Berikut adalah sebahagian panduan@sunnah Rasulullah SAW. Semoga menjadi panduan, ikutan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
.....................................................................
Dari Atha bin Yasar RA, ia berkata Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihiwa Sallam dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.
Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”.
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.”
Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”.
(Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)
.....................................................................
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid".
(Hadis Riwayat Ahmad)
.....................................................................
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
.....................................................................
Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
.....................................................................
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).
.....................................................................
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu."
Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)
.....................................................................
No comments:
Post a Comment