marah-marah, "Ishhh aper la dorang ni, letak meja kat tengah-tengah.. Tak tau kew orang lalu lalang kat sini...u tak aper-aper..."


Kalau lepas kawen~da beranak pinak....

Suami/isteri terlanggar meja promotion tu....
Suami/isteri marah-marah, "Ishhh awak ni, dah tau meja ader kat situ, hati-hati laaa.. meja bukan maen besar boleh tak nampak..."

Dalam hal ni, yang maner salah....

A-Meja
B-Suami/Isteri
C-Girlfriend/Boyfriend


Entry ni bukan untuk sesiapa atau ditujukan kepada sesiapa... Sekadar mengingatkan kita supaya jadilah diri kita sebelum dan selepas and paling penting...jangan hipokrit....

Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua sahabat....
Semoga tahun baru ini bakal menjadikan kita umat yang lebih baik,
berjaya di dunia dan akhirat....

Perbaharuilah azam kita...
semoga menjadi insan yang mulia...

Amin...

Lalat....Aku Bunuh Kau...

Geram..... Geram.... Geram....
Skang musim tak menentu...skejap hujan...skejap panas.....
And banyak banget lalat....

Bukan ajer kat umah, tp kat pejabat pn banyak....
Last day, after balek keje....
tengok banyak yang kne bunuh... padan muke ko....
tak kenal tempat nak hinggap... huhuhuhu
Mungkin musim lalat-lalat ni mengawan kot...

so...paling important, kebersihan....
Jgn smpai dia letak zuriat dia merata-rata....


Notes: Tak pasti motif entri nih...huhuhu

Tuesday, 15 December 2009

3D billboard.....

Busan...Busan....
pastu sempat gak view 3d billboard...
Lucu banget...
and very creative...

Berita Sedih

Salam untuk semua sahabat....

Berita sedih pagi ni ble nadia call alim and he said,
rakan sekerja dia meninggal dunia....
Accident malam semalam... melibatkan motor and kete...
Arwah and isteri meninggal dunia....
Alim bagitau nadia, macammaner dgn anak-anak arwah...
Macammaner kehidupan mereka tanpa mak dan ayah...

Salam takziah dari nadia...
Semoga diberi ketabahan dan iman yang jitu
supaya teguh melangkah hari-hari esok yang kita blum pasti keindahannya....


Al-Fatihah.

Monday, 14 December 2009

Test JPJ

Assalamualaikum WBT....

Alhamdulillah, pagi yg indah walaupun suram ckit cos hujan tadi..... Mood untuk kije pun kurang ckit....ngantokkk walaupn da titon awal...... Last day nadia ader kelas memandu kereta (walaupun da bawak kete ke mana-mana)... Actually nadia skang dalam proses utk dapatkan lesen P...huhuhu usia macam ni baru nak mik lesen....hurmmm baru skang ader kelapangan.....
Anyway, nadia belajar skali ngan adik nadia cos sementara tengah cuti semester ni...dia amik skali..... Last day, kiteorang kne blaja naek bukit....huh....da la sebelum ni nadia mmg failed kalo bawak kete kwsn berbukit.... then, semalam kira okay je laaa......
InsyaAllah kalo ader kemudahan and diizinkan Allah, Jumaat ni nak buat kelayakan...then by next week bleh booking untuk test JPJ.... very nervous.....sungguh...... nadia takut tak dapat buat... huhuhuhu.... apapun harap semuanyer ok.....and hope sangat lulus...tak perlu buat ulangan test...... Doakan ye.....

Saturday, 12 December 2009

Selamat Hari Sabtu

SELAMAT HARI SABTU

Oraite...aper aktiviti sahabat-sahabat today.... Hurmm, today nadia keje half day and after keje nak antar adik nadia pegi belajar kete..... Semoga dia cepat-cepat dapat lesen.....

Anyway, last nite nadia tengok biter tentang accodent yang menyayat hati..... and pagi ni, baca dalam METRO.... Segalanya adalah ketentuan Allah.... Dia lebih tahu aper yg terbaek.... Apapun, kita doakan kesejahteraan buat Isteri arwah..... salam takziah and pada sahabat-sahabat semua, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.....

Berita selanjutnyer Di SINI

Friday, 11 December 2009

Best tengok Geng......

Haha....Last nite nadia tido lewat banget, biase kul 10setengah da tido....heheheh apalagi...tengok
Geng Pengembaraan Bermula....
Walaupn da tengok dlu tp still nak tengok lagi....Huuuuu besh...beshhhh...memang beshhhh......

SOKONG ANIMASI 3D MALAYSIA!!!!!

Bersemangat tuhhhh....

Thursday, 10 December 2009

Aper laaa nak jadik.....

Oraite, entry kali ni nadia nak meluah ketidakpuasan hati nadia tentang seseorang....Namun tak de kne mengena dengan sahabat rapat nadia ato sahabat blog.... Actually, sahabat nadia amik photog utk majlis perkahwinan dia dengan salah seorang kawan kolej nadia..... First sbb member-member...so we all percaye.....sahabat nadia tuh kawen hujung bln 10 berbaru ni....

And sampai skarang cume dapat satu album sahaja...and yg pastinyer gambar-gambar da laaa tak cantik....serius....(nada geram sangat)..... duet semua da bayar, album utk majlis sambut menantu blum dapat.... gambar 8R blum dapat and CD pn blum dapat.....

nadia rase sedih sgt sbb nadia yg rekemenkan utk sahabat nadia...Sbb kan percaye...and of course sbb kan time kolej dlu,photog ni amik kursus yg berkaitan photography.....so nadia percaye dia dpt beri yg terbaek.... tp rupenyer camni jadiknyer.....

Dah laa call tak angkat and alih-alih terus tutup handphone..... Memang tak patut.... bayangkan laaa gmbr kahwin ni kan kenangan...mesti nak yg terbaek...... Ntah laaa...rase bengang ader lagi...
nadia harap sangat tak berurusan dengan orang macam ni..... Menganiaya orang namanyer ni.....

Hope semua sahabat blog nadia akan lebih hati-hati....jangan jadik macam nadia.....huhuhu

Wednesday, 9 December 2009

Kerisauan Melanda....

Sebenarnyer kerisauan nadia adalah tentang berat badan yg semakin naik and tak turun-turun.... Makan pun dalam kuantiti yang sikit skarang ni... Huhuhu bukan pe, nadia tak kisah sangat badan berisi cume masalah kesihatan yang menjadik faktor utama.... semua ni akan menyebabkan nadia mengalami kesukaran bernafas or semput... and cepat letih..... tak nak....tak nak.... kne diet nih.....huhuhuhuAdik nadia ader suggestkan vitamin untuk mempercepatkan metabolisme.... nadia blum survey lagi.... Skang nadia cume amik Omega 3 untuk supplement cos nadia ader migrain and kalo waktu makan lambat sikit, kepala akan saket banget..... so dengan supplement yg nadia amik skarang, dapat mengurangkan migrain.... Alhamdulillah..... Nadia ingat nak try jgk aper yg adik nadia suggestkan tuh....mencuba.....Skarang pn petang-petang nadia da start bersukan....maen badminton..... harap-harap dapat mengurangkan semput yg slalu nadia alami akhir-akhir ni..... Kalo bleh nak stabilkan BMI nadia... kalo nak tau, skang berat nadia 65kg dengan ketinggian 161.5cm.... Kalo sebelum ni...59kg pn da berisi...skarang apatah lagi..... sahabat-sahabat yg ader petua, harap ler bleh share ngan nadia.... huhuhu




Wednesday, 2 December 2009

Renung Seketika

..........................................................................
Sahabat bukan dtg hanya dengan ungkapan
"dia sahabat baikku"
tp haruslah dari hati yg tulus dan ikhlas....
Kadang-kadang...hanya kita menganggap seseorang itu sahabat,
namun dia sebaliknya.....
Renungkanlah....

..................................................................