Sahabat semua, pernah tak kalian mengalami pengalaman yang menakutkan.. kalau ada, jom kita share and kongsi sama-sama.. nadia terdetik hati untuk post entry ni lepas baca salah satu pengalaman Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.. And waktu tu, cuma terfikir satu kejadian yang betul-betul menginsafkan nadia..
Dua tahun lalu, hari raya ke-3.. Siangnya nadia and seorang sahabat jejalan ke Terengganu, sakan beraya lah katakan.. And waktu tu, nadia makan nasi dagang banyak sangat...(sedap woo..) Then, about 7.30pm baru sampai kuantan.. Hari pun dah gelap..
Kebiasaan nadia memang suka solat isyak lewat malam (percepatkanlah solat anda).. Kebetulan malam tu ada tayangan Pontianak Harum Sundal Malam 2 kat tv.. Tapi nadia tak de lah tengok sangat sebab nadia jenis yang lemah semangatnya.. Cuma sesekali menjeling.. Lebih kurang jam 1pagi, nadia nak solat isyak.. Sebelum tu, dah rasa badan seram sejuk tapi buat tak endah.. masa tengah solat, tetiba rasa kepala berat sangat dan badan tak boleh nak imbang.. Kebetulan adik lelaki nadia ternampak, terus dia sambut nadia di belakang..
Hanya Allah yang tahu, bagaimana perasaan takut nadia ketika itu.. walaupun dari kecil lagi nadia selalu sakit, pernah lelah sehingga tak mampu bernafas, pernah hidung berdarah sampai 3 jam tak henti tapi perasaan takut kali ni luar biasa... Kaki semakin sejuk, kebas... nafas pun tak sekata... rasa ada sesuatu menghalang nadia untuk bernafas dengan baik.. Masa tu, mak, ayah dan adik-adik ada sebelah... mak pangku nadia, adik pula ada yang tolong urutkan kaki, bagi hangat.. Atuk dan nenek pun datang.. Atuk ajarkan nadia baca surah At-Taubah..

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
Waktu tu, nadia cuma fikir andainya malam itu malam terakhir nadia di dunia, cukupkah bekalan nadia untuk dibawa ke akhirat kelak.. bagaimana malam pertama dikuburan.. Ya Allah, hambaMu ini terlalu banyak berdosa, leka dengan mainan dunia.. Nadia cukup takut ketika itu.. Terlalu takut... Bekalan tak cukup!! Siksaan pedih!! Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...
Saat itu, air mata berlinang, nadia bagitau pada mak... nadia takut.. Mak cakap jangan takut, ingat Allah... Ayah tanya atuk, dia nak baca surah yaasin.. Atuk cakap jangan, nadia dengar atuk cakap, dah redha untuk dia pergi? Ayah nadia menangis...
Lebih kurang jam 4pagi, baru nadia dapat rasa hangat tubuh nadia, kebas kaki pun semakin hilang... Waktu tu terasa penat sekali dan terus lena... Esoknya ayah pesan, jangan makan nasi dagang banyak sangat.. Sebab nadia ada asthma.... bagi nadia, kejadian yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri nadia... Ya Allah, syukur kerana hari ini Engkau masih memberi nafas untuk aku berbakti di bumiMu ini.. Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan..
Okay, itu lah cerita nadia, bagi nadia setiap pengalaman tak kiralah menggembirakan atau menakutkan, segalanya meninggalkan kesan mendalam bagi kita.. Bezanya, kalau menggembirakan, pasti meninggalkan calitan kebahagiaan dihati, dan andai menakutkan, sudah tentu meninggalkan seribu kenangan misteri... Cuma bagaimana kita mengambil pengalaman itu sebagai panduan perjalanan hidup kita sebagai musafir di bumi Allah ini....

No comments:
Post a Comment