Tuesday, 28 December 2010

Jangan Bersedih: Setiap Kesulitan Itu Pasti Ada Kemudahan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT

Sejujurnya nadia sedang bersedih saat ini, sedang pusing memikirkan hal yang belum selesai..Banyak sekali perkara yang mengocak ketenteraman hati ni.. Apapun nadia tak nak terlalu fikir, harus positif, harus kuat kerana Allah pasti telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk nadia.. Mengadulah pada Allah kerana hanya Allah yang lebih mengetahui dan memahami..okay di sini ingin nadia kongsikan sedikit kata-kata yang mungkin mampu memberi semangat kepada mereka yang juga mungkin sedang bersedih, sedang bergelojak jiwanya.. Semoga Allah memberikan ketenangan kepada mereka dan memberi jalan keluar buat mereka..Ameen...

Sahabat semua, jangan sesekali merasa terhimpit dengan kesulitan kerana setiap keadaan pastikan berubah.. Dan sebaik-baik ibadah itu adalah menanti kemudahan dengan hati yang penuh sabar.. Meskipun hari demi hari silih berganti, malah tahun berganti tahun, malam berganti siang.. Tapi ingatlah, sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap kan muncul kemudahan..

Setiap tangisan itu akan berhujung dengan senyuman, malah ketakutan kan berakhir dengan rasa aman.. Saat kelihatan hamparan padang Sahara yang luas tanpa batas, ketahuilah dibalik kejauhan itu, wujudnya kebun yang rimbun menghijau..

Rujukan: Jangan Bersedih, setelah kesulitan pasti ada kemudahan. m/s: 20
Nadia harap kata-kata tersebut dapat difahami dan dilihat dengan mata hati.. Nadia tidak mahu terlalu memikirkan rasa sesak yang masih belum hilang ini dan mahu cuba untuk bangkit memikirkan kebahagiaan dan kenikmatan yang Allah berikan.. Telah dihadiahkan olehNya segunung kenikmatan, namun bila timpa secubit kesengsaraan, perlukah merasa susah? Itu yang nadia cuba tanamkan di hati... InsyaAllah.. semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan..Ameen...
perjalanan hidup kita masih panjang

9 comments:

LyNn'Azlina said...

nadia..sabar yer...pasi ada hikmah di sebalik semua kejadian...
lin pun sedey2 jugak tp malas nak layan..nnati lagi sedey..hehe

IllianaHidayah said...

Allah tak menjanjikan matahari akan bersinar sepanjang zaman.. Allah jugak tak menjanjikan yang hujan akan lebat mencurah ke bumi sepanjang purnama..there must be sumthing hidden~

Fxysche Nas said...

MOge akak tabah menempuh ujian yg di berikan.. =)
moge sgala2 selesai dgn baik ;)

... said...

as salam..dekatkan diri kepada-Nya. insya'Allah..segala urusan kita didunia dipermudahkan-Nya.
ameen..

:)

Nadia arRumaisha said...

@Lynn azlina: itulah nadia cube utk pikir hal lain....cube utk positif

Nadia arRumaisha said...

@Illiana Hidayah: thanks dear, sedikit sebanyak memberi semangat pada hati ini

Nadia arRumaisha said...

@Illiana Hidayah: thanks dear, sedikit sebanyak memberi semangat pada hati ini

Nadia arRumaisha said...

@ Fxysche Nas: thanks dear..InsyaAllah akak cube yg terbaek

Nadia arRumaisha said...

@ ....: Ameen...terima kaseh