Alhamdulillah kebelakangan ini, customer nadia tak banyak ragam... Kalau sebelum ni, memang memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran. Bermula dengan renewal insurans hinggalah ke pendaftaran sekolah memandu.. Alhamdulillah juga, dah masuk 6bulan nadia di sini...
Bila imbas semula kenangan nadia di sini.. Bulan pertama adalah bulan yang betul-betul memenatkan. Maklum saja lah, sebelum ni nadia tak pernah ambil tahu soal insurans maupun road tax.. jadi segalanya serba baru.. kalau sebelum ini, kehidupan dan pekerjaan nadia tertumpu pada design, design and design.. Kerana itulah pekerjaan seorang graphic designer.. tapi sekarang berbeza dan semestinya pengalaman baru buat nadia..
Bulan kedua nadia di sini, isteri bos nadia, merangkap penyelia nadia accident... Bukan main kecoh waktu tu.. Mau taknya, kak ros (panggilan isteri bos) yang menguruskan urusan pendaftaran sekolah memandu.. Dan sekarang, nadia yang kena uruskan semuanya.. Sudah lah baru kerja..
Pernah nadia kena maki oleh seorang pakcik.. Kesalahan diri sendiri diletakkan dibahu orang lain.. Menangis juga masa tu bila dia cakap yang tak elok pada nadia..Yang paling nadia nak marah, dia tengking bos nadia, walaupun sekadar dalam telefon tp bagi nadia sebagai seorang manusia, kita telah dilatih dengan adab-adab, cara pergaulan yang baik.. Selepas pada itu, ada lagi 2 orang.. tapi berbeza dengan situasi pakcik yang pernah maki nadia...
After 3 bulan berehat, kak ros masuk bekerja seperti biasa..Syukur sangat-sangat.. Walaupun keadaan dia belum betul-betul pulih... tapi dia gagahkan diri juga untuk masuk kerja.. Mengenai mereka yang pernah ada krisis dengan nadia, pernah pakcik tu datang semula ke tempat nadia.. Tapi nadia and bos dah sepakat, lebih baik tak perlu berurusan dengan orang macam tu..
Baru-baru ni kecoh sekejap tentang kereta lepas 20 tahun, tak boleh nak renewal insurans.. sekali lagi, nadia berdepan situasi untuk menjelaskan pada customer-customer yang bertanya.. memang memeningkan kepala... Lepas dibatalkan isu tersebut, sekali lagi perlu bersoaljawab memandangkan pembaharuan insurans berlaku sejurus selepas pembatalan isu tersebut..Antara yang sering diutarakan:
1. Kenapa perlu comprehensive? 2. kenapa mahal sangat? 3. Perlu ke masuk puspakom?
Ada banyak lagi soalannya, cuma yang ni sering ditanyakan.. Alhamdulillah tahun baru ni, walaupun ada beberapa lagi pembaharuan tp syukur tak banyak yang bertanya.. bagi nadia, mungkin mereka dah mengikuti perkembangan semasa tentang insurans dan cukai jalan raya..
kadang bila difikirkan, nak saja beralih angin tapi nadia tak nak mengalah sebelum masanya kerana inilah cabaran alam pekerjaan.. terutama bagi mereka yang setiap hari berhubung dengan orang ramai..
No comments:
Post a Comment