Siti Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Pada hari pertama haidnya, membaca “Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin,” maka Allah menetapkan dirinya bebas dari neraka, dengan mudah melalui titian sirat, aman dari seksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.”
Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya”
Dalam hadis riwayat Muaz bin Jabal mengatakan:
Ya Fatimah, jika seorang wanita meletakkan minyak di rambut dan janggut, memotong misaim dan mengerat kuku suaminya, Allah akan memberinya minum air sungai syurga, diiringi Allah sakaratul maut dan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah melepaskannya dari neraka dan selamatlah dia melintasi siratul mustaqim.
No comments:
Post a Comment